You are on page 1of 46

EDUP3073

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK 2
Sosiobudaya dan Perkembangan
Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

Oleh
Dr. Mashira binti Yahaya
IPGK PERLIS
Pengertian Sosio budaya
Definisi sosio–budaya:

Merupakan faktor sosial atau


kemasyarakatan yang berkaitan dengan
cara berfikir dan cara hidup sesuatu
masyarakat di sesuatu kawasan.
KONSEP SOSIOBUDAYA
 Sosial: dikaitkan dengan masyarakat dan
kemasyarakatan.
 Budaya: Hal yang berkaitan dengan budi dan
akal manusia

 Oleh itu, sosiobudaya merupakan hubungan


masyarakat dengan budaya seperti cara
hidup dan adat istiadat. Ia merupakan segala
perkara yang dicipta oleh manusia dengan
pemikiran dan hati nuraninya untuk
kehidupan bermasyarakat
(Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad,
Zuraidah A. Majid, 2017).
TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner menyatakan perkembangan


anak dipengaruhi oleh orang-orang yang berada
dipersekitarannya atau di mana anak tersebut tinggal.

Beliau membahagi lima keadaan (sistem) lingkungan


yang dapat mempengaruhi perkembangan anak
tersebut iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem dan kronosistem.
1. MIKROSISTEM

Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dengan kanak-


kanak.

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di


mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung
dan menghabiskan paling banyak masa.
Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah
dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan
kanak-kanak.
Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak.
Mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku
kanak-kanak.
2. MESOSISTEM

Mesosistem merupakan hubungan antara mikrosistem


dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang
berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain.

Antaranya;

1. Hubungan ibu bapa – guru,


2. Ibu bapa-rakan,
3. Guru-rakan,
4. Antara rakan,
5. Hubungan antara pengalaman di sekolah dengan
pengalaman dalam keluarga,
6. Pengalaman di sekolah dengan pengalaman rakan
sebaya.
 Contohnya, seorang pelajar yang merasa dirinya
dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan
menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang
positif dengan gurunya.

 Seorang pelajar berinteraksi dengan ibu bapanya,


belajar daripada mereka dan mencontohi tingkah
laku ibu bapanya.
3. EKOSISTEM

Persekitaran yang tidak terlibat secara langsung dengan


kanak-kanak tetapi mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran


yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa
yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.
Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi
orang lain.
 Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran
mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan kualiti taman permainan, kemudahan
rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka
dalam perkara tersebut akan mempengaruhi
perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.
Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi-
perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia
malah di dunia.

Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan


membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai
untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain.
Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu
mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak
begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau
buku komik walaupun ada unsur-unsur pendidikan.
(Mariani Md.Nor, 2006).
4. MAKROSISTEM
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh
suatu masa.

Makrosistem menjelaskan perkembangan kanak-kanak


dipengaruhi oleh perubahan persekitaran dalam sesuatu
tempoh.

Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada


permainan-permainan komputer jika dibandingkan
dengan kanak-kanak dahulu yang lebih gemar bermain
di persekitaran rumah.

Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu


yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat
Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting. Tanpa kita sedari hal
ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial
dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam
masyarakat.

Faktor persekitaran berperanan penting kepada


perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal
yang harmoni membantu membina persekitaran yang
baik untuk kanak-kanak membesar dan melalui proses
perkembangan yang menyeluruh.
Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner
meliputi kebudayaan di mana individu memahami
bahawa budaya membentuk pola perilaku, keyakinan
dan semua perkara lain. Dari sekelompok manusia
kepada generasi berikutnya, penerimaan satu budaya
dengan satu budaya memberi gambaran tentang
perkembangan generasi berikutnya.
5. KRONOSISTEM

Kronosistem menjelaskan perkembangan kanak-


kanak dipengaruhi oleh sejarah sosial.

Persekitaran yang tidak kekal lama, ia berubah


mengikut peredaran masa.

Contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga


memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
Apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga,
maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan
memikirkan ibu bapa sudah tidak menyayangi mereka
kerana memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada
ahli baru dalam keluarga tersebut.
Kronosistem juga melibatkan perubahan perkembangan
dalam suatu tempoh masa.

Contoh, kanak-kanak hari ini adalah generasi pertama


mengalami jagaan harian di taman asuhan atau diasuh
di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah.

Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-peristiwa


sepanjang rangkaian kehidupan dan sejarah
perkembangan individu.

Contoh, implikasi perceraian, para pengkaji mendapati


kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama
penceraian dan kesan penceraian lebih buruk kepada
anak lelaki berbanding anak perempuan (Hetherington,
1989 dalam Santrock, 2008).
Dari teori Bronfenbrenner, guru harus:

1. Mendidik murid berinteraksi dua hala dengan orang


lain.

2. Membimbing murid cara berkomunikasi dan membuat


keputusan.

3. Membimbing murid berperanan aktif dalam pendidikan


dan kegiatan sosial yang membawa kebaikan.

4. Memberi contoh budaya yang baik.

5. Mencipta generasi yang membentuk kelompok yang


baik.
TEORI PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
LEV VYGOTSKY
Vygotsky (1896-1934) berpendapat perkembangan
konsep kanak-kanak berkembang secara sistematik,
logikal dan rasional dengan bantuan dan bimbingan
verbal orang lain.

Vygotsky lebih menekankan kepada peranan aspek


sosial dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Pengetahuan terbentuk dari interaksi sosial dan budaya


seorang. Pengetahuan tersebut terbahagi dua iaitu :
(a) pengetahuan spontan - mempunyai sifat kurang jelas,
tidak logik, dan tidak sistematik.
(b) pengetahuan ilmiah - diperoleh dari pendidikan formal
dan sifatnya lebih luas, logik, dan sistematik.
Vygotsky berpendapat:

1. Kemampuan kognitif seorang kanak-kanak dapat


diketahui jika dianalisis dan ditafsir.

2. Kemampuan kognitif diperoleh dengan bantuan


kata, bahasa dan bentuk percakapan (alat dalam
psikologi yang membantu seseorang untuk
mentransformasikan kegiatan mental). Vygotsky
berpendapat sejak kecil seorang anak mula
menggunakan bahasa untuk merancang aktiviti dan
mengatasi masalahnya.

3. Kemampuan kognitif datang dari hubungan sosial


yang bergabung dengan latar belakang
sosiobudaya.
4 Konsep Teori Vygotsky

1. Pendekatan sosio-budaya

Vygotsky memerhati dan mengkaji peranan budaya dan


komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Beliau berpendapat perkembangan pembelajaran
berlaku dalam konteks sosial melalui persekitaran
dunia kanak-kanak yang dikelilingi oleh orang dewasa
yang berinteraksi dengan mereka sejak mereka
dilahirkan.
Kanak-kanak akan menguasai tabiat dan peraturan
budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol
budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif
memberi makna membina pengetahuan.
Mereka tidak banyak memiliki kemahiran berfikir
aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Menurut Vygotsky fungsi-fungsi mental yang lebih
tinggi dianggap sebagai alat-alat kebudayaan
(cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
menerusi aktiviti seperti berbicara, berbahasa, dan
menulis.
Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli
keluarga yang lebih tua di mana semua pengalaman
pembelajaran dibimbing.
Pengalaman dengan orang lain yang diperolehi
melalui aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur
menjadi semakin mendalam dan membentuk
gambaran mengenai dunia.
Contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat
pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu
dengan menggunakan tangan kerana mereka telah
melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga
mereka. Mereka akan memahami keadaan itu dan
menghormati budaya tersebut.

Manakala kanak-kanak berbangsa Cina mengetahui


cara makan mereka menggunakan perlatan yang
dipanggil ‘chopstik’ atau penyepit sejak mereka lahir
kerana mereka memerhatikan keadaan tersebut pada
awal kehidupan melalui perlakuan ahli keluarga.
2. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

ZPD ialah rangkaian tugas yang terlalu sukar untuk


dikuasai oleh kanak-kanak secara bersendirian tanpa
bantuan dan bimbingan orang dewasa atau kanak-kanak
lain yang berkemahiran.

Zon perkembangan proksimal menerangkan mengenai


bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan
oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan
bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang
lebih mahir.
 Zon ini bertujuan menolong kanak-kanak berkembang
dari tahap sosial kepada tahap peribadi.

 Terdapat dua tahap iaitu:

1. Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian


masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa
sebarang bantuan.

2. Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh


dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang
dewasa.
Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had
atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang
boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih
mahir manakala had bawah bermaksud kemahiran
yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
3. KONSEP SCAFFOLDING

 Scaffolding merupakan konsep yang


menjelaskan peringkat bimbingan dan
sokongan yang diberikan mengikut tahap
kemampuan dan keperluan kanak-kanak.

 Lisan adalah alat yang penting dalam ZPD.


Konsep Scaffolding

Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap


sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal.
Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting
semasa proses perancah untuk mendapat konsep-
konsep baru dan lebih sistematik.
Scaffolding adalah memberikan kepada seorang
anak sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal
pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan
tersebut serta memberikan kesempatan kepada anak
untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin
besar setelah ia mampu mengerjakan sendiri.
Bantuan yang diberikan guru berupa petunjuk,
peringatan, dorongan, serta menyelesai masalah.
Contoh: Apabila seseorang pelajar mempelajari
kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru akan
memberi bimbingan penuh, tetapi apabila pelajar sudah
mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan
sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut
(Santrock, 2007).

Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting


semasa proses perancah (scaffolding).
Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-
konsep baharu secara lebih sistematik dan bermakna
dengan bantuan individu yang lebih mahir (Contoh:
Guru).
Menurut Vygotsky, kanak-kanak juga berkomunikasi
dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini
menolong kanak-kanak merancang dan mengawal
tingkah laku mereka sendiri.
Bercakap sendiri cenderung berlaku pada kanak-
kanak berusia 3 – 7 tahun yang seterusnya akan
berkembang, di mana bercakap sendiri akan bertukar
menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal (suara hati)
Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap
sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding
kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.
Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka
menggunakan bahasa untuk mengawal tingkah laku dan
membimbing pemikiran mereka.
4. Perkembangan Bahasa dan Pemikiran

Bahasa digunakan oleh kanak-kanak untuk


merancang, membimbing dan memantau tingkah laku
mereka.

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak


dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak
dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat
menangis menyatakan yang dia lapar, lampin basah,
tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya.
PERBINCANGAN

 Bincangkan perkembangan bahasa kanak-kanak


mengikut peringkat usia di bawah sertakan
berikan contoh yang sesuai bagaimana mereka
berinteraksi dengan persekitaran
(a) 0 – 5 bulan
(b) 6 – 11 bulan
(c) 12 – 18 bulan
(d) 2 – 3 tahun
(e) 4 - 5 tahun
Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan


orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata
meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia
sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi( boleh
dianggap pertuturan) cuma terhad dalam bentuk
tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi
kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan sehingga
tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’.
Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dan g. Pada waktu
ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi.
Sebagai contoh, kepalanya akan menoleh dan matanya
akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggil.
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula
menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud
tertentu. Seperti mama, baba, dan dada.
Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringkat
asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan
ini akan menolong mempercepatkan proses
pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas
yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan
yang lebih rumit.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini
kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan.
Oleh itu, kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk
bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada
masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan.
Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada
berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika.
Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi
tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya.
Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari
sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh
menggunakan perkataan ketika bermain atau
bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh
melakukan arahan yang mudah.
Umur 2 hingga 3 tahun
Pada usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan
perkataan yang kurang difahami. Ayat yang ringkas
jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia
awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang
dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah
mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya
ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan
ayat yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa
kanak-kanak memainkan peranan lebih besar kerana ini
berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan
reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakuan dan
emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum
sempurna.
Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan
dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata
lebih banyak dan kompleks. Kanak-kanak mula belajar
menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
Pengaruh sosial juga mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding
taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang
menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan
masyarakat.
Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah tahu menggunakan
bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka
banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat.
Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai
memberi komen pada seseorang.
Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih
berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan
lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri
sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan
anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain
bersama rakan sebaya. Mereka sudah dapat menyebut
umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar
membaca.
3 IDEA UTAMA DALAM TEORI VYGOTSKY

 Intelektual berkembang pada saat seseorang


kanak-kanak mendapati idea baharu dan sukar
mengaitkan idea tersebut dengan apa yang telah
diketahui mereka.

 Interaksi dengan orang lain dan persekitaran


dapat memperkaya perkembangan intelektual.

 Peranan utama guru adalah sebagai pembantu


dalam pembelajaran kanak-kanak.
PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI BILIK DARJAH

1. Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.

2. Merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang


sesuai dengan tingkah laku pelajar.

3. Merumus langkah supaya pelajar mencapai matlamat


dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.

4. Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yang tidak


disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu.
PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI BILIK DARJAH

5. Merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha


mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.

6. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang


sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

7. Prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar.


PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI BILIK DARJAH

9. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran


yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan
perkembangan pelajar.

10. Membuat intervensi untuk mengatasi masalah


pembelajaran pelajar.

11. Berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang


perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah
pelajar.
TUTORIAL 2
 Bandingbeza Teori Ekologi Bronfenbrenner
dengan Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev
Vygotsky menggunakan peta i-Think yang
sesuai.
 Bincangkan bagaimana anda hendak
mengaplikasikan kedua-dua teori di atas dalam
bilik darjah yang mempunyai sosiobudaya yang
berbeza.

You might also like