You are on page 1of 10

TAJUK:

GIMNASTIK
PERALATAN PERTANDINGAN BAGI
GIMNASTIK ARTISTIK

PENGENALAN
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia

lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.

Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya

than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran

yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu

imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada

beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran

gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai

persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Sejarah yang dapat kita ketahui bahawa gimnastik aristik ini telah mula dipelopori

oleh golongan lelaki lebih kurang 3000 tahun dahulu pada zaman Acient kemudian Greek

dan Rome.

Kemudian menjelang abad ke-19 dua lelaki iaitu F.Jahn dari Jerman dan P.Ling dari

Sweden telah memperkenalkan kaedah terbaru yang telah digunakan pada pembangunan

gimnastik artistik pada masa kini.

GIMNASTIK ARTISTIK MASA KINI

Kini gimnastik artistik mengandungi pelbagai displin dan merupakan sukan yang

popular dikalangan lelaki dan wanita.

Bagi kategori wanita hanya empat displin yang dipertandingkan dalam gimnastik artistik

iaitu:-

2
 Senaman lantai

 Kekuda lombol

 Palang bertingkat

 Batang titian

Bagi kategori lelaki pula terdapat enam displin yang mesti diharungi oleh setiap gImnas

iaitu:-

 Senaman lantai

 Kekuda pelana

 Gelang

 Kekuda lombol

 Palang sejajar

 Palang tunggal

PERALATAN GIMNASTIK ARTISTIK

Peralatan gimnastik telah berubah sejak dahulu lagi.Kemudian lebih kurang 50 tahun

dahulu,telah bersetuju untuk menggunakan peralatan gimnastik dalam Sukan Olimpik dan

3
Kejohanan Dunia. Selepas itu , peralataan gimnastik telah mengalami perubahan dan

ditingkatkan lagi mutunya bagi memantapkan sukan gimnastik artistik.

Dalam sukan gimnastik , peralatan disediakan mengikut jenis atau acara yang

dijalankan yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita.Biasanya semua

peralatan atau alatan ini di tempatkan di dalam satu dewan atau gimnasium khas.

ALATAN PERTANDINGAN GIMNASTIK BAGI LELAKI

KEKUDA LOMBOL

Kekuda lombol merupakan salah satu daripada alatan yang direka oleh

Ludwig Jahn yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden.Walaupun sebelum

Jahn,kuda kayu telah digunakan oleh orang Roman purba dan kesatria abad

pertengahan untuk mempelajari bagaimana menunggang kuda sebenar.Kekuda

lombol telah menjadi satu alatan untuk dilompat dan melepasinya bukan untuk

ditunggangi.

Kekuda lombol digunakan bagi acara lelaki dan wanita dalam sukan

gimnastik artistic.Kekuda lombol ini berukuran 160cm panjang , 35cm lebar dan

ketinggiannya boleh di ubah suai.Bagi acara lelaki ketinggian kekuda lombol

adalah 135cm dan acara wanita 120cm.

Dalam acara lombol untuk lelaki, kekuda lombol diletakkan membujur.

Setiap gimnas dibenarkan melakukan satu persembahan sahaja di mana larian

penujuan mestilah dari mana-mana tempat yang tidak melebihi 25 meter

daripada kekuda.Ia boleh memilih dari berbagai-bagai jenis lombol yang

disediakan untuk persembahannya, sementara ketinggian markah ditentukan

4
oleh tahap kesukaran lombol yang dilakukan.Senarai markah yang patut diterima

bagi setiap lombol terdapat dalam Kod Undang-undang Pemarkahan.

PALANG SEJAJAR

Palang sejajar telah dicipta oleh Ludwig Jahn bertujuan membantu gimnas

muda mebina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan di atas

kekuda berpelana tetapi kemudiannya telah menjadi satu acara tersendiri.Para

gimnas wanita pernah menggunakan palang sejajar sehingga tahun

1930.Selepas itu satu daripada palang direndahkan dan dikenali sebagai palang

bertingkat khas untuk wanita.Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih

menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan.

Palang sejajar yang digunakan sekarang mula diperkenalkan sebagai

pertunjukan di sukan Olimpik di Berlin pada tahun 1936.Ia hanya

dipertandingkan dalan sukan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.Palang sejajar

berketinggian 1.95 meter dari paras lantai.

KEKUDA PELANA

Kekuda berpelana bagi lelaki merupakan satu cara yang sukar dan

menyeksakan dalam sukan gimnastik.Alatan ini lebih mirip kepada kekuda

lombol tetapi mempunyai dua pemegang kayu diatasnya yang digelar bonjol

pelana.

Alatan kekuda berpelana merupakan yang perlatan yang tertua kerana

telah digunakan sekitar tahun 1868 lagi.Kekuda berpelana ini adalah

pengubahsuaian daripada lombol ciptaan Ludwig Jahn pada awal 1980.

Penggunaan bonjol pelana pada zaman dahulu di mana terdapat dalam

catatan manusia di gua-gua Crete yang menerangkan bahawa orang dahulu

5
melakukan lombol ke atas lembu hidup dengan menggunakan tanduknya

sebagai bonjol pelana.Kekuda pelana berketinggian 1.15 meter.Panjangny pula

adalah berukuran 1.60 meter.Jarak antara bonggol pelana adalah 40 meter

hingga 45 meter.

TILAM KETANGKASAN

Tilam ketangkasan digunakan dalam acara senaman lantai.Senaman

lanatai dianggap sebagai nadi pergerakan dalam sukan gimnastik.Displin

senaman lantai ini dilakukan di atas tilam yang berukuran 12x12 meter dan

ditambah dengan pinggir keselamtan yang berukuran 1 meter.

Arena persembahan mestilah mempunyai permukaan yang kenyal untuk

membenarkan tenaga diserap semasa gimnas melakukan pendaratan bertujuan

bagi mengelakkan kecederaan semasa mendarat.Bahan pelindung yang

digunakan mestilah tidak akan menyebabkan pembakaran kulit gimnas ketika

berlaku pergeseran.

Displin senaman lantai dilengkapi dengan muzik bagi meningkatkan mutu

persembahan dan berlaku kombinasi akrobatik antara keduanya.

GELANG

Alatan bagi acara gelang telah direkacipta oleh Ludwig Jahn sekitar tahun

1980.Sehingga kini ia menjadi salah satu acar penting dalam sukan

gimnastik.Wanita juga pernah membuat persembahan dalam acara gelang ini

termasuk di Sukan Olimpik 1928.

6
Ketinggian gelang yang dipasang adalah 2.75 meter.Rutin gelang meliputi

pelbagai pergerakan melibatkan kekuatan,sokongan dan keseimbangan.

PALANG TUNGGAL

Walaupun peralatan palang tunggal ini telah dicipta oleh Ledwig Jahn,asal

usulnya adalah bermula dari sejarah permainan sarkas.Pada awal penciptaan

palang kayu digunakan.

Kemudian palang ini digantikan pula dengan palang besi keluli dan

ditopang dengan dua tiang serta di renggang dengan kabel. Palang tunggal

berketinggian 2.75 meter sama seperti displin gelang.

ALATAN PERTANDINGAN GIMNASTIK BAGI WANITA

BATANG TITIAN

Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang unik kerana ia dicipta

khas untuk wanita.Versi alatan yang lama telah dibina sejak tahun 1980 ia

digunakan untuk membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh,kordinasi

dan gaya yang baik.Bermula dari sini ahli gimnastik wanita kini dianggap lebih

maju dan dapat melakukan beberapa pergerakan tunggang-langgang.Dahulunya

mereka hanya melakukan senaman lantai sahaja.

Batang titian ini berketinggian 1.25 meter dari aras lantai.Batang titian ini

juga berukuran 5 meter panjang dan hanya 10 cm lebar.

Rutin semasa melakukan displin batang titian ini meliputi kombinasi

eleman akrobatik, lompatan ke udara,berpusing,dan pergerakan gimnastik.para

gimnas hendaklah menggunakan keseluruhan batang titian yang memerlukan

7
keseimbangan,fleksibiliti,dan kawalan diri.Masa yang diperuntukan untuk berada

di atas batang titian ini hanya 1’30 minit.

KEKUDA LOMBOL

Lombol bagi wanita adalah dengan meletakkan kekuda dalam

kedudukan melintang, sementara jarak larian penujuan tidaklah dihadkan

walaupun mereka lebih senang dengan jarak sekurang-kurangnya 20

meter.

TILAM KETANGKASAN

Tilam ketangkasan digunakan dalam acara senaman lantai.Senaman

lanatai dianggap sebagai nadi pergerakan dalam sukan gimnastik.Displin

senaman lantai ini dilakukan di atas tilam yang berukuran 12x12 meter dan

ditambah dengan pinggir keselamtan yang berukuran 1 meter.

Arena persembahan mestilah mempunyai permukaan yang kenyal untuk

membenarkan tenaga diserap semasa gimnas melakukan pendaratan bertujuan

bagi mengelakkan kecederaan semasa mendarat.Bahan pelindung yang

digunakan mestilah tidak akan menyebabkan pembakaran kulit gimnas ketika

berlaku pergeseran.

Displin senaman lantai dilengkapi dengan muzik bagi meningkatkan mutu

persembahan dan berlaku kombinasi akrobatik antara keduanya.

PALANG BERTINGKAT

Tinggi palang yang rendah mengikut pertandingan antarabangsa ialah

148 sentimeter. Manakala tinggi palang yang tinggi ialah 228 sentimeter. Dan

jarak di antara 2 palang ini ialah 100 hingga 150 sentimeter.

8
Dahulu, palang ini di perbuat daripada kayu. Ini akan menyebabkan

palang teresebut licin dan cepat patah. Sekarang, palang di perbuat daripada

fiberglass dengan permukaan kayu. Fiberglass menjadikan palang tersebut lebih

kuat, tahan lasak, dan lebih anjal dan dapat memberikan ahli gimnastik dapat

melaksanakan pusingan dan layangan.

Palang bertingkat ini hanya dapat di mainkan oleh atlit perempuan sahaja.

Palang bertingkat ini telah mengalami perubahan dalam masa 50 tahun ini.

Seorang atlit gimnastik perlu berhenti pada atas palang dan berdiri terutama

sekali apabila berdiri pada palang yang rendahdan memegang pada palang yang

tinggi. Aktiviti ini digantikan dengan gaya yang lebih lembut.

LAIN-LAIN PERALATAN GIMNASTIK ARTISTIK

KAPUR

Kapur digunakan semasa kejohanan gimnastik artistik.Tujuan

penggunaanya adalah untuk memberi cengkaman di bahagian tapak tangan

semasa melakukan sesuatu aksi.

Bagi acara wanita , kapur digunakan semasa melakukan displin palang

bertingkat.Bagi acara lelaki pula ia digunakan semasa melakukan displin kekuda

pelana , gelang , palang sejajar dan palang tunggal.

Kapur adalah tepung putih berkimia yang mengandungi magnesium

karbonat.Sesetangah gimnas menggunakan banyak kapur dan ada tidak

menggunakannya.

9
10

You might also like