You are on page 1of 10

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK):

Pelaksanaan Dan Kekangan Yang Dihadapi dan Langkah-langkah Mengatasi.

Abstrak : Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti apakah isu utama dalam
perlaksanaan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK). Hasil dari pemerhatian dan rujukan daripada sumber-sumber internet dan
pengalaman sendiri sebagai guru PJK mendapati bahawa isu perlaksanaan merupakan isu
utama dalam perjalanan Ujian SEGAK di sekolah berbanding dengan isu kefahaman serta isu
masalah berkaitan. Antaranya adalah disebabkan dari guru yang kurang bersedia serta
masalah bekalan kit alatan untuk melaksanakan Ujian SEGAK. Oleh yang demikian,
penyelidik mencadangkan supaya Ujian SEGAK ini perkukuhkan lagi dari aspek
perlaksanaannya supaya ia lebih berkesan dijalankan pada masa hadapan.

Katakunci : ujian standard kecergasan fizikal kebangsaan untuk murid sekolah (SEGAK),

Pengenalan SEGAK
SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan
fizikal murid berdasarkan kesihatan. Kecergasan adalah keupayaan sistem badan untuk

berfungsi dengan efisien bagi membolehkan murid sihat dan dapat melaksanakan aktiviti
dengan berkesan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam
Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaaaksiran (DSKP)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) Pendidikan Jasmani ( Pekeliling ..)
Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan
dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan
daraipada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
obesity dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada
fungsi dan keupayaan individu untuk bertaanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga,
berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa
berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan
dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai
mengikut norma yang telah ditetapakan. Dengan ini, satu penilaian yanag standard dapat
diukur.
Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008
yang melibatkan murid tahun 4 hingga Tingkatan 5. SEGAK mempunyai prosedur ujian yang
standard. Setiap ujian mempunyai norma yang telah ditetapkan mengikut umur dan jantina
murid. Terdapat lima (5) instrument di dalam SEGAK, iaitu:
a) Indeks Jisim Badan ( Body Mass Index-BMI)
b) Ujian Naik Turun Bangku Tiga (3) minit

c) Ujian Tekan Tubi ( murid lelaki) atau Tekan Tubi Ubah Suai

murid perempuan)
d) Ujian Ringkuk Tubi Separa; dan
e) Ujian Jangkauan Melunjur
Pada dasarnya SEGAK dilaksanakan di sekolah seluruh Negara seperti yang termaktub dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 dan Panduan SEGAK 2007. Walau bagaimanapun
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah disyorkan untuk membuat penambahbaikan
dengan menggunakan norma terkini bagi Jadual Pengkelasan Indeks Jisim Badan berdasarkan
World Health Organization (WHO) 2007. Jadual baru ini akan menggantikan jadual
berdasarkan National Centre For Chronic disease Prevention and Health Promotion (CDC)
yang telah digunakan dalam SEGAK sebelum ini.
Pelaksanaan SEGAK di sekolah-sekolah mestilah berpandukan kepada lima (5) kriteria
berikut:
1) Mengikut Buku Panduan SEGAK 2016 yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan MALAYSIA;
2) Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Mac
dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5;
3) Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan jasmani dan juga di luar waktu persekolahan;
4) Semua data ujian direkod dengan amenggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah
(BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM); dan
5) Data yang diperolehi dari ujian SEGAK hendaklah direkodkan di dalam system
perekodan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Matlamat SEGAK
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat
dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK
Murid dapat:
1.
2.
3.
4.
5.

Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal;


Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
Meengetahui tahap kecergasan kendiri;
Merancang dan melakukan tindakan susulan; dan
Mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi semasa

Langkah-langkah Pelaksanaan
1.
2.
3.
4.
5.

Taklimat kepada murid tentang SEGAK


Mengukur indeks Jisim Badan
Aktiviti memanaskan badan.
Pelaksanaan Bateri Ujian.
Aktiviti menyejukkan badan .

Aspek Keselamatan Semasa Ujian SEGAK


1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian SEGAK jika :
a) Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan

2.
3.
4.
5.
6.

fizikal;
b) Mengidap penyakit kronik; dan
c) Tidak sihat pada waktu ujian.
Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
Murid melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani ujian dan
menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Berdasarkan ketelitian dari pelbagai sudut yang telah disediakan oleh KPM untuk
menjalankan program SEGAK ini maka usaha yang padu perlu ada untuk menjalankan ujian
SEGAK ini supaya berjalan dengan baik dan jayanya, peranan semua pihak yang
dipertanggungjawabkan adalah amat diperlukan. Pengetua sekolah, Guru Penolong Kanan,
Ketua Panitia, guru-guru dan pelajar-pelajar adalah antara golongan yang terlibat dalam
melaksanakan dan menjayakan program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini.

Tujuan Kertas Konsep


Kajian ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan dan kekangan yang timbul sepanjang
SEGAK dilaksanakan sejak 2008. Sebelum ujian SEGAK ini dilaksanakan, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Ujian Daya Tahan Asas (UDTA) dan juga Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Masalah mula timbul apabila prosedur
perlaksanaannya dikatakan tidak begitu teratur. Terdapat juga sekolah yang tidak menjalankan
Ujian SEGAK walaupun ujian ini telah diwajibkan pada tahun 2008. Hasil dari perbualan di
antara penyelidik bersama guru-guru dan berdasarkan penelitian daripada penulisan dan
kajian penulis-penulis lain yang juga mengkaji pelaksanaan SEGAK dan juga berdasarkan
temubual dan dapatan penelitian daripada kajian lalu boleh di simpulkan bahawa terdapat
beberapa masalah yang timbul hasil daripada Program SEGAK. Oleh itu, kekangan ini boleh
dibahagikan kepada tiga isu utama iaitu, isu kefahaman guru terhadap Ujian SEGAK, isu
perlaksanaannya serta isu masalah yang berkaitan seperti masalah kewangan dan masa dan
pelajar sendiri.

Permasalahan

Guru:
1. Terdapat guru yang tidak begitu jelas tentang prosedur ujian terutamanya kepada guru
yang bukan pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
2. Guru juga berpendapat sepatutnya mereka perlu dihantar berkursus terlebih dahulu
sebelum diminta menjalankan Ujian SEGAK di sekolah.
3. Kesukaran bagi seorang guru untuk mentadbir Ujian SEGAK berseorangan .

Pentadbiran / Sekolah :
1. Terdapat sekolah yang tidak menerima kit alatan untuk melaksanakan ujian ini dan
seterusnya menyukarkan guru untuk menjalankan ujian SEGAK seperti mana yang
diarahkan oleh KPM. Kekurangan alatan yang sepatutnya menyebabkan Ujian
SEGAK yang dibuat tidak sampai kepada objektif pelaksanaan yang di kehendaki
oleh KPM .
2. Peralatan yang diperlukan dalam mentadbir Ujian SEGAK adalah pelbagai mengikut 5
ujian yang perlu dilakukan. Ada antara peralatan yang diperlukan ini memerlukan

sumber kewangan yang tinggi untuk membelinya.

Harga peralatan Ujian SEGAK seperti di atas adalah berdasarkan harga pada tahun
2013. Manakala gambar di bawah adalah sebut harga terkini 2016.

3. Terdapat guru dan juga pihak pentadbir yang tidak tahu protokol ujian (terutama
sekali keperluan untuk menjalankan ujian ini dalam sehari). Protokol ini terdapat
dalam Panduan SEGAK yang dikeluarkan oleh KPM. Memandangkan Ujian ini
adalah ujian rujukan norma, ujian ini mesti dijalankan mengikut protokol sebenar
supaya skor yang diperolehi adalah sah.
4. Penyimpanan data yang tidak lengkap. Data ujian direkod di dalam sehelai kertas
sahaja. Data ujian pelajar mesti direkod dalam kad SEGAK. Kad ini difailkan dan
disimpan dalam Bilik Pengurusan PJK sebelum di isi data ujian pelajar ini ke dalam
program PAJSK secara online oleh guru PJK ataupun guru kelas bergantung kepada
arahan sekolah masing-masing.
5. Kekangan waktu melakukan ujian kerana pengasingan waktu PJK dalam seminggu. Ini
kerana masa PJK hanya diberi dua masa seminggu dan dua masa ini di asingkan
waktunya kepada satu masa untuk PK dan satu masa lagi untuk PJ.

6. Ujian kurang berkesan kerana pihak pentadbir sekolah menganggap Ujian SEGAK ini
mudah dan boleh ditadbir oleh guru-guru lain. Ini menyebabkan berlakunya
kecelaruan semasa ujian SEGAK dijalankan dan akhirnya menyebabkan data ujian
tidak dapat dicatat dengan betul .

Pelajar :
1. Kekangan masa untuk membuat ujian terutamanya sekiranya bilangan murid di dalam
sesebuah kelas itu lebih daripada 30 orang. Memerlukan lebih daripada dua (2) waktu
untuk menghabiskan ujian kesemua murid. Ini bermakna sebuah kelas memerlukan
sekurang-kurangnya 2 hari untuk menghabiskan ujian.
2. Ketidakhadiran pelajar semasa hari ujian dijalankan menyebabkan perekodan Unian
SEGAK ke dalam system akan tergendala. Terdapat pelajar yang sengaja tidak hadir
pada hari tersebut kerana tidak mahu mengambil ujian tersebut.
3. Terdapat sebilangan pelajar yang tidak bersungguh-sungguh melakukan Ujian
SEGAK. Mereka melakukan ujian semata-mata untuk memenuhi syarat wajib
mengikuti ujian SEGAK sahaja.
4. Prestasi murid dalam Ujian SEGAK tidak dilaporkan kepada murid atau ibu bapa.
Pelajar tidak tahu status kecergasan mereka dan hal ini menyebabkan mereka kurang
prihatin tentang kepentingan ujian SEGAK.

You might also like