You are on page 1of 68

BAB 1

PROFIL SEKOLAH

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa (SJKC Chung Hwa) merupakan
SJKC yang terbesar di daerah Lipis. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai
infrastruktur dan kemudahan fizikal. Ia merupakan sekolah pilihan para ibu bapa
dan penjaga di kawasan setempat. Pihak sekolah sentiasa memastikan murid-
murid dapat belajar dalam alam yang kondusif dan berupaya mengembangkan
potensi diri dengan baik. Sekolah ini sentiasa memperlihatkan peningkatan
berterusan dalam kemenjadian murid sama ada dari bidang pencapaian
kurikulum, sahsiah dan juga kokurikulum. Gambar 1 menunjukkan pandangan
hadapan bangunan SJKC Chung Hwa.

Gambar 1: Pandangan Hadapan Bangunan SJKC Chung Hwa.

1.1.1 Sejarah SJKC Chung Hwa

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1930 di Batu Kurap dan dikenali sebagai
Sekolah Chung Hwa. Residen British telah merasmikan Sekolah Chung Hwa
dan En. Lan Tian dilantik sebagai Guru Besar yang pertama.

1
Sebuah bangunan yang baharu amat diperlukan memandangkan bilangan
murid yang semakin ramai. Persatuan Hakka telah mendermakan sebidang
tanah seluas enam ekar kepada kerajaan untuk tujuan pembinaan sekolah
baharu pada tahun 1946. Atas daya usaha Datuk Seong Sik Yong selaku
pengarah Sekolah Chung Hwa, beliau berjaya mengumpul dana pembinaan
bangunan baharu daripada orang ramai dan komuniti setempat. Pada tahun
1955, Sekolah Chung Hwa berjaya berpindah ke tapak bangunan baru yang
terletak di Sungai Kerpan dan dirasmikan oleh Sultan Pahang pada ketika itu
iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pada tahun 1957, bangunan Sekolah Chung Hwa dikongsi bersama


Sekolah Menengah Chung Hwa dengan sistem pentadbiran yang berlainan.
Pada tahun 1962, sekolah dikenali sebagai SJKC Chung Hwa seiringan
penukaran sistem pendidikan Malaysia.

Sehingga tahun 1998, Sekolah Menengah Chung Hwa diasingkan


dengan pembinaan bangunan baharu di bawah pimpinan alumni Sekolah
Chung Hwa iaitu En. Thong Kok Sing.

Pada tahun 1999, SJKC Chung Hwa telah dikenali sebagai sebuah
sekolah bestari yang pertama di daerah Lipis di bawah pimpinan En. Mah Chin
Heng, Guru Besar pada masa itu. Sekolah dilengkapi dengan kemudahan
komputer dan televisyen dalam setiap bilik darjah. Ini membolehkan guru-guru
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Sistem perkomputeran juga digunakan dalam pengurusan pentadbiran dan
pusat sumber sekolah.

Pada tahun 2012, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
bekerjasama dengan surat khabar Xing Chew Jit Poh untuk menganjurkan
Karnival Lipis di sekolah ini. Projek ini berjaya membantu SJKC Chung Hwa
mengutip dana sebanyak RM 170,000.00. Kutipan ini telah digunakan untuk
pemasangan smartboard di setiap bilik darjah termasuk prasekolah. Penggunaan
Smartboard ini amatlah bersesuaian dengan pengajaran Abab ke-21 yang
diketengahkan pada masa kini.

2
Pada tahun 2016, dengan kerjasama antara PIBG dengan Xing Chew Jit
Poh, sekolah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 800,000.00 untuk
pembinaan bangunan baharu untuk keperluan semasa melalui konsert amal.

1.1.2 Visi dan Misi Sekolah

Selaras dengan hasrat negara, visi SJKC Chung Hwa diambil daripada visi
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu:

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi SJKC Chung Hwa juga selaras dengan misi KPM, iaitu:

“ Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk


Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Dengan visi dan misi yang ditetapkan, SJKC Chung Hwa akan menyediakan
pendidikan berkualiti bagi menghasilkan warganegara yang baik dan taat kepada
penciptanya, melahirkan insan terdidik yang berdaya saing dan daya juang yang
kental supaya negara makmur dan sejahtera.

1.1.3 Objektif
SJKC Chung Hwa menggariskan objektif untuk melahirkan murid-murid yang
mempunyai ciri-ciri berikut:
 Menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
 Memupuk minat membaca dan berkembang maju dalam bidang
akademik.
 Penglibatan yang aktif dalam bidang sukan dan lain-lain aktiviti
kokurikulum.
 Berilmu, bersikap positif, berdisplin dan bertanggungjawab.
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
 Taat setia, rasa bangga, dan cintakan sekolah.

3
 Berkeyakinan, berdaya usaha dan memimpin.
 Menghayati kesenian dan kebudayaan bangsa dan negara.
 Menghayati kebersihan, keindahan, keceriaan dan mencintai alam
sekitar.
 Menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Sains, dan Matematik.
 Sentiasa menghormati ibu bapa, guru, rakan taulan, warga tua, dan
pemimpin.

1.1.4 Falsafah dan Nilai

 Semua warga sentiasa mengamalkan konsep mesra dengan memberi


sapaan dan salam
 Semua warga memiliki nilai budaya berhemah tinggi dalam pelbagai
situasi
 Semua warga sentiasa gigih dan tekun dalam melaksanakan tugas yang
diberikan.
 Semua warga sentiasa tabah menghadapi segala cabaran.
 Semua warga sentiasa bersikap sederhana dan saling hormat-
menghormati.

1.1.5 Piagam Pelanggan

Kami warga SJKC Chung Hwa dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 Menyediakan prasarana yang baik supaya suasana pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih kondusif.
 Memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh
guru-guru dengan penuh tanggungjawab dan berkesan.
 Memberi pendidikan yang berkualiti dan seimbang kepada murid dengan
adil dan saksama.

4
 Melahirkan murid yang cergas, cerdas dan bersatu padu melalui
kurikulum dan kokurikulum.
 Melahirkan warga sekolah yang gigih berusaha dan bersedia menghadapi
cabaran dan perubahan dalam sistem pendidikan.
 Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari,
penyayang, harmonis dan patriotik.
 Memberi perkhidmatan yang cekap, sistematik , mesra dan berkesan.
 Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria untuk membina suasana
yang sihat.
 Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam
pendidikan sepanjang masa.

1.1.6 Lencana sekolah

SJKC Chung Hwa mempunyai lencana seperti Rajah 1 berikut:

Rajah 1 : Lencana SJKC Chung Hwa

Jadual 1 : Makna Warna Pada Lencana Sekolah


Warna Maksud
Hitam Melambangkan keteguhan dan ketahanan
Putih Pendidikan yang berteraskan kesucian dan kebersihan
Merah Melambangkan keyakinan, berani untuk menghadapi
cabaran
Kuning Melambangkan masa depan yang cemerlang

5
Jadual 2 : Makna Lambang Pada Lencana Sekolah
Lambang Maksud
Buku Murid dididik untuk belajar berterusan supaya menjadi
seorang yang berilmu pengetahuan
Obor Pembelajaran yang berterusan
Roda gigi Memaju diri mengikut abab ke-21

1.1.7 Moto

Moto SJKC Chung Hwa ialah:

Rajin Berusaha Tangga Kejayaan

1.1.8 Lagu Sekolah

Lagu ini menyampaikan maksud bahawa SJKC Chung Hwa merupakan sebuah
tempat yang indah dan telah melahirkan ramai warga yang berkebolehan.
Pendidikan yang diberikan adalah menyeluruh dan sejajar dengan dasar-dasar
kerajaan. Pembelajaran merupakan aktiviti yang berterusan dan kita harus
berusaha untuk masa depan yang lebih cemerlang . Ia juga menasihati semua
murid supaya tekun belajar, menyayangi semua orang dan menjadi teladan yang
baik kepada semua orang. Berikut merupakan lirik lagu sekolah dalam Bahasa
Cina:

立卑位置临河滨 胜地从来产奇人
前后青山相缭绕 四周风景辅如轮
中华黉宇巍峨立 桃李芬芳万象新
中西教育源流深 五育兼施教化均
处事当遵忠恕训 立身需具爱人心
日有尽期学无尽 努力奋斗勿因循

6
1.1.9 Struktur Organisasi

Sekolah ini mempunyai 27 orang guru termasuk guru besar. Selain daripada
empat orang pentadbir, terdapat seorang guru pemulihan khas, seorang guru
pusat sumber, seorang guru prasekolah dan dua orang guru pendidikan agama.
Struktur organisasinya adalah seperti pada Rajah 2 berikut:

Rajah 2: Carta Organisasi Staf SJKC Chung Hwa Tahun 2017

7
Selain daripada itu, terdapat tiga orang ahli kumpulan sokongan yang
bertanggungjawab dan berkomitmen tinggi. Dua daripadanya bekerja sebagai
pembantu tadbir pejabat dan seorang pembantu pengurusan murid prasekolah.
Mereka telah banyak membantu dalam pengurusan pejabat supaya segala
pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.

1.1.10 Lokasi Sekolah

SJKC Chung Hwa terletak di Jalan Datuk Mahmud, Sg. Kerpan Kuala Lipis.
Kawasan sekolah tidak luas kerana lokasinya di atas sebuah bukit. Sekolah ini
berdekatan dengan beberapa kawasan perumahan seperti Taman Lipis, Taman
Pertama dan juga Desa Perwira. Rajah 3 di bawah menunjukkkan lokasi SJKC
Chung Hwa di Kuala Lipis.

Rajah 3 : Lokasi SJKC Penjom

Rajah 3: Lokasi SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis

1.1.11 Kemudahan di Sekolah

SJKC Chung Hwa terdiri daripada satu blok bangunan bertingkat dua yang
berbentuk kapal terbang. Senarai kemudahan fizikal boleh merujuk kepada
Jadual 3 di bawah.

8
Jadual 3: Kemudahan Fizikal di SJKC Chung Hwa

Bil Kemudahan Fizikal Jumlah


1 Bilik Guru 1
2 Pejabat Sekolah 1
3 Bilik Darjah 13
4 Kantin 1
5 Dewan Sebarguna 1
6 Bilik-bilik Khas 8
7 Makmal Komputer 1
8 Padang 1
9 Tandas Guru dan Murid 15
10 Gelanggang Badminton 1
11 Pusat Sumber 1

(Sumber: Data Maklumat Sekolah)

Secara keseluruhannya, sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan fizikal


dan prasarana yang mencukupi. Penggunaan segala kemudahan secara
optimum pasti dapat membantu dan menggerakkan sebarang aktiviti murid
sama ada kelab atau persatuan supaya dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pencapaian sekolah.

1.1.12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

PIBG SJKC Chung Hwa sentiasa aktif dalam membantu sekolah ke arah
kegemilangan. Persatuan ini sentiasa menyediakan bantuan kewangan dan
sokongan moral yang mantap kepada sekolah supaya aktiviti-aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar. Oleh yang demikian, Projek Bijak Catur yang pengkaji
cadangkan pasti mendapat bantuan kewangan dan dorongan daripada pihak
PIBG kerana program itu memberi manfaat kepada pencapaian sekolah. Struktur
organisasi PIBG SJKC Chung Hwa boleh dirujuk kepada jadual 4 berikut:

9
Jadual 4 : Senarai Jawatankuasa PIBG SJKC Chung Hwa Tahun 2017
Bil JAWATAN NAMA
1 Yang Dipertua Ho Fong Mee
2 Naib Yang Dipetua Yap Yoon Loong
3 Setiausaha Poon Sok Fong
4 Penolong Setiausaha Tan Mei Yong
5 Bendahari Wong Siew Ling
6 AJK Guru Foo Siew Yoke
7 AJK Guru Ho Siew Kem
8 AJK Guru Tha Swee Loong
9 AJK Lai Siew Kien
10 AJK Tong Su Lee
11 AJK Lee Yi Hao
12 AJK Chong Siew Fong
13 AJK Yap Kow Chai
14 Juru Audit Chong Su Kien
15 Juru Audit Venessa Ng

( Sumber: Fail PIBG )

1.2 Data/Statistik

1.2.1 Enrolmen Murid

Sekolah mempunyai enrolmen murid seramai 300 orang termasuk Prasekolah


berdasarkan maklumat data pada 30 April 2017. Murid-muridnya terdiri daripada
berbilang kaum dengan majoritinya terdiri daripada murid Cina. Bilangan
mengikut kaum bagi sekolah adalah 183 orang murid Cina, 65 orang murid
Melayu, 11 orang murid India dan kaum-kaum lain seramai 41 orang. Jadual 5
di bawah menunjukkan enrolmen murid sekolah ini pada 30 April 2017.

10
Jadual 5 : Enrolmen Murid SJKC Chung Hwa pada 30 April 2017
Kaum Lain-
Melayu Cina India Jumlah Jumlah
lain
Keseluruhan
Tahun L P L P L P L P L P
Pra 4 5 8 6 0 2 0 0 12 13 25
1 5 6 15 9 1 0 3 0 24 15 39
2 4 9 18 13 1 2 4 2 27 26 53
3 5 3 10 18 0 0 4 4 19 25 44
4 2 3 16 9 2 0 5 3 25 15 40
5 5 4 15 13 2 0 8 2 30 19 49
6 5 5 14 19 1 0 4 2 24 26 50
Jumlah 30 35 96 87 7 4 28 13 161 139 300

( Sumber: Enrolmen Murid HEM )

1.2.2 Bilangan Staf

Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) merupakan dua elemen penting
dalam sesebuah organisasi. SJKC Chung Hwa mempunyai seramai 27 orang
guru dan 3 orang AKP. Bilangan guru yang berkelayakan seperti Jadual 6,
manakala Jadual 7 menunjukkan bilangan AKP sekolah.

Jadual 6 : Bilangan Guru Mengikut Gred 2017


Guru DG44 DG42 DG41 DC41 DG34 DG32 DG29 Jumlah
Lelaki 1 0 4 0 0 0 0 5
Perempuan 2 3 7 2 3 3 2 22
Jumlah 3 3 11 2 3 3 2 27

( Sumber : Data e-Operasi )

11
Jadual 7: Bilangan AKP SJKC Chung Hwa Mengikut Jawatan 2017

Gred Jawatan Bilangan


Pembantu Tadbir N19 1
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah N19 1
Pembantu Am Pejabat N1 1

( Sumber : Data E-operasi )

1.2.3 Pencapaian Akademik / Kokurikulum

Dalam bidang akademik, pencapaian UPSR tiga tahun kebelakangan ini masih
tidak mencapai target yang ditetapkan oleh sekolah walaupun banyak program
kecemerlangan telah dijalankan. Merujuk kepada keputusan tahun-tahun lepas,
pencapaian UPSR dalam tahun 2014 adalah pencapaian yang paling baik sejak
tahun 2010. Oleh yang demikian, sekolah ini masih mempunyai banyak ruang
untuk mempertingkatkan lagi pencapaian UPSR. Keputusan UPSR bagi 3 tahun
adalah seperti pada Jadual 8 berikut:

Jadual 8: Analisis keputusan UPSR bagi tahun 2014, 2015 dan 2016

Bil Bil % % % % % % % %
Tahun GPS BM BM BI MT SN BC BC
Calon Lulus Lulus
Pem Pen Pem Pen
2014
48 26 54.17 2.44 75 75 62.5 93.8 93.8 81.3 83.3

2015
38 17 44.74 2.62 73.7 65.8 65.8 81.6 89.5 81.6 76.3

2016 45 26 57.78 3.14 93.3 88.9 88.9 68.9 82.2 66.7 77.8

(Sumber: Data Kurikulum )

Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai pencapaian yang


agak memuaskan di peringkat zon atau daerah setiap tahun. Faktor utamanya
ialah peluang pemilihan murid yang berpotensi untuk menyertai pertandingan
adalah banyak jika berbanding dengan sekolah-sekolah Cina yang lain dalam
daerah ini. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum adalah aktif dan

12
menggalakkan. Sekolah pernah melahirkan murid yang berjaya masuk
kejohanan catur di peringkat kebangsaan pada tahun 2007. Oleh yang demikian,
pengkaji amat berharap aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk Kelab Catur dapat
ditingkatkan demi meraih semula kecemerlangan sukan catur sekolah.
Berikut adalah pencapaian kokurikulum bagi tahun 2014, 2015 dan 2016.
Oleh kerana pencapaian dalam zon terlalu banyak, maka pengkaji hanya
menunjukkan pencapaian di peringkat negeri sahaja dalam Jadual 9 seperti
berikut:

Jadual 9: Pencapaian Kokurikulum Peringkat Negeri


Tahun Aktiviti Pencapaian
2014 1. Kejohanan Badminton MSSP Perseorangan Tempat ketiga
Perempuan Bawah 12 tahun
2. Kejohanan Badminton MSSP Beregu Tempat ketiga
Perempuan Bawah 12 tahun
3. Pertandingan Menyanyi B.Cina
Tahap 1 Tempat ke-9
Tahap 2 Johan dan tempat
4. Pertandingan Melukis Poster Sempena Hari ke-7
Guru Saguhati
2015 1. Pertandingan Bertulis dan Syarahan B.Cina Tempat kelima
2. Pertandingan Menyanyi B.Cina Saguhati
Tahap 2
2016 1. Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Saguhati
2. Kejohanan Badminton Negeri Pahang Ketiga
3. Pertandingan Melukis Poster Sempena Hari Saguhati
Guru
4. Pertandingan Matematik Peringkat Negeri Tempat ke-9
Pahang
5. Pertandingan Nyanyian Bahasa Cina Saguhati

1.2.4 Kejayaan-kejayaan Sekolah Sehingga Kini

13
Kejayaan-kejayaan lain yang dianugerahkan kepada sekolah ini sejak
kebelakangan ini adalah seperti dalam Jadual 10 berikut:

Jadual 10: Kejayaan-kejayaan Sekolah dari Tahun 2011-2016

Tahun Aktiviti Sijil yang


diperolehi
2011 Anugerah Seri Bestari Sijil Pengiktirafan
2012 Pencapaian 100% Perdana Program Linus Sijil Pengiktirafan
NKRA bagi Kohort 1
2013 Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Sijil Penghargaan
Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia
2014 1.Peratus Kehadiran Murid Melebihi KPI 95% Sijil Penghargaan
2.Mencapai Keputusan Peningkatan GPS Dalam Sijil Penghargaan
UPSR 2014
2015- Peratus Kehadiran Murid Melebihi KPI 95% Sijil Penghargaan
2016

1.2.5 Projek / Program Sekolah

SJKC Chung Hwa melaksanakan pelbagai jenis program kecemerlangan untuk


meningkatkan kemenjadian murid sama ada dalam bidang akademik, sahsiah
mahupun bidang kokurikulum. Di bawah merupakan program-program yang
telah dilaksanakan oleh kepimpinan sekolah dan lima antaranya:

A. Program Bacaan Pagi


Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2013 pada setiap pagi selama 15
minit sebelum sesi kelas bermula. Tujuan program ini adalah untuk
meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa murid dalam pelbagai bahasa.
Semua murid di sekolah terlibat dengan program ini supaya murid dapat
menggunakan masa 15 minit dengan bijak untuk membaca bahan bacaan yang
terpilih dalam Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Impak

14
program termasuk murid lebih mahir dalam pembinaan ayat dan penulisan
karangan terutama dari segi penggunaan kosa kata yang mantap.

B. Program Nilam
Program ini dilaksanakan setiap tahun untuk meningkatkan minat membaca
dalam kalangan murid. Aktiviti sampingan seperti pertandingan membaca dan
memperkenalkan buku cerita pada setiap perhimpunan pagi juga dilaksanakan
di bawah program ini. Minat membaca murid turut meningkat dengan kadar
pinjaman buku cerita yang semakin meningkat setiap tahun. Budaya membaca
berjaya diamalkan dalam kalangan murid pada setiap masa.

C. Kem Kepimpinan

Kem Kepimpinan dijalankan pada cuti penggal pertama setiap tahun. Kem ini
adalah di bawah anjuran badan beruniform SJKC Chung Hwa. Kem kepimpinan
dapat memupuk daya kepimpinan dalam kalangan murid. Setiap murid yang
terlibat adalah terdiri daripada pengawas, pengerusi, naib pengerusi dan ahli
jawatankuasa setiap kelab atau persatuan di sekolah. Pelbagai aktiviti seperti
ceramah motivasi, aktiviti kumpulan, pertandingan memasak, station game dan
sebagainya semuanya berfokus kepada pemupukan daya kepimpinan murid.
Murid akan dapat mempraktikkan nilai-nilai dan pengetahuan kepimpinan dalam
menjalankan tugas sebagai pemimpin di sekolah.

D. Program Kecemerlangan UPSR

Program Kecemerlangan UPSR adalah hasil kerjasama dengan EMPOWER


ACER di Kuala Lipis. Sekolah akan merancang pelbagai aktiviti seperti bengkel
–bengkel menjawab soalan UPSR, ceramah motivasi, lawatan penandaarasan
sebagai persediaan mental dan teknik murid untuk menghadapi UPSR dengan
lebih yakin. Tenaga pengajar terdiri daripada pakar-pakar jemputan dari dalam
atau luar negeri. Program ini terbukti membawa kejayaan dengan peningkatan
peratus kelulusan murid dalam UPSR 2016.

15
E. Program Gotong-royong
Sekolah akan mengadakan Program Gotong-royong bersama-sama dengan
komuniti setempat pada setiap tahun. Ibu bapa dan penduduk setempat datang
ke sekolah bersama-sama warga sekolah untuk membersih dan menceriakan
kawasan sekolah. Hubungan yang baik dan erat antara sekolah dengan komuniti
setempat dapat dijalin melalui aktiviti gotong-royong ini.

16
BAB 2

KAJIAN KEPERLUAN

2.1 Analisis Kajian Keperluan

2.1.1 Mengenal Pasti Masalah

Dengan menganalisis data-data pada tahun-tahun yang lepas, didapati bidang


kokurikulum sekolah mengalami isu yang kritikal di mana pencapaian murid
dalam bidang kokurikulum semakin merosot terutama dalam bidang catur. Pada
10 tahun yang lepas, bidang catur merupakan kebanggaan sekolah sandaran di
mana pernah melahirkan murid yang berjaya masuk ke Kejohanan Catur
peringkat kebangsaan. Namun tahun demi tahun, semakin kurang murid terlibat
dalam pertandingan dan turut menjejaskan pencapaian dalam bidang catur.
Jadual 11 dan Rajah 4 menunjukkan bilangan murid yang terlibat dalam
pertandingan catur tahun 2007-2016.

Jadual 11: Bilangan Murid yang Terlibat dalam Pertandingan Catur Tahun 2007-2016
2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
Peringkat
Daerah 15 15 13 10 8 6 6 5 4 3
Peringkat
Negeri 3 3 3 2 1 2 0 0 0 0
Peringkat
Kebangsaan 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0

17
BILANGAN MURID YANG TERLIBAT
DALAM PERTANDINGAN CATUR
peringkat daerah peringkat negeri peringkat kebangsaan
15

15

13

10

4
3

3
2

2
1

0
0

0
0

0
0

0
0
2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Rajah 4: Bilangan Murid yang Terlibat dalam Pertandingan Catur dari


Tahun 2007-2016

Setelah berbincang dengan barisan kepimpinan, satu projek perlu


dilaksanakan demi penambahbaikan dalam bidang catur. Matlamat projek adalah
meningkatkan bilangan penglibatan murid dalam pertandingan catur.

2.1.2 Analisis Faktor Punca Masalah

Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program sandaran ini dilakukan


berasaskan kepada keperluan sebenar, proses analisis keperluan telah
dilakukan di sekolah sandaran ini. Langkah yang pertama adalah analisis faktor
punca dengan menggunakan alat tulang ikan Ishikawa. (Rajah 5)

18
Rajah 5: Analisis Tulang Ikan Ishikawa

Berdasarkan analisis pada Rajah 5 tersebut, didapati bahawa faktor utama


yang menjadi penyebab kepada isu kurang penglibatan murid dalam
pertandingan catur ialah:

i. Faktor Manusia iaitu yang melibatkan murid, guru penyelaras dan pihak
pentadbir sekolah.
a. Faktor Murid:
 Murid kurang berminat terhadap permainan catur kerana mereka
kurang pendedahan dengan permainan catur.
 Murid kurang mendapat dorongan dan galakan daripada guru,
keluarga dan rakan untuk bermain catur.
 Kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran asas
permainan catur.

b. Faktor Guru Penyelaras:


 Guru penyelaras Kelab Catur tidak cekap dalam pengurusan kelab
kerana tiada pengalaman.

19
 Guru hanya boleh bermain catur secara asas namun tiada
pengetahuan dalam strategi catur.
 Guru tiada inovasi dan kreativiti dalam cara penyampaian
pengetahuan asas catur.

c. Faktor Pihak Pentadbir:


 Pihak pentadbir sekolah yang kurang perhatian tidak sedar akan
kepentingan sukan catur.
 Kurang penyeliaan daripada pihak pentadbir terhadap pelaksanaan
latihan atau aktiviti catur. Oleh itu, guru penyelaras tidak
mengetahui aspek-aspek yang perlu ditambahbaikkan.

ii. Faktor Persekitaran:


 Bilik khas seperti Bilik Catur tidak disediakan di sekolah dan
menyebabkan murid tidak ada tempat aktiviti yang tetap dan kondusif
untuk menjalani latihan catur.

iii. Faktor Kaedah Latihan:


 Latihan yang diberi kurang berkesan kerana tiada perancangan yang
sistematik. Ini menyebabkan kemahiran asas kurang berjaya untuk
disampaikan kepada murid.
 Aktiviti catur yang tidak menarik juga menyebabkan minat murid untuk
belajar semakin berkurangan.

iv. Faktor Alat:


 Alat-alat seperti buah catur tidak mencukupi kerana mudah hilang. Ini
disebabkan tiada pengurusan peralatan yang baik. Kebanyakan murid
tidak menyimpan catur dengan baik selepas bermain.
 Masalah peruntukan yang terhad dan tiada penaja untuk pembelian
menyebabkan alat-alat Kelab Catur sentiasa tidak mencukupi untuk
menjalankan latihan dengan berkesan.

20
2.1.3 Analisis Data Keperluan

Penulis telah membuat tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan soal
selidik berdasarkan sumber-sumber data yang diperoleh seperti berikut:

i. Pemerhatian:

Apabila penulis membuat pemerhatian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti


kelab catur, didapati bahawa murid tidak memberi tumpuan terhadap
penyampaian maklumat guru penyelaras catur. Hanya sebilangan kecil yang
memberi perhatian kepada guru penyelaras namun kebanyakan bermain dengan
sesuka hati sepanjang masa aktiviti kelab dijalankan. Disiplin murid boleh
dikatakan agak tidak terkawal sepanjang waktu aktiviti .

ii. Temu Bual:

Penulis juga telah menemu bual dengan pemimpin sekolah untuk mendapat
pandangannya terhadap pelaksanaan kelab tersebut. Beliau berpendapat
bahawa masalah yang paling utama adalah dari segi tenaga pengajar atau
kejurulatihan.

Pada pendapat Guru Besar, En. Lau Chow Ming aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sekarang kurang menarik minat murid dan tidak dapat mengasah
kemahiran permainan catur. Tahap penguasaan murid dalam kemahiran catur
masih tidak memuaskan. Latihan yang bersistematik dan berkesan amat
diperlukan untuk mengasah kemahiran asas permainan catur murid-murid.

En. Lau juga berpendapat bahawa masih ada banyak ruang untuk ditambah
baik lagi supaya kelab catur sekolah boleh dikendalikan dengan lebih berkesan
dan membawa impak kepada murid sekolah.

Hasil temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penyelaras
Kelab Catur mendapati bahawa perrmasalahan yang dihadapi oleh ahli kelab ini
adalah keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran asas permainan catur.
Kesemua responden menyatakan bahawa murid dalam kelab ini lemah dalam
menguasai kemahiran asas dan strategi melangkah.

21
iii. Soal Selidik:

Satu soal selidik telah dilakukan terhadap dua puluh orang responden yang dipilih
bagi mendapatkan maklumat serta mengenal pasti punca kelemahan ahli kelab
catur ini. Lima belas daripada dua puluh dua orang responden menyatakan
bahawa mereka kurang yakin dengan aktiviti Kelab Catur dapat meningkatkan
kemahiran bercatur mereka. Dapatan ini menguatkan lagi keperluan untuk
mengadakan latihan asas bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

iv. Ujian Pra

Ujian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan penguasaan
responden tentang kemahiran asas catur. Ujian Pra ini dibahagikan kepada tiga
bahagian. Bahagian A menguji tentang pengetahuan umum tentang nama buah
catur, Bahagian B menguji tentang cara melangkah dan Bahagian C menguji
tentang cara memakan atau mempertahankan catur. Jadual analisis dapatan
ujian pra tersebut dapat dilihat seperti pada Jadual 12 berikut:

Jadual 12: Analisis Keputusan Ujian Pra Catur

Bahagian A : Mengenal Buah Catur


Nama Buah Bilangan
Knight 16
Bishop 14
King 16
Pawn 16
Queen 15
Castle 18
Bilangan Betul Semua 12
Bahagian B: Cara Buah Catur Melangkah
Knight 7
Queen 15
Castle 14
King 11
Bishop 13

22
Pawn 8
Bilangan Betul semua 4
Bahagian C : Cara Memakan Atau Mempertahankan Buah Catur
Pawn hitam 11
Bishop putih 12
Knight hitam 6
Castle putih 2
King putih 10
Queen putih 7
Bilangan Betul semua 2

Bagi mengkaji pengetahuan responden terhadap kemahiran asas catur,


60% (12 orang) responden daripada ahli Kelab Catur mengetahui nama buah
catur. Hanya 20% (4 orang) responden dapat menjawab soalan tentang cara
melangkah dengan betul. Bilangan responden yang dapat menjawab bahagian
C hanya 10% (2 orang) sahaja.

23
2.1.4 Analisis Persekitaran

Satu analisis persekitaran berkaitan dengan pengurusan Kelab Catur telah dibuat
seperti Jadual 13 di bawah:

Jadual 13: Analisa Persekitaran (SWOT) Pengurusan Kelab Catur

KEKUATAN (Strenghts ) KELEMAHAN (Weakness)

S1 Guru penyelaras yang komited


W1 Murid kurang pendedahan
dengan permainan catur.
tentang permainan catur.
S2 Terdapat murid yang minat dan
berkemahiran dalam permainan W2 Hampir 80% murid tidak
catur. mempunyai kemahiran asas

S3 Sokongan daripada pihak bermain catur.

pentadbir. W3 Guru penyelaras Kelab Catur

S4 Kemudahan internet dan kurang pengalaman untuk


komputer di sekolah. mengajar teknik dan strategi
catur.
W4 Tidak ada bilik khas untuk
latihan catur.
W5 Tiada jurulatih catur di sekolah.
W6 Kos tidak mencukupi.

PELUANG (Opportunities) CABARAN (Treats)

O1 Tenaga jurulatih yang T1 Kurang sokongan dan dorongan


berdekatan dengan sekolah. ibu bapa dalam permainan catur.
O2 Sokongan PIBG yang kuat.
O3 Pakar rujuk catur dari IPGTAA

24
2.1.5 Pemilihan dan Penglibatan Kajian

Setelah membuat analisis keperluan berdasarkan sumber alat yang ada, penulis
dapati satu projek untuk meningkatkan kemahiran catur perlu dilaksanakan.
Pada pendapat penulis, Kelab Catur sekolah ini masih ada banyak ruang untuk
ditambah baik lagi kerana sekolah ini mempunyai banyak kekuatannya. Tenaga
jurulatih sebenarnya boleh didapati di kawasan berhampiran dengan sekolah.
SJK Tamil Kuala Lipis yang berhampiran dengan sekolah sandaran mempunyai
seorang jurulatih catur. Selain daripada itu, seorang lagi jurulatih yang
berpengalaman merupakan guru bersara yang pernah berkhidmat di SMJK
Chung Hwa. Tempat tinggal beliau adalah berhampiran dengan sekolah. Pihak
PIBG sentiasa memberi sokongan moral dan sumber kewangan kepada sekolah
dan membolehkan kelab catur melantik jurulatih jemputan atau permuafakatan
dijalankan dengan lebih lancar dan baik.

Penulis bersama guru penyelaras dan AJK Kelab Catur bermesyuarat


dan membuat keputusan untuk melaksanakan projek tersebut. Pemilihan aktiviti
yang sesuai untuk diaplikasikan sepanjang tempoh sandaran ini telah dibuat
berpandukan aktiviti projek sekolah penandaarasan. Selepas perbincangan,
kami membuat keputusan untuk menjalankan empat aktiviti yang sesuai untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam permainan catur. Keempat-empat aktiviti
adalah seperti berikut:

a. Menyediakan tapak papan catur di kawasan sekolah.


b. Meningkatkan kemahiran kejurulatihan guru penyelaras.
c. Latihan asas catur yang berkesan dengan bantuan jurulatih jemputan.
d. Mengadakan pertandingan catur secara dalaman dan luaran.

25
2.2 Kajian Literatur

2.2.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang
untuk setiap murid. PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang
menjadi asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini. Setiap murid akan
mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin,
Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian serta Identiti Nasional yang sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemahiran Berfikir bermaksud setiap murid akan belajar cara memperoleh


ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin
tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan
mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan
dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

Memandangkan permainan catur memerlukan kecerdasan logik


matematik dan juga Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penulis percaya
Projek Bijak Catur yang akan dilaksanakan dapat mengasah KBAT murid yang
dapat digunakan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Maka bolehlah lahir
murid yang berupaya bersaing pada peringkat global dengan 6 ciri yang
diketengah dalam PPPM 2013-2025.

2.2.2 Kepimpinan Pendidikan di Malaysia (Yahya Don, 2007)

Buku ini menumpukan pada kepimpinan pengetua dan peranan mereka sebagai
pelaksana dasar pendidikan kebangsaan, selaras dengan matlamat
meningkatkan kualiti dalam kepimpinan pendidikan dan kecemerlangan sekolah.

Dalam Bab 4 yang menerangkan konsep Sekolah Penyayang (ms66)


menyatakan bahawa hubungan baik antara guru dan murid memberi gambaran

26
bahawa kemesraan antara guru dan murid terjalin dengan berlandaskan norma-
norma yang dibenarkan. Justeru, bagi mewujudkan budaya penyayang di
sekolah, hubungan baik antara murid dan guru perlu dibentuk supaya matlamat
menyerapkan budaya penyayang di sekolah tercapai. Hubungan baik antara
guru dan murid perlu diperoleh daripada interaksi positif antara guru dan murid
melalui aktiviti di sekolah.

Contohnya, dalam pertandingan catur guru dan murid dapat


memperlihatkan kehebatan masing-masing dengan mengadakan pertandingan
antara pelajar dan guru. Dengan cara ini, situasi yang mengeratkan hubungan
guru dan murid dapat dibentuk. Ia seterusnya menerapkan budaya mesra dan
penyayang dalam kalangan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1971(2d)


yang menyatakan berkenaan Permainan Catur Di Sekolah-sekolah Menengah.
Ia menyebut, “ Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan
sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah menengah
Luar Bandar”. Ini menunjukkan melalui permainan catur, hubungan baik antara
murid dan guru dapat dibentuk.

Hasil daripada pembacaan buku ini, penulis berpendapat bahawa


pertandingan catur secara dalaman dan luaran sesuai dilaksanakan untuk
mewujudkan permuafakatan dan perkongsian kepakaran selain menjalinkan
hubungan yang sama sesama guru dan murid.

2.2.3 Buku Pengurusan Kokurikulum (Unit Kokurikulum PPD Lipis, 2015)

Buku Pengurusan Kokurikulum merupakan hasil terbitan daridapa unit


Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Lipis yang merangkumi dasar-dasar
pelaksanaan, aspek perundangan dan panduan pengurusan kokurikulum
sekolah rendah dan menengah. Terdapat beberapa cadangan pelan tindakan
yang disarankan dalam bab perancangan dan pengelolaan kokurikulum di
sekolah. Antaranya adalah jika terdapat beberapa buah sekolah yang
berhampiran melaksanakan aktiviti yang sama secara bersama dan terbuka,
maka bukan sahaja masa, tenaga dan sumber dapat dikongsi bersama, tetapi

27
juga manfaat dari aktiviti yang dijalankan. Dalam konteks ini, kesedaran tentang
pentingnya permuafakatan dan perkongsian dapat dipupuk dan dikembangkan.

Pernyataan ini dapat direalisasikan melalui perkongsian pengalaman


antara jurulatih berdekatan dengan sekolah sandaran dan lantikan jurulatih
jemputan dalam Projek Bijak Catur.

Selain itu, strategi mempelbagaikan persatuan dan aktiviti-aktiviti


kokurikulum dapat meningkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah. Strategi ini penting untuk memberikan peluang yang
seluas-luasnya kepada murid menyertai dan menceburi bidang aktiviti yang
mereka minati, di samping menguji bakat kepimpinan masing-masing.

Kepelbagaian persatuan perlu diiringi oleh kepelbagaian aktiviti.


Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengembeling tenaga, usaha
dan kreativiti murid. Aktiviti perlu diubahsuai, khususnya dari segi konsep,
pendekatan, atur cara, dan kaedah pelaksanaan.

Projek Bijak Catur yang akan dilaksanakan dalam sekolah sandaran akan
berfokus dengan perubahan dan inovasi aktiviti Kelab Catur supaya ia menjadi
lebih berkesan dan menarik dan seterusnya mempertingkat lagi tahap
penguasaan kemahiran catur yang lebih mantap dalam kalangan murid.

2.2.4 Chess for Everyone: A Step-by-Step Guide to Rules, Moves &


Winning Strategies (Rowman & Littlefield, 2010)

Buku ini merupakan sebuah buku rujukan yang sesuai untuk pemain yang baru
dalam permainan catur. Buku ini dibahagikan kepada 23 Chapter dan jelas
menerangkan peraturan permainan dan pergerakan catur, dan kemudian
beransur-ansur memperkenalkan pelbagai taktik dan strategi.

Chapter 1: Why Play Chess: Benefits of Chess dalam buku ini menyatakan
bahawa terdapat pelbagai manfaat bermain catur. Antaranya termasuk
menambah daya ingat dan meningkatkan kemampuan dalam bidang matematik.
Catur juga merupakan jalan mudah untuk mengajar murid-murid bagaimana
berfikir dan memecahkan persoalan-persoalan pelik.

28
Semakin banyak sekolah di dunia mulai memasukkan Catur ke dalam
kurikulum standard masing-masing. Ini kerana antara permainan catur dan
silibus Matematik, persamaannya terletak pada proses menyelesaikan masalah,
merancang, menjadi sistematik dan menentukan langkah yang perlu dilakukan.

Mereka yang bermain catur dapat meningkatkan keupayaan minda dan


kognitif, serta dapat menambah baik skil dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Catur juga dapat menjadikan kanak-kanak lebih pintar dalam pelajaran dan
kehidupan, meningkatkan keputusan akademik, meningkatkan kematangan
dalam berfikir, dan mempertajamkan kuasa fokus.

Dengan manfaat yang terbukti, projek meningkatkan kemahiran catur


nescaya dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah sandaran penulis kelak.

2.2.5 Basic Chess Opening For Kids (Charles Hertan, 2015)

Buku yang ditulis oleh Charles Hertan ini menggunakan pendekatan Hertan
yang dapat membantu kanak-kanak untuk membangunkan pemahaman yang
kukuh daripada idea-idea asas opening dan prinsip-prinsip catur dengan lebih
mudah difahami. Beliau menekankan bahawa beberapa perkara asas yang perlu
diketahui oleh seseorang sama ada yang ingin bermain catur (pencatur). Berikut
merupakan Lima Langkah Asas tersebut secara ringkas:

Langkah 1: Kenali Catur

 Kenali Catur dan buah catur

Setiap set Putih dan Hitam masing-masing mempunyai jenis dan jumlah buah
yang sama dan kedudukan di Posisi Permulaan mereka adalah saling
berhadapan. Nama buah-buah tersebut ialah:

King (K) – Buah catur utama. Satu-satunya buah yang tidak boleh ditangkap
(Captured) atau memiliki dua King (sendiri) semasa permainan. Posisi
permulaannya adalah di petak e (e file).

29
Queen (Q) – Buah catur yang terkuat sekali dalam permainan catur. Posisi
permulaannya adalah petak d (d file).

Rook (R) – Disebut juga sebagai Castle atau Major piece. Posisi permulaannya
adalah masing-masing di petak a & h (a&h file).

Bishop (B) – Disebut juga sebagai Minor Piece. Posisi permulaannya adalah
masing-masing di petak c & f (c & f file).

Knight (N) - Disebut juga sebagai Minor Piece. Posisi permulaannya adalah
masing-masing di petak b & g ( b & g file ).

Pawn - Buah yang paling lemah sekali namun mempunyai dua keistimewaan
iaitu en passant dan promotion. Terletak di barisan hadapan iaitu masing-masing
di Barisan 2 (2nd Rank) bagi Putih dan Barisan 7 (7th Rank) bagi hitam.

30
Cara pergerakan bagi setiap buah diringkaskan seperti rajah 6 di bawah:-

2.3 Pembinaan Pelan Strategik

Rajah 6: Cara Pergerakan Bagi Setiap Buah Catur

Langkah 2: Tujuan Kita Gerakkan Buah

Sebelum menyentuh dan menggerakkan sesuatu buah catur, kita perlu berfikir
dan menentukan apakah tujuan kita memilih dan menggerakkan buah tersebut
ke suatu petak. Beberapa soalan dan perkara berikut perlu dipertimbangkan
dengan baik:
a. Kenapa buah tersebut?
b. Kenapa ke petak tersebut?
c. Kenapa tidak petak yang lain?
d. Bagaimana kedudukan buah yang lain?

Motif:
a. Menyerang/bersedia untuk menyerang (Attack)

31
b. Bertahan/bersedia untuk bertahan (Defense)
c. Sokongan (Support)
d. Menghubungkan buah-buah (coordinating/connecting the piece)
e. Selamat/tidak?
f. Perkiraan Untung-Rugi (Advantage-Disadvantage)

Langkah 3: Tujuan Lawan Gerakkan Buah

Sama seperti di Langkah 2 tetapi merujuk kepada lawan. Fikir apa yang lawan
fikirkan. Di tahap ini, beberapa perkara perlu lebih diteliti seperti Sacrifice,
Waiting Move, dan lain-lain yang berpotensi (akan) atau telah dilakukan oleh
lawan. STAY FOCUS & ALERT!

Langkah 4: Bina Perancangan dan Fahami Perancangan Lawan

Tahap ini berkait rapat masing-masing di Langkah 2 dan 3. Sebelum


menggerakkan mana-mana buah, kita perlulah mempunyai perancangan yang
jelas dan teliti. Tanpanya, kita akan mengalami kerugian/ketinggalan
(Disadvantage) dua atau lebih aspek seperti Tempo, Development, Pieces
Activity, Position, Coordinating/Connecting dan lain-lain yang
akhirnya mengurangkan peluang kita untuk menguasai permainan dan menang.

Sebagai permulaan, perancangan (planning) adalah sedikit berbeza


antara pemain. Putih mempunyai kelebihan iaitu mula gerak dahulu. Justeru
diperingkat awal, Putih boleh mencorakkan permainan mengikut apa yang dia
mahu dan Hitam kena 'menjawab' corak tersebut dengan lebih berhati-hati
kerana Putih mempunyai satu langkah ke hadapan.

Secara ringkas, aspek berikut hendaklah dipertimbangkan semasa


membina dan melaksana perancangan seterusnya berusaha untuk
merealisasikan/ menjayakannya.

32
Langkah 5: Kuasai Permainan dan Cipta Masalah Untuk Lawan

Ini merupakan tahap yang paling mencabar pada pendapat penulis. Apabila kita
sudah menetapkan perancangan dan kedudukan buah-buah telah pun berada
pada posisi yang dikehendaki atau optimum (the best possible
moves/squares/structure/set up), maka perkara seterusnya adalah bagaimana
untuk menguasai permainan (how to control the board) supaya situasinya
berubah dari seimbang kepada mempunyai kelebihan (equal to become
advantageous) kepada kita.

Ada pepatah oleh Chess Grandmaster menyebut, "The hardest thing in chess is
how to win a winning game!”

Terdapat banyak lagi perkara asas dalam catur yang perlu diketahui dan
dikuasai, dan sudah tentu ianya akan ditemui, sedikit demi sedikit, melalui
pembelajaran (sendiri atau lain-lain) dan juga menimba pengalaman dengan
menyertai pertandingan-pertandingan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi
juga anjuran terbuka di luar sekolah (Open Tournament). Sebagai permulaan,
sekolah merupakan medium terbaik untuk memulakan langkah, menggilapkan
bakat. Jauh perjalanan, luas pengalaman!

Maka dalam Projek Bijak Catur yang akan dilaksanakan akan memastikan
murid-murid sebagai ahli kelab catur dapat menguasai 5 langkah asas ini dengan
baik dan seterusnya mengasahkan kemahiran sehingga dapat melibatkan diri
dalam pertandingan catur dengan penuh keyakinan.

33
2.3 Pembinaan Pelan Strategik

Jadual 14: Pelan Strategik

Nama Sekolah SJKC Chung Hwa, Kuala Lipis


Misi Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi
Aspirasi Negara.
Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Bidang Kokurikulum
Isu Kurang penglibatan murid dalam pertandingan catur.
Matlamat Meningkatkan bilangan penglibatan murid dalam
Strategik / KRA pertandingan catur.
Objektif KPI Sasaran Strategi / Tanggungjawab
Prestasi inisiatif
Awal Akhir
Projek Projek
Meningkatkan Peratus Mengadakan Peserta NPQEL
bilangan murid yang 20 80 latihan asas PK Kokurikulum
murid yang menguasai catur. Guru Kelab
boleh permainan Catur
bermain catur.
catur.
Peratus 10 80 Mewujudkan
pelapis yang permuafakatan
Meningkatkan terlibat antara sekolah
bilangan dalam berdekatan.
pelapis pertandingan
permainan catur.
catur.

34
2.4 Penjanaan Strategi Penambahbaikan

Berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang telah dibina, satu
penjanaan strategi yang menggunakan TOWS Matriks telah digunakan untuk
menanganinya. Jadual 15 di bawah menunjukkan penjanaan strategi yang telah
dibuat.

Jadual 15: TOWS Matriks bagi Penjanaan Strategi Program Bijak Catur
S W
S1 Guru penyelaras yang W1 Murid kurang
DALAMAN komited dengan pendedahan tentang
permainan catur. permainan catur.
S2 Terdapat murid yang minat W2 Hampir 80% murid tidak
dan berkemahiran dalam mempunyai kemahiran
permainan catur. asas bermain catur.
S3 Sokongan daripada pihak W3 Guru penyelaras Kelab
pentadbir. Catur kurang
S4 Kemudahan internet dan pengalaman untuk
LUARAN
komputer di sekolah. mengajar teknik dan
strategi catur.
W4 Tidak ada bilik khas
untuk latihan catur.
W5 Tiada jurulatih catur di
sekolah.
W6 Kos tidak mencukupi.
O S2 + O2 + O3 W2+O1+O2
O1 Tenaga Menganjurkan pertandingan Latihan Asas Catur.
jurulatih yang catur.
berdekatan W3+W5+O2
dengan sekolah. S1+O2 Mengadakan Bengkel
O2 Sokongan Mewujudkan permuafakatan Kejurulatihan.
PIBG yang kuat. dengan sekolah berdekatan.
O3 Pakar rujuk
catur dari IPGTAA S4+O1+O3
Bengkel Catur.
T S2+T1 W1+ T1
T1 Kurang Mendedahkan manfaat Mewujudkan permuafakatan
sokongan dan permainan catur kepada ibu sekolah dengan ibu bapa.
dorongan ibu bapa bapa.
dalam permainan
catur.

35
Jadual 16: Senarai Strategi yang Dijana Melalui TOWS Matriks

Jenis Strategi-Strategi Yang Telah Dijana


SO S1- Menganjurkan pertandingan catur.
S2 - Mewujudkan permuafakatan dengan sekolah berdekatan.
S3 – Mengadakan bengkel catur.
WO S4 – Mengadakan Latihan asas catur.
S5 - Mengadakan bengkel kejurulatihan.
ST S6 – Mendedahkan manfaat permainan catur kepada ibu bapa.
SW S7 – Mewujudkan permuafakatan sekolah dengan ibu bapa.

Bagi memilih strategi mana yang paling sesuai bagi pelaksanaan Projek
Bijak Catur, sebanyak tujuh kriteria pemilihan telah dikenal pasti. Kriteria ini
adalah (i) tahap kesukaran proses kerja, (ii) kompetensi staf yang
bertanggungjawab, (iii) sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat, (iv)
kemudahan infrastruktur dan peralatan, (v) andaian hasil yang
dijangkakan/impaknya untuk mencapai objektif, (vi) rekod keberkesanan yang
lepas, dan (vii) kesesuaian dengan persekitaran terkini. Skor dan interpretasinya
bagi penentuan strategi adalah seperti dalam Jadual 17 di bawah:

Jadual 17: Skor dan Interpretasinya bagi Penentuan Strategi

Skor Interpretasi Skor

Sangat sukar/ Sangat sedikit / Sangat tidak sesuai / Sangat tidak


1
mencukupi

2 Sukar / Sedikit / Tidak sesuai / Tidak mencukupi

3 Sederhana

4 Mudah / Banyak / Sesuai / Mencukupi

5 Sangat senang / Sangat banyak / Sangat sesuai / Sangat mencukupi

36
Jadual 18: Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan
Kriteria Pemilihan S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7
1 Tahap kesukaran proses 2 5 3 5 3 2 2
kerja
2 Kompetensi staf yang 2 4 2 5 2 3 3
bertanggung jawab
3 Sumber kewangan dan kos 2 4 2 5 2 2 2
pembiayaan yang terlibat
4 Kemudahan infrastruktrur 2 4 2 5 2 2 2
dan peralatan
5 Andaian keupayaan 2 4 3 5 3 3 3
mengatasi halangan
6 Andaian hasilan yang 3 4 3 5 4 3 3
dijangkakan/ impaknya untuk
mencapai objektif,
matlamat/isu, misi, dan visi
7 Akur/kepatuhan dengan Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
mandat/ arahan
8 Rekod keberkesanan 1 4 2 4 3 2 2
pelaksanaan yang lepas
9 Kesesuaian dengan 2 4 3 4 2 2 2
persekitaran terkini
Jumlah skor 16 33 20 38 21 19 19
Keputusan 7 2 4 1 3 5 6
Ulasan Ulasan S2 dan S4 menjadi keutamaan
untuk pelaksanaan projek terlebih
dahulu kerana jumlah skor menunjukkan
peluang yang amat tinggi untuk
mencapai objektif.

37
2.5 Pembinaan Pelan Taktikal Penambahbaikan

Setelah berbincang dengan semua guru Kelab Catur, Program Bijak Catur
yang merangkumi dua projek dipilih untuk tujuan memantapkan Kelab Catur
supaya dapat meningkatkan kemahiran catur murid.

Jadual 19: Pelan Taktikal Program Bijak Catur


Isu Strategik Matlamat Strategik
Kurang penglibatan murid dalam pertandingan Meningkatkan bilangan murid yang terlibat dalam
catur. pertandingan catur.
Peringkat Bidang – Kokurikulum
Sasaran
KPI Strategi ( TOWS Matrik)
TOV Target
% murid dapat menguasai 20 80 S4: Mengadakan latihan asas
kemahiran asas catur dalam catur.
masa 4 minggu.
S2: Mewujudkan
% murid sebagai pelapis 10 80 permuafakatan dengan sekolah
permainan catur. berdekatan.
Pelan Pelan
Bil Objektif T/J Tempoh Kos Hasil KPI
Taktikal Kontigensi
1 Latihan Meningkat- Pesert 1 jam RM 80% murid % murid Modul Asas
Asas kan a dan setiap 400 dapat yang Catur
Catur pemahaman Guru- Hari menguasai boleh
dan guru Rabu kemahiran bermain
pengetahuan Catur dan asas catur catur.
murid dalam Khamis
strategi selama
permainan 4
catur. minggu
2 Pertandi Meningkat- Pesert 1 Hari RM 80% murid % murid Pertanding
ngan kan a dan 200 melibatkan sebagai an
Persaha kemahiran Guru- diri dalam pelapis dalaman.
batan dan guru pertandingan permaia
Catur menambah Catur catur. n catur.
pengalaman
murid melalui
pertandingan

38
2.6 Pembinaan Pelan Operasi Penambahbaikan

2.6.1 Pelan Operasi


Pelan operasi dibina bagi menjelaskan dengan lebih terperinci tugas atau
prosedur kerja yang akan dilakukan bagi pelan taktikal. Dalam pelan operasi
dinyatakan proses kerja yang akan dilakukan bersama dengan guru yang
bertangggungjawab dalam proses tersebut. Agihan tugas ini akan
memudahkan permantauan program. Pelan operasi bagi Progam Bijak Catur
dapat dilihat pada Jadual 20 hingga Jadual 22 seperti di bawah.

Jadual 20: Pelan Operasi 1

Nama Projek Latihan Asas Catur


Objektif Projek 80% murid dapat menguasai kemahiran asas catur.
Kumpulan Sasaran 20 orang ahli Kelab Catur
Tempoh 2 jam seminggu selama 4 minggu
Kos RM 400
Tanggung Catatan/
Langkah Proses Kerja Tempoh
jawab Status
1 Perbincangan dengan Peserta 1 hari
Guru Besar untuk NPQEL
menetapkan projek
yang sesuai untuk
dijalankan.
2 Mengadakan Peserta 1 hari Minit
Mesyuarat NPQEL, mesyuarat
Jawatankuasa Guru (lampiran E)
Agenda mesyuarat: Penyelaras
2.1 Penetapan tarikh Kelab
Kertas kerja (
program Catur, ahli-
lampiran B)
2.2 Perancangan ahli Kelab
kos dan sumber Catur
2.3 Pembentangan
kertas kerja

39
3 Taklimat kepada murid Guru 1 hari
sasaran Penyelaras
3.1 Perjalanan Kelab
program Catur
4 Surat makluman S/U Seminggu
kepada guru dan murid program sebelum
yang terlibat. program
dijalankan
5 Menyediakan soalan Soal selidik
soal selidik dan temu (Lampiran C)
bual.
Peserta
6 Mengedarkan soal 2 hari
NPQEL
selidik kepada guru dan
murid dan membuat
analisis.
7 Menyediakan Kertas Guru 1 hari Kertas Ujian
Ujian Pra Catur penyelaras Pra (
catur Lampiran D)

8 Menjalani Ujian Pra Guru 1 hari


penyelaras
catur
9 Pelaksanaan Program Jurulatih
9.1 Latihan Asas jemputan

10 Menjalani Ujian Post Guru Analisis ujian


dan analisis penyelaras Post
catur
Penilaian pencapaian objektif
projek

Tindakan Susulan

40
Jadual 21: Pelan Operasi 2

Nama Projek Seronok Langkah Catur


Objektif Projek 80% murid dapat menguasai cara melangkah catur.
Kumpulan Sasaran 20 orang ahli Kelab Catur
Tempoh 1 jam seminggu
Kos RM 90
Tanggung Catatan/
Langkah Proses Kerja Tempoh
jawab Status
1 Perbincangan dengan Peserta 1 hari
Guru Besar untuk NPQEL
menetapkan projek
yang sesuai untuk
dijalankan.
2 Mengadakan Peserta 1 hari Minit
Mesyuarat NPQEL, mesyuarat
Jawatankuasa Guru ( rujuk
Agenda mesyuarat: Penyelaras lampiran E )
2.1 Penetapan tarikh Kelab Kertas kerja (
program Catur, ahli- rujuk lampiran
2.2 Perancangan ahli Kelab B)
kos dan sumber Catur
2.3 Pembentangan
kertas kerja
3 Taklimat kepada murid Guru 1 hari
sasaran Penyelaras
3.1 Perjalanan Kelab
program Catur
4 Surat makluman S/U Seminggu
kepada guru dan murid program sebelum
yang terlibat. program
dijalankan

41
5 Menyediakan tapak
Pekerja
papan catur di kawasan 3 hari
Swasta
sekolah
6 Pelaksanaan Program 1 jam
6.1 Seronok
Langkah Catur

Penilaian pencapaian objektif


projek

Tindakan Susulan

Jadual 22: Pelan Operasi 3

Nama Projek Pertandingan Persahabatan Catur SJKC dan SJKT


Objektif Projek 80% murid dapat melibatkan diri dalam
pertandingan catur.
Kumpulan Sasaran 16 orang ahli Kelab Catur SJKC Chung Hwa dan 16
orang murid SJKT Kuala Lipis
Tempoh 1 Hari
Kos RM 210
Tanggung Catatan/
Langkah Proses Kerja Tempoh
jawab Status
1 Perbincangan dengan Guru Peserta 1 hari
Besar untuk menetapkan NPQEL
projek yang sesuai untuk
dijalankan.
2 Mengadakan Mesyuarat Peserta 1 hari Minit
Jawatankuasa NPQEL, mesyuarat
Agenda mesyuarat: Guru ( rujuk
2.1 Penetapan tarikh Penyelaras lampiran
program Kelab E2)
Catur, ahli-

42
2.2 Perancangan kos ahli Kelab Kertas
dan sumber Catur kerja (
2.3 Pembentangan rujuk
kertas kerja lampiran
B)

3 Taklimat kepada murid Guru 1 hari


sasaran Penyelaras
3.1 Perjalanan program Kelab
Catur
4 Surat makluman kepada guru S/U Seminggu
dan murid yang terlibat. program sebelum
program
dijalankan
5 Pelaksanaan Program Guru- guru
5.1 Pertandingan Catur catur
1 hari
Persahabatan

Penilaian pencapaian objektif projek

Tindakan Susulan

2.6.2 Carta Gantt

Carta Gantt digunakan untuk menunjukkan jangka masa yang diperlukan bagi
melaksanakan sesuatu program. Ia penting sebagai satu kawalan dari segi
tempoh pelaksanaan agar program dapat dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan. Jadual 23 dibawah menunjukkan carta gantt bagi Program Bijak
Catur.

43
Jadual 23: Carta Gantt Program Bijak Catur
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
2-5 8- 15- 22- 29 5- 12- 19-
Bil Aktiviti/Perkara 12 19 26 Mei- 9 16 23
Mei Mei Mei Mei 2 Jun Jun Jun
Jun
1 Melapor diri dan mengumpul
maklumat berkenaan latar
belakang dan sejarah
sekolah, data-data murid dan
staf.
2 Menjalankan kajian keperluan
projek seperti menemu bual
murid dan guru besar,
mengedarkan soalan soal
selidik kepada murid dan
menjalani ujian pra.
3 Merancang Perancangan
Strategik
3.1 Analisis SWOT
3.2 TOWS Matriks
3.3 Matriks ranking
3.4 Pelan strategik
4 Pelaksanaan Projek
4.1 Pelan Taktikal
4.2 Pelan Operasi
5 Mesyuarat jawatankuasa
program
6 Pemberitahuan aktiviti kepada
guru dan murid yang terlibat
7 Pelaksanaan Program Bijak
Catur
8 Penilaian program
9 Refleksi program
10 Rumusan dan
penambahbaikan program

44
BAB 3

PELAKSANAAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

3.1 Pelaksanaan Projek Sandaran


Projek Bijak Catur telah dilaksanakan seperti mana yang telah dirancang
mengikut pelan operasi yang telah dibuat. Perbincangan awal dengan guru
penyelaras catur telah dilakukan pada 3 Mei 2017. Satu mesyuarat telah
diadakan di antara penulis dengan guru penyelaras catur yang dipengerusikan
oleh guru besar telah diadakan pada 12 Mei 2017 mengenai projek bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran asas catur murid bagi ahli Kelab Catur.
Di samping itu juga bermatlamat untuk melatih bilangan pelapis catur yang lebih
banyak untuk melibatkan diri dalam pertandingan catur. Ujian pra yang
diadakan pada 13 Mei 2017 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran asas
catur murid masih berada di tahap yang rendah, terutama dalam bahagian C
yang menguji tentang cara menahan dan menyerang. Hanya 2 orang daripada
20 orang murid ahli Kelab Catur yang berjaya melepasi ujian pra dengan
markah 100%. Berdasarkan keputusan tersebut maka Projek Bijak Catur ini
begitu signifikan dan perlu dilaksanakan dengan segera supaya permasalah
penguasaan kemahiran asas catur yang rendah ini boleh diperbaiki pada
peringkat terkini. Gambar 2 menunjukkan murid kelab catur sedang mengikuti
ujian pra di perpustakaan sekolah.

Gambar 2 : Murid Menjalani Ujian Pra Catur di Perpustakaan

45
Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat telah diadakan kepada
semua ahli Kelab Catur yang terlibat dengan projek ini. Ia diadakan pada 14
Mei 2017 dari pukul 1.30 p.m. hingga 2.00 p.m. dan disampaikan sendiri oleh
penulis selaku Pengarag projek Bijak Catur ini. Dalam taklimat ini penulis telah
menerangkan tentang pencapaian ujian pra catur bagi murid ahli Kelab Catur
dan menegaskan bahawa pencapaian ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Penulis sebagai pengarah projek menjelaskan tentang Latihan Asas
Catur akan mulai dilaksanakan pada waktu cuti sekolah nanti. Semua murid
ahli Kelab Catur adalah wajib menghadiri latihan ini dan juga aktiviti-aktiviti lain
dalam Projek Bijak Catur.

3.1.1 Latihan Asas Catur


Aktiviti yang pertama dilaksanakan berdasarkan Pelan Operasi 1 (Jadual 20)
ialah latihan asas catur. Mengikut perancangan dan pembentangan yang telah
diluluskan dalam minit mesyuarat, semua AJK projek bersetuju melantik
seorang jurulatih jemputan iaitu En. Chua Thean Cheng untuk memberi latihan
asas catur kepada 20 orang ahli kelab catur mengikut jadual yang ditetapkan.
En. Chua merupakan guru bersara SMJK Chung Hwa dan selaku jurulatih catur
yang berpengalaman di daerah Lipis. Penulis sebagai pengarah projek telah
berhubung dengan En. Chua pada 10 Mei untuk menetapkan tarikh
pelaksanaan latihan. Memandangkan masa pelaksanaan program terjatuh
pada cuti penggal sekolah, penulis dan guru penyelaras catur telah membuat
keputusan untuk memulakan latihan asas ini sewaktu cuti sekolah. Setelah
mendapat persetujuan dengan En Chua dan Guru Besar, surat makluman
diedarkan kepada murid ahli Kelab Catur. Beliau mencadangkan bahawa
sekolah boleh melibatkan murid lain yang bukan ahli Kelab untuk menyertai
latihan tersebut. Setelah berbincang dengan guru besar, penolong kanan
kokurikulum membuat pengumuman ini pada masa perhimpunan untuk
menggalakkan sesiapa yang berminat catur bolehlah datang ke sekolah
sewaktu cuti penggal sekolah untuk menyertai latihan asas ini.
Latihan asas catur pada masa cuti ini mengambil masa selama 2 jam
secara berturut-turut atas permintaan jurulatih. Beliau memang komited dalam
melatih murid tentang kemahiran catur, penulis amat menghargai jasa dan

46
kesanggupan beliau. Jadual 24 berikut merupakan tarikh pelaksanaan Latihan
Asas Catur.
Jadual 24: Tarikh Pelaksanaan Latihan Asas Catur.
Kali Tarikh Masa
1 17 Mei 3:00p.m. hingga 4:00p.m.
2 18 Mei 3:00p.m. hingga 4:00p.m
3 31 Mei 9:00a.m. hingga 11:00a.m
4 1 Jun 9:00a.m. hingga 11:00a.m
5 7 Jun 9:00a.m. hingga 11:00a.m
6 8 Jun 9:00a.m. hingga 11:00a.m
7 14 Jun 3:00p.m. hingga 4:00p.m.
8 15 Jun 3:00p.m. hingga 4:00p.m

Pada hari pertama En. Chua telah mengumumkan bahawa segala elaun
untuk jurulatih akan dikecualikan, berita baik ini sangat memberangsangkan
semangat penulis dan juga barisan kepimpinan.
Latihan asas catur kali pertama dimulakan dengan mengenali catur dan
buah catur. Ini merupakan asas yang paling penting sebelum murid boleh
bercatur. Seterusnya, En. Chua memperkenalkan teori-teori yang penting
dalam permainan catur antaranya termasuklah bagaimana untuk mengenal
pasti kedudukan koordinat dalam papan catur, kedudukan setiap buah catur
dalam papan catur dan cara pergerakan setiap buah catur. Setelah
penerangan yang ringkas, murid terus diberi peluang untuk cuba
menggerakkan buah catur mengikut arahan yang diberi oleh En. Chua. Cara
penyampaian lebih berpusat kepada murid dan semua murid ahli Kelab tertarik
dengan penerangan En. Chua yang mudah difahami. Gambar 3 menunjukkan
Latihan Asas Catur dijalankan bawah bimbingan En. Chua.

47
Gambar 3: Latihan Asas Catur dijalankan bawah bimbingan En. Chua Thean Cheng.

Murid-murid telah diajar tentang tujuan kita gerakkan catur dalam


latihan kali kedua dan ketiga. Murid-murid diingatkan supaya berfikir dan
menentukan apakah tujuan kita memilih dan menggerakkan buah tersebut ke
suatu petak. En. Chua telah membuat banyak simulasi kedudukan buah catur
dan menguji kefahaman murid dalam pergerakan catur. Ini amat membantu
murid dalam strategi menggerakkan catur.
Semasa latihan kali kelima dan keenam, murid diajar tentang cara untuk
membina perancangan dan memahami perancangan lawan. Sebelum
menggerakkan mana-mana buah, kita perlulah mempunyai perancangan yang
jelas dan teliti. Tanpanya, kita akan mengalami kerugian/ketinggalan
(Disadvantage) dua atau lebih aspek seperti Tempo, Development, Pieces
Activity, Position, Coordinating/Connecting dan lain-lain yang
akhirnya mengurangkan peluang kita untuk menguasai permainan dan
menang.

Latihan kali ketujuh dan kelapan pula berfokus dalam menguasai


permainan dan cipta masalah untuk lawan. Ini merupakan tahap yang paling
mencabar pada pendapat penulis. Apabila kita sudah menetapkan
perancangan dan kedudukan buah-buah telah pun berada pada posisi yang
dikehendaki atau optimum (the best possible moves/squares/structure/set up),
maka perkara seterusnya adalah bagaimana untuk menguasai permainan (how

48
to control the board) supaya situasinya berubah dari seimbang kepada
mempunyai kelebihan (equal to become advantageous) kepada kita.
Latihan Asas Catur telah dilaksanakan seperti apa yang telah dirancang
demi memastikan murid-murid sebagai ahli kelab catur dapat menguasai
kemahiran asas catur dengan baik dan seterusnya mengasahkan kemahiran
sehingga dapat melibatkan diri dalam pertandingan catur dengan penuh
keyakinan.

3.1.2 Seronok Langkah Catur


Berdasarkan Pelan Operasi 2 (Jadual 21), aktiviti yang dinamakan Seronok
Langkah Catur dijalankan untuk mengukuh kefahaman dan kemahiran murid
dalam cara melangkah catur setelah sesi latihan asas catur kali pertama dan
kedua dilaksanakan. Satu tapak papan catur telah disediakan untuk aktiviti ini.
Pekerja telah mengambil masa selama 3 hari untuk menyiapkan tapak papan
catur yang besar ini. Gambar 4 menunjukkan tapak papan catur yang telah siap
dilukis di kawasan lapang sekolah.

Gambar 4: Tapak Papan Catur Di Kawasan Lapang Sekolah.

Sebelum aktiviti ini dilaksanakan, penulis telah berbincang dengan guru


penyelaras catur untuk merancang langkah aktiviti ini. Guru-guru catur yang
lain pula bertanggungjawab untuk menyediakan bahan bantu aktiviti seperti
papan tanda buah catur hitam dan putih.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 25 Mei 2017, masa dari 4:30 petang
sehingga 5:30 petang selama satu jam. Murid ahli kelab telah dibahagikan
kepada dua kumpulan untuk bertanding untuk menggerakkan buah catur
dengan cara yang betul. Sebelum aktiviti bermula, setiap murid akan

49
memegang satu kad manila yang bergambar buah catur berlainan. Setiap ahli
kumpulan akan bergillir-gilir melompat di atas tapak papan catur dengan arahan
yang diberi. Setiap pergerakan yang betul akan diberi markah dan tiada markah
untuk pergerakan yang salah. Murid berasa seronok dalam permainan ini dan
penulis percaya aktiviti sebegini membantu murid dalam mengingatkan cara
bergerak buah catur yang betul. Gambar 5 menunjukkan aktiviti Seronok
Langkah Catur yang sedang dijalankan.

Gambar 5 : Aktiviti Seronok Langkah Catur yang sedang dijalankan.

3.1.3 Pertandingan Persahabatan Catur SJKC dan SJKT

Pelan Operasi 3 (Jadual 22) merupakan aktiviti permuafakatan dengan Sekolah


Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Lipis di mana Kelab Catur sekolah
sandaran bekerjasama dengan Kelab Catur SJKT Kuala Lipis untuk
mengadakan satu pertandingan catur yang melibatkan murid dua sekolah ini.
Objektif aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan menambah
pengalaman murid melalui pertandingan. Pertandingan persahabatan ini telah
dijalankan pada hari 16 Jun 2017 bermula dari pukul 2 sehingga 5 petang. 16
orang yang terpilih menyertai pertandingan persahabatan ini yang berlangsung
di perpustakaan SJKT Kuala Lipis. Gambar 6 menunjukkan murid SJKC Chung
Hwa sedang bertanding dengan murid SJKT Kuala Lipis. Walaupun
pertandingan ini hanya melibatkan murid dari dua sekolah, namun ia
merupakan satu titik permulaan bagi menyediakan peluang bagi murid
melibatkan diri dalam pertandingan.

50
Gambar 6: Pertandingan Persahabatan Catur murid SJKC dan SJKT

3.2 Pemantauan Projek


Bagi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan Projek Bijak Catur
berjalan seperti mana yang dirancangkan, penulis selaku pengarah projek
sentiasa melakukan pemantauan. Pemantauan bukan sahaja penting untuk
memastikan perjalanan projek tetapi juga sebagai satu instrumen bagi
mengenal pasti kelemahan dan kekurangan sebelum dan semasa pelaksanaan
projek.
Tiga kaedah yang telah digunakan dalam pemantauan projek ini adalah
One Page Projek Manager (OPPM) dan senarai semak serta pemerhatian
secara langsung semasa sesi pelaksanaan projek sedang berjalan.
3.2.1 OPPM
OPPM merupakan alat yang mudah dalam membantu penulis sebagai
pengarah Projek Bijak Catur kerana dalam OPPM ini telah meringkaskan
segala aktiviti, tanggungjawab, progress, mengukur tahap kemajuan dan
mengesan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek ini. Jadual 25
berikut menunjukkan penggunaan OPPM dalam Projek Bijak Catur di sekolah
sandaran.

51
Jadual 25: OPPM Projek Bijak Catur
Nama Tarikh
Foo Siew Yoke
Ketua
Nama 2017
Program Bijak Catur
Program
Obj Meningkatkan bilangan murid yang terlibat
Program dalam pertandingan catur.
Objektif Tugasan utama Status / pencapaian Tanggungjawab
projek
   1 Latihan Asas Catur     A B C
  2 Seronok Langkah Catur  B A C

   3 Pertandingan  A B C
Persahabatan Catur
80% murid dapat melibatkan diri dalam pertandingan

Tugasan Utama

Guru-guru catur
Peserta NPQEL
80% murid dapat menguasai cara melangkah catur.
80% murid dapat menguasai kemahiran asas catur.

Lim Peng Ang


M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8
Objektif Tarikh
& Sasaran

Kos Bil Program/Aktiviti Kos Catatan

1 Latihan Asas Catur RM 0 Sumbangan Kelab


Catur Lipis
2 Seronok Langkah RM 90 PIBG
Ringkasan & Catur
Ramalan 3 Pertandingan RM 210 PIBG
Persahabatan Catur

Peningkatan peratusan murid menguasai kemahiran asas catur sehingga 80%

90% menguasai cara melangkah catur dengan betul.


catur

Penglibatan murid dalam pertandingan catur mencapai 80%

Simbol
 Belum Siap A Orang Pertama dipertanggungjawabkan
 Siap B Orang Kedua dipertanggungjawabkan
C Orang Ketiga dipertanggungjawabkan

52
3.2.2 Borang Pemantauan
Pemantauan juga dilakukan dengan menggunakan borang pemantauan seperti
jadual 26. Borang pemantauan telah diisi oleh penulis bersama dengan
penolong kanan kokurikulum dan 3 orang guru yang terlibat.
Jadual 26: Contoh Borang Pemantauan Yang Digunakan
Instrumen Pemantauan Projek
Nama Projek :
Tarikh : Masa :
Guru terlibat : Pemantau :
Status Pelaksanaan Projek
Bil Perkara Ya Tidak Tandatangan Catatan
1. Pelaksanaan projek mengikut 5
perancangan takwin yang
disediakan.
2. Projek dilaksanakan terancang 5
sesuai dengan keperluan murid
dan sekolah.
3. Pelaksanaan projek mengambil 5
kira isu kritikal yang dihadapi oleh
murid.
4. Kemudahan asas dalam keadaan 5
kondusif dan selesa.
5. Hampir keseluruhan murid terlibat 5
secara aktif dan mengunjungi Bilik
Bacaanku setiap hari.
6. Disipiln terkawal. 5
7. Projek berjalan lancar sepanjang 5
tempoh pelaksanaan.
8. Projek menarik dan mampu 5
menggalakkan kunjungan dan
penyertaan murid.

53
BAB 4

PENILAIAN PROJEK

Penilaian projek dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan


sesuatu projek yang dijalankan dapat mencapai objektif yang disasarkan.
Sekiranya objektif tercapai, ini bermaksud strategi yang dijana sesuai untuk
digunakan. Penilaian ini juga adalah untuk mengesan berlaku perubahan
penguasaan kemahiran asas catur murid-murid dalam usaha meningkatkan
bilangan pelapis permainan catur sekolah melalui Projek Bijak Catur.

4.1 Teknik Pengumpulan Data

Projek Bijak Catur ini dipantau dan dinilai untuk mengetahui sejauh mana ia
mencapai objektif. Sehubungan dengan itu, teknik yang digunakan untuk
pengumpulan data adalah melalui pemerhatian, borang soal selidik serta
analisis ujian pra dan pasca.

4.1.1 Pemerhatian

Menurut pemerhatian sepanjang pelaksanaan projek, didapati murid-murid ahli


Kelab Catur sangat teruja dan begitu aktif melibatkan diri sewaktu aktiviti Kelab
Catur dijalankan di sebelah petang. Murid-murid lain yang bukan ahli juga
tertarik dengan aktiviti kelab catur sehingga mereka mengeluarkan permintaan
untuk melibatkan diri terutama semasa aktiviti melangkah catur yang dijalankan
atas tapak papan catur di dewan serbaguna sekolah.

54
4.1.2 Kaedah Soal Selidik

Keberkesanan Projek Bijak Catur juga dinilai melalui soal selidik. Satu set soal
selidik yang mengandungi 6 item memerlukan 20 murid ahli Kelab Catur
memberikan respons berdasarkan dua skala iaitu ‘ya’ atau ‘tidak’. Analisis
dapatan daripada soal selidik daripada 20 orang ahli Kelab Catur dibuat untuk
mengenal pasti kepuasan murid terhadap aktiviti Kelab Catur sebelum dan
selepas projek dilaksanakan. Lampiran C menunjukkan borang selidik yang
digunakan untuk penilaian projek.

4.1.3 Ujian Pra dan Pasca

Analisis ujian pencapaian dibuat melalui dapatan ujian pra untuk pengumpulan
data awal berkaitan dengan penguasaan kemahiran asas catur ahli Kelab Catur
dan analisis daripada ujian pasca pula dibuat untuk mendapatkan data
pencapaian ahli Kelab Catur selepas projek dilaksanakan. Kedua-dua ujian ini
akan dibuat perbandingan untuk melihat keberkesanan projek yang
dilaksanakan. Lampiran D merupakan set soalan ujian yang digunakan untuk
menilai pencapaian murid.

4.2 Dapatan Penilaian Terhadap Projek

Penilaian Projek Bijak Catur yang dilaksanakan dapat dianalisis melalui


beberapa kaedah. Fokus projek yang dilaksanakan adalah untuk melihat tahap
penguasaan kemahiran asas catur ahli Kelab Catur yang disasarkan. Maklum
balas soal selidik kepada murid dan keputusan ujian pra dan pasca telah
dianalisis.

Jadual 27 adalah rumusan soal selidik tentang pandangan murid terhadap


aktiviti yang dilaksanakan dalam Kelab Catur sebelum dan selepas projek
dilaksanakan.

55
Jadual 27: Rumusan Soal Selidik Pandangan Terhadap Aktiviti Kelab Catur

Pilihan
Sebelum Selepas
Item
Ya Tidak Ya Tidak
Bil % Bil % Bil % Bil %
1 20 100 0 0 20 100 0 0
2 4 20 16 80 16 80 4 20
3 5 25 15 75 19 95 1 5
4 18 90 2 10 19 95 1 5
5 3 15 17 85 12 60 8 40
6 18 90 2 10 20 100 0 0

Rumusan data analisis daripada soal selidik ini menunjukkan respon ahli Kelab
Catur terhadap item 1 yang bertanya tentang minat bercatur adalah 100%
sebelum projek dilaksanakan, namun mereka kurang keyakinan terhadap
aktiviti Kelab Catur dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran asas
catur mereka (item 3) sebelum projek dilaksanakan. Selepas projek
dilaksanakan, keyakinan murid turut meningkat sebanyak 70% iaitu dari 25%
ke 95%. Mereka sedar bahawa kemahiran asas mereka telah banyak
meningkat dengan latihan asas yang berkesan di bawah bimbingan jurulatih
jemputan yang berpengalaman.

Murid ahli kelab juga diberikan ujian pra dan ujian pasca untuk
menentukan keberkesanan program. Ujian ini dibahagi kepada dua bahagian.
Bahagian A menguji tentang nama buah catur, bahagian B menguji tentang
cara melangkah dan bahagian C menguji tentang strategi bercatur. Lampiran D
menunjukkan set soalan ujian pra dan ujian pasca. Jadual 28 pula
menunjukkan perbandingan pencapaian markah yang diperolehi murid ahli
Kelab Catur dalam ujian pra dan ujian pasca. Angka di dalam ruangan beza
yang bernilai positif (+) menunjukkan peningkatan markah angka yang bernilai
negatif (-) menunjukkan penurunan markah. Akan tetapi, tiada seorang pun
murid yang mendapat nilai negatif.

Jadual 28: Pencapaian Keseluruhan Ujian Pasca Berbanding

56
Ujian Pra Bagi Ahli Kelab Catur.
Sebelum Selepas
Bahagian Bahagian Beza
Bil Nama Ahli
Jumlah Jumlah markah
A B C A B C
markah% markah %
1 Chang Shan En 4 5 4 83.3 6 6 4 88.9 +0.56
2 Chen Yoong 3 2 1 33.3 5 2 1 44.4 +11.1
Wah
3 Chin Kah Lok 6 3 2 61.1 6 6 6 100 +39.9
4 Chin Qi Yang 6 6 5 94.4 6 6 6 100 +5.6
5 Chin Yen Tat 4 4 5 94.4 6 6 6 100 +5.6
6 Chow Jin Tang 6 5 3 77.8 6 6 6 100 +22.2
7 Chou Ming Jie 6 6 4 88.9 6 6 6 100 +11.1
8 Chua Geok Lim 6 4 4 77.8 6 6 5 94.4 +26.6
9 Fong Shuet 6 4 3 72.2 6 6 5 94.4 +22.2
Qing
10 Gan Tze Zheng 6 5 5 94.4 6 6 6 100 +5.6
11 How Jun Xiang 6 5 5 94.4 6 6 6 100 +5.6
12 Lee Chui Ern 4 2 1 38.9 6 6 4 77.8 + 38.9
13 Long Xin Yuet 6 6 6 100 6 6 6 100 0
14 Lou Man Loong 4 2 0 33.3 6 4 2 66.7 +33.4
15 Melvin Yap 6 5 5 94.4 6 6 6 100 +5.6
16 Tang Hao Ling 4 2 2 44.4 6 6 4 88.9 +44.5
17 Tha Jun Bin 6 5 4 83.3 6 6 6 100 + 17.7
18 Yap Zhi Hock 4 5 5 88.9 6 6 6 100 +11.1
19 Yap Zhiqi 4 5 3 83.3 6 6 5 94.4 +11.1
20 Yu Pheobe 6 6 6 100 6 6 6 100 0
Bilangan betul semua 12 4 2 2 19 18 12 12
Jumlah markah 103 87 73 1538.5 119 112 98 1849.9
Purata markah 5.15 4.35 3.65 76.9 5.95 5.70 5.10 92.5

Sebelum projek dilaksanakan, hanya terdapat 12 orang ahli dapat


menjawab keenam-enam soalan dalam bahagian A dengan betul. 4 daripada
20 orang dapat menjawab semua betul dalam bahagian B dan hanya 2 orang
yang boleh menjawab bahagian C yang menguji strategi bercatur. Purata
markah untuk bahagian A ialah 5.15, bahagian B, 4.35 dan bahagian C, 3.65.
Ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran asas catur ahli kelab tidak
begitu memuaskan.

57
Berdasar data yang dikumpulkan, bilangan murid yang dapat menjawab
betul dan purata markah di setiap bahagian menunjukkan peningkatan setelah
Projek Bijak Catur dilaksanakan. Purata markah untuk Bahagian A telah
meningkat sebanyak 0.8 iaitu dari 5.15 kepada 5.95, bahagian B meningkat
sebanyak 1.35 manakala bahagian C mencapai peningkatan yang paling ketara
iaitu sebanyak 15.57. Murid yang berjaya menjawab semua soalan (18 soalan)
dengan betul juga bertambah, iaitu daripada 2 orang bertambah kepada 12
orang. Keadaan ini menunjukkan setelah ahli Kelab Catur melalui latihan asas
secara bersistematik akan meningkatkan penguasaan kemahiran asas catur
mereka. Rajah 7 menunjukkan perbandingan purata markah yang diperolehi
sebelum dan selepas projek dilaksanakan.

sebelum selepas
5.95

5.7
5.15

5.1
4.35

3.65

BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C

Rajah 7: Perbandingan Purata Markah Ujian Pra Dan Pasca Untuk Setiap
Bahagian

4.3 Rumusan Keberkesanan Pelaksanaan

Projek Bijak Catur ini telah berjaya dilaksanakan mengikut startegi, pelan
taktikal dan pelan operasi yang telah dirancang. Strategi dilihat berkesan
apabila 80% ahli kelab catur dapat menjawab ujian pasca dengan lonjakan
markah yang tinggi. Ini terbukti bahawa projek yang dilaksanakan telah
mencapai objektif yang disasarkan iaitu meningkatkan tahap penguasaan

58
kemahiran asas catur dan berjaya melibatkan sejumlah 16 orang (80%)
daripada ahli Kelab Catur murid dalam pertandingan melalui Pertandingan
Catur Persahabatan Antara SJKC Chung Hwa Dengan SJKT Kuala Lipis.

Melalui Projek Latihan Asas, murid ahli kelab didedahkan pelbagai cara
dan strategi untuk bercatur. Jurulatih jemputan yang berpengalaman berjaya
membimbing murid secara berkesan. Melalui bermain catur secara hands-on,
murid dapat mengumpulkan pengalaman untuk berbuka catur, strategi
menahan dan juga menyerang. Mereka dilatih untuk mencari pelbagai
kemungkinan langkah catur yang sesuai untuk menjadi pemain catur yang
mahir.

Aktiviti melangkah di atas tapak papan catur merupakan satu aktiviti


yang menyeronokkan. Murid dilatih melangkah buah catur tertentu dengan
betul di samping bermain, keseronokan dapat membawa impak yang lebih
berkesan terhadap pengukuhan pemahaman murid dalam cara melangkah
catur. Mereka menjadi lebih berkeyakinan apabila terlibat dalam pertandingan.

Program ini juga mendapat sokongan dan kerjasama erat yang


diberikan oleh semua warga sekolah sama ada guru, pekerja swasta, PIBG dan
murid. Program ini juga berjaya meningkatkan hubungan baik di antara pihak
sekolah dengan sekolah jiran yang terlibat. Kesimpulannya, untuk memastikan
kejayaan sesuatu program semua pihak perlu bekerjasama dan melaksanakan
tugasan masing-masing dengan penuh komitmen.

Walau bagaimanapun, program ini dilaksanakan bagi memenuhi


program NPQEL dan dibuat dalam masa 8 minggu sahaja. Untuk memastikan
sesuatu program mencapai kejayaan, sebenarnya memerlukan tempoh masa
yang lebih lama dan berterusan . Oleh yang demikian, pihak sekolah
mengharapkan program ini dapat berterusan supaya ahli Kelab Catur dapat
menghasilkan pemain catur yang lebih berkualiti dan bilangan pelapis pemain
catur turut meningkat bilangannya.

59
BAB 5

REFLEKSI

Projek yang dirangka melalui perjanaan strategi, pelan tindakan dan pelan
operasi yang teratur ini telah berjaya mencapai objektif, 80% murid kelab catur
yang dapat menguasai kemahiran asas catur dan juga berjaya melibatkan 80%
murid ahli kelab catur dalam pertandingan. Kejayaan pelaksanaan projek
banyak bergantung kepada kepimpinan guru besar dan kumpulan pemimpin
pertengahan serta ahli jawatankuasa projek bijak catur yang begitu komited
untuk melihat ahli kelab menguasai kemahiran asas catur dan seterusnya dapat
menjadi pelapis pemain catur yang cemerlang. Melalui pelaksanaan projek ini,
keberkesanannya dapat dilihat dan dibincangkan dalam beberapa aspek
seperti kepimpinan dan pengurusan projek, kekuatan dan cadangan
penambahbaikan.

5.1 Aspek Kepimpinan dan Pengurusan


Penambahbaikan adalah perubahan, iaitu dari sartu keadaan atau tahap ke
satu keadaan atau tahap yang lebih baik lagi. Tidak ada had bagi keadaan atau
tahap yang lebih baik itu. Maknanya keadaan atau tahap yang lebih baik itu
tidak ada kesudahan. Oleh yang demikian, penambahbaikan memerlukan
kepimpinan, khususnya dari pihak pengetua/guru besar dan seterusnya guru-
guru yang berada di pelbagai peringkat dalam hierarki struktur sekolah.
Guru besar yang mengamalkan corak kepimpinan strategik (Davies B.,
dan Davies B.J.,2005) dalam Projek Bijak Catur telah membawa sekolah ke
mercu kejayaan yang lebih baik menerusi perancangan strategik. Selain itu,
guru besar juga mengamalkan kepimpinan invitational (Novak J.M., 2005) di
mana beliau bekerja bersama-sama dengan guru dan murid, membangun dan
memotivasikan serta mendidik mereka untuk memajukan sekolah. Ini dapat
dilihat daripada guru besar yang barangkali menekankan kepentingan
kokurikulum terhadap murid dalam mesyuarat guru, perjumpaan warga sekolah
atau pada masa perhimpunan.
Sepanjang tempoh perancangan dan pelaksanaan Guru Besar sekolah
ini telah memainkan peranannya sebagai mentor dan banyak memberikan

60
inspirasi kepada pengkaji dan guru-gurunya . Bidang tugas guru besar bukan
hanya terbatas menjalankan pentadbiran sekolah supaya berjalan dengan
lancar malah juga sebagai pemimpin yang dapat merangsangkan guru-guru di
bawahnya menjalankan tugasnya dengan lebih efektif. Sokongan dan
komitmen Guru Besar dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan
pelaksanaan Projek Bijak Catur ini selain mampu memberi kesan yang
berpanjangan.
Alma Harris (2002) mencadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil
oleh seorang pemimpin sekolah dalam mengusahakan dan melaksanakan
penambahbaikan sekolah. Antaranya termasuklah seorang pemimpin sekolah
perlulah memaksimumkan potensi para guru melalui kepimpinan invitational.
Sepanjang latihan asas catur yang dibimbing oleh jurulatih catur jemputan,
bukan sekadar guru-guru catur sahaja, namun mana-mana guru yang berminat
catur turut digalakkan belajar bersama tentang strategi dan teknik bercatur.
Untuk murid yang bukan ahli kelab catur, mereka juga diberi peluang untuk
menyertai latihan asas yang dijalankan pada cuti sekolah. Kepimpinan
invitational ini menghargai keunikan dan potensi para guru dan murid dan
percaya mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan yang hebat.
Selain daripada itu, beliau juga mempunyai kemahiran interpersonal
yang baik untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Kemahiran ini
diperlihatkan oleh Guru Besar apabila beliau dapat membuat jaringan
perhubungan dengan pihak PIBG untuk mendapatkan sokongan dan sumber
kewangan bagi menjalankan projek ini. Kemahiran interpersonal yang tinggi
juga membolehkan beliau melantik jurulatih jemputan yang berpengalaman
untuk menjayakan aktiviti bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kemahiran ini juga ditunjukkan oleh beliau dalam usaha membina semangat
kerja berpasukan dalam kalangan guru-guru. Selain itu, beliau juga dapat
menjalinkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru, murid-murid, ibu bapa
dan komuniti luar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam projek tersebut.

Menurut Hussein Mahmood (2016) dalam buku Kepimpinan dan


keberkesanan Sekolah, di samping kepimpinan pengetua/guru besar,
penambahbaikan sekolah amat memerlukan kepimpinan guru. Guru adalah

61
pelaksana segala usaha untuk menambahbaikkan sekolah. Andaiannya ialah
penambahbaikan sekolah ini adalah kepunyaan bersama, dan oleh itu, perlu
dilakukan bersama. Dengan demikian, pemahaman dan matlamat serta nilai
yang menjadi asas pelaksanaan penambahbaikan ini dapat dikongsi bersama
dan inilah pati kepimpinan guru secara kolektif.
Dalam pelaksanaan Projek Bijak Catur, guru penyelaras catur telah
memainkan peranannya untuk mempengaruhi guru-guru yang lain untuk
membangunkan aktiviti Kelab Catur dan jika ada permasalahan, ia dapat
dirundingkan dan diatasi. Kepimpinan distributif seperti ini juga memberi
peluang untuk guru-guru memimpin dan ini boleh melahirkan rasa kepunyaan
bersama terhadap penambahbaikan sekolah.
Impak kepada peserta NPQEL pula, pelaksanaan projek ini memberi
pengalaman dalam memimpin dan mengurus setelah diamanahkan sebagai
pengurus Projek Bijak Catur. Bermula dengan merangka pelan strategi,
pelaksanaan projek sehinggalah kepada penilaian projek. Setiap peringkat itu
memerlukan kemahiran memimpin dan mengurus yang berkesan demi
memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar.
Kesimpulannya, kepimpinan merupakan faktor penting dalam
menentukan kejayaan sesuatu projek penambahbaikan yang dilaksanakan di
sekolah. Projek Bijak Catur yang dilaksanakan ini mendapat sokongan dan
kerjasama yang sangat baik daripada barisan pengurusan dan guru-guru
jawatankuasa sekolah ini. Dengan yang demikian, semangat kerja sepasukan
dapat dibudayakan seterusnya menjadi pemangkin kepada penambahbaikan
dan peningkatan pencapaian kokurikulum sekolah.

62
5.2 Kekuatan Projek
5.2.1 Sokongan Kepimpinan

Semua cadangan aktiviti yang dibentangkan kepada pihak pentadbir mendapat


sokongan penuh daripadanya kerana beliau sangat berharap aktiviti-aktiviti
tersebut dapat membantu murid meningkatkan kemahiran bercatur murid dan
seterusnya memperbanyakkan peluang murid dalam penglibatan pertandingan
catur. Komitmen dan kepakaran guru besar dalam memimpin pasukan kerja
projek ini dengan memberi galakan, idea, pandangan serta mengamalkan
delegasi terkawal dalam kalangan guru-guru juga dapat memastikan projek
dijalankan dengan lancar.

5.2.2 Kerjasama Guru-guru

Pelaksanaan Projek Bijak Catur memerlukan kerjasama ahli jawatankuasa


projek yang terdiri daripada guru-guru di sekolah ini. Guru- guru yang terlibat
dalam program ini sentiasa melaksanakan tugas dengan baik dan sentiasa
amanah terhadap tugas yang diberikan. Guru-guru juga sentiasa mengamalkan
kerja secara berpasukan.

5.2.3 Kerjasama Murid


Murid-murid telah menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam membantu guru-
guru bagi menjayakan program ini. Mereka melibatkan diri secara aktif
menunjukkan mereka berminat dalam setiap aktiviti Kelab Catur. Walaupun
murid-murid dipanggil datang balik ke sekolah semasa cuti, mereka tetap
memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang latihan asas catur yang
dijalankan semasa cuti sekolah. Selain itu, murid tetap menunjukkan motivasi
yang tinggi walaupun masa latihan asas catur telah ditambah selama 30 minit
daripada 1 jam sehingga 1 jam 30 minit atas permintaan jurulatih jemputan.

5.2.4 Jalinan Hubungan Luar


Jalinan hubungan luar yang baik seperti PIBG yang sentiasa memberikan
kemudahan kewangan. Walaupun perbelanjaan untuk Projek Bijak Catur ini
tidak melibatkan kos tinggi hanya RM 300.00 sahaja namun program sandaran

63
ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik jika tiada peruntukan dan sokongan
daripada pihak PIBG.
Hubungan yang baik antara sekolah berdekatan juga sangat membantu
dalam perkongsian ilmu catur dan cara pengurusan kelab di sekolah sandaran.
Selain daripada ini, jurulatih jemputan, En. Chua turut menyalurkan berita yang
baik kepada pihak sekolah pada kali pertama latihan asas catur dijalankan.
Beliau menyatakan bahawa segala elaun untuk jurulatih akan dikecualikan
kerana beliau selaku wakil daripada Kelab Catur Lipis ingin memberi sedikit
sumbangan kepada sekolah sandaran. Kos perbelanjaan untuk projek ini turut
dikurangkan sebanyak RM 400 kerana jalinan hubungan luar yang baik ini.

5.2.5 Sokongan Ibu Bapa


Ibu bapa juga turut memberi sumbangan dalam program ini di mana mereka
sanggup memberi kerjasama menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk
menghadiri latihan asas semasa cuti sekolah. Selain daripada itu, terdapat juga
seorang ibu turut menyumbang 5 set catur kepada pihak sekolah untuk
menyempurnakan projek ini. Tanpa sokongan daripada mereka, aktiviti yang
dirancangkan tidak akan dilaksanakan dengan sempurna.

5.3 Kelemahan Projek

Kelemahan projek ini adalah lebih kepada cabaran dalam pelaksanaan. Antara
kelemahan yang dikenal pasti adalah dari segi kekangan masa dan dan
sumber manusia.

5.3.1 Kekangan Masa


Tempoh masa yang singkat melaksanakan projek ini iaitu dalam tempoh lapan
minggu membataskan keputusan yang diharapkan dalam tempoh yang sama
banyak tugasan hakiki yang terpaksa diselesaikan. Tumpuan terhadap projek
ini sedikit terganggu. Tambahan pula masa pelaksanaan projek termasuk cuti
penggal sekolah selama dua minggu. Hanya pertandingan secara

64
persahabatan dapat dilaksanakan mengakibatkan impak daripada program ini
tidak dapat dinilai secara menyeluruh.

5.3.2 Sumber Tenaga


Sumber tenaga juga merupakan salah satu kelemahan sepanjang program
dijalankan. Guru penyelaras catur perlu menghadiri latihan koir sempena Hari
Guru Peringkat Daerah Lipis. Dua orang guru catur yang terlibat dalam kursus
dan ada yang membawa murid menyertai pertandingan di luar sekolah. Pihak
kepimpinan terpaksa mengaihkan tugas kepada guru yang lain supaya
pelaksanaan projek tidak tergendala.

5.3.3 Penglibatan Murid


Oleh kerana sasaran projek hanya tertumpu kepada 20 orang ahli Kelab Catur
sahaja, peluang untuk memilih pelapis permainan catur adalah terhad. Dengan
enrolmen murid seramai 300 orang, pasti ada murid yang berbakat catur tidak
mempunyai peluang untuk menyertai latihan asas di bawah bimbingan jurulatih
yang berpengalaman.

5.4 Cadangan Penambahbaikan

Kekuatan dan kelemahan projek yang telah dikenal pasti membolehkan


penambahbaikan dibuat. Cadangan penambahbaikan boleh dibuat melalui
proses post-mortem selepas sesuatu program atau projek dilaksanakan.
Proses ini bertujuan mengkaji tentang punca kelemahan supaya punca
kelemahan yang sama tidak berulang pada yang akan datang.
Meneliti kepada kekangan masa, penulis mencadangkan program ini
perlu dilakukan lebih awal dan berterusan. Sebagai contoh, pelaksanaan
program ini perlu dimulakan dengan pemilihan calon yang berbakat pada awal
tahun. Semua murid yang berminat diberi peluang untuk menyertai latihan asas
catur tetapi bukan terhad kepada ahli Kelab Catur sahaja. Hal ini kerana, kelab
catur hanya terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja, murid yang berminat
catur nya dapat menyertai aktiviti catur seawal-awalnya semasa tahun 4. Ini
agak terlambat untuk melatih pelapis catur yang berpotensi sedangkan ramai
pemain catur telah dicungkil bakat mereka sejak umur 4 atau 5 tahun.

65
Pemantapan pengurusan Kelab Catur juga diperlu dilakukan dimana
AJK kelab ini perlu berbincang bersama dengan Guru Besar dan merancang
aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid dan memusatkan mereka. Sekolah
boleh membudayakan permainan catur dengan menyediakan peralatan catur
yang mencukupi dan bilik catur yang lebih kondusif. Bilangan tapak papan
catur juga boleh ditambah supaya murid boleh mengisi masa lapang mereka
melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan catur mengikut kreativiti mereka.
Selain daripada itu, pelbagai program catur yang melibatkan pihak ibu
bapa boleh dijalankan supaya lebih ramai ibu bapa didedahkan dengan
manfaat catur dan seterusnya menggalakkan anak-anak mereka bercatur.
Kesimpulannya, semua cadangan penambahbaikan yang diperjelaskan
di atas mampu mengatasi segala kelemahan yang terdapat dalam Projek Bijak
Catur. Pelaksanaan projek ini adalah untuk melihat output dalam jangka masa
yang singkat, namun segala kelemahan yang timbul diberi cadangan
penambahbaikan untuk jangka masa panjang ke arah pencapaian outcome
yang dihasratkan.
Segala cadangan penambahbaikan ini perlu digerakkan secara
menyeruluh yang dimulai oleh kumpulan pengurusan sekolah. Budaya kerja
sepasukan yang telah wujud dalam persekitaran organisasi sekolah
diperkasakan. Dengan pelaksanaan program ini sebagai projek rintis ke arah
mewujudkan budaya kerja cemerlang di SJKC Chung Hwa. Seterusnya
meningkatkan pencapaian kokurikulum sekolah kepada tahap yang lebih baik.

5.5 Rumusan

Sesuatu projek yang telah dilaksanakan sudah tentu ada kekuatan dan
kelemahannya. Kekuatan juga perlu ditambahbaik supaya ia akan bertambah
baik. Kelemahan sudah tentunya mesti dibuat penambahbaikan supaya ia juga
akan bertambah baik. Penambahbaikan sesuatu program melibatkan aspek
kepimpinan, guru, murid dan komuniti. Aspek yang terpenting adalah
kepimpinan. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
sepertimana yang termaktub dalam elemen lima iaitu menempatkan pemimpin
sekolah yang berprestasi tinggi di semua sekolah. Pemimpin yang berkualiti dan

66
berkesan mestilah berani membuat perubahan dan dapat mempengaruhi orang
bawahannya untuk bersama-sama berada dalam satu halatuju yang jelas.

Kejayaan pelaksanaan program sandaran ini juga berkait rapat dengan


sikap terbuka semua warga sekolah untuk turut serta membantu dan memberi
sokongan yang diperlukan. Budaya kerja kondusif yang sedia wujud di sekolah
ini juga sedikit sebanyak telah membentuk kualiti pelajar, guru serta pemimpin
di sekolah ini.

Akhir sekali kejayaan pelaksanaan program sandaran ini juga berkait


rapat dengan sikap terbuka semua warga sekolah terutamanya guru dan murid
untuk turut serta membantu dan memberi sokongan yang diperlukan. Selaku
pemimpin tertinggi sekolah, guru besar dilihat berjaya mengekalkan budaya
kerja cemerlang sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru-guru dan kakitangan
di sekolah ini. Sesungguhnya kejayaan sesebuah organisasi khasnya sekolah
amat bergantung kepada kepimpinan guru besarnya.

67
RUJUKAN

Alma Harris. (2002). School Improvement: What’s in it for schools. London:


RoultledgeFalmer.

Charles Hertan. (2015). Basic Chess Opening For Kids :Play Like a Winner from
Move One. Netherlands: New In Chess.

Davies,B. & Davies, B.J.(2005). The Essentials of School Leardership. Thousand


Oaks, California: SAGE Publications Inc.

Hussien Mahmood. (2016). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah: edisi kedua.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Ringkasan Eksekutif Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kuala Lumpur.

Novak J.M.(2005). The Essentials of School Leardership. Thousand Oaks, California:


SAGE Publications Inc.

Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. (2015). Buku Pengurusan Kokurikulum. Unit


Kokurikulum, Bahagian Sekolah. KPM.

Pekeliling Ikhtisas. (1971). Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah: Bil.8


tahun 1971(2d). International Law book Services: Selangor

Rowman & Littlefield. (2010). Chess for Everyone: A Step-by-Step Guide to Rules,
Moves & Winning Strategies. Guilford: Morris Book Publishing, LCC.

Yahya Don. (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS


Profesional Publishing Sdn. Bhd.

68

You might also like