You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : MUHAMMAD SAFUAN BIN RAZALI


Sekolah : SK PERMAS JAYA 4























A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/e-Rekod
Tarikh : 9 Januari 2014
Waktu : Khamis (7.30-8.00)
Kelas : 5 Sigma 1
Tajuk PdP : Daya Tahan Kardiovaskular
Objektif PdP : 1. Murid dapat meningkatkan tahap daya tahan kardiovaskular selepas melakukan aktiviti

Refleksi PdP

5/38 orang murid mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah walaupun telah melakukan latihan
naik turun bangku. Murid ini juga cepat letih semasa melakukan aktiviti. Saya perlu memikirkan cara/kaedah
yang boleh membantu lima orang murid ini untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :

Latihan litar
Latihan litar merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain.
Aktiviti latihan litar dilakukan mengikut prinsip latihan. Antaranya ialah intensiti latihan dan
ulangan, jangka masa, serta set.




5m

Lari ulang alik 10m Lompat bintang 5m





Burpee Skipping
Stesen 1 Stesen 2
Stesen 4 Stesen 3



C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah
Terdapat sedikit peningkatan tahap kecergasan murid daripada aspek daya tahan
kardiovaskular. Hasil ini dapat dilihat daripada sedikit penurunan kadar nadi selepas
melakukan aktiviti jika dibandingkan sebelum mereka menjalankan latihan litar. Murid juga
dilihat dapat menghabiskan aktiviti dan latihan yang diberikan.

You might also like