You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT

JAWI, 02600 ARAU,


PERLIS.

KERTAS KERJA

“ Projek Tanda Nama Sekolah dan Program


Keceriaan Sekolah ”

Oleh :

SHARIZAH BINTI ABDULLAH

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SK CHANGKAT JAWI
1.0 Pendahuluan

satu projek akan dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek
ini diberi nama “Projek Tanda Nama Sekolah dan Program Keceriaan
Sekolah” yang melibatkan guru guru dan PIBG SKCJ dalam menghias dan
mengindahkan kawasan sekolah dengan kerjasama pekerja kebersihan serta
murid-murid Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi ini.

Objektif

Melalui projek keceriaan ini, kami berharap akan dapat :-

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang


dipersetujuai oleh pihak sekolah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti


dan integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang


cantik dan indah.

iv. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan


terhadap sekolah.

v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme


keguruan secara berterusan.

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa

Tarikh : 17 – 30 Jan 2023


Tempoh : 3 minggu
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
4.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Sharmila Binti Shahrom


Penyelaras Projek : Sharizah Binti Abdullah
Timbalan Penyelaras Projek : Kama Azira Binti Kamarjan
Setiausaha : Nurharliza Binti Hassan

5.0 Pelaksanaan

Kami akan memulakan “ Projek Tanda Nama Sekolah dan Program


Keceriaan Sekolah ” ini dengan majlis pelancaran yang dicadangkan akan diadakan
pada 18 Jan 2023 bertemakan Program Sekolah Lestari Alam Sekitar – Sekolahku
Indah. Sebelum hari pelancaran program ini, kami akan membuat promosi secara
besar-besaran meminta setiap murid dan guru membawa minima satu pokok setiap
orang sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut
melancarkan kempen “ 1 Murid 1 Pokok”.

Pada hari pelancaran tersebut beberapa kaunter pengumpulan akan kami


buka bagi tujuan mengumpulkan anak-anak pokok yang bakal dibawa oleh guru-
guru dan murid-murid. Kaunter-kaunter akan diasingkan daripada kaunter
Prasekolah sehingga kaunter Tahun 6. Anak- anak pokok yang dikumpul bertujuan
untuk projek menanam semula di persekitaran sekolah sepanjang minggu tersebut.

Untuk projek Tanda Nama Sekolah pula, kami telah mengesan satu kawasan
yang sesuai untuk membina Tanda Nama Sekolah iaitu di dinding Bangunan Block A
dataran perhimpunan. Hal ini adalah kerana kami mendapati kawasan tersebut
adalah kosong dan melalui pengalaman kami mengadakan lawatan di beberapa
institusi pengajian yang turut mempunyai Tanda Nama adalah sesuatu yang
membanggakan sekiranya Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi ini turut mempunyai
sebuah Tanda Nama.

Daripada cadangan kami, Tanda Nama Sekolah tersebut akan dibina


daripada huruf block 3D , 43 huruf untuk dilekat didinding bangunan depan sekolah.
6.0 Anggaran Perbelanjaan

Anggaran belanjawan projek kami adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah

Huruf Block
1. 45 unit RM1500.00

2. Pasir
RM 50

RM 17 x 4
3. Simen RM68
bungkus

2 tin x
4 Cat RM 38
RM19
5 Alatan dan bahan RM 50
6 Bunga RM 100
JUMLAH BESAR RM 1806.00

7.0 Lakaran Tanda Nama Sekolah


8.0 Penutup

Di harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara PIBG
dan guru – guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar dapat mempelajari
sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga
pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak.
Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak
pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan Projek Tanda
Nama Sekolah dan Program Keceriaan Sekolah ini. Segala kerjasama dari pihak
tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Disediakan oleh ,

…………….………………………………
( SHARIZAH BINTI ABDULLAH )

Setiausaha Projek Tanda Nama Sekolah

Dan Program Keceriaan Sekolah,

PK HEM

SK Changkat Jawi

Disemak oleh,

…………..……………………………………………

( SHARMILA BINTI SHAHROM)

GURU BESAR

Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi.

Disahkan oleh,

…………..……………………………………………

( HUSSAM BIN ILIAS )

YDP PIBG

Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi.


KEPUTUSAN PENGURUSAN PIBG
Meluluskan Kertas cadangan Program Tanda Nama Sekolah dan Projek Keceriaan sekolah

Atau

Tidak Meluluskan Kertas cadangan Program Tanda Nama Sekolah dan Projek Keceriaan sekolah

Ulasan :
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………

HUSSAM BIN ILIAS


YDP PIBG
SK Changkat Jawi
Tarikh:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JAWI,
02600 ARAU PERLIS
No.Tel/FAX : 04 9864844

____________________________________________________________________________________
Ruj Kami : SKCJPs.100-13/1/3(21)
Tarik : 16 Disember 2022
YB.TUAN MOHD RIDZUAN BIN HASHIM
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji
No. 18, Jalan Tambun Tulang
Kampung Simpang 3, Guar Sanji
02600 Arau, Perlis.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROJEK TANDA NAMA SEKOLAH DAN PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
2023.

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi melalui Unit Hal Ehwal murid
akan mengadakan Projek Tanda Nama Sekolah dan Program Keceriaan Sekolah 2023 yang akan di adakan
pada :

Tarikh : 17 hingga 30 Januari 2023


Tempat : Sk Changkat Jawi

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar pihak Tuan dapat memberi sumbangan untuk
pembiayaan perbelanjaan (RM1500.00 ) kepada pihak sekolah untuk membiayai block Tanda Nama sekolah.

5. Pihak sekolah sangat berharap agar permohonan ini mendapat perhatian untuk menampung
perbelanjaan bagi menjayakan program tersebut.Sumbangan boleh diserahkan seperti butiran berikut :

a) Nama Akaun : Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Changkat
Jawi
b) No. Akaun : 1101573656 Bank Rakyat

6. Bersama-sama ini dilampirkan bersama maklumat lengkap bagi projek tersebut. Besarlah harapan kami
agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak Tuan.

7. Kerjasama dan keprihatinan Tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, pihak
tuan boleh menghubungi Cikgu Sharizah Binti Abdullah di talian 016-2275072.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU”
“NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU”

Saya yang menjalankan amanah,

(HUSSAM BIN HJ. ELIAS)


Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi,
02600 Arau, Perlis
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JAWI,
02600 ARAU PERLIS
No.Tel/FAX : 04 9864844

____________________________________________________________________________________
Ruj Kami : SKCJPs.100-13/1/3(23)
Tarik : 16 Desember 2022
Setiausaha Sulit Kanan
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perlis
Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis
02600 Arau, Perlis.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROJEK TANDA NAMA SEKOLAH DAN PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
2023.

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi melalui Unit Hal Ehwal murid
akan mengadakan Projek Tanda Nama Sekolah dan Program Keceriaan Sekolah 2023 yang akan di adakan
pada :

Tarikh : 17 hingga 30 Januari 2023


Tempat : Sk Changkat Jawi

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar pihak Tuan dapat memberi sumbangan untuk
pembiayaan perbelanjaan (RM1500.00 ) kepada pihak sekolah untuk membiayai block Tanda Nama sekolah.

5. Pihak sekolah sangat berharap agar permohonan ini mendapat perhatian untuk menampung
perbelanjaan bagi menjayakan program tersebut.Sumbangan boleh diserahkan seperti butiran berikut :

a) Nama Akaun : Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Changkat
Jawi
b) No. Akaun : 1101573656 Bank Rakyat

6. Bersama-sama ini dilampirkan bersama maklumat lengkap bagi projek tersebut. Besarlah harapan kami
agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak Tuan.

7. Kerjasama dan keprihatinan Tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, pihak
tuan boleh menghubungi Cikgu Sharizah Binti Abdullah di talian 016-2275072.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU”
“NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU”

Saya yang menjalankan amanah,

(HUSSAM BIN HJ. ELIAS)


Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi,
02600 Arau, Perlis.

You might also like