You are on page 1of 31

Nama Ahli : Ahmad Ferdaus Ng Wai Mun

1.PENGENALAN

7.LATIHAN ANSUR MAJU

2.PERALATAN

6.PERATURAN

3.UKURAN

5.GAYA LOMPATAN

4.FASA LOMPATAN

Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.

1. Tiang Lompat Tinggi


Dua batang tiang diperlukan. tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2. Palang Lompat Tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.

3. Kawasan Mendarat

kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

4. Pita Pengukur

untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

5. Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Landasan larian merupakan sebahagian daripada bulatan yang mempunyai jejari 15-25 meter. Peserta dibenarkan membubuh penanda di atas landasan larian Peserta dibenarkan membatalkan lompatan dan mengulangi larian semula jika lonjatan belum dibuat. (dengan syarat tidak melebihi 90 saat masa diberikan untuk membuat lompatan) Jika peserta menyentuh palang atau melepasi kawasan tiang, percubaan akan dikira. Lonjakan dua kaki tidak dibenarkan.

1. Tiang Lompat Tinggi

Tiang berdiameter 3cm. Jarak minimum antara tiang-tiang adalah 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam. 10 cm jarak tiang dari tilam.

2. Palang Lompat Tinggi


Hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. (cagak-cagak) Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang. (4cm x 6 cm) Semasa pertandingan palang dinaikkan 5cm, 3cm dan 2cm. Ukuran kenaikan berkurang apabila palang semakin tinggi.

3. Kawasan Mendarat Kawasan mendarat adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 6 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal. (6m x 4m). Sekurang-kurangnya (5m x 4m) 4. Pita Pengukur Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan larian menghala ke palang b) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

a) b) c) d) e)

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu : gaya gunting gaya timur gaya guling barat gaya pelana gaya Fosbury Flop.

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop . Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

PERATURAN 171 - Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan. - Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya. - Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan. - Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki. - Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut: * Seorang pelompat tertinggal * Terdapat seri pada kedudukan pertama * Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap kenaikan ialah 3cm. Seorang peserta itu gagal sekiranya:
a)

b)

c)

Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat atau, Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi tiang-tiang dan sama ada luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang. Walau bagaimanapun sewaktu melompat, jika seseorang peserta itu menyentuh tempat mendarat dengan kakinya, dan pada hemat hakim tidak akan memberi kelebihan padanya, maka atas sebab ini lompatan tersebut tidak dianggap batal.

1.Aktiviti mendorong : a. Berjalan dengan lutut tinggi b. Berlari dengan lutut tinggi c. Berlari dalam bulatan d. Berlari mengikut laluan angka lapan. e. Melonjak f. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

2.Latihan Lompatan
a)

b)
c) d) e) f) g) h) i)

Memulakan lompatan dengan gaya gunting. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari denagn palang. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah palang. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat. Ulang (f) dengan papan anjal. Menentukan titik semak. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

http://notanotapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat -tinggi.html http://rezasks.blogspot.com/p/lompattinggi_14.html

You might also like