You are on page 1of 10

Bandingbeza Teori Pembelajaran Behaviouris dengan Teori Pembelajaran Kognitif.

Teori Pembelajaran Behavioris ialah menerangkan tentang pemerhatian terhadap


tingkahlaku manusia merentasi masa. Teori pembelajaran Behaviorisme
mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana
hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris
seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak
balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan
jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau
negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku
dapat dibentuk dan dikekalkan.
Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses
pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran
kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan, kategori membelajaran dan resepsi. Ilmu pengetahuan yang
diperoleh bukan berhasil daripada latih-tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk
kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan
baru, yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Dengan
perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara
dan ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan
latihan berulang-ulang.
Ahli- ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang berlaku dalam akal
fikiran, dimana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku
manusia. Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks
melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif yang menyeluruh.

Aspek Teori Pembelajaran
Behavioris
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori / prinsip
pembelajaran
-Pembelajaran
merupakan satu proses
luaran.
-Pembelajaran
merupakan hasil
daripada interaksi
seseorang dengan R-G
dan persekitarannya.
-Pembelajaran berlaku
hasil daripada
tingkahlaku yang dapat
diperhatikan
dalam diri murid dan
pengaruhnya terhadap
perubahan tersebut.
-Pembelajaran adalah satu
proses mental atau proses
dalaman yang melibatkan
idea dan perubahan
maklumat iaitu
input- pemprosesan
maklumat-Output

Pelopor Teori 1) J.B Watson
2) Ivan Pavlov
3) Edward
Thorndike
4) B.F Skinner
1) Wolfgang Kohler
2) Jerome Seymour
Bruner
3) David Ausubel
Aspek Pembelajaran 1) Pelaziman Klasik
2) Pelaziman
Operan
1) Membuat
Keputusan
2) Penyelesaian
Masalah
3) Menganalisis
4) Menilai
5) Mengingat
Pemerolehan -Proses pengulangan
membentuk satu
kebiasaan atau tabiat.
-Matlamat ditentukan
- Pembelajaran berlaku
berdasarkan pelajar
mempunyai
pengalaman yang
terlebih dahulu
dan R-G dibentuk ke
arah pencapaian
matlamat tersebut.
-Pembelajaran cuma
mengikut apa
yang dirancang untuk
mereka
-Pembelajaran tidak
fleksibel dalam
membuat penyesuaian.

berkaitan untuk
mempelajari
pengalaman baru dan
ada motif dan inisiatif
untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran.

Tumpuan -Tertumpu kepada
proses pembentukan
tingkahlaku murid.
-Tertumpu kepada
kemahiran atau
gerakbalas dan sedikit
tumpuan terhadap
individu
-Menekankan kepada proses
mental iaitu penyelesaian
masalah, ingatan, bahasa dan
kreativiti.
Penekanan 1) Pengukuhan
2) Pengukuhan
Berjadual
3) Pembentukan
1) Pembelajaran
Bermakna
Pengukuhan -Memberi ganjaran
kepada pelajar apabila
mereka memberi tindak
balas yang betul.
-Faktor-faktor yang
mempengaruhi ikatan
R-G ialah latihan,
kepuasan dan
persamaan situasi.
-Menggunakan bahan bantu
mengajar untuk menarik minat
murid dalam kelas.
-Perkembangan struktur
kognitif, skema dan cara-cara
untuk mempertingkatkan
ngatan
-Pembelajaran yang
bermakna
-Pengulangan R-G dan
pembentukan
kebiasaan.
-Pengalaman adalah
penting untuk proses
pembelajaran.
-Asimilasi dan akomodasi.

Persekitaran -Penting dalam
perubahan tingkahlaku.
-Mengawal tingkah laku

-Persekitaran adalah penting
tetapi kawalan tidak ke tahap
seperti behaviorisme.
Bilik Darjah -Objektif tingkah laku
adalah spesifik dan
bertumpukan individu
(bukan kumpulan).
-Pengajaran terancang
-Bahan pengajaran
dibentuk mengikut
kadar kebolehan
individu
-Pembelajaran mengikut
langkah demi langkah
-Tertumpu kepada
pengajaran dan
Kurikulum
-Lebih kepada
berpusatkan guru.

-Persembahan maklumat,
data dan idea secara
sistematik
-Idea dan maklumat
merupakan sumber motivasi
untuk belajar
dan bukan digunakan sebagai
bahan pengukuhan.
-Persembahan dilakukan
secara induktif dan deduktif
-Berpusatkan murid (guru
sebagai fasilitator).

Implikasi Berpusatkan Guru
-Guru mengawal kelas
dan tingkah laku murid
sepenuhnya,
Berpusatkan Murid
-Murid melakukan
perbincangan di dalam
kumpulan semasa proses
P&P



Persamaan Teori Pembelajaran Behavioris dengan Teori Pembelajaran Kognitif.


















1) Guru perlu memberi maklumat yang asas dan relevan kepada murid-
murid supaya murid dapat memahami isi pembelajaran dan dapat
meneruskan kepada peringkat yang lebih kompleks.
2) Guru memberi latih tubi atau latihan kepada murid-murid supaya dapat
menguatkan daya ingatan mereka.
3) Guru menggunakan kaedah cara penyampaian yang mudah supaya
murid dapat faham dan celik akal.
b) Dengan menggunakan pengurusan grafik, sejauhmanakah teori-teori
pembelajaran dapat diaplikasikan dalam bilik darjah ke arah pengajaran dan
pembelajaran berkesan.




















Teori Pembelajaran
Behavioris
Permasalahan: Murid tidak
memberi perhatian di
dalam kelas.
Guru mengaplikasikan pelaziman operan iaitu
guru memberi dendaan positif kepada murid
yang tidak memberikan perhatian di dalam
kelas. Guru menyuruh murid berdiri selama
beberapa minit.
Kesan :
1) Murid memberi perhatian semasa guru mengajar
dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
2) Murid dapat memahami isi pembelajaran yang
disampaikan oleh guru.























Teori Pembelajaran Kognitif.
Permasalahan : Murid sukar untuk memahami
isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh
guru.
Guru mengaplikasikan teori dengan menggunakan alat bantu
mengajar ( abm ) semasa sesi P&P. Guru memberikan contoh dan
kaitkan dengan isi pelajaran supaya murid celik akal. Selepas itu,
guru menyuruh murid mengadakan perbincangan terhadap apa
yang mereka telah pelajari.
Kesan:
1) Murid dapat memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.
2) Murid dapat mengaitkan konsep yang baru dengan konsep yang
telah mereka pelajari dan ketahui.
3) Murid berasa seronok dan dapat memberikan idea, contoh atau
pemikiran yang bernas berkaitan isi pelajaran.























Teori Pembelajaran Sosial

Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
Permasalahan : Murid mengalami masalah menukarkan
skema lama kepada skema baru.

Guru mengaplikasikan teori ini di dalam kelas dengan guru
menggunakan perancah sebagai satu metaphor. Perancah ialah
bimbingan yang diberikan oleh seorang dewasa ( misalnya, guru)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan
yang berfokus dan interaksi bersifat positif.
Kesan :
1) Murid mendapat bimbingan daripada guru dan guru dapat
mengenal pasti pelajar yang lemah.
2) Murid dapat menukarkan skema lama kepada skema baru
dengan mudah dan dapat memahami konsep mata
pelajaran yang diajarkan kepada mereka.
























Teori Pembelajaran Sosial

Permasalahan : Murid sering masuk lewat ke
dalam kelas semasa sesi P&P bermula.

Guru mengaplikasikan teori dengan guru
menunjukkan tingkah laku yang baik dan
menjadi model contoh kepada murid-murid
iaitu, guru sering menepati masa dan masuk
awal ke dalam kelas.

Kesan :
1) Murid mengikuti perbuatan guru
2) Murid menyedari akan kesalahan
mereka.






















Teori Pembelajaran Humanistik
Permasalahan : Murid takut kepada cikgu. Murid sering
tidak menghadiri kelas
Guru mengaplikasikan teori:
1) Guru bertanyakan murid tentang masalah yang
mereka hadapi dan sebab mereka tidak menghadiri
kelas.
2) Guru bertanyakan pendapat murid-murid tentang
dirinya.
3) Guru mengubah cara mengajarnya dan mencari cara
yang sesuai untuk mengajar murid-murid kelas itu.
Kesan :
1) Murid berasa selesa semasa di dalam kelas dan semasa
proses P&P
2) Murid dapat menyesuaikan diri dengan guru dan tidak
takut kepadanya.

You might also like