You are on page 1of 19

Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

1.0 Pengenalan.
Pengambilan diet seimbang merupakan keperluan yang amat penting bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang. Beberapa persoalan tentang pemakanan seperti apa yang
dimakan, bila dimakan, berapa kerap makanan diambil serta cara penyediaan haruslah
dititikberatkan. Malah kesedaran tentang kualiti makanan dan pola makanan juga dapat
mempengaruhi mental dan fizikal bagi seseorang kanak-kanak

Pemakanan didefinisikan sebagai komponen proses yang dilalui oleh organisma hidup,
menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal fungsi-
fungsinya dan untuk pertumbuhan serta memperbaharui komponennya (Krause &
Mahan,1993). Menurut Sir Harold Himsworth (1980) dalam Suriah pula menyatakan
pemakanan ialah analisis mengenai kesan makanan dan juzuk-juzuknya ke atas organisma
hidup.

Menurut Krause dan Mahan (1993) lagi, pemakanan merangkumi hubungan makanan
dengan kesejahteraan (kesihatan) tubuh manusia, termasuklah metabolisme makanan, nilai
pemakanan sesuatu jenis makanan, keperluan makanan daripada segi kualitatif dan
kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang berbeza untuk memenuhi
keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti, perubahan dalam keperluan nutrien dan makanan
yang mengiringinya atau mencegah penyakit dan faktor-faktor sosio ekonomi, psikologi,
sosial dan juga budaya yang mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan.

Manakala Coralie Mathews (2001) kesihatan kanak-kanak ialah kesihatan yang merujuk
kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan sosial sekitar kanak-kanak, ahli
keluarga mereka dan seluruh asli masyarakat.

Menurut Prof Madya Dr Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan pemakanan ialah
dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah hari
dan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik penting
iaitu mengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan persekitaran yang
menggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu memastikan bahawa
mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi daripada kumpulan vitamin,
karbohodrat, protein dan zat besi. Karbohidrat yang diperlukan kerana ia menjadi sumber
tenaga, makanakala protein diperlukan sebagai nutrien yang mencegah penyakit dan
membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan. Zat besi penting untuk
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

pembentukan enzim kerana ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu


bahan kimia ke peringkat yang lain.

Amalam pemakanan yang sihat amat penting bagi membantu mencegah terjadinya
penyakit-penyakit yang kronik kerana pengambilan makanan yang berkualiti dapat
menghasilkan perkembangan sepenuhnya, meningkatkan tahap keupayaan mental dan
fizikal serta memberi rintangan terhadap penyakit di samping tidak mempercepatkan proses
penuaan. Kajian yang dilakukan oleh Puan Safiah Mohd Yusof (1992), mendapati
keseluruhan pelajar di negara ini kekurangan zat makanan terutamanya kalsium. Di
kalangan murid perempuan yang sudah baligh pula disamping kekurangan zat kalsium
mereka juga turut kekurangan zat besi. Tambah beliau lagi, bekalan zat makan untuk
pembesaran sangat penting kepada mereka berada dalam kumpulan usia 7 hingga 19 tahun
kerana tempoh berkenaan adalah tempoh tumbesaran mereka. Corak pemakanan mesti
memenuhi keperluan zat bagi fizikal dan mental kerana ketika inilah mereka sangat aktif
manakala mentalnya pula digunakan untuk belajar. Faktor pengambilan makanan juga
merupakan elemen yang penting dalam menentukan tahap kesihatan dan kecerdasan
kanak-kanak.

2.0 Pemakanan
Menurut Suriah et al. (2003) definisi pemakanan mempunyai makna yang berbeza dari
pelbagai sudut pandangan. Bagi sesetengah pakar pemakanan mengaitkan pemakanan
dengan biokimia manakala bagi golongan professional kesihatan mengaitkan pemakanan
untuk pesakit dari sudut kalori, protein, karbohidrat, lemak dan mineral dan vitamin.
Pemakanan didefinisikan sebagai suatu kajian semua proses penyerapan dan penggunaan
bahan makanan termasuk identifikasikan setiap bahan makanan yang diperlukan untuk
tumbesaran dan pembinaan setiap organisma (Lee & Nieman, 2003)

Pemakanaan ialah kombinasi proses yang melalui organisma hidup, menerima dan
menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal fungsi-fungsinya dan
membaharui komponen-komponenya (Baker, 2002). Pemakanan juga didefinisikan sebagai
sains makanan di mana zat-zat makanan berinteraksi dan bertindak balas yang melibatkan
proses pencernaan, penyerapan, pengangkuran dan penyingkiran yang berhubungkait
tahap kesihatan dengan penyakit (Guthrie & Picciano, 1999).

Makanan meliputi semua bahan pepejal atau cecair yang terdiri daripada sebatian organic
atau bukan organic yang masuk kedalam saluran pencernaan dan digunakan untuk
membina tisu tubuh, mengawalatur proses tubuh daan membekalkan tenaga (Worthington &
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Williams, 2000). Makanan didefinisikan sebagai bahan yang boleh dimakan dan digunakan
oleh badan untuk melaksanakan pelbagai fungsinya (Vaclavik, 1999). Lazimnya, status
kesihatan yang tidak baik adalah disebabkan ativiti pengambilan makanan yang tidak
seimbang dimana berlebihan atau berkurangan mengambil gizi makanan. Selain itu, aktiviti
harian yang kurang bersenam akan memburukkan lagi tahap kesihatan. Diet, pemakanan
dan gaya hidup sihat adalah faktor kepada tahap kesihatan yang baik (Safiah,2000).

Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada
pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan
dengan baik serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja dan
bermain. Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi.
Manakala pemakanan yang optimum pula dapat zat makanan yang mencukupi kepada
manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta dapat mengelak
dari diserang penyakit.

2.1 Makanan Seimbang.


Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi tujuh kelas gizi makanan iaitu
karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam mineral, pelawas dan air yang baik diambil
dengan sukatan yang betul (Guthrie & Picciano, 1999). Ini kerana kekurangan dan kelebihan
pengambilan sesuatu kelas makanan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit
(Johanna,2000). Pengambil pelbagai jenis sumber makanan adalah digalakkan kerana tidak
ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan
(Barker,2002)

Tabiat dan amalan pengambilan makanan yang teratur adalah penting untuk menjamin
tahap kesihatan yang baik dan mengelakkan menghidap pelbagai jenis penyakit.
Pengambilan makanan yang tidak mengikut masa yang tetap atau melangkau mengambil
makanan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan (Arti., 2000). Melangkau sesuatu
makanan akan menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan menyebabkan
pengambilan lebihan makanan lalu menyebabkan obesiti. Elakkan pengambilan snek pada
waktu makan utama kerana boleh menyebabkan kehilangan kelaparan dan menjejaskan
pengambilan nutrien keperluan seharian (Worthigton & Williams, 2000)

3.0 Aspek pertimbangan dalam perancangan menu


3.1 Keseimbangan dan kepelbagaian
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Keseimbangan dan kepelbagaian makanan adalah asas dalam perancangan menu bagi
kanak-kanak. Perancangan ini boleh dilaksanakan dengan berpandukan saranan Piramid
Makanan Malaysia.

Piramid makanan satu carta yang membantu untuk merancang pengambilan jenis-jenis
makanan dan sukatan makanan yang sesuai setiap hari. Piramid makanan juga digunakan
sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita
dapat menrima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan
baik. Pengambilan makananan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh
membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Piramid makanan mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada
emapt (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga
menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap
kumpulan makanan.

Bentuk piramid yang lebih besar dibahagian bawah dan semakin mengecil ke atas
menggambarkan kepad individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada
bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling
atas (puncak) piramid.
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Aras 1:  Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50%-


55% dari jumlah tenaga harian)
Nasi, mee, roti,  Sumber yang baik untuk vitamin, mineral dan serat.
bijirin dan hasil  Serat makanan memberi banyak manfaat seperti meningkatkan
bijirin dan ubi- pergerakan usus dan menjaga kesihatan usus serta mencegah
ubian sembelit. Ia juga membantu menurunkan paras glukosa dan
kolesterol darah.
 Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh serperti roti mil
penuh, bijirin mil penuh, beras perang. Makanan ini
mengandungi kandungan serat yang lebih tinggu.
 Jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari.
 Contoh satu sajian:-
 1 cawan ( 2 senduk ) nasi sederhana
 1 cawan mi kuning
 1 ½ cawan bihun/laksa
 1 cawan bijirin sarapan
 6 keping biskut krim kraker
 2 keping roti
 2 cawan bubur nasi kosong
 2 biji ubi kentang
Aras 2:  Sumber baik untuk serat , vitamin, mineral dan fitokimia yang
Buah-buahan membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti)
dan sayur-  Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga
sayuran memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya mencegah
penyakit kronik seperti kencing masnis, penyekit jantung dan
beberapa jenis kanser.
 Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai setiap
hari
 Jenis sayur-sayuran boleh diambil sama ada sayur-sayuran
berdaun hijau, sayuran pelbagai warna, termasuk sayur buah,
sayur kacang, ulam, sayuran dalam tin atau beku.
 Pilih buah-buahan segar. Jus buah tidak boleh menggantikan
lebih daripada satu sajian buah-buahan.
 Contoh satu sajian sayur-sayuran:
 ½ cawan sayur berdaun hijau, dimasak
 ½ cawan sayuran bbuah atau berakar, dimasak
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 1 cawan ulam mentah


 Contoh satu sajian buah-buahan:
 1 biji sederhana epal/pear/oren/lai/manga
 1 potong betik, nenas, tembikai
 ½ biji jambu sederhana
 2 biji pisang emas
 1 biji pisang berangan
 8 biji kecil anggur
Aras 3:  Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina
Ikan,ayam,dagin tubuh.
g dan kekacang  kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
 Kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga memberi
sumber serat yang baik. Kekacang adalah rendah kandungan
lemak dan tidak mengandungi kolesterol dibandingkan dengan
ayam dan daging. Kekacang digalakkan diambil setiap hari.
 Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan kolestrol,
contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih
daging tanpa lemak.
 Pengambilan sehari yang disyorkan ialah :
 ½ - 2 sajian ayam, daging dan telur
 1 sajian ikan
 ½ - 1 sajian kekacang
 Contoh satu sajian ikan, ayam, daging dan telur:
 1 ekor ikan kembung saiz sederhana
 2 ketul daging tanpa lemak
 1 ketul peha ayam
 2/3 cawan sudu makan ikan bilis tanpa kepala
 2 biji telur
 2 keping tempeh
Aras 3:  Tinggi protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan mineral
Susu dan hasil seperti vtamin A, riboflavin, bitamin B12 dan zink.
tenusu  Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula
dari usia kanak-kanak. Ini membantu mengurangkan risiko
osteoporosis (tulang rapuh) di usia tua.
 Jumlah sajian yang syorkan adalah 1 hingga 2 sajian sehari.
 Satu sajian :-
 1 gelas susu (250 ml)
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 1 keping keju
 1 cawan yogurt
 4 sudu makan (membumbung) susu tepung
Aras 4  Terletak di atas puncak atau paling atas piramid menunjukkan
Lemak, minyak, makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
garam dan gula  Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit
kronik seperti obesiti, kencing manis,penyakit jantung, tekanan
darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak gula dan
garam serta kurangkan penggunaan sumber minyak, lemak,
gula, garam dalam penyediaan makanan.

3.2 Keperluan nutrisi


Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam
mineral, pelawas dan air. Masing-masing memainkan peranan yang amat penting bagi
tumbesaran dan kesihatan badan. Berikut merupakan keperluan nutrisi bagi setiap kelas
makanan:-

3.2.1 Keperluan karbohidrat.


Menurut Rajikin et al, (1997) karbohidrat terdiri daripada tiga jenis iaitu monosakarida,
disakarida dan polisakarida. Contoh monoakarida adalah glukosa, fruktosa dan galaktosa.
Disakarida pula mengandungi rantai monosakarida yang pendek misalnya maltose, sukrosa
dan laktosa. Monakala polisakarida pula terdiri daripada ratusan atau ribuan unit
monosakarida. Sumber karbohidrat misalnya roti, nasi dan ubi kentang merupakan makanan
yang banyak memberi tenaga kepada badan kita.

Disamping itu, terdapat satu lagi kebaikan adalah karbohidrat mengandungi kandungan
serat yang tinggi (Starr & Taggart, 2001). Serat ini boleh membantu dalam pencernaan dan
menjaga kesihatan kita (Bastable, 2002). Selain daripada fungsi tersebut, karbohidrat
kompleks adalah untuk menyelenggarakan fungsi luar kawal badan, untuk pembaikan dan
penyenggaran tisu-tisu badan dan untuk memperoleh simpanan tenaga ketika ketiadaan
makanan (Derek, 1996).

3.2.2 Keperluan protein


Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Ikan dan susu merupakan sumber asas bagi protein. Protein adalah penting untuk membaiki
tisu-tisu yang rosak atau mati. Selain itu, protein juga merupakan komponen penting kepada
membran sel di tubuh manusia dan menghasilkan enzim yang amat berguna (Camphell &
Farrell, 2003). Kekurangan protein dalam makanan boleh menyebabkan seseorang itu
menghidapi penyakit Kwosyiorkor yang jarang-jarang ditemui di Malaysia (Rajikin et al,
1997)

3.2.3 Keperluan lemak


Sumber untuk mendapat kandungan lemak misalnye marjerin, minyak, kekacang dan
sebagainya. Berdasrkan piramid makanan, lemak merupakan makanan yang patut dimakan
dengan sedikit sahaja (Wardle, 2000). Ini adalah disebabkan kandungan lemak yang tinggi
dalam makanan akan menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit jantung. Pakar
kardiologi bersetuju bahawa lemak tepu dalam diet dan paras kolesterol tinggi dalam darah
mempunyai kaitan rapat dengan penyakit jantung.

3.2.4 Keperluan vitamin.


Sayur dan buah-buahan juga merupakan sumber utama untuk mendapatkan vitamin
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001). Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
maka ia sering disebut sebagai mikronutrien (Rajikin et al, 1997). Vitamin boleh
dikategorikan kepada dua golongan iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Vitamin
larut lemak terdiri daripada vitamin-vitamin A,D,E dan K manakala vitamin larut air pula ialah
vitamin B (Rajikin et al, 1997). Misalnya vitamin A memainkan peranan penting dalam
penglihatan, pertumbuhan, pembiakan normal dan pertumbuhan tisu (Kathleen & Escott-
Stump, 1996). Walau bagaimanapun, jika pengambilan vitamain A yang berlebihan boleh
menyebabkan seseorang itu senang menghidap osteoporosis (Kolata, 2004)

3.2.5 Keperluan mineral


Menurut Derek (1996), tubuh kita mengandungi pelbagai jenis mineral yang mempunyai
fungsi yang penting dan pelbagai. Misalnya kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan natrium.
Seperti nutrisi yang lain, garam mineral juga diperlukan dalam kuantiti yang tertentu untuk
kesihatan tubuh manusia. Contohnya, kekurangan iodin boleh menyebabkan goiter dan
kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan sawan (Saat, 2004). Menurut
mereka lagi, walaupun vitamin diperlukan dalam kuantiti yang sedikit jika tanpanya tubuh
kita tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Ini kerana setiap jenis vitamin mempunyai
fungsi yang tertentu dalam metabolisme tubuh badan manusia (Saat, 2004). Sebaliknya jika
ia diambil secara berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit. Menurut Kolata (2004), jika
zat besi diambil berlebihan akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit jantung.
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

3.2.6 Keperluan air


Air merupakan salah satu bahan yang penting (Chiras,2003). Menurut Insel et al., (2001)
badan kita terdiri daripada kira-kira 65% air, 17%protein, 15 %lemak dan 6% mineral dan
glukogen. Manusia boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makan tetapi tidak boleh
hidup untuk beberapa hari sahaja jika tanpa air. Ini menunjukkan betapa pentingnya air.
Menurut Chiras, (2003) fungsi air diantaranya adalah seperti mengekalkan suhu dalam
badan, menyingkirkan bahan toksik, mengekalkan pH darah dan lain-lain lagi.

3.3 Pengenalan Kalori.


Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai
kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan
karbohidrat, protein an lemak. Berikut adalah pengiraan nilai kolari:
1 g karbohidrat = 4 kalori
1g protein = 4 kalori
1g lemak = 9 kalori.

Contoh pengiraan kalori dalam makanan.


1 sudu teh gula (5g) - 20 kalori
1 sudu teh minyak masak (5g) -45 kalori

Contoh 1
a) 1 cawan mihun kosong direndam (45g) – 75 kalori
b) 1 cawan mihun (45g) + 1 sudu teh minyak (5g) – 120 kalori
c) 1 cawan mihun (45g) + 2 sudu teh minyak (10g) +
1 biji telur (50g) + ½ Cawan sayur berdaun (30g) – 255 kalori
Contoh 2
a) 1 senduk nasi putih ( 75g) - 100 kalori
b) 1 senduk nasi minyak (75g) - 134 kalori
c) 1 senduk nasi minyak (75g) + 1 ketul ayam masak merah (90g)
+1 senduk dalca sayur ( 80g) - 364 kalori
Contoh 3
a) 1 cawan air teh O kosong (200ml) - 0 kalori
b) 1 cawan teh O (200ml) + 1 sudu eh gula (5g) -20 kalori
c) 1 cawan teh O (200ml) + 1 sudu the gula (5g)
+ 1 sudu makan krimmer manis (10g) - 110 kalori
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Jumlah sajian yang disarankan berdasarkan keperluan kalori.


Kumpulan makanan 1500 kkal/hari 2000 kkal/hari 2500 kkal/hari
Bijirin 4 sajian 6 sajian 8sajian
Buah-buahan 2 sajian 2 sajian 2 sajian
Sayur-sayuran 3 sajian 3 sajian 3 sajian
Daging / ayam ½ sajian 1 sajian 2 sajian
Ikan 1 sajian 1 sajian 1 sajian
Kekacang ½ sajian 1 sajian 1 sajian
Susu dan produk 1 sajian 2 sajian 3 sajian
tenusu

 1500kkal/ hari = sesuaia bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas
 200kkal/hari = sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana
aktif dan lelaki yang tidak aktif
 2500kkal/hari = sesuai bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan
wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

3.4 Kualiti dan kuantiti


3.4.1 Kualiti
a. Berikan pelbagai jenis makanan supaya semua keperluan nutrien kanak-kanak dapat
dipenuhi.
b. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin yang kaya dengan serat.
 Sekiranya bijirin sarapan dihidangkan, pilihlah bijirin sarapan tanpa gula.
Buah-buahan seperti kismis, aprikot, kurma, prun dan hirisan pisang boleh
ditambah untuk meningkatkan rasa dan nilai pemakanan.
c. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan dihidangkan setiap hari. Buah-buahan
segar dan salad adalah sesuai dijadikan pilihan menu sihat untuk hidangan snek.
d. Pastikan air kosong sentiasa tersedia dan berada di tempat yang mudah diperolehi.
e. Elakkan menghidangkan makanan dan minuman yang rendah kandungan nutrien
seperti teh O, kopi O, mi kosong atau nasi kosong.
f. Kurangkan makanan berlemak atau berminyak.
 Kurangkan penyediaan makanan bergoreng.
 Gunakan pelbagai kaedah memasak secara sihat seperti mereneh,
merebus, rendidih, mengukus, dan memanggang.
 Gantikan santan dengan susu dalam masakan bersantan seperti kari dan
bubur kacang hijau.
 Buangkan kulit ayam dan pilihlah daging tanpa lemak.
 Sediakan susu penuh krim kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 Elakkan penggunaan krimer dan krimer manis dalam masakan atau


minuman kerana ia mengandungi lemak tepu yang tinggi.
g. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan garam termasuk garam tersembunyi
dalam produk makanan.
 Gunakan sedikit garam sahaja di dalam masakan dan elakkan menabur
garam di atas makanan.
 Sekiranya menggunakan garam beriodin, pastikan garam ditambah sebaik
sahaja sebelum memadamkan api.
 Hadkan penggunaan sos tiram/ cili /tomato/ ikan, kicap serta serbuk
perasa (termasuk mono sodium glutamate/ MSG, kiub dan serbuk ayam/
ikan bilis) semasa menyediakan makanan.
 Elak menghidang makanan yang masin seperti telur masin, ikan masin,
sayur jeruk dan makanan yang diproses seperti sosej, nugget, mi segera
atau makanan dalam tin seperti sambal ikan bilis.
 Pilihlah produk kurang garam seperti biskut atau marjerin rendah garam
sekiranya produk berkaitan digunakan.
h. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula termasuk gula tersembunyi
dalam produk makanan.
 Kurangkan penggunaan gula semasa memasak.
 Elakkan penambahan gula semasa menyediakan makanan
sebaliknya maniskan hidangan dengan buah segar atau buah kering.
 Elakkan menghidang kek yang disalut gula atau aising.
 Sediakan air kosong setiap kali waktu makan. Kurangkan
menghidang minuman manis.
 Elakkan menambah gula dalam jus buah-buahan.
 Kurangkan penggunaan gula dalam minuman. Kurangkan
penggunaan susu pekat manis dalam minuman. Ia tidak boleh
menggantikan susu segar atau susu tepung kerana kandungan gula dalam
susu pekat manis adalah tinggi dan kurang kandungan nutrien.
3.4.2 Kuantiti
a. Sediakan makanan dalam kuantiti yang bersesuaian mengikut kumpulan umur
seperti yang disarankan.
b. Sekiranya kanak-kanak tidak berselera, beri makanan sedikit demi sedikit dan
galakkan mereka menambah makanan sehingga mencapai sukatan yang
disarankan.

4.0 Pelan Hidangan Untuk Kanak-kanak (4-6 tahun)


Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Merancang lebih awal sajian untuk kanak di dalam usia prasekolah adalah cara terbaik
untuk memastikan kanak-kanak mendapat pemakanan yang baik sepanjang masa. Hal ini
juga membolehkan anda mengawal makanan yang dimakannya. Berikut adalah pelan
perancangan bagi satu hari di hari minggu.

Hidangan Untuk Hari Minggu


Sarapan
- Fritata Telur Bersama Bayam* +air kosong
Snek Pagi
- Roti Bakar Ala Perancis + Susu Segar
Makan Tengahari
-Nasi + Daging Masak Lada Htam* + Sayur Petola Bersama Fucuk* + Jus Buah-buahan
campuran
Snek Petang
-Kebab buah-buahan* +air kosong
Makan Malam
-Mi Goreng Makan Laut* + Air Kosong
*Rujuk resepi penyediaa
4.1 Fritata Telur Bersama Bayam
(hidangan untuk lima orang)

Bahan-bahannya:
 3 biji telur
 250 g(1cawan) daging ayam dimasak dan
dicincang
 125 ml (1/2 cawan) susu
 60 g (1/2 cawan) keju Mozzarella, diparut
 30 g (1/2 cawan) lada benggala merah,
dihiris halus
 30 g (1/2 cawan) bawang besar, dicincang
 30 ml ( 2 sudu makan) minyak sayuran
 30 g (1/2 cawan) bayam, dicincang
 Garam dan lada sulah secukup rasa.

Cara Penyediaan:-
 Tumiskan lada benggala dan bawang besar di dalam kuali sehingga lembut.
 Di dalam mangkuk, pukul telur dan susu. Masukkan ayam, bayam, keju mozzarella
serta garam dan lada sulah.
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 Tuangkan campuran ke dalam kuali. Tutup dan biarkan masak dengan api yang
sederhana selama 7-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Potong kepada
beberapa bahagian dan hidangkan bersama roti bakar.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan


Kalori 180 kcal Karbohidrat 1.4 g
Protein 16.2 g Lemak 12.2 g

4.2 Roti Bakar Ala Perancis


(hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahannya:-
 4 keping roti
 80 ml ( 1/3 cawan) susu penuh krim
 2 biji telur, dipukul
 15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
 5 ml ( 1 sudu teh) madu
 2 g ( ¼ sudu teh) serbuk kayu manis
 Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-
 Pukul telur sehinga kembang
 Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga
sebati.
 Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu.
Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak
lembik dan hancur
 Goring roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana
dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
 Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti yang rangup ala
perancis tetapi pastikan tidak hangus.

*Cadangan roti bakar dengan sirap maple atau madu

Kandungan Nutrient Setiap Satu Hidangan


Kalori 155kcal Karbohidrat 17.8 g
Protein 5.3 g Lemak 7.0 g
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

4.3 Daging Masak Lada Hitam


(Hidangan untuk lima orang )

Bahan-bahannya:-
 300 g ( 1 ¼ cawan) daging tanpa lemak,
dihiris nipis
 50 g ( 3 sudu makan) sos lada hitam
 10 g ( 1 cm ) halia
 10 g ( 2 ulas ) bawang putih
 40 g ( 4) bawang merah.
 2 g ( ¼ sudu teh) gula
 125 ml ( ½ cawan) air
 15 ml ( 1 sudu makan) minyak sayuran
 Garam secukup rasa

Cara penyediaan:-
 Kisar halia, bawang putih serta bawang merah
 Tumiskan bahan yang dikisar dengan minyak sayuran sehingga wangi dan
keperangan
 Masukkan daging dan teruskan memasak sehingga lembut. Tambah air supaya tidak
hangus dan kering dengan cepat.
 Masukkan sos lada hitam, gula dan garam secukup rasa, gaul sebati
 Hidangkan bersama nasi.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan


Kalori 122 kcal Karbohidrat 6.30 g
Protein 14.5 g Lemak 4.3 g

4.4 Sup Petola Bersama Fucuk


(Hidangan untuk 5 orang)

Bahan-bahannya:-
 100 g petola, kulit keras dibuang dan
dipotong bulat
 50 g ( 5 ekor) udang, dibuang kulit
 10 g fucuk, dirednam dengan air
 10 g soon hoon, direndam ddalam air
 250 ml ( 1 cawan) air
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 8 g ( 1 biji) cili merah, dihiris halus


 20 g ( 2 biji bawang merah, dicincang
 5 g ( 1 ulas) bawang putih, dicincang
 Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan:-
 Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
 Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masukkan udang, cili dan
petola. Rebus sehinga petola lembut.
 Masukkan soo hoon dan fucuk dan teruskan rebus sehingga lembut.
 Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan


Kalori 33 kcal Karbohidrat 3.7 g
Protein 3.1 g Lemak 0.6g

4.5 Jus Buah-buahan Campuran


(hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahannya:
 200 g ( 2 biji) epal hijau saiz sederhana
 80 g ( 1 biji) lobak merah saiz sederhana
 750ml ( 3 cawan) air

Cara Penyediaan:-
 Bersihkan buah-buahan di bawa air mengalir, buangkan kulit dan dipotong dadu
bersaiz kecil
 Masukkan ke daklam pengisar dan kisar sehingga campuran buah-buahan menjadi
lembut dan sebati
 Hidangkan sejuk bersama straw.

*Jika terlalu masam untuk kanak-kanak, dicampurkan dengan satu sudu teh madu.

Kandungan Nutrien Setiap satu Hidangan


Kalori 28 kcal Protein 0.3 g
Karbohidrat 6.5 g Lemak 0.1 g

4.6 Kebab Buah-Buahan


Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

(hidangan untuk 5 Orang makan)

Bahan-bahannya:-
 10 pencucuk lidi, direndam selama 2-3 miniy
 200 g ( 1biji) manga masak, dikupas kulit
 200 g ( 2 biji oren) dikupas kulit
 200 g ( 2 bijii besar) epal merah, dikupas kulit
 70 g ( 10 biji kecil) strawberi
 20 g ( 1 ½ sudu makan) marjerin
 3 ml (1/2 sudu the) jus lemon
 80 g (1/2 cawan) madu
 250 ml ( 1 cawan) yogurt atau ais krim vanilla.

Cara penyediaan:-
 Potong mangga, oren dan epal kepada kiub bersaiz 3 cm
 Cucukkan buah-buahan yang sudah dipotong (manga, oren, epal merah, strawberi)
ke dalam pencucuk lidi dan letakkan di atas dulang pembakar.
 Campurkan marjerin, jus lemon dan madu di dalam mangkuk dan gaul sehingga
adunan lembut.
 Lumurkan buah-buahan dengan adunan tadi
 Letakkan pencucuk lidi bersama buah-buahan di atas pemanas yang disapu sedikit
minyak dan panaskan sehingga suam.
 Biarkan sejuk dan hidangkan bersama yogurt atau aiskrim

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan ( 2 Cucuk)


Kalori 187 kcal Protein 4.0 g
Karbohidrat 32.9 g Lemak 4.4 g

4.7 Mi Goreng Makan Laut


(Hidangan untuk 5 orang)

Bahan-bahannya:-
 80 g ( 2 keping ) yee mee
 150 g ( 2 ekor bersaiz sederhana ) sotong
segar, dihiris memanjang
 90 g ( ½ cawan) udang, dibuang kulit
 60 g ( ½ cawan) lobak merah, dihiris
 170 g ( 2 cawan) daun sawi, di potong kasar
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 14 g ( 6) cendawan shitake, kering atau yang segar ( jika menggunakan cendawan


kering, rendam di dalam air panas selama 30 minit) dan dihiris nipis
 2 biji telur, dipukul sebati
 500 ml ( 2 cawan) pati ayam (stock)
 16 g ( 2 sudu makan) tepung jagung + 125 ml (1/2) cawan air – dicampurkan
 10 g ( 2 cm) halia, dihiris nipis
 30 ml ( 2 sudu makan) minyak
 15 ml ( 1 sudu makan) kicap cair
 Garam dan lada sulah secukup rasa.
Cara penyediaan:-
 Jerangkan seperiuk air. Apabila mendidih, masukkan yee mee ke dalam periuk dan
biarkan selama 1 minit. Angkat dan toskan air
 Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawaang putih serta
halia sehingga wangi. Masukkan udang dan sotong, tumis selama 2 minit. Angkat
udang dan sotong tadi dan asingkan.
 Masukkan 1 sudu makan minyak ke dalam kuali. Masukkan lobak merah dan
tumiskan selama 2 minit. Tuangkan pati ayam dan biarkan ia mendidih selama 10
minit.
 Sebagai penambah perasa, masukkan kicap dan juga garam. Untuk memekatkan
kuah, masukkan campuran tepung jagung. Kemudian masukkan telur yang telah
dipukul secara perlahan-lahan, udng dan sotong yang telah dimasak tadi serta daun
sawi. Gaulkan secara perlahan.
 Biarkan kauh masak selama 3 minit lagi dan tutupkan api.
 Untuk menghidangkan, bahagikan mee kepada lima bahagian dan letakkan ia di
dalam pinggan atau mangkuk berasingan.
 Cedokkan kuah secukupnya dan letakkan ke atas mi dan hidangan segera.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan


Kalori 214 kcal Karbohidrat 19.5g
Protein 13.7 g Lemak 9.0 g

5.0 Kesimpulan.
Makan adalah aktiviti rutin bagi memenuhi keperluan biologi tubuh manusia. Pengambilan
diet makanan yang seimbang dan jadual pemakanan yang teratut akan menjamin kesihatan
badan yang berpanjangan. Bagi seseorang kanak-kanak yang memerlukan aktiviti fizikal
dan mental, sudah tentu nutrient yang cukup amat penting dalam aktiviti pembesaran dan
pembelajaran.
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

Pemakanan berkualiti adalah factor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal
seseorang. Bagi seseorang kanak-kanak, pengambilan diat makanan yang seimbang serta
jadual pemakanan yang konsisten pertu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa
perlu menitikberatkan pengambilan makanan semasa proses tumbesaran anak-anak yang
sihat dengan menyediakan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat serta
seimbang.

6.0 Rujukan
 Dato’ Dr Noor Laily Binti Dato’Abu Bakar & Mansor Hj Sukaimi.1999. PROGRAM
KEMAS NURY. Rhythm Publishing Co Sdn Bhd. Pulau Pinang.
 Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali.2011. Amalan Pemakanan Dalam Kalangan
Pelajar Universiti Dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia
Pelajar. Bil 14:59-68.
 Amey Rozalina Azeman, Nurul Farhana Mohd Raduan & Nur Farhana Othman.2016.
Pemilihan Makanan Di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka : Satu
Tinjauan. Jurnal Hospitaliti dan Jaringan .Volume 1(2016) : 71-80.
 Wong Chee Ping. (2006). Kesan Pembelajaran Pemakanan Ke Atas Perubahan
Pengetahuan, Tabiat Dan Amalan Pemakanan Sihat Di Kalangan Pelajar Dalam
Kampus Induk UMS.Universiti Malaysia Sabah
 Sarina Binti Saleh. Februari 2004. Corak Pengambilan Makanan Pelajar Melayu
Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes Di Sekolah Kebangsaan Pendas Laut, Gelang
Patah, Johor (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup).
Universiti Teknologi Malaysia.
 Noorsyarzielah Binti Saleh. (2013). Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan
Seimbang Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka: Satu Tinjauan.
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 Persatuan Pemakanan Malaysia.(2011). Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan
Jilid 1: Resepi Untuk Si Kecil Anda. Persatuan Pemakanan Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor
 Persatuan Pemakanan Malaysia. (..............). Buku Masakan Pilihan Pakar
Pemakanan Jilid 2: Resipi Untuk Seisi Keluarga. Persatuan pemakanan Malaysia.
Petaling Jaya, Selangor.
 Kumpulan Kerja Kebangsaan.2003. Kem Cara Hidup Sihat 2003 - Sihat Sepanjang
Hayat, Modul Latihan. Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan
Malaysia
Pemakanan Kanak-kanak- Plan Pemakanan Kanak-kanak – 30 Mei 2018 SK/ Pi1M Redong

 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. 2006. Women @


Herat – Wanita & Pemakanan, Panduan Praktikal Prosedional Kesihatan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Malaysia. Kuala
Lumpur
 Kementerian Kesihatan Malaysia.(2010). Panduan Diet Malaysia. Bahagian
Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
 Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia .(2011). Panduan Penyajian
Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat.Kementerian Kesihatan Malaysia.Putrajaya

You might also like