You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU AFZAN


ALOR AKAR, 25050 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
TEL: 09-5664752 (PEJABAT) FAX:09-5681605

Ruj. Kami : PIBG/SMKTA/04/002 (170)


Tarikh : 17 MEI 2022

Kepada,
Semua Ibu Bapa dan Penjaga

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah amat berbesar hati menjemput


Dato’/ Datin / Tuan / Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 47 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 JUN 2022 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tengku Afzan

3. Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan kehadiran untuk rekod kami.


Dato’/ Datin / Tuan / Puan juga diminta memberikan cadangan usul-usul untuk dibahaskan dalam
mesyuarat itu nanti melalui pautan https://surveyheart.com/form/627dd5c0e0bda849483bf880
Dato’/ Datin / Tuan / Puan diminta mengembalikan surat jawapan kehadiran selewat-lewatnya
pada 23 Mei 2022 kepada Setiausaha PIBG melalui anak Dato’/ Datin / Tuan / Puan.

4. Kehadiran Dato’/ Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai. Semoga kerjasama dan sokongan
Dato’/ Datin / Tuan / Puan dapat melancarkan dan menjayakan lagi majlis yang akan diadakan nanti.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

Saya yang menjalankan tugas,


MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH, AMP.,PJK
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SMK Tengku Afzan, Kuantan Pahang
SURAT JAWAPAN KEHADIRAN

………………………………………………………………
………………………………………………………………
………………………………………………………………
____________________________________________________________________________
Tarikh : ……………………...
Yang DiPertua PIBG
SMK Tengku Afzan
25050 Kuantan, Pahang
(U/P :Setiausaha PIBG, SMKTA)

Tuan,

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47 TAHUN 2022

Terima kasih atas surat tuan PIBG/SMKTA/04/002 (170) yang bertarikh 17 Mei 2022.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya……………………………………………………………


ibu bapa / penjaga kepada …………………………………………………… kelas ......................... akan hadir/
tidak hadir bersama *suami /isteri / ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 47 tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


……………………………………………………
NAMA :…………………………………………..
NO TELEFON : …………………………………
*Sila potong mana yang berkenaan

You might also like