You are on page 1of 9

KERTAS KERJA MENGANJURKAN

Festival Nasyid
Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Daro

1. PENDAHULUAN

Festival Nasyid sekolah-sekolah yang dianjurkan saban tahun oleh


Pejabat Pendidikan Daerah Daro ini merupakan salah satu aktiviti
yang dapat meningkatkan penghayatan murid terhadap kesenian
hiburan Islam yang sebenar dan agar mereka menyedari ianya
mempunyai keunikan tersendiri. Kemahiran ini perlu diasah dari awal
iaitu dari peringkat sekolah rendah.

2. TEMA

“MENJANA UMMAH GEMILANG”

3. TARIKH

17 mac 2018 (sabtu)

4. TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Semop

5. OBJEKTIF

5.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang hiburan Islam yang


sebenar.
5.2 Mencungkil dan mengasah bakat dikalangan pelajar.
5.3 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga pendidik dan para
peserta.

6. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Penyertaan
6.1.1 Setiap sekolah akan menghantar satu kumpulan
peserta terdiri daripada sepuluh orang termasuk pemain
alat.
6.1.2 Peserta mestilah terdiri daripada pelajar tahap dua.
6.1.3 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang
penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati daripada
Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam (Ustazah Malina
binti Nordin) Sekolah Kebangsaan Semop

6.2 Had Masa


6.2.1 Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.
6.2.2 Loceng pertama akan dibunyikan bagi menandakan
pertandingan dimulakan. Sebelum 5 minit berakhir
loceng akan dibunyikan sekali lagi.

6.3 Format Pertandingan


6.3.1 Lagu mestilah direka mengikut tema majlis
6.3.2 Pakaian bagi perempuan iaitu berbaju kurung dan bagi
lelaki iaitu berbaju melayu dan bersongkok
6.3.3 Menggunakan sepenuhnya peralatan muzik tanpa
menggunakan minus one.

6.4 Pembatalan Penyertaan


Peserta hendaklah melaporkan diri dimeja urusetia
pertandingan bermula jam 7.30 pagi. Penyertaan akan
dibatalkan sekiranya pendaftaran lewat 15 minit sebelum
pertandingan dijalankan. Pertandingan akan bermula pada
jam 9.00 pagi.

6.5 Penghakiman / Pemarkahan


6.5.1 Penilaian dilihat dari segi pemilihan lagu, gaya
persembahan, kesesuaian pakaian, keseragaman,
penggunaan alat, dan kepatuhan pada syarat-syarat
pertandingan yang telah ditetapkan.
6.5.2 Ia dinilai oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak
urusetia pertandingan. Keputusan panel adalah
muktamad.

6.6 Hadiah dan cenderamata


6.6.1 Hadiah pemenang adalah berbentuk piala, wang tunai
dan sijil penyertaan bagi tempat pertama, kedua dan
ketiga. Manakala saguhati adalah wang tunai dan sijil
penyertaan.
6.6.2 Keputusan akan diumumkan pada hari pertandingan.
Upacara penyampaian hadiah akan dijalankan bersama
Majlis Perasmian Penutup di akhir pertandingan.
7. ATURCARA PERTANDINGAN

7.30 pagi - Pendaftaran peserta


8.00 pagi - Sarapan
9.00 pagi - Pertandingan dimulakan.
10.30 pagi - Rehat
11.00 pagi - Pertandingan disambung semula
12.00 tengahari - Ketibaan Pegawai Pendidikan

- Ucapan aluan oleh Pengerusi


Pertandingan Nasyid
- Ucapan Pegawai Pendidikan
- Persembahan Nasyid Jemputan
- Pengumuman dan keputusan
Pertandingan serta Penyampaian
Hadiah.
- Persembahan Johan Pertandingan
Nasyid
- Jamuan
- Bersurai
9. AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Penasihat :
Pegawai Pendidikan Daerah Daro

Pengerusi :
Pengerusi Zon Tanjung Jati

Setiausaha :
Guru Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Sabena

Ahli Jawatankuasa:

Urusetia&Pendaftaran : Sekolah Keb Bakerkong

Jamuan : Sekolah Kebangsaan


Semop

Hadiah dan cenderamata : Sekolah Kebangsaan


Serdeng

Penghakiman : Ustaz Hidayatullah


Sekolah Kebangsaan
Mohd Redeh

Majlis Perasmian Penutup : Ustaz Izwan


Sekolah Kebangsaan
Semop
9. CADANGAN KOS

Perbelanjaan

1. Percetakan RM 500.00
2. Hadiah/Sijil dan
Cenderamata RM 2000.00

3. Sewaan RM 500.00
4. Jamuan RM 3000.00
5. Lain-lain RM 700.00

______ ____
JUMLAH RM 6700.00

8. PENUTUP
Diharapkan semoga pertandingan ini dapat dijalankan dengan
jayanya. Melalui pertandingan ini juga diharapkan dapat melahirkan
insan yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan positif. Seterusnya
dapat membentuk ;pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
CONTOH BORANG PERTANDINGAN NASYID
ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

Nama sekolah : _________________________________

Alamat sekolah :__________________________________


__________________________________
__________________________________

Telefon : _________________________________

Nama kumpulan : _________________________________

Nama guru pengiring : ________________________________

Nama murid : No Surat Beranak


1. __________________________________ __________________
2. __________________________________ __________________
3. __________________________________ __________________
4. __________________________________ __________________
5. __________________________________ __________________
6. __________________________________ __________________
7. __________________________________ __________________
8. __________________________________ __________________
9. __________________________________ __________________
10. _________________________________ __________________
CONTOH BORANG PEMARKAHAN

Nama kumpulan : ________________________________

Sekolah : ________________________________

BIL PERKARA Markah

1. Lagu

2. Persembahan

3. Pakaian

4. Keseragaman

5. Penggunaan alat

JUMLAH

You might also like