You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN


SK KEMPADANG 2021

1.0 PENGENALAN

Pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi ancaman kepada kesihatan dan
keselamatan semua negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini secara langsung telah
membentuk norma baharu dalam gerak kerja di semua sektor termasuk sektor pendidikan.
Penularan wabak ini turut memberi impak yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti dan
kejohanan sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ini termasuk kejohanan
tahunan seperti Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN),
MSSM dan kejohanan antarabangsa di bawah pengurusan Asian School Sport Federation
(ASSF), Asian School Footbal Federation (ASFF) dan ASEAN Schools Sports Council (ASSC).

Pelaksanaan pertandingan secara dalam talian ini adalah kesinambungan aktiviti


mingguan sukan & permainan sekolah yang dirancang semula seterusnya disesuaikan dalam
prosese pembelajaran normal baharu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan risiko
jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan murid sekolah. Pertandingan kemahiran ini
akan turut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 TUJUAN

Program ini dijalankan dengan tujuan untuk menggalakkan murid-murid agar aktif dalam bidang
kokurikulum dan juga membuka peluang kepada murid untuk menimba ilmu,mencungkil bakat,
pengalaman dan menarik minat mereka kea rah dunia pembelajaran norma baharu yang lebih
kreatif.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi peluang kepada murid menyertai pertandingan di peringkat sekolah serta


sebagai persediaan awal bagi menyertai pertandingan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
ii. Mewujudkan pertandingan secara dalam talian bagi memastikan murid terus bergiat
aktif dalam bidang sukan.
iii. Mendidik murid supaya lebih berminat menceburkan diri dalam semua aktiviti yang
mencabar mental dan fizikal serta rohani dan jasmani.
Bagi memastikan pertandingan sukan terus disemarakkan, pelaksanaan pertandingan secara
dalam talian dilihat sebagai alternatif yang terbaik dan boleh dilaksanakan di pelbagai peringkat
tanpa menjejaskan keselamatan murid pada ketika ini. Pelaksanaan pertandingan sukan ini secara
tidak langsung memberi peluang kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mendapat
manfaat melalui pencapaian markah dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK).

4.0 SUMBER :

4.1 Tenaga : Guru-Guru Sukan & Permainan


4.2 Kewangan - Unit KoKurikulum

5.0 KUMPULAN SASARAN :

1. Pelajar Tahun 4 - 240


2. Pelajar Tahun 5 - 236
3. Pelajar Tahun 6 - 221

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN / KAEDAH PELAKSANAAN

Karnival online ini dijalankan serentak oleh semua sukan dan permainan yang terdiri daripada
Bola sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Catur, Hoki,Sepak Takraw dan Olahraga.Setiap sukan
akanm menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan yang dirancang mengikut kesesuaian
aktiviti unit masing-masing. Murid-murid akan melaksanakan aktiviti di rumah, merakamkan
dan menghantar rakaman video menerusi telegram unit masing-masing untuk diadili. Seramai 10
orang pemenang Tahun 4, 5 dan 6 daripada setiap unit akan dipilih oleh juri yang dilantik. Juri
terdiri daripada guru-guru penasihat sukan dan permainan masing-masing.

7.0 TENTATIF TARIKH PELAKSANAAN

Tempoh masa : Ogos - Oktober 2021


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA KUANTITI JUMALH KUANTITI JUMLAH


(T4,T5,56)
1. Tempat Pertama 50 5 250 3 750
2. Tempat Kedua 40 5 200 3 600
3. Tempat Ketiga 30 5 150 3 450
4. Tempat Keempat 20 5 100 3 300
5. Tempat Kelima 10 5 50 3 150
6. Tempat Ke-6 10 5 50 3 150
7. Tempat Ke-7 10 5 50 3 150
8. Tempat Ke-8 10 5 50 3 150
9. Tempat Ke-9 10 5 50 3 150
10. Tempat Ke-10 10 5 50 3 150
JUMLAH KESELURUHAN RM 3000

9.0 IMPAK PROGRAM

Aktiviti yang diadakan ini diharapkan dapat memenuhi keperluan aktiviti kokurikulum
tahunan di samping dapat mencungkil bakat semula jadi dan meningkatkan keyakinan
diri murid. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan carnival yang diadakan
ini menjadi factor kejayaan program ini.

10.0 GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB :

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En Baharom bin Bujang

Naib Pengerusi 1 : En Borhanuddin bin Aziz

Naib Pengerusi : En Rodzi bin Sidek

: Pn Rozlita binti Jamaludin

: En Ahmad Shahar bin Ibrahim

: Pn Salamiah binti Musa

Penyelaras : En Muhammad Asyraf Bin Mohamad Zaki


Ahli Jawatankuasa

1. EN. SAIFUL BAHARI BIN MOHAMMED SAMSUDIN ( Ketua Bola Baling)


2. PUAN. NOR MASRURAH BINTI ABDUL YAZID ( Ketua Bola Jaring)
3. EN. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD ZAKI ( Ketua Bola Sepak)
4. PUAN. WAN NOR LAILA BINTI WAN AB AZIZ ( Ketua Catur)
5. PUAN. FARIDAH BINTI ABD. RAHMAN ( Ketua Hoki)
6. EN.MOHAMAD ZAKRI BIN MOHD JALI ( Ketua Olahraga)

Syarat-syarat Pertandingan :

1. Guru yang dipertanggungjawabkan untuk setiap aktiviti hendaklah menyebarkan syarat


pertandingan tersebut.
2. Guru hendaklah menegaskan hasil pelajar hendaklah dihantar sama ada RECORDING
atau secara SOFTCOPY apabila selesai.
3. Syarat-syarat untuk setiap program guru-guru hendaklah merujuk kepada PDF yang
disediakan.

11. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program Karnival Kokurikulum Sukan dan Permainan yang
dirancang ini berjalan lancar dan dan seterusnya dapat memberi pengalaman dan kemahiran bagi
meningkatkan potensi kendiri murid dalam pelbagai bidang.Kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amatlah dihargai.
Disediakan oleh,

………………………………………………

(MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD ZAKI)

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

Disemak oleh,

…………………………………………….

En Borhanuddin bin Aziz.

GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Disahkan oleh,

……………………………………………

En Baharom bin Bujang

GURU BESAR

You might also like