You are on page 1of 8

MODEL JACK WHITEHEAD

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


(Berdasarkan Kitaran – PERHATI- REFLEKSI-RANCANG- TINDAKAN)

NAMA GURU :
NURULHUDA BT RAZALI

TAJUK KAJIAN TINDAKAN :


KAEDAH MENINGKATKAN PENCAPAIAN SKOR SKALA 5 DALAM UJIAN SEGAK
MELALUI PELAKSANAAN AKTIVITI ‘TABATA’

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 1 (a)]

Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.

Contoh perkara yang diperhatikan:


Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas 3 Ibnu Khaldun bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani & Kesihatan, saya dapati bahawa murid kebanyakan murid saya tidak
dapat mencapai SKOR 5 dalam Ujian SEGAK Penggal 2 (2020).

Hal ini dapat ditunjukkan melalui keputusan Ujian SEGAK yang telah dijalankan pada
06/10/2020 serta pemerhatian guru semasa Pdp dijalankan didalam kelas. Guru juga
menemubual beberapa orang murid selepas mereka melaksanakan Ujian SEGAK 2/2020

REFLEKSI
[Kitaran 1 (b) ]

Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah
menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan semasa pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri yang
menyumbang kepada masalah ) dan fikirkan jalan penyelesaian.

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid, semakan tatacara murid dalam melaksanakan
Ujian SEGAK serta keputusan Ujian SEGAK murid, saya dapati murid tidak dapat mencapai
SKOR 5 di dalam sekurang-kurangnya 2 Bateri Ujian SEGAK.
Berikut adalah beberapa keputusan Ujian SEGAK murid.

o Nurul Ainah Natasha bt Jaafar – Skor tertinggi yang dicapai ialah 4 dalam satu Bateri

Ujian SEGAK.
o Siti Nuraisha bt Sunardi - Skor tertinggi yang dicapai ialah 3 dalam dua Bateri Ujian

SEGAK.

o Nur Umaira bt Mohamad Azman - Skor tertinggi yang dicapai ialah 4 dalam satu Bateri

Ujian SEGAK.

 Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak dapat menjalankan
pra Ujian SEGAK sebelum melaksanakan Ujian SEGAK yang sebenar. Selain itu, murid
juga tidak melakukan aktiviti pemanasan badan dengan betul sebelum melaksanakan
Ujian SEGAK. Hasil permerhatian yang dibuat, kami dapati murid lemah dalam bateri ujian
naik turun bangku, tekan tubi dan ringkuk tubi separa dalam ujian SEGAK. Mereka kurang
bersemangat melakukan ujian naik turun bangku yang perlu dilakukan dengan iringan bunyi
metronom. Murid menjalankan bateri ujian naik turun bangku secara sambil lewa, di mana badan
pelaku tidak bersedia dengan pemanasan badan yang betul yang mengakibatkan otot-otot badan
tidak cukup meregang. Hal ini mempengaruhi skor yang lemah dalam bateri ujian naik turun
bangku, bangkit tubi dan ringkuk tubi separa kerana otot tidak dapat meregang secara
maksimum.
Kami akan memfokuskan masalah kepada:
i) Membaiki daya tahan kardiovaskular murid.
ii) Membaiki tahap fleksibiliti murid.

 Hasil pemerhatian yang dibuat, kami dapati murid lemah dalam bateri ujian naik turun bangku,
tekan tubi dan ringkuk tubi separa dalam ujian SEGAK. Mereka kurang bersemangat melakukan
ujian naik turun bangku yang perlu dilakukan dengan iringan bunyi metronom. Murid
menjalankan bateri ujian naik turun bangku secara sambil lewa, di mana badan pelaku tidak
bersedia dengan pemanasan badan yang betul yang mengakibatkan otot-otot badan tidak cukup
meregang. Hal ini mempengaruhi skor yang lemah dalam bateri ujian naik turun bangku, bangkit
tubi dan ringkuk tubi separa kerana otot tidak dapat meregang secara maksimum.
Kami akan memfokuskan masalah kepada:
iii) Membaiki daya tahan kardiovaskular murid.
iv) Membaiki tahap fleksibiliti murid.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana tidak dapat memantau dengan teliti

sewaktu murid melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum mereka melaksana Ujian

SEGAK. Selain itu, saya tidak dapat melaksanakan aktiviti kecergasan dengan baik

sewaktu PdPR semasa arahan Kawalan pergerakan dikeluarkan berikutan pandemik

covid-19 yang melanda negara.

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat mencapai SKOR 5 dalam
sekurang-kurangnya 2 bateri Ujian SEGAK.

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk, murid tidak akan dapat mencapai
tahap daya tahan kardiovaskular dan fleksibiliti yang lebih baik supaya mereka berupaya memperolehi
skor yang tinggi dalam bateri Ujian SEGAK seterusnya membolehkan mereka memperbaiki gred
keputusan keseluruhan ujian SEGAK. Hal ini penting kerana daripada skor Ujian SEGAK, tahap
kecergasan murid akan dinilai dan akan direkodkan dalam perisian Penilaian Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK) pada setiap hujung tahun. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba
mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini.
MERANCANG
[Kitaran 1 (c)]
Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan penyelesaian
(intervensi) . Apa yang penting setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dijelaskan
pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan analisis yang digunakan
untuk menentukan kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan data:Ujian, Rakaman, Soal selidik,
Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti /yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

Objektif kajian :-
Murid akan dapat;

Membantu meningkatkan keputusan keseluruhan murid dalam Ujian SEGAK seterusnya


memperbaiki status kecergasan mereka
Mencapai SKOR 5 dalam sekurang-kurangnya 2 bateri Ujian SEGAK.
Memperbaiki skor bagi bateri ujian naik turun bangku.
Memperbaiki skor bagi bateri ujian bangkit tubi dan ringkuk tubi separa
Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah (metodologi) :i Pemerhatian ii.Latihan
yang akan diberikan kepada murid iii.Kuiz dan ujian pre & post. ANALISIS DATA yang akan saya
gunakan untuk menentukan kejayaan ialah perbandingan ujian Pra SEGAK sebelum
melaksanakan latihan intervensi (Aktiviti TABATA) dengan ujian POST SEGAK; selepas
melaksanakan latihan intervensi (Aktiviti TABATA) yang akan dilaporkan dalam bentuk jadual.
( contoh, peratus, bilangan atau lain-lain yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau
lain-lain yang sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :


Aktiviti 1 : Pemerhatian
Langkah 1 : Membuat pemerhatian terhadap murid semasa Ujian Pra SEGAK
Langkah 2 : Merekodkan pencapaian skor murid dalam Ujian Pra SEGAK

Aktiviti 2 : Merancang Latihan Intervensi SEGAK (Aktiviti TABATA)


Langkah 1 : Merancang pelaksanaan ‘Aktiviti TABATA’
Langkah 2 : Memperkenalkan ‘Aktiviti TABATA’ kepada murid
Langkah 3 : Aktiviti TABATA dijalankan 3 sesi seminggu. Setiap sesi = 40 minit. Aktiviti
TABATA ini dijalankan selama 2 minggu.

Aktiviti 2 : Ujian Pre post


Langkah 1 : Menjalankan ujian sebelum intervensi dijalankan
Langkah 2 : Menjalankan ujian setelah intervensi dijalankan dan merekod skor yang dicapai
untuk dibandingkan dengan ujian Pre.
* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 1 (d) ]

Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut metodologi yang telah
ditetapkan. Contoh intervensi:Projek, Perbahasan, Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran
baharu/( di sinilah keluarnya inovasi)
Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu bual, Dokumen, pemerhatian
tingkah laku/situasi.
( CATATKAN :-i) siapa yang terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana
dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan aktiviti/intervensi seperti
berikut :

Aktiviti 1: Merancang gerakan dalam ‘Aktiviti TABATA’ dan Ujian Pra SEGAK.
 Langkah 1 : Merangka 2 set aktiviti yang akan dilakukan oleh 10 orang murid yang dipilih.
 Langkah 2 : Murid akan diberikan penerangan tentang pelaksanaan aktiviti meningkatkan
kecergasan dan daya tahan kardiovaskular merkea, iaitu “Aktiviti TABATA’
 Langkah 3 : Murid akan melaksanakan Ujian Pra SEGAK dan skor direkodkan.

Aktiviti 2: Pelaksanaan aktiviti intervensi (Aktiviti TABATA).


 Langkah 1 : Kadar nadi sebelum melakukan aktiviti direkodkan. Aktiviti pemanasan
badan 5-10 minit
 Langkah 2 : Set 1 (8 aktiviti kecergasan). Setiap aktiviti dilakukan selama 40 saat dan rehat
selama 7 saat di antara setiap aktiviti. Murid dikehendaki melakukan 3 set.
a) Jumping jack
b) High knees
c) Butt kick
d) Squat
e) Scissors kick
f) Lunges
g) Burpee
h) Sumo squat hold
 Langkah 3 : Kadar nadi selepas selesai aktiviti TABATA di rekodkan.

Aktiviti 3 : Ujian Post SEGAK


 Langkah 1 : Setelah 3 minggu intervensi dijalankan, ujian post SEGAK akan dilaksanan.
 Langkah 2 : Aktiviti pemanasan badan sebelum melaksanakan ujian SEGAK.
 Langkah 3 : Pelaksanaan 3 bateri Ujian SEGAK ;
a) Naik turung bangku
b) Tekan tubi (ulangan)
c) Ringkuk tubi separa (ulangan)
* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada masalahyang
hendak diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

MEMBUAT PEMERHATIAN
[Kitaran 2 (a) ]

Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas tindakan/intervensi dijalankan .
Contoh: hasil analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap (attitude), disiplin,
motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran sebelum dan selepas tindakan/ intervensi dilakukan
sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas hati dan kajian
tindakan
tamat dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa akan
datang.
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................

Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran tidak tercapai dan
mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali proses refleksi di 2 (b)
hingga selesai kitaran
untuk menentukan objektif yang asal/baharu tercapai.

MEREFLEKSI
[Kitaran 2 (b)]
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang mungkin telah
menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan di K2(a).
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian.

MERANCANG
[Kitaran 2 (c)]

MELAKSANAKAN TINDAKAN
[Kitaran 2 (d)]

You might also like