You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA
SURAT
2
3

1.0
1.1

Pengenalan
Acara-acara yang dipertandingkan dalam

1.1.1
1.1.2
1.1.3
1.1.4
1.1.5
1.1.6
1.1.7
1.1.8
2.0
2.1
2.2
3.0
3.1
3.2
4.0
4.1
4.2

gimnastik artistik
Senam Lantai
Melombol
Gelang
Kekuda Berpelana
Palang Sejajar
Palang Tunggal
Batang Titian
Palang Bertingkat
Acara Lelaki Palang Sejajar
Alatan
Etika Pakaian
Acara Wanita Batang Titian
Alatan
Pakaian Gimnas Wanita
Maklumat Tambahan
Sistem Pemarkahan
Kategori pertandingan peringkat

3
4
4
5
5
6
6
7
7
8
8
9
9
10
11
11
12

4.3
5.0
6.0

antarabangsa ( Sukan Olimpik )


Jenis-jenis Kejohanan
Kesimpulan
Rujukan

13
14
15

1.0 PENGENALAN
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Gimnastik
lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.
Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistic penekanan tertumpu kepada kekuatan dan
daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu,
tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga
aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut
dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada
perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai

Muka surat 1

oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Pola-pola
pergerakan yang dianggap penting ialah:
Pendaratan

Statik
Gerak edar
Putaran
Hamburan
Hayunan

Gimnastik artistik biasanya terbahagi kepada gimnastik lelaki dan wanita. Setiap
kumpulan melakukan acara berlainan. Terdapat beberapa kemahiran khusus yang terdapat
dalam sukan gimnastik artistik. Acara-acara yang dipertandingkan di peringkat
antarabangsa adalah berbeza. Lelaki bersaing dalam melombol, palang sejajar, kekuda
berpelana, gelang, palang tunggal, dan senam lantai ,manakala wanita bersaing dalam
melombol, palang bertingkat , batang titian dan senam lantai. Walaupun rutin-rutin
dipersembahkan pada acara mungkin pendek, secara fizikal adalah meletihkan dan
menolak kekuatan gimnas, kebolehlenturan, ketahanan dan kesedaran kepada had. Seperti
yang kita dapat lihat acara gimnas lelaki adalah lebih banyak daripada acara gimnas
perempuan. Enam acara yang dipertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah

Senam lantai ( Floor Exercise )


Kekuda berpelana ( Pommel Horses )
Gelang ( Rings )
Melombol ( Vault )
Palang Sejajar ( Parallel Bars )
Palang Tunggal ( Horizontal Bars)

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu

Senaman lantai ( Floor Exercise )


Melombol ( Vault )
Palang bertingkat ( Uneven Bars )
Batang titian ( Balance Beam )

1.1 Acara-acara yang dipertandingkan dalam gimnastik


artistik:
1.1.1 Senam Lantai

Muka surat 2

Ahli-ahli gimnas sedang berlatih dalam acara senam lantai.


Gimnas lelaki juga turut menggunakan 12m x 12m permaidani. Suatu siri tumbling
perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebagai demonstrasi keseimbangan , kekuatan dan
fleksibeliti seseorang peserta. Peserta juga harus mempersembahkan pelbagai kemahiran,
termasuk bulatan, skala, dan berdiri dengan tangan. Rutin senam lantai bagi lelaki
selalunya perlu melakukan empat senaman yang perlu diselesaikan dalanm jangka waktu
60 hingga 70 saat. Persembahan juga di lakukan tanpa muzik berbeza dengan persembahan
wanita. Peserta juga mesti menyentuh setiap sudut lantai sekurang-kurangnya sekali
semasa melakukan rutin mereka.
Gimnas wanita dalam acara lantai juga menggunakan 12m 12m segi empat permaidani,
biasanya terdiri daripada foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring
atau blok foam dipanggil umumnya lantai "lompatan" (spring floor) yang lebih lembut
daripada lantai biasa. Gimnas wanita melakukan senaman koreografi selama 70 ke 90 saat.
Peserta wanita boleh memilih iringan muzik tanya vokal.

1.1.2 Melombol

Melombol adalah acara dikongsi oleh kedua-dua lelaki dan wanita, dengan
Muka surat 3

perbezaan kecil antara kedua-dua kategori. Gimnas memecut landasan, yang


adalah maksimum 25 meter dalam panjang, sebelum melompat ke atas papan
anjal. Kedudukan tubuh itu dikekalkan manakala "menyandarkan" (penyekatan
hanya menggunakan satu pergerakan bahu) platform melombol. Gimnas
kemudian berputar untuk posisi berdiri. Dalam gimnastik maju, pelbagai putaran
dan balik kuang (somersaults) boleh ditambah sebelum mendarat. Kejayaan
melombol bergantung pada kelajuan larian, kepanjangan halangan, kuasa gimnas
itu menghasilkan daripada kaki dan gelang bahu, kesedaran kinestetik semasa,
dan kelajuan putaran dalam kes melombol lebih sukar dan rumit.

1.1.3 Gelang

Acara yang dipertandingkan oleh gimnas lelaki ini banyak bergantung kepada
kemampuan fizikal untuk dilakukan. Gelang digantung dengan wayar kabel
selaras dengan ketinggian ahli gimnas. Acara ini memerlukan ahli gimnas
bergayut pada gelang-gelang yang di sediakan dan membuat pergerakan
seperti menghayunkan tubuh, berputar beberapa kali, berdiri dengan sokongan
tangan di atas gelang sebelum mendarat.

1.1.4 Kekuda Berpelana

Muka surat 4

Senaman kekuda berpelana yang dipertandingkan oleh gimnas lelaki sahaja


melibatkan penggunaan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki. Kemahiran
menggunakan sebelah kaki secara amnya kelihatan seperti bentuk gunting
ataupun secara menyilang di atas kekuda. Peserta perlu menghayunkan keduadua kakinya sama ada dengan mengikut pusingan arah jam ataupun sebaliknya
mengikut kesesuaian masing-masing.

1.1.5 Palang Sejajar

Dilakukan diatas sepasang palang yang sejajar dan memerlukan kekuatan bahu
untuk dilakukan. Satu siri berhayun dilakukan berkali-kali dan kekuatan yang
selaras diperlukan.

1.1.6 Palang Tunggal

Muka surat 5

Sebatang besi (steel) dengar ukur lilir 2.4 cm digunakan sebagai palang.
Peserta atau ahli gimnastik akan bergayut pada palang tersebut dan melakukan
pergerakan-pergerakan seperti berputar melalui palang, kemahiran melepaskan
pegangan, putaran, dan menukar arah putaran.

1.1.7 Batang Titian

Gimnas wanita perlu melakukan tarian yang direka (choreographed) dalam


tempoh 60 ke 80 saat yang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik,
somersaults, putaran dan tarian pada satu batang lompatan berpadu. Acara ini
memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.

1.1.8 Palang Bertingkat


Muka surat 6

.
Palang bertingkat memerlukan (juga dikenali sebagai palang asymmetric,
UK), gimnas mengemudi dua palang melintang yang ditentukan pada ketinggian
yang berbeza. Kelebaran dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan
ayunan, bulatan (circling), peralihan, dan membebaskan pergerakan, samaada
dengan melangkau, di bawah, dan antara dua palang. Pergerakan mungkin
melalui handstand. Gimnas selalunya menggunakan beatboard (papan anjal)
untuk naik ke atas palang.

2.0 Acara Lelaki Palang Sejajar

Seorang gimnas lelaki dari Negara China menunjukkan aksi dalam acara palang sejajar.

2.1 Alatan
Muka surat 7

Acara ini dilakukan pada dua palang sejajar yang fleksibel dengan ketinggian ditetapkan 2
meter di atas lantai dewan. Kedua-dua palang adalah sejajar dan jarak antara kedua-duanya
adalah antara 42 dengan 52 sentimeter daripada satu sama lain. Tilam pendaratan adalah 11
meter panjang dan 4.5 meter lebar.

Panjang palang : 350 centimetres (11.5 ft) 1 centimetre (0.39 in)


Bar rounded profile: 5 centimetres (2.0 in) 1 millimetre (0.039 in) vertical by 4
centimetres (1.6 in) 1 millimetre (0.039 in) horizontal

Lebar palang : 4 centimetres (1.6 in) 1 millimetre (0.039 in)

Ketinggian palang dari lantai: 200 centimetres (6.6 ft) 1 centimetre (0.39 in)

Jarak antara palang : 42 centimetres (17 in) - 52 centimetres (20 in) (adjustable)

Muka surat 8

2.2 Etika Pakaian


Atlet yang bertanding dalam sukan gimnastik artistik haruslah mematuhi kod etika
berpakaian yang telah ditetapkan oleh FIG. Berikut adalah etika yang telah ditetapkan di
dalam code of point.
Gimnas lelaki dalam acara palang sejajar dimestikan memakai dua lapisan pakaian
leotard. Lapisan pertama adalah singlet leotard tanpa lengan manakala lapisan kedua
adalah seluar panjang yang melekat kepada bahagian bawah kaki beserta stoking.
Pakaian seragam gimnas lelaki biasanya kurang hiasan daripada gimnas perempuan.
Singlet biasanya menggunakan satu atau lebih warna pasukan kebangsaan tetapi tidak
ada sekatan ke atas reka bentuk. Seluar panjang umumnya warna pepejal ; biasanya
putih, birum merah atau hitam. Bagi acara kumpulan, keseragaman dalam berpakaian
adalah diwajibkan.

3.0 Acara Wanita Batang Titian

Seorang gimnas perempuan menunjukkan aksi dalam acara batang titian.


.

3.1 Alatan
Batang titian merupakan alatan gimnastik yang membantu perkembangan
pembentukan dirian tubuh dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang
titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di atas
alatan yang lebarnya 10 sentimeter. Gimnas wanita perlu melakukan tarian yang
direka (choreographed) dalam tempoh 60 ke 80 saat yang mengandungi lompatan,
kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan tarian pada satu batang lompatan
Muka surat 9

berpadu. Acara ini memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.

Alatan Batang Titian

Ketinggian: 124 sentimeter (4.07 kaki)

Panjang

: 500 sentimeter (16 kaki)

Lebar

: 10 sentimeter

3.2 Pakaian Gimnas Wanita


Untuk gimnas wanita, pakaian yang ditetapkan di dalam code of point versi terdahulu
adalah leotard berlengan panjang. Walau bagaimanapun, FIG melalui code of point baru telah
membenarkan gimnas wanita untuk memakai leotard berlengan separa panjang dan tanpa
lengan Leotards Amalan dan mereka yang dipakai dalam sesi latihan podium secara amnya
tanpa lengan. Leotards tidak boleh naik terlalu tinggi pada pinggul atau dipotong terlalu
rendah, dalam keadaan yang jarang berlaku,. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, gimnas
dan pasukannya boleh dihukum dengan potongan markah untuk pakaian mereka. Dalam
tahun d1970-an leotards bisasnya diperbuat daripada poliester dan kain berkaitan. Sejak tahun
1980-an, bahan likra atau spandeks telah digunakan dalam pembuatan leotard. Mulai tahun
1990-an, pelbagai bahan telah digunakanuntuk membuat leotard termasuk baldu, velor,
jaringan, fabrik logam, foils dan kain hologram berwarna-warni. Secara asasnya, leotards
Muka surat 10

tidak boleh dibuat potongan berbentuk lubang atau apa-apa reka bentuk dengan tujuan
kelihatan seksi sama ada pada bahagian belakang atau depan. Jikalau ada mana-mana bahan
yang agak jarang, juga melanggar peraturan dan tidak dibenarkan.

Kepelbagaian reka bentuk leotard untuk gimnas wanita

4.0 Maklumat Tambahan


4.1 Sistem Pemarkahan
Gimnastik artistik adalah merupakan sebuah sukan yang mengamalkan sisitem
pemarkahan yang berbentuk subjektif. Pada tahun 2005, peraturan pemarkahan berubah
disebabkan kontroversi pemarkahan di Sukan Olimpik 2004. Sejak itu, Persekutuan
Gimnastik Antarabangsa telah menggubal sistem pemarkahan yang baru di mana
penilaian adalah berasakan kesukaran rutin dan pelaksanaan. Melalui sistem pemarkahan
baru ini, tahap kesukaran diputuskan oleh kemahiran yang dilakukan oleh gimnas.
Setiap rutin bermula pada kesukaran sifar. Titik ini kemudiannya ditambah bagi setiap
Muka surat 11

kemahiran, yang boleh terdiri daripada A (mudah) kepada F (sangat sukar). Elemen
yang diperlukan menambah maksimum sebanyak 2.5 mata kepada skor dengan mata bonus
yang diberikan jika elemen sukar digantung bersama-sama dalam rutin. Dua panel hakim
yang hadir semasa pertandingan. Dua panel hakim A yang menentukan kesukaran teknikal
dan enam panel hakim B yang menilai pelaksanaan dan kesenian rutin. Markah
pelaksanaan bermula pada 10 dan mata ditolak dengan kesilapan masing-masing. ( Sebagai
contoh jatuh semasa mendarat dari batang titian dipotong sebanyak 1.0 mata ). Mata
kesukaran dan pelaksanaan ditambah bersama-sama untuk memberikan nilai gabungan.

Kedudukan juri semasa acara kekuda berpelana

4.2 Kategori pertandingan peringkat antarabangsa ( Sukan Olimpik )


Empat belas pingat emas untuk dimenangi bagi pertandingan peringkat antarabangsa atau
di Sukan Olimpik. Atlet boleh memenangi pingat dengan skor (i) pasukan mereka, (ii)
acara individu atau (iii) individu keseluruhan (yang menggabungkan skor kesemua acara).
Pada peringkat awal pertandingan, kebiasaannya terdapat hampir 200 orang gimnas yang
menyertai pertandingan. Oleh sebab terlalu ramai, pertandingan dibahagikan kepada 4 fasa
iaitu:
i. Peringkat Kelayakan
ii. Pasukan akhir
iii. Individu keseluruhan akhir
iv. Acara individu akhir

Muka surat 12

4.3 Jenis-jenis Kejohanan

Kejohanan

Lelaki

Perempuan

MSSD

10 TKB

10 TKB

- FX, PH, V & PB

- FX, BB, V & UB

12 TKB

12 TKB

- FX, PH, V & PB

- FX, BB, V & UB

15 TKB

15 TKB

- FX, PH, R, V, PB & HB

- FX, BB, V & UB

18 TKB

18 TKB

- FX, PH, R, V, PB & HB

- FX, BB, V & UB

MSSD/MSSM

SPTS

SUKMA

ASEAN SCHOOL

SEA GAMES

10 TKB

10 TKB

- FX, PH, V & HB

- FX, BB, V & UB

10 TKB

10 TKB

- FX, PB & V

- FX, BB & V

18 TKB

18 TKB

- FX, PH, R, V, PB & HB

- FX, BB, UB & V

18 TKB

18 TKB

- FX, PH, R, V, PB & HB

- FX, BB, UB & V

18 TKB

18 TKB

- FX, PH, R, V, PB & HB

- FX, BB, UB & V

5.0 Kesimpulan
Muka surat 13

Sukan gimnastik adalah merupakan sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, fleksibiliti,
kuasa, ketangkasan, koordinasi, imbangan dan koordinasi tubuh badan yang baik.
Pembinaan asas yang kukuh pada peringkat awal akan dapat membantu seseorang gimnas
mempunyai masa yang cukup untuk pengukuhan asas. Kemahiran pergerakan yang lebih
kompleks akan menjadi lebih mudah dipelajari dan gimnas akan cepat mencapai tahap
autonomous dalam setiap kemahiran yang dipelajari. Kemahiran yang lebih kompleks ini
memerlukan koordinasi badan dan gabungan beberapa kemahiran asas untuk menjadi satu
rutin persembahan semasa pertandingan. Kesemua komponen yang disebutkan di atas
adalah amat penting bagi seorang gimnas untuk berjaya dalam sukan gimnastik artistik.
Sebagai antara sebuah sukan yang tertua di dunia, gimnastik artistik masih mengutamakan
ciri-ciri kesempurnaan dalam pelaksanaan persembahan setiap aparatus dan mengekalkan
nilai estetika dalam setiap kemahiran yang telah dikelaskan dalam code of point.

6.0 Rujukan
Muka surat 14

1. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pergerakan kreatif. Batu Caves, Selangor:


Syarikat Mohamad Roduan.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1997a). Buku panduan guru. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Yusof Ismail (1994). Gimnastik. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik_artistik
5. https://ml.scribd.com/doc/17566464/Gimnastik-Artistik
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Artistic_gymnastics

Muka surat 15

You might also like