You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG ROTAN

06250 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.


Tel : 04-7324785
Faks : 04-7344640
e-mail : kea2183.ppdkotasetar@gmail.com
Ruj. Kami : SMKKR 40/002/10 Jld.5 ( )
Tarikh : 17 September 2017
Restoran MacDonalds Malaysia
Corporate Communications Department
Golden Arches Restaurants Sdn.Bhd
Level 6, Bangunan TH, Damansara UPtown 3
No. 3, Jalan SS21/39, 47400, Petaling jaya
Selangor darul Ehsan.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN BAGI PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI
LAHIR PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah wakil bagi Program Intergrasi SMK Kubang Rotan akan
mengadakan program Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Sambutan Hari Jadi Pelajar Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran pada ketetapan berikut
Tarikh : 30 Oktober 2017 (Isnin)
Jumlah pelajar : 25 orang
Jumlah guru dan PPM : 9 orang

2. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan sudi memberi pertimbnagan yang
sewajarnya terhadap permohonan kami ini agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Maklumat
lanjut dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi guru berkenaan:>

Nama : Puan Juniza Binti Kasem


No. Telefon : 019-5555047

3. Bersama- sama surat ini disertakan kertas kerja dan senarai nama pelajar pendidikan khas untuk
pertimbangan pihak tuan. Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG
Saya yang menurut perintah,

(YASMIN BINTI ABDULLAH)


Pengetua
SMK Kubang Rotan,
06250 Alor Setar, Kedah.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG ROTAN


06250, ALOR SETAR, KEDAH

KERTAS KERJA :

PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN


DAN SAMBUTAN HARI JADI

PENDIDIKAN KHAS

2017

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,
SMK KUBANG ROTAN.
PROGRAM JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI LAHIR MURID

PPKI SMK KUBANG ROTAN

1. PENDAHULUAN

Majlis jamuan akhir tahun dan sambutan hari lahir kali ini akan berlangsung di Restoran
McDonald. Lokasi ini telah dipilih atas pilihan murid- murid itu sendiri kerana ada di kalangan
mereka adalah daripada keluarga susah yang tidak pernah merasa makan di Restoran
McDonald dan ingin sekali merasa pengalaman tersebut. Majlis ini hari lahir ini melibatkan
murid yang lahir dari awal Januari hingga Disember.

2. RASIONAL

Program jamuan dan sambutan hari lahir ini diadakan adalah bertujuan memberi
kegembiraan kepada semua murid di samping mengeratkan hubungan dan kemesraan antara
guru, PPM dan juga murid PPKI. Hari lahir murid disambut secara meriah bagi memberi peluang
kepada mereka untuk merasa gembira dan dihargai. Sambutan ini adalah satu cara
menggembirakan saudara seummah serta memupukkan rasa kasih dan sayang sesama guru,
PPM dan murid. Pemberian makanan, minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka
merasa gembira. Rasional proram ini juga adalah untuk menormalisasikan murid PPKI.
Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang bekait rapat dengan budaya. Dalam konteks
pendidikan khas, proses normalisasi adalah bertujuan memberi hak kepada individu kurang
upaya supaya mereka dapat mnyesuaikan diri dan membiasakan diri dengan cara hidup normal
dalam sesebuah masyarakat. Faktor-faktor normalisasi banyak dipengaruhi dari ibu bapa,
kurikulum sekolah dan juga masyarakat. Ia juga bertujuan memberikan modifikasi kepada
tingkah laku murid.
3. OBJEKTIF

Program sambutan hari lahir ini diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut:

1. Mempelajari dan menguasai kemahiran yang membolehkan murid merancang dan


menguruskan kehidupan sendiri.

2. Mengeratkan kemesraan di kalangan semua warga PPKI SMK Kubang Rotan.

3. Meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi penghargaan kepada murid yang dirai.

4. Membantu murid menguasai kemahiran berkomunikasi dan mengawal emosi semasa


berhubungan dengan orang lain.

5. Meningkatkan peluang penyesuaian yang sihat dalam masyarakat. Memberi peluang kepada
semua murid untuk merasai kegembiraan apabila sambutan hari jadi diadakan dengan meriah.

4. SASARAN

Program ini disasarkan kepada semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi SMK
Kubang Rotan seramai 25 orang, guru seramai 6 orang dan PPm seramai 3 orang. Pihak
pentadbir sekolah dan AJK Badan kebajikan PPKI juga akan turut diundang bagi memeriahkan
majlis.
5. AHLI JAWATAN KUASA

Pengerusi : Puan. Yasmin Binti Abdullah

Penyelaras Program: Cik Siti Hanan Binti Abdullah

Bendahari:Puan Nur Afizah Binti Ahmad

Ajk Persediaan Tempat :

Encik Mohammad Helmy Bin Halim

Puan Masyetoh Binti Mat Derisah

Ajk Hadiah:

Puan Afifah Binti Abd Rahman

Puan Juniza Binti Kasem

Ajk Keselamatan : Encik Mohd Najmi Bin Abd Karim

Dokumentasi: Puan Melati Senja Binti Saad

Fotografi: Puan Nor Mudirah Binti Hamzah

6. PERANCANGAN TEMPAT DAN PERBELANJAAN

TEMA PROGRAM : OCEAN WORLD BESDAY PARTY

CADANGAN TEMPAT : BLOK PENDIDIKAN KHAS SMKKR

TARIKH CADANGAN : 30 OKTOBER 2017


7. PENUTUP

Diharapkan program yang dirancangkan ini akan berlangsung dengan jayanya kerana ia
memberi banyak manfaat kepada murid. Kerjasama semua pihak juga amat diperlukan
agarperjalananProgram berlangsung dengan lancar. Semua pihak diminta agar dapat memberi
kerjasama yang baik dan ikhlas.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan Oleh:

. ...

(Juniza Binti Kasem) (Siti Hanan Binti Abdullah) (Yasmin Binti Abdullah

Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Pend. Khas Pengetua

SMK. Kubang Rotan SMK. Kubang Rotan SMK. Kubang Rotan

You might also like