You are on page 1of 96

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS

TINGKATAN 2

Penulis Editor
NORMALA BINTI MISMAN AZIZAH BINTI AHMAD
AHMAD FIKRI BIN DARUS

Ilustrator
Pereka Bentuk
NURFATIN NADIAH
NORINI BINTI MAT LANA
BINTI TUKIRAN

Dewan Bahasa dan Pustaka


Kuala Lumpur
2017

Prelim2.indd 1 10/13/17 4:26 PM


KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0045

KK 297-221-0108011-49-1657-30101
ISBN 978-983-49-1657-2 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima
Cetakan Pertama 2017
kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2017
• Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Muka Surat Bahagian Buku Teks,
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
penggambaran semula mahupun dengan
• Jawatankuasa Penyemakan
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
royalti atau honorarium. dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia oleh:
• Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.
50460 Kuala Lumpur. • Panel Pembaca Pruf,
Telefon: 03-21479000 (8 talian) Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my • Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampong Jawa, Klang, Selangor.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Visual Print Sdn. Bhd. • Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif,
Muka Taip Teks: Azim Kuala Lumpur.

Saiz Muka Taip Teks: 13 poin


Dicetak oleh:
Percetakan Mesbah Sdn. Bhd.,
No. 11, Jalan Tun Perak 6,
Taman Tun Perak,
43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Prelim2.indd 2 10/23/17 3:37 PM


Kandungan

PENDAHULUAN v

AL-QURAN
TILAWAH

UNIT 1 Allah Maha Esa 1

HAFAZAN

UNIT 2 Demi Masa 6

UNIT 3 Iman dan Kufur 11

AYAT KEFAHAMAN

UNIT 4 Pelihara Pergaulanmu 17

HADIS
UNIT 5 Sucikan Hatimu 23

AKIDAH
UNIT 6 Hidupkan Iman 29

UNIT 7 Allah Tujuan Hidupku 35

UNIT 8 Beriman kepada Malaikat 41

iii

Prelim2.indd 3 10/13/17 4:26 PM


IBADAH
UNIT 9 Istinjak 47

UNIT 10 Tayamum 53
UNIT 11 Sucikan Dirimu 59

SIRAH
UNIT 12 Sayidina Abu Bakar al-Siddiq 65

UNIT 13 Sayidina Umar al-Khattab 71

AKHLAK
UNIT 14 Sayangi Rakan 77

UNIT 15 Suburkan Amanah 83

Glosari 89

Rujukan 90

iv

Prelim2.indd 4 10/13/17 4:26 PM


Pendahuluan
Pendahuluan

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya buku ini dapat diterbitkan selaras
dengan hasrat dan objektif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para
pendidik khususnya guru-guru pendidikan khas sangat mengharapkan buku teks ini
dapat menjadi panduan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
holistik.
Buku ini dibina berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (KSSMPK) Tingkatan Dua yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM. Kandungan dan persembahan yang dihasilkan dalam buku ini
adalah sesuai dan sangat bertepatan dengan kurikulum bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Buku teks ini meliputi bidang Tilawah al-Quran, Hafazan, Ayat Kefahaman, Hadis,
Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Bidang-bidang ini bersepadu antara ilmu, kemahiran
dan penghayatan dalam Islam bagi tujuan pembentukan insan yang kamil.
Unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dimasukkan dalam
kandungan tertentu bertujuan untuk menggalakkan murid berfikir secara kritis, juga
melatih murid menggunakan ilmu pengetahuan sedia ada secara optimum. Pelbagai
aktiviti disediakan dalam buku ini adalah untuk merangsang minda yang aktif dan
kreatif untuk memantapkan penguasaan murid terhadap kandungan yang dipelajari.

Prelim2.indd 5 10/13/17 4:26 PM


Panduan Ikon
Buku ini dilengkapi ikon seperti yang berikut:
Kandungan
Perhatikan dan baca. Meliputi aspek pengukuhan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian yang mencakupi Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) dan tahap murid.
Aktiviti dan Latihan
Minda Aktif Memerlukan pelibatan aktif murid sama ada secara individu,
berpasangan atau berkumpulan yang meliputi peringkat
pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Laman Kreatif

Aktiviti Menulis
Memerlukan murid melakukan aktiviti menulis seperti mengisi
tempat kosong dan mencatat maklumat.

Nota Nota Guru


Guru
Memberikan panduan atau cadangan kepada guru dalam
melaksanakan akitiviti pembelajaran.

Ayat ini juga


Info
dikenali sebagai
ayat al-Kursi
Menyediakan maklumat tambahan berkaitan bahan teks.

5.2.1 Standard Pembelajaran


5.2.2
Memberikan maklumat tentang standard pembelajaran yang
perlu dicapai pada setiap sesi pengajaran.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid berfikir secara
rasional, kreatif, kritis dan inovatif serta berupaya menyelesaikan
masalah, membuat keputusan dan berinovatif.
QR Code
Maklumat tambahan berkaitan dengan bahan teks dan
pengajaran dapat diperoleh dengan lebih mudah dan pantas
dengan menggunakan aplikasi QR Code melalui telefon pintar.
Kandungan QR Code adalah seperti pautan ke laman sesawang,
audio visual, bahan bercetak dan lain-lain.
Diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid khususnya
murid berkeperluan khas. Mudah-mudahan segala usaha penerbitan buku ini
mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Normala binti Misman
Ahmad Fikri bin Darus

vi

Prelim2.indd 6 10/13/17 4:26 PM


Baca dan hayati.

Baca dan hafaz.

• Bimbing murid membaca dan menghafaz potongan ayat. 2.1.1


8 Nota
• Bimbing murid membaca dan mengulang hafazan. 2.1.2
Guru
2.1.3
2.1.4

UNIT 2.indd 8 10/24/17 4:47 PM


Minda Aktif

Mari menghafaz secara berpasangan.

2 1

2.1.4 • Bimbing murid membaca dan menghafaz surah ini dengan bertajwid.
Nota
• Galakkan murid membantu rakan menghafaz surah.
9
Guru

UNIT 2.indd 9 10/13/17 3:02 PM


Baca dan hayati.

Cara Permainan
Laman Kreatif
1. Sediakan enam lukisan kotak
membentuk landasan kereta api
Permainan Gerabak Kereta Api di atas lantai.
2. Setiap kotak ditanda dengan
satu nombor.
3. Murid beratur di atas lukisan
2 1 landasan dan bergerak mengikut
pusingan apabila wisel kereta api
dibunyikan sambil berbunyi
4 3 seperti kereta api.
4. Murid berhenti apabila wisel
kereta api kedua dibunyikan.
6 5 5. Murid akan menghafaz potongan
ayat mengikut nombor landasan.
6. Perjalanan diteruskan sekiranya
murid berjaya.

• Bimbing murid menghafaz dengan betul dan lancar.


10 Nota
Guru

UNIT 2.indd 10 10/24/17 4:47 PM


IMAN DAN KUFUR

Perhatikan dan baca.

SURAH AL-KAFIRUN: 1-6

﴿ 6-1: ‫﴿ سورة الكافرون‬

Surah ini menerangkan toleransi dalam beragama.


Islam menggalakkan kita menghormati agama lain
sebagaimana ayat akhir dalam surah ini menjelaskan,
“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
Hanya Islam agama yang sebenarnya.

• Bimbing murid membaca surah dengan betul.


Nota 11
Guru

UNIT 3.indd 11 10/13/17 3:09 PM


Baca kalimah
Sebut dan hayati.
dan baca potongan ayat.

12

UNIT 3.indd 12 10/13/17 3:09 PM


1

2.2.1 • Bimbing murid membantu rakan membaca kalimah dan potongan ayat
2.2.2 Nota
dengan lancar.
13
Guru
2.2.3

UNIT 3.indd 13 10/13/17 3:09 PM


Padankan dan hafaz.

1 1

• Bimbing murid memadankan potongan ayat dan menghafaznya 2.2.4


14 Nota
dengan betul.
Guru

UNIT 3.indd 14 10/13/17 3:09 PM


Minda Aktif

Mari beramal.

• Bimbing murid menghafaz surah dengan lancar mengikut makhraj yang


Nota
betul dan bertajwid.
15
Guru

UNIT 3.indd 15 10/13/17 3:09 PM


Cara Permainan
Laman Kreatif
1. Murid perlu menghafaz sepotong ayat mengikut
urutan nombor selepas membuat balingan buah.
2. Selepas membuat lompatan, murid lain akan
Permainan Ketingting mengambil giliran.
3. Permainan diteruskan sehingga murid
menghabiskan hafazan enam ayat.
4. Murid yang pantas menyudahkan permainan
dan hafazan dikira sebagai pemenang.

6
4
3
2

• Bimbing murid menghafaz surah dengan lancar dan betul.


16 Nota
• Rujuk contoh permainan ketingting daripada Internet.
Guru
• Ubah suai permainan mengikut kreativiti guru.

UNIT 3.indd 16 10/13/17 3:10 PM


PELIHARA PERGAULANMU

Baca dan fahami.

SURAH AL-NUR: 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan


yang beriman supaya menundukkan pandangan
mereka (daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka;

… dan bertaubatlah kamu … dan janganlah mereka


sekalian kepada Allah, wahai memperlihatkan perhiasan
orang yang beriman semoga tubuh mereka kecuali yang
kamu berjaya. zahir daripadanya;

Maksud
Ayat
… dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk … dan hendaklah
diketahui orang perhiasan mereka melabuhkan
yang mereka sembunyikan; tudung kepala ke
paras dada mereka;

… dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka


melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka atau anak saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji daripada orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

3.1.1 • Bimbing murid memahami maksud ayat.


Nota 17
Guru

UNIT 4.indd 17 10/13/17 3:12 PM


Minda Aktif

Padankan pakaian yang menepati syariat ketika berada di luar rumah.

• Minta murid padankan pakaian yang sesuai.


Nota
• Terangkan maksud dan cara berpakaian menepati syariat Islam dalam
21
Guru
semua situasi.

UNIT 4.indd 21 10/13/17 3:13 PM


Laman Kreatif

Boling Ilmu

1 2
Sediakan enam botol kosong, Masukkan kad maklumat
bola dan kertas. ke dalam botol.

3 4
Susun botol mengikut Setiap murid dikehendaki
susunan boling. Murid meleretkan bola. Botol yang
beratur membuat barisan. jatuh akan diambil maklumatnya.

5 6
Murid membaca maklumat. Murid membaca dan menampal
maklumat pada papan putih.

22

UNIT 4.indd 22 10/13/17 3:13 PM


SUCIKAN HATIMU

Perhatikan dan baca.

ٌ‫غ‬

Sabda Rasulullah SAW:

… ِ َّ‫األع َم ُال بِالّنِي‬


‫ات‬ ْ َ ْ ‫إِنَّ َما‬
“Sesungguhnya amalan itu dinilai
dengan niat…”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4.1.1
Nota • Bantu murid memahami maksud hadis di atas. 23
Guru

UNIT 5.indd 23 10/13/17 4:40 PM

• Bimbing murid memahami maksud ayat


Baca dan fahami.

Huraian Hadis

2
Semua perbuatan baik yang
11 Setiap perbuatan baik diniatkan kerana Allah SWT
memerlukan niat kerana akan mendapat pahala.
Allah SWT.

SOLAT JEMAAH

Contoh Perbuatan yang Menjurus kepada Keikhlasan

Bersedekah Membantu rakan Menunaikan haji

i. Sebutkan amalan lain yang menjurus kepada keikhlasan.


ii. Apakah yang akan kamu lakukan apabila melihat kucing
yang kelaparan?

• Berikan penerangan tentang maksud hadis. 4.1.1


24 Nota 4.1.2
Guru

UNIT 5.indd 24 10/13/17 4:40 PM

gotong royong
Bincang dan hayati.

Kepentingan Ikhlas dalam


Melakukan Setiap Perbuatan

1. Mendapat pahala.

2. Menjadikan amalan kebiasaan sebagai ibadah.

3. Menentukan sesuatu amalan diterima atau ditolak.

4. Mendapat kecemerlangan dalam kehidupan.

5. Mengikat hati seorang hamba dengan Tuhannya.

6. Menyelamatkan diri daripada sifat riyak dan ujub.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah orang


yang ikhlas. Mereka ialah pelita dalam kegelapan malam, dan
segala fitnah serta kezaliman akan hilang daripada mereka.”
(Riwayat al-Baihaqi)

4.1.3 • Bimbing murid memahami konsep ikhlas.


Nota
• Huraikan makna riyak dan ujub.
25
Guru

UNIT 5.indd 25 10/13/17 4:40 PM


Baca dan hayati.

Betulkan Niatmu

1.

Niat ialah teras


segala amalan.

3.
2.

___
___
Niat membezakan antara ibadah Semua perbuatan yang baik hendaklah
dengan adat. dimulakan dengan niat kerana Allah SWT.
4. 5.

Amalan yang baik jika tidak Amalan yang buruk tidak membawa
diniatkan kerana Allah SWT, tidak faedah walaupun dilakukan dengan niat
memberikan apa-apa faedah. yang baik.

• Bimbing murid membaca dan berbincang tentang konsep ikhlas. 4.1.4


26 Nota
Guru

UNIT 5.indd 26 10/13/17 4:40 PM


Minda Aktif

Kitaran Kehidupan

Hubungan dengan Hubungan dengan


masyarakat Allah SWT
◗ gotong-royong ◗ solat
_______________________ ________________________
_______________________ ________________________

Hubungan dengan Hubungan dengan


alam sekitar haiwan
◗ memulihara alam
Ikhlas ◗ mengasihi haiwan
_______________________ ________________________
_______________________ ________________________

Hubungan Hubungan dengan


dengan rakan ibu bapa
◗ menjaga rahsia kawan ◗ menolong ibu
di rumah
_____________________
____________________
_____________________
_____________________

• Bantu murid menyenaraikan sebanyak mungkin sifat ikhlas dalam kehidupan.


Nota 27
Guru

UNIT 5.indd 27 10/13/17 4:40 PM


Laman Kreatif Cara Permainan

w
Permainan ini menggunakan
cabutan nombor yang digulung
Permainan Dam Ikhlas dan buah.
w
Pergerakan buah mengikut
nombor yang diperoleh.

3
Niat yang 17 18 19 20
baik. Mara
tiga langkah
ke hadapan.

7 16 15 14 13
Anda rajin
belajar. Mara
empat langkah
ke hadapan.

9 10 11 12
8
Tidak baik
bergaduh.
Undur empat
langkah
ke belakang. 8 7 6 5
12
Tahniah
kerana
menolong
guru. Mara 1 2 3 4
satu langkah
ke hadapan.

Buah Kertas
gulung 14 16 18
Syabas, anda Bagus. Anda solat Kesalahan yang
mengasihi haiwan! berjemaah. Mara tiga berat. Undur tujuh
Mara tiga langkah langkah ke hadapan. langkah ke belakang.
ke hadapan.

• Bimbing murid bermain permainan Dam Ikhlas.


28 Nota
• Rangsang murid untuk bercerita tentang rutin seharian murid.
Guru

UNIT 5.indd 28 10/13/17 4:40 PM


HIDUPKAN IMAN

Lihat dan fikirkan.

Indahnya
alam ciptaan
Allah SWT ini.

Subhanallah...

i. Adakah manusia dapat menandingi kekuasaan


Allah SWT?
ii. Apakah yang akan berlaku sekiranya Allah SWT
mencipta malam tanpa bintang?

• Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas.


Nota 29
Guru • Minta murid menyenaraikan makhluk ciptaan Allah SWT.

UNIT 6.indd 29 10/13/17 3:19 PM


Baca
Bacadan
danfahami.
hayati.

Rukun iman ialah mempercayai enam perkara yang


menjadi tunjang dalam kehidupan orang Islam, iaitu:
1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman kepada malaikat.
3. Beriman kepada kitab.
4. Beriman kepada rasul.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman kepada qadak dan qadar.

Iman ialah membenarkan dengan hati,


pengakuan dengan lisan dan dibuktikan
dengan amalan.

• Bimbing murid memahami pengertian rukun iman. 5.1.1


30 Nota 5.1.2
Guru

UNIT 6.indd 30 10/24/17 4:59 PM


Baca dan fikirkan.

PERTAMA KETIGA KELIMA


Beriman kepada Beriman kepada kitab Beriman kepada
Allah • Meyakini empat kitab hari kiamat
• Meyakini bahawa yang diturunkan • Meyakini bahawa
Allah SWT itu kepada nabi-nabi alam ini akan musnah.
wujud dengan Allah SWT. • Manusia akan
kekuasaan-Nya. • Al-Quran ialah kitab
dibangkitkan semula.
yang syumul dan
KEDUA mengandungi ajaran
Beriman kepada yang benar. KEENAM
malaikat Beriman kepada
• Meyakini bahawa KEEMPAT qadak dan qadar
malaikat ialah Beriman kepada rasul
• Meyakini bahawa
makhluk Allah • Meyakini bahawa
setiap yang berlaku
SWT yang dicipta para rasul ialah
utusan Allah yang ialah ketetapan dan
daripada nur.
• Malaikat sentiasa menerima wahyu ketentuan Allah SWT.
tunduk dan patuh untuk memimpin
kepada perintah manusia ke arah
Allah SWT. jalan yang benar.

5.1.2 • Minta murid menyatakan enam perkara dalam rukun iman.


Nota
• Terangkan maksud syumul.
31
Guru

UNIT 6.indd 31 10/13/17 3:19 PM


Baca dan hayati.

Apakah
kepentingan
meyakini
rukun iman?

Mendorong diri
Menjadi insan
agar bersifat mulia
yang kamil.
dan luhur.
Menjadikan
manusia lebih
cekal.

Melakukan kebaikan
dan menjauhi
kejahatan.

Wajarkah kita berjumpa


dengan bomoh untuk
mendapatkan rawatan?

• Rangsang murid untuk menghuraikan kepentingan rukun iman 5.1.3


32 Nota
dalam kehidupan.
Guru

UNIT 6.indd 32 10/13/17 3:19 PM


Minda Aktif

Catat isi-isi penting tentang rukun iman.

Rukun iman
ialah meyakini…

Beriman
kepada Allah.

Menjadi insan
yang kamil.

ep p
K A

• Bimbing murid mencatat isi-isi penting berkaitan dengan tajuk rukun iman.
Nota 33
Guru

UNIT 6.indd 33 10/13/17 3:19 PM


Laman Kreatif

Roda Pintar

Cara Permainan
3M
Putar roda untuk menentukan
1 nombor soalan dan markah. 4M S1 5M
S8 S2
Jawab soalan dan semak
2 jawapan berpandukan
markah yang diberikan.
4M S7 S3 3M
Setiap jawapan yang betul
3 akan diberi markah mengikut
S6 S4
markah yang ditetapkan.
S5
Sekiranya soalan tidak dapat
5M 4M
dijawab atau jawapan yang
4 diberikan salah, soalan akan
dibuka kepada orang lain.
5M

Pada akhir permainan,


5 jumlahkan semua markah
yang terkumpul.

SOALAN
1. Apakah kitab yang terakhir? 3M
2. Sebutkan rukun iman satu persatu. 5M
3. Sebutkan kalimah zikir kepada Allah SWT. 3M
4. Kita perlu meyakini rukun iman untuk _______________. 4M
5. Nyatakan dua bukti kewujudan Allah SWT. 5M
6. Malaikat dicipta oleh Allah SWT daripada _____________. 3M
7. Apakah tugas rasul? 4M
8. Berapakah jumlah rasul yang wajib diketahui? 3M

• Sediakan Roda Pintar mengikut kreativiti guru.


34
34 Nota
• Ubah suai permainan mengikut kreativiti guru seperti permainan
Guru
baling damak.

UNIT 6.indd 34 10/13/17 3:19 PM


ALLAH TUJUAN HIDUPKU

Lihat dan fikirkan.

Apakah contoh
ciptaan Allah SWT
dan ciptaan manusia?

Apakah perbezaan antara ciptaan


Allah SWT dengan ciptaan manusia?

• Bersoal jawab dengan murid tentang kekuasaan Allah SWT.


Nota 35
Guru

UNIT 7.indd 35 10/13/17 4:36 PM

5.1.2
Surah ar-Rum: ayat 40

Baca dan fahami.

Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Dia memberikan


rezeki kepada kamu; sesudah itu Dia mematikan kamu;
kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah antara
makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang
dapat berbuat demikian daripada sesuatu pun? Maha Suci
Allah dan Tertinggi keadaan-Nya daripada apa-apa yang
mereka sekutukan.
(Terjemahan surah al-Rum 30:40)

STESEN
1

Allah SWT yang


menghidupkan,
mematikan dan
menghimpunkan
manusia pada
hari kiamat.

STESEN
4
Qudrat merupakan satu
daripada sifat wajib bagi
Allah SWT.

36
36

UNIT 7.indd 36 10/13/17 4:36 PM


Allah SWT berkuasa
mencipta manusia
bermula daripada Allah SWT juga
Nabi Adam. berkuasa mencipta
Apakah bukti langit dan bumi.
Allah SWT
Maha Berkuasa?
Allah SWT berkuasa
mencipta kejadian
siang dan malam.

STESEN
2

Segala makhluk telah


ditentukan rezeki oleh Allah
SWT. Kita sebagai hamba
wajib mensyukurinya.

STESEN
3

5.2.1 • Lakukan perbincangan tentang bukti-bukti kekuasaan Allah SWT berdasarkan


5.2.2 Nota
maklumat di atas.
37
Guru

UNIT 7.indd 37 10/13/17 4:36 PM


Baca dan hayati.

Peranan Muslim yang Beriman

Muslim yang beriman akan menunaikan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala larangan-Nya.

Menunaikan tanggungjawab Menghormati ibu bapa


kepada Allah SWT. dan keluarga.

Membantu sesama insan. Melakukan amalan-amalan sunat.

• Bimbing murid memahami peranan sebagai seorang Muslim. 5.2.3


38 Nota
Guru

UNIT 7.indd 38 10/13/17 4:36 PM


Minda Aktif

Catat maklumat tentang kekuasaan Allah SWT.

Bil. Bukti-Bukti Kekuasaan Allah

1. Kejadian langit dan bumi.

2.

3.

4.

5.

6.

• Bantu murid menyenaraikan bukti-bukti kekuasaan Allah SWT berdasarkan


Nota
persekitaran murid.
39
Guru

UNIT 7.indd 39 10/13/17 4:36 PM


Laman Kreatif

Muhasabah Diri

Apakah azam kamu untuk menjadi Muslim yang beriman kepada Allah SWT?
Renung dan catat dalam diari kamu.

5
Muhasabah diri:
Saya wajib bersyukur kepada Allah SWT dengan
melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi
larangan-Nya.

NOVEMBER Mulai hari ini saya berazam untuk:

SABTU i. ___________________________________________

ii. ___________________________________________

iii. ___________________________________________

iv. ___________________________________________

v. ___________________________________________

vi. ___________________________________________

• Rangsang murid melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar, rakan,


40 Nota
anak dan hamba Allah SWT yang beriman.
Guru

UNIT 7.indd 40 10/13/17 4:36 PM


BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Baca dan fikirkan.

Siti, adakah semua


amalan kita dilihat
oleh Allah SWT?

Ya, Nur... Allah SWT


Maha Melihat. Malaikat
Raqib dan Atid ditugaskan
untuk mencatat segala
amalan kita.

Nota • Ceritakan perbezaan antara malaikat dengan manusia. 41


Guru

UNIT 8.indd 41 10/13/17 3:29 PM


Baca
Bacadan
danhayati.
hafaz.

Malaikat dan Tugasnya

Malaikat Jibrail
menyampaikan
wahyu daripada Jibrail
Allah SWT kepada
rasul dan nabi.

Malaikat Mikail
menurunkan rezeki Mikail
kepada semua
makhluk Allah.

Malaikat Riduan
menjaga pintu Riduan
syurga.

Malaikat Malik
menjaga pintu Malik
neraka.

42
42

UNIT 8.indd 42 10/13/17 3:29 PM


Malaikat Munkar
Munkar dan Nakir
menyoal orang
mati di dalam
Nakir kubur.

Malaikat Raqib
mencatat amalan
Raqib kebaikan manusia.

Malaikat Atid
mencatat amalan
Atid keburukan manusia.

Malaikat Izrail
Izrail mencabut nyawa.

Malaikat Israfil
Israfil meniup sangkakala
pada hari kiamat.

Tiga tahap tiupan sangkakala pada


hari kiamat, iaitu:
i. Mengejutkan manusia tentang
hari kiamat
ii. Kehancuran semua makhluk
iii. Kebangkitan semula

5.3.1 • Bimbing murid menyebut dan menghafaz nama-nama malaikat.


5.3.2 Nota
• Bincangkan tugas-tugas malaikat dalam kehidupan manusia.
43
Guru

UNIT 8.indd 43 10/13/17 3:29 PM


Baca dan fikirkan.

Mengapakah kita
perlu meyakini
kewujudan
malaikat?

1. Yakin dengan Allah SWT.


2. Mengutamakan kehidupan
akhirat sebagai matlamat.
3. Berlumba-lumba dalam
melakukan kebaikan.
4. Meningkatkan ketakwaan
untuk menuju syurga Allah SWT.

• Kaitkan maklumat di atas dengan kehidupan Muslim yang beriman. 5.3.3


44
44 Nota
Guru

UNIT 8.indd 44 10/13/17 3:29 PM


Minda Aktif

Kenal pasti tugas malaikat berdasarkan gambar di bawah.

• Bimbing murid menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kelas.


Nota 45
Guru

UNIT 8.indd 45 10/13/17 3:29 PM


Laman Kreatif

Permainan Kereta Kecil

Cara Permainan

Sediakan tiga kereta kecil


1 dan 10 cawan kertas yang
disusun pada jarak yang
bersesuaian.

Labelkan nama 10 malaikat


2
pada cawan kertas.

3 Pacu kereta kecil ke arah


cawan kertas sebagai sasaran.

Nyatakan tugas malaikat


4 berdasarkan cawan kertas
yang berjaya dijatuhkan.

Semak jawapan di dalam


5
cawan kertas.

Jawapan yang betul akan


6
diberi markah oleh guru.

• Minta murid menjawab soalan tentang tugas malaikat.


46 Nota
Guru

UNIT 8.indd 46 10/13/17 3:29 PM


Laman Kreatif

Jejak Minda

Arahan
1. Setiap kumpulan diberi sebatang pen, kertas A4 dan karung kain.
2. Setiap kumpulan diarahkan ke stesen yang berlainan dan bergerak
ke stesen yang lain.
3. Di setiap stesen, murid diminta mencari harta karun berdasarkan petunjuk.
4. Bawa semua harta karun bersama-sama dengan ujian minda
ke stesen penamat.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan peta i-Think yang sesuai
untuk menjawab ujian minda.
6. Kumpulan yang berjaya membawa harta karun dan menjawab ujian
minda dengan tepat dikira sebagai pemenang.

STESEN 1 STESEN 2

Petunjuk ari bumi Petunjuk ian tumbuhan


ld
• Berasa yang keras • Bahag mbuh
• Benda dat yang tu ranting
dan pa daripada ijau
logam nh
• Bukan si • Helaia tuk leper
atau be berben g kering
yan
• Ambil na coklat
berwar

STESEN 3 STESEN 4

Petunjuk ar
n lu
• Lapisa an berkayu
tumbuh n batang
kaa
• Permu ng mati
kayu ya gelap
rna
• Berwa a asal
daripad

• Minta murid menjawab ujian di setiap stesen.


52
52 Nota
• Minta murid berbincang tentang cara beristinjak bagi setiap bahan
Guru
yang dikumpulkan.
• Bimbing murid membuat peta i-Think yang sesuai.

UNIT 9.indd 52 10/13/17 3:33 PM


TAYAMUM

Perhatikan dan fikirkan.

Bagaimana Faris
hendak berwuduk,
ustazah?

• Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas.


Nota 53
Guru

UNIT 10.indd 53 10/13/17 3:36 PM


Baca
Bacadan
danfahami.
hayati.

Tayamum diharuskan atas sebab yang tertentu untuk membolehkan seseorang


melaksanakan ibadah yang memerlukan taharah. Tayamum difardukan sebagai
ganti wuduk atau mandi wajib.

Tayamum ialah
perbuatan menyapu
muka dan kedua-dua
belah tangan hingga
siku menggunakan
debu tanah yang
bersih mengikut
syarat-syarat tertentu.

Tayamum diharuskan kerana:


i. Ketiadaan air
ii. Air tidak cukup
iii. Cuaca terlalu sejuk
iv. Keuzuran atau sakit
v. Terhalang kerana bahaya
vi. Air mencukupi untuk minum sahaja

• Bincangkan situasi yang menyebabkan keharusan tayamum 6.2.1


54
54 Nota
dalam kehidupan.
Guru
• Terangkan maksud taharah.

UNIT 10.indd 54 10/13/17 3:36 PM


Baca dan hayati.

Tayamum disyariatkan untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib bagi


membolehkan seseorang melakukan ibadah seperti solat, tawaf dan beriktikaf
di dalam masjid.

Rukun Tayamum

i. Menyapu debu tanah ke muka berserta niat:





Sahaja aku bertayamum bagi mengharuskan
solat kerana Allah Taala.

ii. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah
tangan hingga siku.

iii. Tertib.

Syarat tayamum:
i. Telah masuk waktu solat
ii. Cari air selepas masuk waktu solat
iii. Menghilangkan najis terlebih dahulu
iv. Menggunakan debu tanah yang tidak bercampur
dengan bahan lain seperti tepung atau kapur
v. Tentukan arah kiblat sebelum bertayamum

6.2.2 • Bincangkan syarat tayamum dengan murid.


6.2.3 Nota
• Tunjukkan cara bertayamum dengan betul.
55
Guru

UNIT 10.indd 55 10/13/17 3:37 PM


Baca dan amalkan.

Lakukan tayamum secara amali.

1 2 3

• Dimulakan dengan • Menekap kedua-dua • Menipiskan debu tanah


bacaan basmalah. belah tapak tangan pada kedua-dua belah
• Menghadap kiblat. pada debu tanah. tapak tangan.

4 5 6

• Menyapu debu tanah • Tekap semula • Menipiskan debu


sekali ke muka kedua-dua belah tanah pada
berserta niat. tapak tangan pada kedua-dua belah
debu tanah. tapak tangan.

7
Satu tayamum hanya boleh
digunakan untuk sekali
solat fardu dan beberapa
solat sunat sahaja.
• Menyapu debu tanah
pada kedua-dua belah
tangan hingga siku.

• Bimbing murid melakukan tayamum secara amali. 6.2.3


56
56 Nota
• Bincangkan sunat-sunat tayamum.
Guru

UNIT 10.indd 56 10/24/17 4:35 PM


Minda Aktif

Senaraikan semula rukun dan syarat dalam tayamum.

a. Rukun i. __________________________
tayamum ii. __________________________
iii. __________________________

Tayamum b. Syarat i. __________________________


tayamum ii. __________________________
iii. __________________________
iv. __________________________
v. __________________________

• Jalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.


Nota 57
Guru

UNIT 10.indd 57 10/24/17 4:35 PM


Laman Kreatif

Farhan berada di hospital kerana kakinya patah akibat kemalangan.


Nyatakan cara Farhan bertayamum?

Debu tayamum boleh didapati di kedai-kedai yang


menjual peralatan haji dan umrah. Di hospital, kita
boleh mendapatkannya daripada pembekal yang
ada di hospital tertentu.

• Minta murid melakukan simulasi cara bertayamum dengan sempurna.


58
58 Nota
Guru

UNIT 10.indd 58 10/13/17 3:37 PM


SUCIKAN DIRIMU

Baca dan fahami.


1
2 Farhana, sebutkan
Mandi ialah pengertian mandi.
perbuatan
mengalirkan air
ke seluruh
anggota badan.

6.3.1 • Minta murid menceritakan perihal mandi berdasarkan pengalaman


Nota
sedia ada.
59
Guru

UNIT 11.indd 59 10/13/17 3:50 PM


Baca dan fahami.

JENIS MANDI

Mandi Wajib Mandi Sunat Mandi Harus


Hukum: Wajib Hukum: Sunat Hukum: Harus

Jimak Solat Jumaat Mandi untuk


menyegarkan badan

Keluar mani Hari raya


Mandi untuk
menghilangkan
Haid Gerhana bau badan

Wiladah Memakai ihram

Nifas Selepas memandikan


mayat
Mati selain
mati syahid

Rukun mandi wajib:


i. Niat mesti ketika air sampai
i. Mengapakah disunatkan mandi ke mana-mana anggota
sebelum solat Jumaat? badan
ii. Mengapakah diwajibkan mandi ii. Meratakan air ke seluruh
selepas haid? badan, kulit dan rambut

• Bincangkan jenis-jenis mandi dengan pengalaman sedia ada murid. 6.3.2


60
60 Nota
Guru

UNIT 11.indd 60 10/13/17 3:50 PM


Baca dan fahami.

Orang yang berhadas besar perlu menyucikan diri dengan mandi wajib.

Cara Mandi Wajib

Membersihkan
Memulakan mandi kotoran atau najis Berwuduk
dengan bacaan yang menghalang sebelum mandi.
basmalah. air sampai ke kulit.

Meratakan air ke seluruh


anggota badan, iaitu
Niat mandi wajib ketika di celah-celah kuku,
air mula sampai pada jari kaki dan tangan,
anggota badan. rambut, bulu,
kemaluan dan kulit.

Nyatakan contoh benda


yang boleh menghalang air
daripada sampai ke kulit?

Niat mandi wajib:

Sahaja aku mengangkat hadas besar


kerana Allah Taala.

6.3.3 • Bimbing murid memahami cara mandi wajib yang sempurna.


Nota 61
Guru

UNIT 11.indd 61 10/13/17 3:51 PM


Perhatikan dan fahami.

Penjelasan Mandi Wajib Sunat mandi wajib:


i. Menghadap kiblat
ii. Membaca basmalah
iii. Membasuh kedua-dua tangan
iv. Berwuduk
v. Menggosok seluruh anggota badan

Memulakan mandi Membersihkan kotoran atau Disunatkan berwuduk


1 dengan bacaan 2 najis yang menghalang air 3
basmalah. sebelum mandi.
sampai ke kulit.

Sahaja aku
mengangkat hadas
besar kerana
Allah Taala.

Niat mandi wajib ketika


Meratakan air ke seluruh
4 air mula sampai pada 5 anggota badan.
anggota badan.

• Minta murid menyatakan semula cara-cara mandi wajib dengan sempurna. 6.3.3
62 Nota
Guru

UNIT 11.indd 62 10/13/17 3:51 PM


Minda Aktif

1. Tulis jenis mandi berdasarkan situasi yang diberikan.

Situasi Jenis mandi


Isteri Ustaz Khalid telah selamat _____________________________
1 melahirkan anak mereka yang ketiga. _____________________________

Situasi Jenis mandi


Izzuan membersihkan diri sebelum _____________________________
2 menunaikan solat Jumaat. _____________________________

Situasi Jenis mandi


Aiman mandi selepas pulang _____________________________
3 dari sekolah. _____________________________

Situasi Jenis mandi


Shahrul membersihkan diri selepas _____________________________
4 bermain bola. _____________________________

Situasi Jenis mandi


Najiha mandi setelah kering _____________________________
5 darah haidnya. _____________________________

Situasi Jenis mandi


Abang membersihkan diri sebelum
6 solat hari raya Aidiladha.
_____________________________
_____________________________

2. Berikan maksud niat mandi wajib di bawah:

Maksudnya:
_______________________________________________________________

• Minta murid membentangkan hasil perbincangan.


Nota 63
Guru

UNIT 11.indd 63 10/13/17 3:51 PM


Laman Kreatif

Kerusi Ilmuwan

Sebutkan niat
mandi wajib.

Cara Permainan

1. Guru memilih dua orang murid atau murid menawarkan diri secara sukarela.
2. Murid yang terpilih akan duduk di atas kerusi yang disediakan.
3. Murid ini menjadi pakar atau watak yang akan menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan oleh murid lain.
4. Setiap soalan yang dapat dijawab oleh pakar akan diberi markah oleh guru.
5. Guru akan mengumpul dan mengira markah untuk menentukan pemenang.

Soalan MARKAH
Soalan Ilmuwan Ilmuwan
1. Sebutkan lafaz niat mandi wajib.
(Faris) (Farhana)
2. Nyatakan satu contoh benda yang
1 3
menghalang air sampai ke kulit.
3. Apakah hukum mandi setelah haid? 2 3
4. Berikan satu contoh mandi sunat. 3 3
5. Nyatakan satu contoh amalan 4 3
sunat ketika mandi wajib. 5
6. Apakah jenis air yang boleh 6
digunakan untuk mandi wajib? Jumlah

• Berikan peluang kepada murid lain untuk duduk di atas Kerusi Ilmuwan.
64
64 Nota
• Galakkan murid membina soalan sendiri untuk aktiviti ini.
Guru

UNIT 11.indd 64 10/13/17 3:51 PM


SAYIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Baca dan fahami.

Abu Bakar mendapat gelaran


al-Siddiq kerana beliau
sentiasa membenarkan
segala kata-kata dan tindakan
Rasulullah SAW. Beliau juga
sentiasa bersikap jujur
dan bercakap benar.

7.1.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang maklumat di atas.


Nota 65
Guru

UNIT 12.indd 65 10/13/17 3:53 PM


Mari berpantun.

Khalifah Agung

Kitab dibuka buat rujukan,


Ilmu disuluh sahabat taulan;
Abu Bakar al-Siddiq nama julukan,
Menjadi sejarah sepanjang zaman.
Azan Subuh alunan sunah,
Tersentuh hati kalimah benar;
Khalifah pertama pilihan ummah,
Abdullah bin Abi Qahafah nama sebenar.
Tinta emas nama diukir,
Dalam hati tersemat indah;
Tahun 572 Masihi dirinya lahir,
Di tanah Mekah bumi bertuah.
Harta melimpah peribadi memikat,
Hidup beramal sentiasa sihat;
Jadi pedagang kerjaya hebat,
Bantu umat silaturahim terpahat.
63 tahun usia penuh keimanan,
Bintang hilang sering dikenang;
Sahabat taulan rasa kehilangan,
Wafat khalifah tokoh gemilang.

Nukilan: MalaMS

• Bacakan pantun dengan intonasi yang betul. 7.1.1


66
66 Nota
• Minta murid menyebut dan menyenaraikan biodata Abu Bakar al-Siddiq.
Guru

UNIT 12.indd 66 10/13/17 3:53 PM


Baca
Mari bernasyid.
dan hayati.

Peribadi Unggul

Abu Bakar al-Siddiq nama gelaran,


Sahabat nabi yang paling akrab
Perjalanannya penuh berkat
Terkesan di dalam hati umat
Minda cergas dan ilmu yang tinggi
Bijak al-Quran dan juga sunah
Sering musyawarah tiada jemu
Akhirat dicita sehingga mati
(korus)
Sifatmu keberanian
Sifatmu kekuatan
Sifatmu sungguh dermawan
Sifatmu membentuk persaudaraan
(ulang)
Mari semua mari saudara
Kita contohi Abu Bakar
Khalifah pertama dalam sirah Islam
Tokoh sepanjang zaman

7.1.2 • Nyanyikan nasyid mengikut rentak lagu Maal Hijrah.


Nota
• Rujuk irama lagu Maal Hijrah daripada Internet.
67
Guru

UNIT 12.indd 67 10/13/17 3:53 PM


Baca dan fahami.

Abu Bakar al-Siddiq merupakan pemimpin yang wajar diteladani oleh pemimpin
masa ini. Sumbangan beliau menjadi sejarah dalam perjuangan Islam.

SUMBANGAN
ABU BAKAR
AL-SIDDIQ

1. Menjadi khalifah pertama selepas


kewafatan Rasulullah SAW.
2. Berusaha untuk mengumpulkan
ayat-ayat al-Quran.
3. Memerangi golongan yang
enggan membayar zakat.
4. Memerangi Musailamah
al-Kadzab yang mendakwa
dirinya sebagai nabi.

• Minta murid menyebut sumbangan Abu Bakar al-Siddiq. 7.1.3


68
68 Nota
• Senaraikan sumbangan Abu Bakar al-Siddiq sebelum menjadi khalifah.
Guru

UNIT 12.indd 68 10/13/17 3:53 PM


Baca danAktif
Minda hayati. SUMBANGAN ABU BAKAR
AL-SIDDIQ
Meja Bulat

Arahan

1 Murid duduk dalam


kumpulan kecil.

Sediakan empat batang


2 pen penanda dan
sekeping kad manila.

3 Guru menyediakan
satu tajuk.

Setiap murid diminta


4 mencatat satu idea
berkaitan dengan tajuk
yang diberikan secara
bergilir-gilir.

Hasil dapatan
5 dibentangkan kepada
guru dan rakan.

• Berikan tajuk yang berbeza pada setiap sesi untuk percambahan


Nota
minda murid.
69
Guru

UNIT 12.indd 69 10/13/17 3:53 PM


Baca dan hayati.

Laman Kreatif

Eksplorasi Tokoh

Hentian Hentian
1 2

Hentian Hentian
4 3

Cara Permainan

1. Sediakan empat hentian (H) yang berlainan.


2. Setiap hentian mempunyai maklumat yang berbeza.
H 1 – Biodata Abu Bakar al-Siddiq
H2 – Sifat keperibadian Abu Bakar al-Siddiq
H3 – Sumbangan Abu Bakar al-Siddiq
H4 – Tempat penamat
3. Setiap kumpulan diminta mencari maklumat berdasarkan
arahan pada setiap hentian.
4. Kumpulan yang paling cepat, tepat dan lengkap dalam
pengumpulan maklumat diambil kira sebagai pemenang.

• Jalankan permainan ini secara individu, berpasangan atau berkumpulan.


70 Nota
• Bimbing dan pantau murid sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Guru
• Sediakan kertas maklumat pada setiap hentian.

UNIT 12.indd 70 10/13/17 3:54 PM


MALAIKAT PENJAGAKU

SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB

Baca dan fahami.

7.2.1 • Ceritakan tentang keislaman Umar al-Khattab berdasarkan maklumat


Nota
di atas kepada murid.
71
Guru

UNIT 13.indd 71 10/13/17 3:58 PM


Baca dan ingat.

Biodata Sayidina Umar al-Khattab

Nama penuh Tarikh lahir


Umar bin al-Khattab Tahun 584 Masihi,
bin Nufail bin Abdul Uzza 13 tahun selepas kelahiran
Nabi Muhammad SAW

Keturunan Gelaran
Bani Adi, Quraisy Al-Faruq

Tempat lahir Wafat


Mekah al-Mukarramah Tahun 23 Hijrah
Umur 60 tahun
Dibunuh oleh Abu Lukluah

Sayidina Umar al-Khattab digelar al-Faruq


yang bermaksud pemisah antara yang
hak dan yang batil.

• Mengadakan aktiviti menulis dan mewarna khat nama Umar al-Khattab. 7.2.1
72
72 Nota
• Minta murid bercerita tentang biodata Umar al-Khattab dalam
Guru
kumpulan kecil.

UNIT 13.indd 72 10/13/17 3:58 PM


Mari amalkan.

Keperibadian Umar al-Khattab

Apakah sifat Umar


al-Khattab yang
kamu ketahui?

Berani.
Kuat.

Gagah.

7.2.2 • Ceritakan tentang sifat keperibadian Umar al-Khattab ketika zaman


Nota
pemerintahannya kepada murid.
73
Guru

UNIT 13.indd 73 10/13/17 3:58 PM


Baca dan fahami.

Sumbangan Umar al-Khattab

1. Penggunaan tahun hijrah 4. Menguatkan angkatan tentera.


dalam kalendar Islam.
5. Memperbesar Masjid
2. Menubuhkan Baitulmal. Nabawi dan mendirikan
masjid-masjid yang lain.
3. Menubuhkan majlis syura.

Majlis Syura ialah pusat perancangan


yang melibatkan pentadbiran negara
dan urusan umat Islam.

• Minta murid menyenaraikan sumbangan Umar al-Khattab menggunakan 7.2.3


74
74 Nota
perisian Microsoft Word.
Guru
• Bincangkan sumbangan Umar al-Khattab sebelum menjadi khalifah.

UNIT 13.indd 74 10/13/17 3:59 PM


Minda Aktif

Lengkapkan teka silang kata di bawah.

3 4

Melintang Menegak
1. Pusat kewangan Islam yang 1. Umar al-Khattab terkenal
ditubuhkan oleh Umar al-Khattab. dengan sifat ini.
3. Bapa kepada Umar al-Khattab 2. Sifat Umar al-Khattab.
_______________. 4. Umar al-Khattab dibunuh oleh
6. Umar al-Khattab berketurunan ______________.
Arab ____________. 5. Umar al-Khattab berjaya
menakluki dan membangunkan
kota-kota besar seperti
_______________.

• Bimbing murid melengkapkan teka silang kata di atas.


Nota 75
Guru

UNIT 13.indd 75 10/13/17 3:59 PM


Laman Kreatif

Kamu diminta membuat folio berkaitan dengan Umar al-Khattab. Gunakan maklumat
yang kamu pelajari dan maklumat tambahan daripada sumber-sumber lain.

1. Sediakan alat dan


bahan seperti
2. Cari maklumat tentang
Umar al-Khattab
3. Taip dan cetak
maklumat tentang
kertas A4, gam daripada pelbagai Umar al-Khattab
dan gunting. bahan bacaan dan seperti biodata, sifat
sumber pendidikan. keperibadian dan
sumbangan beliau.

1. Muka hadapan
2. Isi kandungan
3. Objektif
4. Pengenalan
5. Biodata tokoh
6. Sifat keperibadian tokoh
7. Penutup
Gunting dan tampal
4. maklumat yang telah 8. Penghargaan
Jilidkan semua
dicetak pada kertas 9. Lampiran 6. maklumat
pelbagai warna.
dengan lengkap.

5. Susun folio seperti


susunan di atas.

• Bimbing murid menghasilkan folio mengikut kreativiti masing-masing.


76
76 Nota
Guru

UNIT 13.indd 76 10/13/17 3:59 PM


SAYANGI RAKAN

Lihat dan fikirkan.

Bagaimanakah adab kamu


semasa menziarahi rakan
yang sakit?

8.1.1 • Lakukan sumbang saran tentang cara beradab dengan rakan.


Nota 77
Guru

UNIT 14.indd 77 10/13/17 4:01 PM


Baca dan amal.

Adab dengan Rakan

1
2 Kawan-kawan, boleh
nyatakan adab-adab 3
Mengasihi rakan seperti
mengasihi diri sendiri. bersama-sama Sentiasa senyum
dengan rakan? dan bersangka baik
terhadap rakan.
4
Bertolak ansur dan 5
bekerjasama. Ringan tulang
apabila diperlukan.

6
7
Bertutur dengan Memelihara dan
bahasa yang sopan menutup aib rakan.
dan tidak menyakiti
hati orang lain.

• Minta murid melakonkan adab dengan rakan mengikut situasi. 8.1.1


78
78 Nota
Guru

UNIT 14.indd 78 10/13/17 4:01 PM


Baca dan fahami.

Kelebihan beradab
dengan rakan Diberkati Allah SWT dan
memperoleh keredaan-Nya

Diri terdorong melakukan kebaikan


dan meninggalkan kejahatan.

Diri terhindar daripada gejala


yang tidak baik.

Dapat membentuk diri menjadi


individu yang berakhlak mulia.

8.1.2 • Lakukan sumbang saran tentang kelebihan beradab dengan rakan.


Nota 79
Guru

UNIT 14.indd 79 10/13/17 4:01 PM


2 Subhanallah,
Baca dan hayati. cantik sungguh
ciptaan Allah SWT ini!

Rakan yang Beradab

Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit


Broga, mereka menikmati pelbagai
keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Hakim, Harith dan Farhan bersahabat
baik sejak di bangku sekolah rendah. 4
Mereka sering menjalani aktiviti
bersama untuk mengeratkan lagi
hubungan persahabatan.

Setelah menghayati keindahan Dalam perjalanan pulang, kaki Hakim


panorama di puncak bukit, mereka tercedera. Rakan-rakan Hakim cuba
berhenti rehat bagi menghilangkan merawat kecederaan kakinya serta
keletihan serta berkongsi makanan membantu Hakim menuruni bukit
untuk mengalas perut. dengan berhati-hati.

• Terangkan sifat rakan yang baik kepada murid. 8.1.3


80 Nota
• Minta murid melakonkan cara beradab dengan rakan berdasarkan
Guru
situasi dalam gambar di atas.

UNIT 14.indd 80 10/13/17 4:01 PM


Minda Aktif

Semak adab dengan rakan.

SENARAI SEMAK

TARIKH: _______________________

NAMA MURID: ___________________

KELAS: _______________________

TANDAKAN (✓) PADA PETAK YANG DISEDIAKAN:

BIL. PERKARA YANG DINILAI YA TIDAK

1. Mengucapkan salam ketika


bertemu dengan rakan.
2. Memberikan nasihat yang baik
kepada rakan.
3. Menziarahi rakan yang sakit.
4. Mengamalkan tingkah laku
yang baik semasa bergaul.
5. Saling bermaafan apabila
melakukan kesalahan.
6. Tidak menyakiti hati kawan.
7. Menjaga maruah kawan.
8. Mengasihi rakan seperti
mengasihi diri sendiri.

• Bantu murid mengisi borang senarai semak setiap perkara yang telah
Nota
biasa dilakukan.
81
Guru

UNIT 14.indd 81 10/13/17 4:01 PM


Laman Kreatif

Hasilkan sebuah buku skrap tentang anda dan rakan anda.

Sediakan bahan Masukkan maklumat


1 yang diperlukan. 2 diri dan tampal
gambar anda.

Isi
• Butiran anda
• Gambar anda
• Biodata dan gambar rakan
• Hobi rakan
• Pengalaman dengan rakan
• Gambar dengan rakan

Isikan maklumat
3 rakan mengikut butiran
yang diperlukan.
4 Hias buku skrap dengan
cantik dan menarik.

• Bimbing murid menghasilkan buku skrap.


82 Nota
Guru

UNIT 14.indd 82 10/13/17 4:01 PM


SUBURKAN AMANAH

Lihat dan fikirkan.

Amanah bermaksud kepercayaan


yang diberikan kepada seseorang.
Amanah tersebut wajib
dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan berintegriti.

“Tidak sempurna iman bagi orang yang


tidak beramanah dan tidak diterima
solat orang yang tidak bersuci dan tidak
Sebagai pengawas, apakah sempurna agama orang yang tidak
yang perlu kamu lakukan jika diterima solatnya.”
rakan baik kamu melakukan (Riwayat al-Thabrani)
kesalahan? Bincangkan.

8.2.1 • Bimbing murid memahami maksud amanah dan integriti.


Nota 83
Guru

UNIT 15.indd 83 10/13/17 4:07 PM


Baca dan fahami.

Kepentingan Bersifat Amanah

◗ Mendapat kepercayaan
rakan-rakan.
◗ Disayangi dan dihargai orang.
◗ Memperoleh kenaikan pangkat
manfaat dan ganjaran lain.
◗ Mendapat ganjaran di akhirat dan
hidup dalam keredaan Allah SWT.

◗ Hilang peluang menjadi pemimpin.


◗ Hilang kepercayaan orang.
◗ Dipandang serong oleh masyarakat.
AKIBAT
◗ Amanah yang tidak ditunaikan
akan dituntut di akhirat dan
hidup tidak diberkati.

• Bimbing murid memahami kepentingan sifat amanah. 8.2.2


84
84 Nota
Guru

UNIT 15.indd 84 10/13/17 4:07 PM


Baca dan hayati.

Kebaikan Bersifat Amanah

1
Diredai oleh
Allah SWT.

6 2
Berakhlak Terhindar
mulia. daripada
dosa.

5 3
Dimuliakan Membentuk
dan dihormati. sikap yang
bertanggungjawab.

4
Mendapat
kepercayaan
orang.

8.2.2 • Bersoal jawab tentang kebaikan bersifat amanah.


Nota 85
Guru

UNIT 15.indd 85 10/13/17 4:07 PM


Perhatikan dan amalkan.

Cara Perlakuan Bersifat Amanah

Amanah terhadap ibu bapa. Amanah terhadap jiran.


• Belajar bersungguh-sungguh. • Menjaga rumah jiran
dengan sebaik-baiknya.

Farah, ini wang


yang awak minta
saya simpankan
minggu lepas.

Amanah terhadap masyarakat. Amanah terhadap rakan.


• Menegur kelakuan yang • Menjaga amanah rakan.
tidak baik.

• Minta murid melakonkan situasi di atas. 8.2.3


86 Nota
Guru

UNIT 15.indd 86 10/13/17 4:07 PM


Minda Aktif

Cari perkataan berkaitan dengan sifat amanah berdasarkan senarai di bawah.

1. AMANAH 5. JUJUR 8. PERCAYA


2. TANGGUNGJAWAB 6. IKHLAS 9. YAKIN
3. INTEGRITI 7. SAHSIAH 10. BERANI
4. TEGAS

A B E R I M B A S L A B B

K I B E R A N I A S E A D

Y S M I K H L A S W W S J

A T S O K H D C K A W S U

K A M A N A H D J A A N J

I A A E M A G G A N G N U

Y L U S E N N U J E I U R

A W A U U U R E T G A G A

K S G G G T I R G L T N I

I S G G I N T E G R I T I

N N N B P E R C A Y A A M

I A C U N T E G A S A H S

T L S A H S I A H T S A Y

• Bimbing murid mengaitkan perkataan di atas dengan sifat amanah.


Nota 87
Guru

UNIT 15.indd 87 10/13/17 4:08 PM


Laman Kreatif

Mana Pilihanmu?

Maaf, anda tidak


Cara Permainan beramanah

1. Permainan ini boleh dimainkan oleh


sekurang-kurangnya dua orang murid. • Dibenci orang Tahniah, anda
2. Pergerakan permainan ditentukan beramanah
Sila kembali
mengikut giliran.
ke stesen
3. Kad soalan disediakan oleh guru bagi
sebelumnya
menentukan laluan pergerakan.
apabila sampai
4. Kad soalan akan dibaca dan dijawab
giliran anda.
pada tiga stesen kuning sahaja.
5. Murid yang menjawab dengan betul
akan bergerak melalui rel oren. Lalai
6. Murid yang memberikan jawapan • Disukai orang
yang salah akan bergerak melalui Taubat
rel merah.
• Soalan
Apakah yang perlu dilakukan
• Menjalankan tugas jika rakan meminta tolong?
dengan baik a. Tidak mengendahkannya.
• Soalan b. Menolong dengan ikhlas.
Apakah tindakan kamu jika
mendapati rakan kamu
melakukan kesalahan? • Pilih kasih
a. Melepaskannya tanpa Sila kembali ke stesen
Tidak ikhlas
mengambil sebarang sebelumnya apabila
tindakan. sampai giliran anda.
Ikhlas
b. Menahan dan
mengambil
tindakan.

• Sombong dan angkuh


Sila kembali ke stesen
sebelumnya apabila
sampai giliran anda.
• Menghormati
guru

Menerima tugasan • Soalan


sebagai ketua Apakah yang perlu dibuat
apabila berjumpa guru?
a. Mengucapkan salam.
b. Mengelakkan diri.
Anda
di sini

• Bimbing murid berbincang tentang sifat amanah.


88 Nota
• Penyediaan soalan bergantung pada kreativiti guru.
Guru

UNIT 15.indd 88 10/13/17 4:08 PM


GLOSARI

ain dapat dilihat dengan mata kasar.


air mutlak air yang suci dan dapat menyucikan.
hijrah perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke
Madinah.
iktikaf duduk di dalam masjid untuk mengingati Allah SWT.
integriti kejujuran.
kamil sempurna atau lengkap.
khalifah pengganti kepada Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama
atau raja yang memerintah di beberapa buah negara Islam.
kudrat kuasa (Allah SWT).
riyak sifat atau sikap suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu
kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang
lain, bukan kerana Allah SWT.
ringan tulang rajin bekerja.
syumul bersifat menyeluruh dan sempurna.
taharah menurut bahasa bermaksud bersih atau suci, manakala dari segi istilah
pula ialah perbuatan menyucikan badan, pakaian dan tempat daripada
hadas dan najis dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.
tawaf berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa.
talaqqi dan musyafahah murid berjumpa atau berhadapan dengan guru dan
belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan
makhraj yang betul.
ujub kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak atau ego.
wahyu firman atau kalam Allah SWT yang dibacakan kepada nabi dan rasul
melalui perantaraan malaikat.

89

UNIT 15.indd 89 10/13/17 4:08 PM


RUJUKAN

Al-Quran Karim.

Al-Mubarak Puri, Safi al-Rahman, 1999. Al-Rahiq al-Makhtum. Beirut: Muassasatul


Rayyan.

Md. Hashim Yahaya, 2011. Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali Asy-Syarbaji, 2015. Al-Fiqh


al-Manhaji Ibadat dalam Fiqh al-Syafi‘i. Diterjemah oleh Zulkifli Mohamad
al-Bakri. Selangor: Darul Syakir Enterprise (teks Asal dalam bahasa Arab).

Ibn Hisyam, Abu Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam al-Muafiri. Al-Sirah
al-Nabawiyah. Jilid 1. Beirut: Darul Jalil.

Imam Al-Sayuti, 2015. Tarikh Khulafa’ Sejarah Para Khalifah. Jakarta: Qisthi Press.

Imam Ghazali, 1979. Bimbingan Mukmin. Kaherah: Al-Maktabah al-Tijjariyyah


al-Kubra.

Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

90
90

UNIT 15.indd 90 10/13/17 4:08 PM

You might also like