You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Setiap ibu bapa mempunyai hasrat untuk melihat anak-anak mereka yang berpotensi dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi oleh mereka apabila makin meningkat dewasa. Melihat kepada corak kehidupan masa kini yang amat member penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Fokus terhadap kecemerlangan ini telah menggalakkan penubuhan institusi-institusi yang menawarkan program-program pengayaan yang bertujuan untuk melengkapkan anak-anak dengan kemahian membawca, menulis, mengira dari kecil lagi supaya mereka boleh mengaplikasikannya apabila mereka meningkat dewasa kelak. Institusi ini jugalah yang mengaturkan aktiviti-aktiviti atau kurikulum yang menekankan kepada aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti harian kanak-kanak tersebut. Pengusaha pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak. Namun demikian, permasalahan sering sahaja berlaku ke atas setiap tadika atau institusi-institusi pendidikan yang lain. Masalah yang berlaku bukan sahaja daripada kanak-kanak bahkan ada juga yang mendapat tekanan daripada pihak-pihak atasan malah juga ibu bapa yang menginginkan keadaan yang di luar kemampuan guru atau pengendali tabika tersebut. Berdasarkan kepada pengalaman saya mengajar di tabika selama hampir dua tahun, apa yang saya dapati masalah yang biasa berlaku dalam kelas yang saya ajar ialah masalah membaca dalam kalangan murid-murid atau kanak-kanak di bawah penyeliaan saya. Saya faham jika kanak-kanak tersebut masih tidak tahu membaca malahan masih belum mengenal huruf ketika pertama kali menjejakkan kaki ke tabika. Namun, apa yang lebih membimbangkan saya ialah masalah yang berlaku apabila kanak-kanak tersebut sudah berbulan-bulan diajar mengenal huruf tetapi masih tidak boleh mengikuti apa yang diajar oleh saya. Bukan itu sahaja, masalah tersebut ditambah pula dengan masalahmasalah lain seperti hiperaktif yang harus saya tangani setiap tahun mengajar. Masalah yang berlaku ini tidak melibatkan semua kanak-kanak tetapi hanya segelintir sahaja yang mengalami masalah sebegitu.

Setiap permasalahan yang berlaku memerlukan saya untuk membuat keputusan yang baik supaya apa yang saya harapkan daripada kanak-kanak tersebut berhasil. Di sini saya akan jelaskan berkenaan dengan proses membuat keputusan mengenai permasalahan yang saya hadapi iaitu murid tidak dapat membaca dengan baik.

2.0 Definisi Masalah

Masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005). Merujuk kepada masalah yang telah saya nyatakan di atas, kanak-kanak di bawah seliaan saya sesetengahnya tidak dapat membaca dengan baik. Mereka ini tidak dapat mengenal huruf dengan baik sehinggakan ada lagi dalam kalangan mereka yang masih tidak dapat mengenal huruf ABC, apatah lagi membaca suku kata atau ayat. Namun demikian, kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Masalah membaca sering terdapat dalam kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ) Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat di mana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya, pada peringkat usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara

merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima ke atas yang sudah mula berfikir tentang makna setiap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanakkanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-

buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumatmaklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Kadang kala , kanak-kanak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh seorang guru kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

3.0 Kriteria Penyelesaian Masalah

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang cara bagaimana untuk saya mengatasi dan menyelesaikan masalah yang saya hadapi tersebut, saya jelaskan terlebih dahulu tentang proses-proses dalam membuat keputusan yang efektif. Terdapat enam langkah yang penting yang terlibat dalam proses membuat keputusan yang efektif iaitu mengenal pasti keperluan, situasi dan masalah, kemudian mendiagnosis dan menganalisis sebab, pembentukan alternative, pemilihan alternatif, pelaksanaan alternatif dan penilaian dan maklumbalas. Keenam-enam langkah ini dibuat mengikut susunan langkah demi langkah bermula dengan mengenalpasti masalah yang berlaku, seterusnya mendiagnosis masalah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat senarai pembentukan alternatif cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Daripada senarai pembentukan alternative tersebut, pemilihan alternative dibuat untuk memilih alternative yang dirasakan paling berkesan untuk menyelesaikan masalah. Seteleh alternative tersebut dijalankan, penilaian dan maklumbalas dilaksanakan untuk menilai sejauh mana keberkesanan alternative tersebut berjaya dilaksanakan. Untuk melihat dengan lebih

terperinci berkenaan dengan setiap langkah-langkah dalam penyelesaian masalah ini, saya perincikan lagi mengikut setiap langkah yang ada.

3.1 mengenalpasti keperluan, situasi dan masalah

ini merupakan langkah pertama sebelum sesuatu keputusan untuk menyelesaikan masalah dibuat. Dalam konteks masalah yang saya hadapi ini, masalah ini saya kesan terlebih dahulu ketika saya mengajar kanak-kanak tabika tempat saya mengajar di Tabika Seri Anggerik, Parit Karjan. Maslah tersebut saya kenal pasti berdasarkan kepada beberapa criteria iaitu kawalan, kepentingan, kerumitan, masa, dan sumber-sumber.

3.1.1

Kawalan

Dalam aspek kawalan, ia melibatkan sejauh mana saya dapat mengawal masalah tersebut dan sejauh mana saya dapat memberikan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Dalam konteks permasalahan yang telah saya hadapi iaitu kanak-kanak atau murid-murid di bawah kawalan saya yang tidak dapat membaca dengan baik, saya percaya dan yakin mereka yang masih tidak mampu menguasai kemahiran membaca ini dapat diatasi dan diselesaikan sekiranya masalah tersebut diatasi dengan baik mengikut prosedur-prosedur yang tertentu dan bukannya diselesaikan dengan cara membuta tuli semata-mata. Masalah yang berlaku yang melibatkan kemahiran membaca murid ini jika tidak dikawal dan diselesaikan dengan cara yang betul, ia akan menimbulkan satu kesan yang lebih mendalam untuk jangka masa panjang terhadap kanak-kanak tersebut.

3.1.2

Kepentingan

Ini merujuk kepada sejauh mana kepentingan masalah tersebut. Merujuk kepada masalah yang saya hadapi, kekangan dalam pembacaan ini adalah sangat penting kepada kanak-kanak terutama sebagai persediaan untuk mereka melangkah ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat pembelajaran di sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah dan sehinggalah mereka berjaya dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak boleh dikatakan wajib untuk membolehkan

mereka menguasai kemahiran membaca kerana segala ilmu yang akan mereka perolehi adalah daripada membaca. Bayangkan kanak-kanak yang tidak boleh membaca melangkah ke sekolah rendah yang masih terkiai-kiai dalam menguasai kemahiran membaca sedangkan ada dalam kalangan seusia mereka yang sudah mahir dan lancer dalam pembacaan. Ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut ketinggalan dalam pelajaran dan akan menjejaskan masa depan mereka.

3.1.3

Kerumitan

Kerumitan merujuk kepada sejauh mana kepayahan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Masalah dalam kemahiran membaca ini mempunyai banyak penyelesaiannya bergantung kepada melihat kepada tahap pencapaian kanak-kanak itu sendiri. Ada kanak-kanak yang memang lambat untuk mendapat kemahiran ini tetapi ada juga kanak-kanak yang cepat untuk memperoleh kemahiran ini. Langkah-langkah penyelesaian harus dibuat dengan lebih berhati-hati dan jika kaedah penyelesaian yang dipilih tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut, penilaian dibuat untuk membolehkan guru mengesan sebab dan seterusnya mengadakan satu jalan penyelesaian lain yang mungkin boleh menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah masalah tersebut berjaya diselesaikan.

3.1.4

Masa

Biasanya dalam mendidik kanak-kanak untuk memperoleh kemahiran membaca ini memerlukan jangka masa yang agak panjang. Bukan dalam masa satu hari mahupun dua hari bahkan ada kalanya ia memerlukan masa sehingga mencapai berbulan-bulan lamanya bergantung kepada tahap perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak tersebut. Dalam kelas saya, ada murid-murid yang dapat mengikuti pengajaran saya dengan baik namun ada juga yang masih kabur dengan apa yang saya ajar sehinggalah setelah berbulan-bulan saya mengajar mereka.

3.1.5

Sumber

Sumber-sumber yang diperlukan dalam mencari kaedah penyelesaian masalah yang dihadapi harus diteliti dengan baik. Sumber-sumber ini biasanya saya perolehi daripada pemerhatian saya terhadap kanak-kanak di dalam kelas dan melihat kepada prestasi pencapaian akademik mereka. Selain itu juga, maklumat yang saya perolehi daripada ibu bapa atau penjaga murid-murid tersebut juga membantu saya dalam melihat permasalahan ini dengan lebih jelas lagi.

3.2 Mendiagnosis Dan Menganalisis Sebab

dalam aspek mendiagnosis dan menganalisis data untuk sesuatu masalah, saya mengumpulkan semua data dan mempamerkan semua maklumat yang berkaitan supaya ia dapat membantu saya dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, seorang murid saya, murid A tidak dapat mengenal huruf ABC dengan baik. Berdasarkan sumber yang saya perolehi daripada pemerhatian dan prestasi murid tersebut, saya dapati beliau tidak dapat mengenal huruf ABC dengan baik walaupun telah berkali-kali saya mengulanginya ketika di dalam kelas. Maklumat yang saya perolehi daripada ibu bapa beliau menyatakan bahawa beliau memang tidak suka membaca dan hanya lebih menumpukan kepada aktiviti bermain bersama kawan-kawan di rumah. Beliau juga tidak memberikan sepenuh perhatian ketika saya mengajar di dalam kelas. Data-data ini saya kumpulkan dan kemudian didiagnosiskan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang telah menyebabkan murid A menjadi seperti sedemikian.

3.3 Membentuk Alternatif

Apabila masalah-masalah dan keperluan telah dikenalpasti dan telah mendapat penyelesaiannya, maka langkah seterusnya diambil iaitu langkah pembentukan alternative-alternatif yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Dalam pembentukan alternatif ini, saya menggunakan teknik brainstorming untuk menjana alternatif dan saya rasakan ia adalah teknik yang paling berkesan dalam pembentukan alternatif kerana apa sahaja jalan penyelesaian yang berada dalam pemikiran saya dicatat terlebih dahulu tanpa menilai sejauh mana keberkesanan kaedah penyelesaian masalah tersebut. Kemudian, hasil daripada teknik brainstorming itu, idea-idea alternatif

penyelesaian masalah kemudiannya saya pilih dan teliti satu persatu untuk mendapatkan alternative yang paling baik untuk dilaksanakan.

3.4 Pemilihan Alternatif

Daripada alternatif-alternatif yang telah disenaraikan hasil daripada teknik brainstorm yang telah dijalankan, langkah pemilihan alternatif kemudian dijalankan. Langkah-langkah penyelesaian masalah dikenalpasti dengan membuat pemilihan cara menyelesaikan masalah yang dirasakan boleh memberi kesan yang baik dalam kemahiran membaca kanak-kanak. Alternatif-alternatif yang ada disenarai pendek kemudian dipilih yang terbaik dalam kalangan alternatif yang ada untuk ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat pelaksanaan alternatif.

3.5 Pelaksanaan Alternatif

setelah alternatif telah dipilih, maka strategi pelaksanaan dilaksanakan untuk melaksanakan alternatif tersebut. Strategi pelaksanaan alternatif ini merujuk kepada bagaimana kaedah menyelesaikan masalah itu akan dilaksanakan berdasarkan alternatif yang telah dipilih. Biasanya, alternativf yang dilaksanakan melebihi daripada satu kaedah kerana murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca ini memerlukan kaedah pengajaran yang berlainan dan kreatif daripada guru supaya mereka dapat memberikan perhatian yang penuh dalam pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Dalam konteks ini, saya telah memilih lima alternatif kaedah yang saya rasakan akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya. Alternatif-alternatif yang saya akan jalankan saya jelaskan di dalam sub-topik yang berikutnya.

3.6 Penilaian Dan Maklum Balas

Setelah alternative yang telah dikenalpasti dilaksanakan, penilaian terhadap jalan penyelesaian masalah tersebut dinilai. Maklum balas yang diterima setelah sesuatu alternative itu dijalankan akan dapat membantu saya menilai samada alternative yang akan saya jalankan itu member kesan kepada murid-murid atau tidak. Jika ia tidak dapat member kesan kepada murid, penilaian dilaksanakan bagi

membolehkan saya menilai di mana kelemahan alternative yang telah saya pilih dan laksanakan kemudia mengadakan alternative lain yang lebih berkesan. Ini adalah langkah yang terakhir setelah semua alternative yang dicadangkan dilaksanakan bagi mengukur keberkesanan kaedah penyelesaian masalah yang dilaksanakan.

4.0 Cadangan Alternatif Penyelesaian

Beberapa cadangan alternative penyelesaian yang saya fikirkan sesuai untuk dilaksanakan bagi mengawal dan menyelesaikan masalah kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran membaca ini adalah antaranya ialah memberikan murid-murid tersebut latihan-latihan yang tertentu. Latihan-latihan yang saya fikirkan sesuai adalah latihan dalam bentuk penulisan huruf ABC terlebih dahulu. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca yang saya dapati di dalam kelas saya kebanyakannya tidak mengenal huruf ABC. Jadi, sebagai langkah pertama dan langkah awal yang boleh saya ambil ialah mempastikan mereka ini mengenal huruf-huruf ABC terlebih dahulu. Saya akan meminta mereka menyebut huruf ABC di dalam kelas berpandukan kad bergambar dan seterusnya memberikan latihan kepada mereka supaya mereka dapat menulis huruf ABC dan mengetahui bunyi setiap huruf ABC.. Alternatif yang lain yang saya fikirkan sesuai adalah dengan pemberian token kepada murid-murid. Ini adalah untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan murid-murid supaya mereka akan lebih bersemangat dan memberikan sepenuh perhatian terhadap kerja yang saya berikan dan juga terhadap segala aktiviti yang saya adakan di dalam kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Token yang diberikan adalah samada dalam bentuk hadiah ataupun binta. Sebagai contoh, murid yang dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh saya, saya akan memberikan mereka hadiah sama ada dalam bentuk makanan atau pujian yang akan dapat memberikan mereka satu semangat untuk terus memberikan yang terbaik di dalam kelas. Selain itu juga, setiap murid juga akan diberikan bintang. Bintang ini akan dinilai sebulan sekali. Murid yang mendapat bintang yang paling banyak dalam bulan tersebut akan mendapat hadiah daripada saya. Bintangbintang yang akan mereka perolehi itu adalah berdasarkan kepada tingkah laku dan sikap mereka di dalam kelas samada member perhatian penuh dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak.

Selain itu jiga, kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman seperti ibu bapa serta abang atau kakak kanak-kanak tersebut. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis. Alternatif yang seterusnya yang saya rasakan sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pengajaran memberikan mereka buku cerita kanak-kanak dan menceritakan cerita tersebut kepada mereka dan minta mereka perhatikan perkataan demi perkataan yang terdapat dalam buku cerita tersebut. Buku cerita yang diberikan adalah dalam bentuk buku besar yang mengandungi warna-warna yang menarik serta perkataan-perkataan yang diwarnakan mengikut suku kata dan mempunyai gambar yang membolehkan murid menumpukan mata mereka terhadap bahan bacaan tersebut. Kanakkanak dalam peringkat umur lima dan enam tahun amat mudah tertarik dengan warnawarna dan gambar-gambar yang menarik. Jadi, langkah ini sesuai dilaksanakan untuk menggalakkan mereka membaca setiap suku kata yang ada dalam buku tersebut.

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, permasalahan yang dialami oleh kanak-kanak dalam aspek menguasai kemahiran membaca ini adalah sangat penting untuk diatasi supaya kanakkanak tidak ketinggalan. Menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada guru tabika seperti saya dan juga ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tugas mengajar anak-anak mereka membaca kepada guru semata-mata tetapi mereka boleh memberikan motivasi kepada anak-anak mereka untuk memberikan masa depan yang lebih baik kepada anakanak.

Enam langkah untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak tidak mahir membaca ini membantu saya dalam mengadakan satu tindakan yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak di tabika saya untuk menguasai kemahiran membaca. Selain itu juga, masalah-masalah yang lain juga dapat saya atasi dengan baik dengan berpandukan kepada enam langkah penyelesaiann masalah seperti mana yang telah saya jelaskan dalam subtopik sebelum ini.

(2642 patah perkataan)

6.0 Rujukan

Buku :

Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daft, R. L. (2008). Managerial Decision Making (Terj. Ahmad Zamri Mansor). In R. L. Daft, New era of management (2ed.). Mason, Ohio: Thomson.

Kathryn M. Bartol & David C. Martin. (1998). Management. Irwin McGraw-Hill.

Peter Byrne David Cadman. (1993). Risiko, Ketakpastian dan Membuat Keputusan dalam Pembangunan Harta. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Internet :

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/pengantar-pengurusan/ diakses pada : 23 Jun 2012

http://mulyono.staff.uns.ac.id/2009/06/17/kriteria-nilai-nilai-dalam-mengambilkeputusan-criteria-values-in-taking-decision/ diakses pada 23 Jun 2012

http://www.hbp.usm.my/SpaceTime/Ch1/Ch1/siewmei.htm diakses pada 25 Jun 2012

http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=620.0 diakses pada 2 Julai 2012

http://web.usm.my/mentor/download/PROSES%20PENYELESAIAN%20MASALAH% 20latihan%20mentor.pdf diakses pada 2 Julai 2012

http://hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/190.html diakses pada 3 Julai 2012

You might also like