You are on page 1of 28

PROSES PEMBELAJARAN

• Proses pembelajaran melibatkan:


• kesediaan belajar,
• pandangan dan persepsi,
• Ingatan dan Lupaan,
• Pemindahan Pembelajaran dan
• Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
kesediaan belajar
• Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang
bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.
• Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike, Piaget dan Burner telah memberi
pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori
pembelajaran tertentu.
• Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran
bermazhab Behavioris.
• Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan
teori pembelajaran bermazhab Kognitif.
Jenis Jenis Kesediaan Belajar
1. Kesediaan Kognitif.
- Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensistensis (menbentuk
konsep) dan menilai (menyelesaikan masalah).
- Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini
menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru.
- Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari
sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat
melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.
Jenis Jenis Kesediaan Belajar

2. Kesediaan Afektif
- Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat,
ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti pembelajaran.
- Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Motivasi
intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar
merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat, disayangi) dan keinginannya
(minat) dipenuhi.
- Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi, maka pelajar akan bersedia untuk
belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang
banyak daripada proses pembelajaran.
- Sebaliknya, jika motivasi intrinsiknya rendah, maka kesediaan afektifnya juga
adalah rendah.
Jenis Jenis Kesediaan Belajar
3. Kesediaan Psikomotor
Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor
pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan
fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta
penyelarasan pergerakkan badan.
Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang
baru.
Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai
kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Peringkat
kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada
perkembangannya fizikalnya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan
belajar
• Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah kelas yang sama, kita
sering mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan ada pula yang
tiada minat untuk belajar. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara
semulajadi.
• Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui
proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan
pengajaran.
• Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh kematangan, minat dan sikap serta
pengalaman pada seseorang. Oleh itu, kesediaan pembelajaran pelajar
adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya
seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam
diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia untuk
proses pembelajaran dan pengajaran.
Langkah-langkah membantu kesediaan belajar
pelajar
• guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang
berlainan. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza. Bagi
murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi
supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai. Manakala
bagi pelajar yang lemah pula, guru haruslah memberi tunjuk ajar
yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat
menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai.
• Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-
pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video
klip bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang berbeza
kesediaan belajarnya.
Pengamatan
• Pengamatan adalah satu proses yang mana otak kita menerima
maklumat dari deria-deria kita (seperti deria lihat, deria mendengar,
deria merasa, deria menghidu dan deria menyentuh), menyusun
semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya.
• Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan
pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan
gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut.
• Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar
bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat
objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang
lalu), maka gambaran ‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. Akan
tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak
akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.
Organisasi Pengamatan
• Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun
dan diorganisasikan dalam bentuk yang baik iaitu mudah, elok dan
simetri. Jadi, organisasi pengamatan merupakan proses mental yang
menyusun maklumat, membuat tafsiran dan membentuk konsep
berdasarkan pengalaman lampau. Namun begitu, penetapan makna
maklumat tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang
individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi
dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan
seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut.
Teori Pembentukan Pengamatan
• Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan
(persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut:
• (a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar
• (c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri
• (e) Prinsip Lengkapan ( f) Prinsip Terangkum
Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan
dengan Pengamatan
• Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt. Beliau mengambil berat tentang cara
kanak-kanak belajar terutama di sekolah. Beliau tidak bersetuju dengan
penggunaan hafalan. Beliau mahu kanak-kanak mencapai kefahaman, dan
mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.

• Kohler pula menjalankan eksperimen terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah


mengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku
secara tiba-tiba. Dalam kajiannya, chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam
sangkar dan beberapa batang kayu panjang diletak berhampirannya, manakala
sebiji pisang pula diletakkan di luar sangkar. Chimpanzi mendapat idea dengan
memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu, menyambungkan kayu-kayu
tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang. Chimpanzi ini
menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler
merasakan bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia.
Penanggapan
• Hilgard, Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi
suatu kelompok objek atau idea. Dengan ini, penanggapan merupakan suatu proses pembentukan konsep.
Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat
kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri
yang sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus
seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini
membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih
mudah lagi.

• Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada
pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu
konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering
terganggu sekiranya banyak rangsangan wujud di sekelilingnya
Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan
Penanggapan atau Konsep
• a. Pengalaman
• Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, murid-murid tidak dapat
membentuk penanggapan yang betul.
• b. Imaginasi
• Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya
imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.
• c. Kecerdasan
• Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses
penyelesaian masalah. Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta
membentuk penanggapan.
• d. Penguasaan Bahasa
• Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh
menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah.
• e. Contoh-contoh
• Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu konsep. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui
segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep.
Ingatan
• Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara
yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali
sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti
menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya. Menurut Fein (1978), beliau mentafsirkan ingatan
sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya,
menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980)
berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-
maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa
hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan
manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
Proses Ingatan
• Menurut Teori Gagne, ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf
melalui deria-deria manusia.
• Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek, kemudian dihantar ke stor
ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
• Di dalam stor ingatan jangka pendek, maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna
dalam rangka yang lebih mudah diingati, iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa
ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.
• Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke
stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya.
• Menurut Gagne, maklumat- maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah
penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku.
Jenis-jenis ingatan
• Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori, iaitu
• ingatan sensori,
• ingatan jangka pendek dan
• ingatan jangka panjang.
Jenis-jenis ingatan
• ingatan sensori
• di mana dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. Masa proses
ingatan sensori ini adalah sangat singkat, biasanya berlaku beberapa saat sahaja. Ini adalah
kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi
dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta.
• ingatan jangka pendek.
• Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara
waktu sahaja, iaitu dalam 15-30 saat sahaja. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk
memerhati maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat,
kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang tidak diberi perhatian,
biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan.
• ingatan jangka panjang.
• Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari
ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin di antara beberapa
minit hingga bertahun-tahun.
jenis ingatan jangka panjang
• Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu
• ingatan sematik,
• ingatan episodik,
• ingatan prosedural dan
• ingatan perdana.
• Pertama, ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai
sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. Ia merangkumi segala
fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. Sebagai contoh, maklumat yang berkaitan
dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem dan dari pengalaman-
pengalaman lain.
• Kedua, ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi
daripada pengalaman lampau seperti tarikh, tempat, tahun yang berkaitan dengan sesuatu
peristiwa khas, sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang
individu. Contohnya, penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-21, hari konvokesyen
seseorang dan sebagainya.
• Manakala yang ketiga, ingatan prosedural. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur-
prosedur amalan seharian. Sebagai contoh, ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam
membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, mandi dan lain-lain. Ingatan ini boleh
mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap.
• Keempat, ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah
menjadi sebati dan automatik untuk seseorang. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor
rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga, nombor kad pengenalan
Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan.
• Kategori pertama ialah faktor bahan pembelajaran. Kategori ini merangkumi
empat aspek, iaitu panjang bahan, kesukaran bahan, kedudukan bahan dan
bahan bermakna.
• Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. Ia merupakan cara
pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi
ingatan. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama,
masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar
secara sekali gus. Kedua, pembelajaran berlebihan (over-learning) pula
merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan.
• Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. Antara faktor peribadi seperti umur,
jantina, kebolehan, motif, emosi, kesihatan, personaliti dan sebagainya, juga
mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran.
Lupaan
• Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala
maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat
diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah
dilenyapkan dalam proses lupaan. Menurut Erikson (1963), lupaan
merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja
dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak
berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Maka lupaan
ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang
terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
Jenis-jenis lupaan
• Pertama, lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan
jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan.
• Kedua, lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula
maklumat yang spesifik.
• Ketiga, lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan
segala ingatan yang lama.
• Jenis lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan. Lupaan gangguan ialah lupaan yang
berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran
lama.
• Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Gangguan retroaktif
adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama.
• manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran
mengganggu pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima
pembelajaran baru.
Jenis-jenis lupaan

• Kelima, jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu


pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan.
• Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan.
Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang
bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan
peperiksaan.
• Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan.
Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan
jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang
maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.
Faktor-faktor lupaan
• Pertama, faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak
diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka
• Faktor kedua, ialah perasaan takut dan bimbang. Pelajar yang
berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali
fakta yg diajar oleh guru.
• Faktor ketiga ialah peredaran masa. Makin lama jarak di antara masa
sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali
• Faktor keempat, keusangan di mana persekitaran yang berubah akan
menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa
• Faktor kelima, pengalaman yang pahit
• Faktor keenam, masa yang tidak cukup untuk mengingat.
Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)
• Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk
mengaplikasi dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari dari satu dalam satu konteks kepada situasi dan
konteks yang baru atau berlainan.
Jenis-jenis pemindahan pembelajaran
• Pertama, pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan
Pemindahan menegak (vertical transfer).
• Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu
tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau
peringkat kesukaran yang sama. Contohnya, Kanak-kanak mempelajari
maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan.
• Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan
pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ia melibatkan
pembelajaran prinsip, hukum dan teorem. Contohnya, murid-murid
mempelajari konsep sisi empat, maka murid-murid dapat menyelesaikan
konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.
Jenis-jenis pemindahan pembelajaran
• Kedua, pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan
menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Sebab-sebab
berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif, ganggunan retroaktif dan
gangguan tabiat.
• Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya.
Contohnya, mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia.
• Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu
pembelajaran sebelumnya.
• pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Ia melibatkan
pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti Pendidikan Jasmani.
• pemindahan pengantara, ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan
menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya,
selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.
• pemindahan set pembelajaran. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang
diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.

You might also like