You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH

MERAH 1
17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09-9556167 Fax : 099553551
Email : smtm1@tm.net.my

Ruj. Kami : SMKTM 1 800-5/19/6 (1)


Tarikh : 29 Mac 2017
Yang Berusaha,
Pengetua
SMK Putera,
Kompleks Sekolah-Sekolah,
15300 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN ASTROTURF UNTUK GELANGGANG


HOKI PUSAT LATIHAN DAERAH (HOKI) TANAH MERAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk :

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMK Tanah Merah (1)
telah berjaya menyiapkan gelanggang hoki merangkap gelanggang serbaguna bagi kegunaan
Pusat Latihan Daerah (PLD) Sukan Prestasi Tinggi (SPTS). Gelanggang tersebut telah digunakan
semenjak tujuh tahun yang lalu bagi kegunaan PLD.

3. Sehubungan dengan itu, pihak PLD ingin memohon padang astroturf daripada pihak tuan
bagi tujuan melengkapkan gelanggang tersebut untuk latihan pasukan hoki PLD.

Kerjasama dan keprihatinan tuan, pihak PLD dan pengurusan sekolah mengucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,.

……………………………..…….

s.k. – Yang Berusaha,


Ketua Unit Sukan,
Jabatan Pendidikan Kelantan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Fail
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH
MERAH 1
17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09-9556167 Fax : 099553551
Email : smtm1@tm.net.my

Ruj. Kami : SMKTM 1 800-5/19/6 (2)


Tarikh : 3 Mei 2017
Yang Berusaha,
Setiausaha
Majlis Daerah Tanah Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN LORI BERKREN MAJLIS DAERAH


TANAH MERAH UNTUK MENGANGKAT PADANG HOKI ASTROTURF
UNTUK GELANGGANG HOKI PUSAT LATIHAN DAERAH (HOKI) TANAH
MERAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk :

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah memohon kerjasama pihak tuan bagi
menggunakan lori berkren tersebut dengan tujuan untuk mengangkut padang hoki astroturf dari
SMK Putera, Kompleks Sekolah-sekolah, Kota Bharu, Kelantan ke SMK Tanah Merah (1),
Tanah Merah, Kelantan untuk kegunaan Pusat Latihan Hoki Daerah (PLD) Sukan Prestasi Tinggi
(SPTS).

Kerjasama dan keprihatinan tuan, pihak PLD dan pengurusan sekolah mengucapkan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,.

……………………………..…….

s.k. – Fail
KERTAS KERJA PERMOHONAN BAIK PULIH PERMUKAAN GELANGGANG
HOKI PUSAT LATIHAN DAERAH TANAH MERAH SUKAN PRESTASI TINGGI
(SPTS) HOKI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH MERAH (1)
2014

Pendahuluan.

Permohonan ini dirangka khusus bagi memastikan perkara asas iaitu prasarana untuk
latihan Pasukan Hoki Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Pusat Latihan Daerah (PLD) Tanah
Merah berada dalam keadaan yang terbaik dan kondusif. Pasukan hoki PLD Tanah
Merah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) telah
menggunakan gelanggang hoki ini sebagai tempat latihan yang utama selain daripada
padang sekolah dan sewaan di Stadium Hoki Astroturf Kijang Emas di Pasir Mas,
Kelantan. Gelanggang hoki ini sebenarnya telah berjaya disiapkan oleh pihak sekolah
dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Tanah Merah (1) dengan
kos hampir RM30,000.00 ringgit.Ianya telah digunakan hampir empat tahun oleh
pasukan hoki PLD Tanah Merah sebagai tempat latihan utama dan berjaya melahirkan
pemain-pemain hoki yang mewakili Majlis Sukan Sekolah Kelantan dan negeri Kelantan
dalam pelbagai kejohanan.

Rasional
Pasukan hoki SPTS PLD Tanah Merah ini merupakan penerusan daripada pasukan-
pasukan yang telah mengharumkan nama MSSK Tanah Merah .Antara kejayaan pasukan
ialah menjadi Johan Pertandingan Hoki peringkat Cawangan Tanah Merah, Johan
Pertandingan Hoki Peringkat PPD Tanah Merah , Naib Johan B15 Perempuan dalam
Pertandingan Hoki Peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan, Johan Hoki Bawah
16 Tahun Lelaki dan ketiga Bawah 14 Tahun Sukan Teras/MSN/MSSK Kelantan 2007
Pendedahan pertandingan dengan pasukan antarabangsa seperti Australia, Singapura ,Sri
Lanka, Thailand dan Uzbekistan di USM-Penang International Open semenjak 2001
sehingga 2013. Pihak PLD juga komited dalam membekalkan pemain-pemain pasukan
hoki negeri dalam Kejohanan Bawah 16 Kebangsaan , Kejohanan Bawah 14 tahun
Kebangsaan ,MSSM di Ipoh, Perak 2009, MSSM di Kuala Lumpur 2010 dan MSSM di
Johor Bharu Johor 2011, MSSM 2012, MSSM 2013 dan juga pasukan Hoki Liga Remaja
Kebangsaan MSSK semenjak 2008 shingga 2014. Oleh itu, penting sekali gelanggang
hoki tersebut dibaik pulih bagi tujuan latihan pasukan yang terbaik.

Objektif
Baik pulih ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut :
1.memastikan permukaan gelanggang selamat dan bebas daripada kecederaan ketika
latihan.
2.kemahiran dapat ditingkatkan dengan permukaan gelanggang yang sempurna.
3.pertandingan ”indoor” dapat dijalankan secara terbuka di peringkat MSSK Tanah Merah
4.Prestasi pemain akan dapat ditingkatkan
5.Program 1 Murid 1 Sukan khususnya sukan hoki dapat dilaksanakan dengan lebih meluas
Pelan Gelanggang
Lampiran

Jurulatih Hoki SPTS PLD Tanah Merah


1. En. Hamzi bin Shaari - Sijil Spesifik Hoki -3, Sijil Sains Sukan -2
2. En. Muhd Amizan Ramdhan Mustapha - Sijil Spesifik Hoki -2, Sijil Sains Sukan -2

Anggaran Kos.

1. Lapisan Asas Permukaan Simen (Tapak) 50kaki x 60 kaki =RM 3000.00


beserta upah
2. Melicin permukaan beserta upah (RM0.55/kaki persegi) =RM 1650.00

3. Simen 23 beg =RM 450.00

Jumlah =RM 5000.00

Penutup

Kerjasama yang berterusan dalam bentuk sokongan moral, tenaga,kewangan dan


peralatan dari semua pihak khususnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Kelantan amat
penting untuk menjayakan misi penting ini dan seterusnya menjana ke arah pencapaian
pasukan hoki MSSK yang lebih gemilang .Kejayaan pasukan ini juga diharapkan dapat
menarik minat pelajar lain untuk bergiat aktif dalam bidang sukan terutamanya hoki
selaras dengan hasrat kerajaan yang menjadikan sukan ini sebagai salah satu sukan teras
bagi negara Malaysia.

Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ......................................
(HAMZI B SHAARI) ( )
Jurulatih
Pasukan Hoki
PLD Tanah Merah .
________________________________________________________________________

Diluluskan :

………………………………
( )

You might also like