You are on page 1of 7

PENGENALAN Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.

Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan. Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Atlit hendaklah menolak atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tampa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar.

PERALATAN
Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain. Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat.

UKURAN
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

SEKTOR LONTAR PELURU


Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betulbetul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan licin. Syarat-syarat peluru untuk kejohanan Lelaki Wanita Remaja Remaja

Berat untuk pengesahan rekod Berat dibenarkan untuk kejohanan (Minimum) (Maksimum) Diameter (Minimum) (Maksimum)

7.260 kg 7.265 kg 7.285 kg

4.00 kg 4.005 kg 4.025 kg

lelaki 4.000 kg 5.000 kg

Wanita 3.250 kg 4.00 kg

110 mm 130 mm

95 mm 110 mm

93 mm 98 mm

88 mm 90 mm

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-1/ 7.35 am 18/2/2012

PRINSIP-PRINSIP MAKANIKAL
Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktorfaktor berikut :
1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru 2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama. 3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama. 4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan. 5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile. 6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIEN


Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan. Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan. Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku. Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan

kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan. Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.

FASA-FASA
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
1. 2. 3. 4. 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan. Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut: 1. Cara memegang peluru. 2. Persediaan dan pergerakan awal. 3. Perlakuan melontar. 4. Pendaratan peluru. 5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran. CARA MEMEGANG PELURU Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna. 1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. 3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan. 4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL


Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik


Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini. Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik. 1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah. Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan.

3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran. 5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. 6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ 7.36 am 18/02/2012

You might also like