You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI MOHD TAIB


Jalan Sekolah, 31200 Chemor, Perak
Email : aea2046@moe.edu.my No. Tel : 6052011808
Kod Sek : AEA2046 No. Faks : 6052014029

"PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SMKDHMT 100-11/1/2 ( )


Tarikh : Rabiulawal 1445H
…………………………………….. September 2023
…………………………………….,
…………………………………….,
…………………………………….,
…………………………………….

Tuan/Puan,

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2022

Merujuk kepada perkara di atas,dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anak tuan / puan
adalah salah seorang penerima anugerah dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik
2022, SMK Dato’ Haji Mohd Taib Chemor, Perak. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan
syabas di atas kejayaan anda.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput anda untuk
hadir dan menerima anugerah pada majlis yang akan diadakan:

Tarikh : 22 September 2023 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : SMK Dato’ Hj Mohd Taib, Chemor
ANUGERAH :

3. Bagi tujuan kelancaran perjalanan majlis, pihak sekolah berharap anda dapat
mengesahkan kehadiran kepada pihak urusetia melalui link
https://forms.gle/qBo4aAmc2HdQjmc86 yang disertakan selewat-lewatnya pada 11
September 2023 (Isnin). Sila maklumkan juga butiran wakil kepada pihak sekolah, jika wakil
yang akan hadir ke majlis tersebut.

4. Para jemputan diwajibkan memakai pakaian mengikut kod etika pemakaian seperti
di bawah:

Lelaki : Berkemeja, Bertali Leher, Berseluar Panjang


(slack), Kasut Bertutup atau Baju Kebangsaan
mengikut kaum masing-masing
Perempuan : Berpakaian Kemas dan Sopan, Berbaju
Tradisional, Skirt Labuh atau di bawah Paras Lutut.
5. Tuan / puan mesti mendaftar kehadiran di meja pendaftaran sebaik sahaja tiba di
perkarangan sekolah. Masa pendaftaran dari 7.00 hingga 7.30 pagi.

6. Kehadiran tuan / puan diharapkan dapat memeriahkan majlis. Semoga tuan / puan
mendapat memberi kerjasama dan perhatian dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJAH KHALILAH BINTI ZA'ABA )


Pengetua Cemerlang

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

You might also like