You are on page 1of 4

7.

0 RANCANGAN ORGANISASI

7.1 CARTA ORGANISASI

Berikut merupakan carta organisasi bagi (Nama Tadika)

CARTA ORGANISASI

Pemilik/ Pengurus
Eksekutif

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus


Operasi Pemasaran Kewangan Sumber Manusia
7.2 JAWATAN DAN SPESIFIKASI

NAMA JAWATAN DISKRIPSI


TUGAS
Mengurus dan mengendalikan perkara
Nur Aina Binti Alias Pemilik yang berkaitan tadika

Mengurus berkaitan gaji, pengambilan


Nur Shahirah Binti Mat Pengurus Sumber pekerja dan perkhidmatan.
Nawi @ Nik Sin Manusia

Mengurus berkaitan iklan kemasukan


Chersherra Debbie Pengurus Pemasaran pelajar dan guru, merancang aktiviti
Vincent yang akan mempromosikan tadika
mengikut perkembangan semasa.

Menguruskan hal yang melibatkan


Huda Nur Alisa Bt Abd Pengurus Operasi jadual, tugasan, fail-fail berkaitan
Halim aktiviti tadika dan menyediakan
peraturan yang perlu diikuti oleh
warga tadika.

Mengurus hal yang berkaitan gaji


Siti Mariam Bt Yusoff Pengurus Kewangan pekerja, yuran pelajar, mengemaskini
akaun tadika, merekodkan aktiviti
keluar masuk aliran tunai dan aset.

7.3 TENAGA KERJA


Berikut merupakan kakitangan dan staf yang terlibat dalam pengurusan (Nama
Tadika)

7.3.1 Pengurus

• Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak dan


berpengalaman dalam pengendalian dan pengurusan tadika sekurang-kurangnya 5
tahun.
• Seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat kepimpinan yang baik.
• Memastikan matlamat organisasi tercapai.
• Membantu tugas-tugas pengurus yang lain.
• Bertindak sebagai pembuat keputusan akhir dalam perniagaan.
• Sebagai pegawai perhubungan dengan mengadakan hubungan pihak luar untuk
mendapatkan maklumat.

7.3.2 Kerani Am dan Pembantu

• Mempunyai sekurang-kurangnya diploma ataupun setaraf dalam pendidikan


awal kanak-kanak.
• Boleh bekerja dalam kumpulan.
• Dapat menerima arahan dengan baik.
• Dapat menguruskan hal yang berkaitan dengan rekod pejabat, surat menyurat
dan urusan berkaitan kewangan.
• Mahir dalam penggunaan Microsoft Office.
• Seorang yang amanah dalam pengurusan tugas.

7.3.3 Guru Penyelia

• Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak


atau setaraf.
• Memastikan fail pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, fail kesihatan,
jadual pembelajaran kanak-kanak tersusun dan berjalan mengikut masa yang
ditetapkan.
• Memastikan guru-guru mengajar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
• Dapat mengendalikan program dan aktiviti untuk kanak-kanak, guru dan ibu
bapa.
7.3.4 Guru
• Mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak
atau setaraf, sijil KAP adalah satu kelebihan.
• Seorang yang ceria, sabar dan ramah dengan kanak-kanak.
• Mampu bekerja dalam kumpulan.
• Menepati masa dan berdisiplin.
• Dapat menerima teguran.
• Kreatif dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

7.3.5 Pembantu Guru

• Mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM.


• Membantu guru dalam pengurusan kelas dan memastikan kelas sentiasa berada
dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
• Seorang yang ceria, sabar dan ramah dengan kanak-kanak.
• Memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat sebelum dan selepas
sesi persekolahan.
• Menyambut kedatangan kanak-kanak ke sekolah.

7.3.6 Tukang Masak

• Mempunyai suntikan dan sijil pengendalian makanan.


• Seorang yang pembersih dan mampu memasak makanan mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
• Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas

7.3.7 Tukang Kebun

• Memastikan tadika berada dalam suasana yang bersih, ceria dan cantik.
• Mempunyai lesen dalam pemanduan kenderaan.
• Jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

You might also like