You are on page 1of 11

FAKTOR DOMINAN YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terbahagi kepada dua iaitu, faktor endogen iaitu faktor dalam diri individu serta faktor eksogen iaitu faktor luar individu.

FAKTOR ENDOGEN
Faktor endogen merupakan faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Ia merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Terdapat banyak faktor-faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanakkanak.

Faktor yang pertama ialah faktor baka.


Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak-anaknya. Trait yang diwarisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini. Dari segi fizikal, individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Terdapat kajian yang mendapati sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Misalnya, penyakit Tay-Sachs. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mati pada umur 3 atau 4 tahun kerana kegagalan badan mereka memecahkan lemak. Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan orang Yahudi di Timur Eropah. Jika kedua-dua ibu bapa membawa gen ini, anak mereka akan mempunyai peluang 25 peratus untuk menghidapi penyakit ini. Penyakit-penyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom Down, Phenylketonuria dan Anemia Sel Sikel. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006)

Faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak ialah pengambilan dadah, alcohol atau rokok oleh ibu semasa mengandungkan anak mereka.
Apabila seorang ibu yang hamil mengambil dadah, risiko bayi yang dilahirkan cacat atau terencat akal adalah tinggi. Pengambilan dadah seperti heroin, kokein dan metadon juga boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Pengambilan alcohol pula akan menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol syndrome, iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan

sebagainya. Selain itu, jika ibu yang mengandung merokok, janin akan mengalami
kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kandungan karbon dalam haemoglobin ibu. Keadaan ini akan

mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan


bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilit kepala yang kurang. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006)

Faktor Rh darah juga merupakan salah satu faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak.
Apabila perempuan yang berdarah Rh negative berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh positif, biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif. Semasa hamil, ibu yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang berupaya untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya. Pada kehamilan pertama, tiada apa-apa yang serius berlaku namun pada kehamilan kedua dan seterusnya, mungkin terdapat antibodi yang cukup dalam darah ibu dan ia akan memusnahkan sel darah fetus sehingga mengakibatkan anemia. Sekiranya ibu tidak mendapatkan rawatan, dia mungkin akan mempunyai seorang anak sahaja dan mengalami keguguran pada kehamilan seterusnya.

FAKTOR EKSOGEN
Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Antara faktor eksogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak ialah faktor keluarga.
Keluarga mempunyai banyak tanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak. Terdapat ahli sosiologi mengatakan bahawa kanak-kanak ketika dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis yang bersih. Maka, kanak-kanak tersebut akan mempelajari daripada ibu bapa mengenai kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau senang hati

dan ketegangan. Apabila ibu bapa bersifat garang terhadap kanak-kanak, kanak-kanak
tersebut akan bersifat pasif, tidak ada inisiatif, tidak mahu bekerjasama dan mereka takut untuk mengeluarkan pendapat. Walau bagaimana pun, sekiranya seseorang kanak-kanak itu dibesarkan dengan cara melibatkannya dalam setiap perbincangan mengenai masalah keluarga serta dididik dengan lembut tetapi tegas dan banyak diberi bimbingan, kanakkanak tersebut akan bersifat bersopan santun, yakin kepada kebolehan dirinya serta menunjukkan sifat-sifat yang positif.

Sekolah juga merupakan salah satu faktor eksogen yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Di sekolah, kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain yang berada dalam kelompok asas mereka. Kanak-kanak diajar ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa berada di sekolah dan apa yang dipelajari oleh kanakkanak di sekolah tidak terbatas kepada kesedaran terhadap terhadap kurikulum sahaja tetapi mereka juga diajar tentang kepentingan nilai-nilai dan norma-norma kebudayaan masyarakat mereka.

Faktor eksogen yang lain adalah rakan sebaya.


Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba untuk menghayati norma, nilai dan harapan rakan sebaya agar diterima dan disanjung oleh kumpulannya walaupun kadangkala norma tersebut menyalahi norma dan nilai keluarga atau masyarakat(Rohana Yusof,1996). Melalui rakan sebaya, kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kanak-kanak akan belajar menghormati hak orang lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke

atas tugas yang diberi dan mematuhi peraturan dalam usaha mewujudkan
keharmonian dalam kumpulan. Individu akan mempelajari kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat dan melalui permainan.

Tempat tinggal juga mampu mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak.


Ia salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasuklah sistem moral dan nilai seseorang. Secara amnya, tempat tinggal terbahagi kepada tiga kawasan, iaitu Bandar, luar bandar dan pinggir Bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan Bandar adalah lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi. Manakala individu di kawasan luar Bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu lain dan mementingkan nilai-nilai murni.

TERIMA KASIH

You might also like