You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR

26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami: SKSGU.600-3/5/5 ( 01 )
Tarikh : 02 Jun 2022

YH Dato’ Indera Hj Mustaffar Kamal Bin Hj Ab Hamid


Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota,
Ahli Jemaah Pengarah
Pertubuhan Peladang Kebangsaan ( NAFAS )

YH Dato’,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE - 69


SK SUNGAI ULAR TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Sungai Ular
dengan ini berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput YH Dato’ untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 JUN 2022 ( AHAD )


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Padang Sekolah SK Sungai Ular.

3. Kesudian dan jasa baik YH Dato’ menerima jemputan ini amatlah kami hargai dan diucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih.

Semoga dengan kehadiran YH Dato’ dapat memeriahkan lagi kejohanan ini.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-2/1/4 ( )


Tarikh : 11 Februari 2019
Pengurus,
Felda Transport Services Sdn. Bhd,
Lot 67 Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.

Melalui dan salinan :

Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar Pahang,
Aras 1, Kompleks Mahkamah, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.

Tuan,

MEMOHON BEKALAN SISA-SISA MINYAK DIESEL ( MINYAK HITAM ) UNTUK KEGUNAAN


SK SUNGAI ULAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Sukan Olahraga yang akan
diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 17 MAC 2019


Hari : Ahad
Tempat : Padang Sekolah SK Sungai Ular.

3. Bagi menyiapkan dan melancarkan perjalanan sukan olahraga itu, pihak sekolah amat memerlukan
minyak hitam tersebut untuk membuat garisan pada trek di padang sekolah.

4. Sehubungan dengan itu pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
meluluskan permohonan ini. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-2/1/4


( )
Tarikh : 5 April 2019

Pengarah Pendidikan Pahang


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
26040 Kuantan, Pahang,
( u.p: Unit Perhubungan Dan Pendaftaran )

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN PENDAFTAR NEGERI BAGI KUTIPAN YURAN PENYERTAAN


OLEH SEKOLAH PENGELOLA BAGI KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT ZON DI DAERAH
KUANTAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Sungai Ular akan melaksanakan Pertandingan Pidato Peringkat
Sekolah Rendah Zon Jaguh pada 30 April 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kelulusan pendaftar negeri bagi kutipan yuran untuk
tujuan belanja urus mengelolakan pertandingan tersebut.

4. Bersama-sama ini disertakan beberapa dokumen yang perlu untuk tindakan dan rujukan pihak tuan.
Sebarang makluman dan pertanyaan sila hubungi Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Ular,
En. Mohamad Harris Bin Muda di talian 014-2909292.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SK Sungai Ular, Kuantan.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.700-4/3/1 ( 57 )


Tarikh : 18 April 2019

Guru Besar,
SK Sungai Baging

Tuan,

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KUANTAN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan bola sepak SK Sungai Ular akan mengambil bahagian dalam
pertandingan di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 23 & 24 April 2019 ( Selasa & Rabu )


Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SK Wira, Kuantan.

3. Sehubungan itu, wakil sekolah tuan seramai 5 orang dijemput untuk menyertai pasukan bola sepak
SK Sungai Ular yang akan menyertai pertandingan tersebut seperti maklumat di atas. Pihak tuan dimohon
untuk menguruskan perkara-perkara seperti berikut:

3.1 Surat kebenaran ibu bapa / penjaga


3.2 Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan
3.3 Borang Epress

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak tuan boleh berhubung dengan
Encik Mohamad Harris Bin Muda, ( PK Kokurikulum SK Sungai Ular di talian 014-2909292.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
( ASMAWATI BINTI ALIAS )
Penolong Kanan Pentadbiran
b/p: Guru Besar, SK Sungai Ular, Kuantan.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-1/9/1 ( 22 )


Tarikh : 02 Disember 2019

Pengarah Pendidikan Negeri,


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25604 Kuantan, Pahang.
(U.P: Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan )

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN PUSAT KOKURIKULUM DAN KHIDMAT JURULATIH UNTUK


PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI ULAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Perkhemahan Unit
Beruniform yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 12 JUN HINGGA 13 JUN 2020


Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
Peserta : 85 Peserta ( Termasuk 5 orang guru pengiring )

3. Sebarang makluman dan pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak tuan boleh berhubung dengan
En. Mohamad Harris Bin Muda ( GPK Kokurikulum SK Sungai Ular di talian 014-2909292

4. Sehubungan dengan itu pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
meluluskan permohonan ini. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MOHAMAD HARRIS BIN MUDA )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
b/p :Guru Besar, SK Sungai Ular
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : SKSGU.600-3/1/3 ( 22 )
Tarikh : 21 Mac 2022

Kepada,

_______________________________________________

Tuan / Puan / Cik,

PELANTIKAN GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM, KELAB / PERSATUAN & SUKAN /


PERMAINAN SK SUNGAI ULAR BAGI SESI 2022/2023

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan telah dilantik sebagai
Guru Penasihat :

Unit Beruniform : _____________________________________

Kelab / Persatuan : _____________________________________

Sukan / Permainan : _____________________________________

Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 21 Mac 2022

2. Tuan / puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya seperti dalam Peraturan 8 warta
kerajaan bertarikh 21.05.1998. P.U. (A) 196. Tuan / puan dikehendaki pada setiap masa menjalankan kegiatan
dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid. Murid-murid hendaklah
dibimbing untuk menjadi pemimpin Unit Beruniform, Kelab / Persatuan & Sukan / Permainan masing-masing.

3. Semoga dengan pelantikan ini, tuan / puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi untuk meningkatkan prestasi Unit Kokurikulum SK Sungai Ular.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SK Sungai Ular

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR


26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Kepada,

Pn Aida Binti Ahmad_____________________________________________

Tuan / Puan,

PENERIMAAN WANG UNTUK KEGUNAAN AKTIVITI / PROGRAM KOKURIKULUM


SK SUNGAI ULAR

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan surat ini untuk menerangkan maksud di atas.

Tarikh : _____________________________________

Hari : _____________________________________

Jumlah ( RM ) : _____________________________________

Tujuan :

1. ____________________________________________________________

2. ____________________________________________________________

3. ____________________________________________________________

2. Semoga makluman ini dalam pengetahuan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Diterima oleh, Diserahkan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………………… …….…………………………


( ) ( MOHAMAD HARRIS B. MUDA ) ( MAZLAN B. MOHAMAD )
PK Kokurikulum Guru Besar
SK Sungai Ular SK Sungai Ular
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-16/1/4 ( 37 )


Tarikh : 06 Februari 2020

Pengurus MARDI,
KM 35 Jalan Utama Kemaman,
26100 Kuantan, Pahang.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA KHEMAH SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA


KALI KE 68 SK SUNGAI ULAR TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Sungai Ular dengan ini
memohon pertimbangan daripada pihak tuan untuk membenarkan pihak kami menyewa 2 khemah sempena
Kejohanan Olahraga SK Sungai Ular yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 1 Mac 2020


Hari : Ahad
Tempat : Padang SK Sungai Ular
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari

3. Untuk makluman pihak tuan, majlis raptai akan diadakan pada 29 Februari 2020. Sehubungan
dengan itu, pihak kami amat berharap tuan dapat meluluskan permohonan kami agar persediaan khemah ini
dapat disediakan lebih awal sebelum kejohanan itu berlangsung.

4. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar,
SK Sungai Ular
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : SKSGU.600-3/5/6/( 01 )
Tarikh : 13 Jun 2022

Ketua Balai,
Balai Polis Cherating,
26080 Kuantan, Pahang.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK PERTANDINGAN MERENTAS DESA


SEMPENA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 69 SK SUNGAI ULAR TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Sungai Ular dengan ini
memohon pertimbangan daripada pihak tuan untuk memberilan bantuan kawalan lalulintas beberapa anggota
polis sempena Pertandingan Merentas Desa yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 24 Jun 2022


Hari : Jumaat
Tempat : Trek Merentas Desa SK Sungai Ular
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami ini
agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

4. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-6/1/4 ( 01 )


Tarikh : 10 Mac 2022
Kepada:

Semua AJK Kokurikulum,

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 16 Mac 2022


Hari : Rabu
Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 10.00 pagi

1. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


1.1 Ucapan Pengerusi
1.2 Pembentangan Jawatankuasa Kokurikulum
1.3 Takwim Pengurusan Kokurikulum
1.4 Aktiviti Mingguan Kokurikulum
1.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah
1.6 Pengisian Keberhasilan Bidang Kokurikulum
1.7 Pengurusan Kokurikulum Dalam SKPMG2
1.8 Hal-Hal Lain

4. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam menghadiri mesyuarat ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
( NAJMIAH BINTI SACDAN )
Setiausaha Kokurikulum,
SK Sungai Ular
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami : CBA 4005.100-5/4/1 ( 02 )


Tarikh : 17 Julai 2020

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang,
( u.p: En. Azman Bin Mat Yasin )

Tuan,

PELAKSANAAN DAN PENGIKTIRAFAN AKTIVITI KOKURIKULUM SECARA ATAS TALIAN


SEPANJANG TEMPOH MASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP )

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan dokumen yang berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

2.1 Borang Laporan Penyertaan Aktiviti Kokurikulum Secara Atas Talian.

3. Segala kerjasama dan perhatian tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SK Sungai Ular, Kuantan.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami: SKSGU.600-3/5/5 ( 02 )
Tarikh : 17 Jun 2022

Encik Shamshul Azlin Bin Abdul Wahid


Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Ular,
Kampung Darat Sungai Ular,
21080 Kuantan, Pahang.

Tuan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE - 69


SK SUNGAI ULAR TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Sungai Ular
dengan ini berbesar hati menjemput tuan ke Kejohanan Sukan Olahraga yang akan diadakan pada ketetapan
berikut:-

Tarikh : 26 JUN 2022 ( AHAD )


Masa : 8.00 Pagi ( Acara sukan bermula )
: 11.00 Pagi ( Perasmian Penutup )
Tempat : Padang Sekolah SK Sungai Ular.

3. Kesudian tuan menerima jemputan ini amatlah kami hargai.

Semoga dengan kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi kejohanan ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami: SKSGU.600-3/1/2 ( 35 )
Tarikh : 25 JULAI 2022
Kepada,
Guru Besar,
SK Cherating,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tuan,

PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK KE KEJOHANAN MSSD KUANTAN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 orang murid sekolah tuan seperti nama di bawah terpilih
mewakili SK Sungai Ular untuk kejohanan tersebut di atas yang akan diadakan pada 27 – 28 Julai 2022 di SK
Balok Baru, Kuantan.

i. Muhammad Daniel Haikal Bin Mohd Rustam - ( 100114-06-0289 )


ii. Mohamad Nur Hazril Haikal Bin Habibul Insan - ( 101106-06-0195 )
iii. Muhammad Haziq Aiman Bin Mohamad Zaini - ( 100105-06-0615 )
iv. Muhammad Hafis Bin Kamal Zaidi - ( 101227-06-0159 )

3. Diharapkan dapat pihak tuan memberi kebenaran dan pelepasan kepada murid-murid berkenaan untuk
menyertai pasukan bola sepak SK Sungai Ular untuk ke kejohanan tersebut.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SK Sungai Ular.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
26080 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR Tel : 09-5821092

Ruj.Kami: SKSGU.600-3/1/2 ( 36 )
Tarikh : 25 JULAI 2022
Kepada,
Guru Besar,
SK Sungai Baging,
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tuan,

PEMILIHAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK KE KEJOHANAN MSSD KUANTAN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang murid sekolah tuan seperti nama di bawah terpilih mewakili
SK Sungai Ular untuk kejohanan tersebut di atas yang akan diadakan pada 27 – 28 Julai 2022 di SK Balok
Baru, Kuantan.

i. Muhammad Hamizan Syazani Bin Khairul - ( 100114-06-0289 )

3. Diharapkan dapat pihak tuan memberi kebenaran dan pelepasan kepada murid berkenaan untuk
menyertai pasukan bola sepak SK Sungai Ular untuk ke kejohanan tersebut.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
( MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar
SK Sungai Ular.
BORANG SKOR PBPPP 2022

MOHAMAD HARRIS BIN MUDA – PK KOKURIKULUM

1. AFENDI BIN ABD RAHMAN

2. ASYRAF BIN ROSLAN

3. HASMAWATI @ NUR AIN BINTI ALI

4. NAJMIAH BINTI SACDAN

5. NOOR HANAN BINTI MOHD YUSOF

6. NOR MAZIAH BINTI MAZLAN

7. NUR IZZA BINTI MOHD RASHID

8. NURDIANA BINTI MAAROF

9. RAFIDA ANIM BINTI RASID

10. ROHANI BINTI ZAKARIA

11. SHAFIQ AZLI BIN MOHD SALLEH

12. WAN MOHAMED ASYRAF BIN WAN AZMI

13. ZURAIHAH BINTIYAHYA

14. NOOR IDAYU BINTI ISMAIL

You might also like