You are on page 1of 110

BAB 1

PROFIL SEKOLAH

1.1 Latar Belakang Sekolah

1.1.1 Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah, Kanowit merupakan sekolah kurang murid dan
telah ditubuhkan pada tahun 1955. Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah ini
ditubuhkan secara gotong royong bersama-sama dengan masyarakat setempat.
Individu yang memainkan peranan yang penting dalam penubuhan sekolah ini ialah
En Gabriel Girang dan juga merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini.
Disamping itu, semasa proses mendirikan sekolah ini masyarakat setempat bukan
sahaja bersama-sama membina sekolah ini tetapi turut juga menyumbangkan
bahan-bahan pembinaan seperti kayu, papan, dan atap kepada sekolah yang dibawa
melalui air sungai Tuah. Tapak untuk mendirikan sekolah ini pula, telah diberikan
secara percuma oleh salah seorang penduduk setempat iaitu En. Kanang Ak Lau
serta sekolah dibina hasil inisiatif penduduk setempat sendiri. Setelah didirikan atas
usaha masyarakat setempat sekolah ini telah menerima bantuan oleh Kerajaan
Tempatan dengan menaik taraf Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah ini pada tahun
1960an. Pihak Kerajaan Tempatan membayar pampasan sebanyak RM250 untuk
mengantikan pokok buah-buahan dan getah yang telah ditumbangkan si sekitar
kawasan sekolah yang bertujuan untuk memperbesarkan lagi kawasan sekolah ini.

Setelah terbinanya sekolah ini oleh masyarakat setempat, sekolah ini hanya
mempunyai sebuah kelas dan seorang guru yang mengajar di sekolah ini. Tetapi
sekarang sekolah ini telah dilengkapkan dengan tiga buah bangunan kelas untuk
Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 14 orang tenaga pengajar termasuk Guru
Besar yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah. Di samping itu,
seorang Pembantu Tadbir (PT), dua orang Pembantu Operasi (PO) atau Tukang

1
Masak juga turut berkhidmat di sekolah ini. Demikian juga, seorang Penyelia
Asrama (PA) bersama 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah
ditugaskan untuk berkhidmat di sini. Jumlah staf terkini yang berkhidmat di
sekolah ini adalah seramai 22 orang. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai Kelas
Pra sekolah yang bermula pada tahun 2004 dan Kelas Pemulihan Khas pada tahun
2007.

1.1.2 Visi Dan Misi Sekolah

1.1.2.1 VISI SEKOLAH


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
1.1.2.2 MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

1.1.3 Objektif Sekolah

Terdapat lima objektif untuk direalisasikan oleh semua warga SK Sungai Tuah,
Kanowit ialah :
1. Skor GPS di bawah 2.48 dalam UPSR.
2. Memastikan kehadiran murid sekurang-kurangnya 95% dalam kegiatan
kokurikulum.
3. 0% pelanggaran kes salah laku serius dalam disiplin semua murid.
4. Menyediakan persekitaran sekolah kondusif, ceria dan selesa untuk semua
murid.
5. Memastikan pengurusan dan pentadbiran yang cekap.

1.1.4 Falsafah Dan Nilai Sekolah

“Berusaha, Berilmu dan Berbakti Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”


Bagi mencapai falsafah ini, Nilai Sekolah diamalkan dan diterapkan dalam bidang-
bidang tugas:-

2
Memahami dan menghayati:
o Falsafah Pendidikan Kebangsaan
o Visi, Misi dan Objektif Sekolah
Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan KPM
setiap masa
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada murid
Mencapai objektif bagi setiap tugas yang diamanahkan
Mengamalkan kerja secara berpasukan.
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
Mengamalkan perkhidmatan penyayang
Kepemimpinan melalui teladan
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran

1.1.5 Piagam Pelanggan

Kami warga SK Sungai Tuah, Kanowit dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
dan berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk memastikan
tanggungjawab-tanggungjawab berikut akan dipenuhi:

Tanggungjawab Kepada Murid :


• Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang
ditetapkan
dalam jadual waktu.
• Memeriksa buku latihan / lembaran kerja murid selewat-lewatnya tiga hari selepas
dikumpulkan.
• Memastikan kebajikan murid sentiasa diambil tindakan serta-merta.
• Memastikan sahsiah, keperluan dan hak murid di sekolah terbela dan terpelihara.

3
Tanggungjawab Kepada Guru Dan AKP :
• Memaklumkan kepada semua staf segala edaran daripada “stakeholders” dibuat
selewat-lewatnya 3 hari daripada tarikh surat diterima.
• Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
• Sentiasa berusaha mempertingkatkan sahsiah dan kualiti kerja guru dan
kakitangan
supaya dapat memberikan hasil kerja yang optimum.

Tanggungjawab Kepada Ibubapa :


• Segala aduan dan rayuan secara bertulis diproses dalam masa seminggu.
• Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 40 minit sebelum
dihantar kepada pihak berkenaan.
• Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini berkaitan pencapaian prestasi
akademik anak-anak.
• Memastikan ibu bapa dimaklumkan dengan segera jika anak mereka terlibat
dengan
masalah disiplin yang serius.

Tanggungjawab Kepada Komuniti :


• Memberikan kerjasama yang erat dan padu kepada semua program dan akitiviti
kemasyarakatan.

Tanggungjawab Kepada “Stakeholder” :


• Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada “stakeholders”
selewat-
lewatnya tiga hari selepas surat diterima atau tepat pada masa yang dikehendaki.

4
1.1.6 Lencana Sekolah

Gambar 1: Lencana Sekolah

1.1.6.1 Tafsiran Lencana

i) Maksud Warna

Biru : Murni / Kesucian

Hijau : Bersemangat untuk maju

Merah : Keberanian / Cekal mebghadapi cabaran

: Mempunyai matlamat atau wawasan

ii) Maksud SimbolGambar/Logo

Obor :

Bidang kokurikulum juga diutamakan di samping melahirkan insan yang


cemerlang di dalam bidang akademik

5 Bulatan kecil yang bersambung :

Guru, warga sekolah, PIBG, komuniti setempat dan agensi swasta sentiasa
bekerjasama di dalam semua bidang dalam memimpin pelajar untuk
mencapai kejayaan

5
Buku yang dibuka :

Melahirkan insan atau pelajar yang berilmu. Ilmu amat penting bagi
melahirkan generasi yang berpendidikan dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek

Alat Geometri dan Sains :

Ke arah melahirkan pelajar atau generasi yang mahir di dalam bidang Sains
dan Teknologi, sejajar dengan pembangunan negara kian maju

Graduan :

Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan di


dalam bidang akademik hingga ke menara gading

iii) Motto / Cogankata :

BERUSAHA

Berusaha dengan tekun dan cekal serta yakin untuk mencapai kejayaan di
dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum

BERILMU

Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan di dalam semua bidang

BERBAKTI

Menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada seluruh masyarakat untuk


kesejahteraan Agama, Bangsa dan Negara

1.1.7 Motto Sekolah

Motto sekolah yang telah dijadikan pegangan oleh warga SK Sungai Tuah, Kanowit
ialah “Berusaha, Berilmu, Berbakti”. Motto ini adalah bagi memberikan semangat
dan rangsangan kepada warganya untuk memastikan sekolah akan dijana serta
dipimpin seiring dengan motto sekolah.

6
1.1.8 Lagu Sekolah

Indah Dan Permai Sentiasa,


Sekolahku Yang Tercinta
Tetap Diingat Sentiasa
Cita Ku Tertanam Selamanya

Semarak Semangat Menuntut Ilmu


Disiplin Dan Jati Diri Disemai
Mendidik Warga
Berbudi Pekerti
Dalam Aman Damai

Chorus:
Berusaha, Berilmu, Berbakti
Semangat Juara Membara,
Mencapai Visi Matlamat Yang Satu
Menuju Puncak Jaya

Sungai Tuahku Megah Di Hati


Teguh Dan Tabah Menabur Budi
Cekal Bersama Keikhlasan Diri
Bimbinglah Kami
Meniti Hari……

Lirik Asal: Cikgu Lawrence Anak Kail


Gubahan muzik: Cikgu Lawrence Anak Kail

1.1.9 Struktur Organisasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah, Kanowit merupakan sekolah yang terletak di


kawasan luar bandar dan merupakan sekolah kurang murid. Sekolah ini dipimpin
oleh Encik Anthony Anak Barnabas Angkis merupakan seorang Guru Besar yang
mempunyai gaya kepimpinan intruksional serta mempunyai sifat kepimpinan yang
baik.

7
Bagi melancarkan lagi pengurusan sekolah beliau telah dibantu oleh 3 orang
Guru Penolong Kanan iaitu Encik Abang Abdul Rahim Bin Drahman merupakan
Penolong Kanan Kurikulum, Puan Evelyn Ak Jarit selaku Penolong Kanan HEM
dan Encik Enzebius Anak Moses Sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Selain
itu, terdapat 10 orang Guru Akademik Biasa dan 8 Orang Anggota Kumpulan
Perlaksana. Struktur pengurusan organisasi sekolah yang lebih lengkap rujuk
lampiran A.

1.1.10 Lokasi Dan Lakaran Sekolah

Sk
Sungai
Tuah

Pekan
Kanowit

Rajah 1 : Lokasi Sekolah

8
*Pelan tidak mengikut skala

12
Sungai
X U

11
V
10 Q U
TAHU
T
TAHU
S
9 STOR
R W
BLOK
P GELANGGANG
O

N M
Jalan Berbumbung

6 7 8

3
Padang Sekolah
KOLAM KOLAM
Tempat Letak Kereta
(BERPAGAR) (TIDAK BERPAGAR)
Jalan L 5
Masuk
1
4
2

A
D E F G H I J K
B
Petunjuk
A – Kuartes Guru J – Kuartes Guru S – Stor Sukan 4 – Pondok RMT
B – Kuartes Guru K - Kuartes Guru T – Kelas Tahun 3 5 – Pondok Sayangku Sifir
C C – Pusat Sumber/Bilik Pemulihan L – Pra Sekolah U – Kelas Tahun 4 6 – Tandas Murid
D – Bilik ICT M – Stor Makanan V – Bilik Sains 7 – Pondok Serbaguna
E – Kelas Tahun 1 N – Kuartes Guru W – Kuartes Guru 8 - Astaka
F – Kelas Tahun 5 O – Asrama X – Kuartes Guru 9 – Tempat Mencuci Pingan
G – Kelas Tahun 6 P – Pej PA/Bilik Rawatan 1 – Pondok Jaga 10 – Stor Am
H – Bilik Guru Q – Dewan Makan 2 – Tandas Guru 11 – Bilik Mandi
I – Pejabat AM/Bilik GB R – Kelas Tahun 2 3 – Pondok Generator 12 – Tandas Murid

Rajah 2 : Pelan Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah, Kanowit

9
1.1.11 Kemudahan Di Sekolah

Di SK Sungai Tuah mempunyai kawasan yang agak terhad kerana keluasan tanah
yang dijadikan sekolah agak kecil. Disebabkan itu agak sukar untuk menempatkan
kemudahan-kemudahan lain yang memerlukan kawasan yang luas. Walau
bagaimanapun kemudahan setakat ini agak mencukupi untuk menampung
perjalanan sekolah berdasarkan enrolmen pelajar dan cuma setakat ini kekurangan
agak ketara ialah rumah guru.

Di samping itu, walaupun keadaan kemudahan yang agak tidak mencukupi


tetapi sekolah amat bertuah kerana masyarakat di sini sentiasa menitikberatkan
kemudahan terutamanya untuk murid-murid. Oleh itu, pihak PIBG sentiasa
memberi bantuan dari segi kewangan dan tenaga untuk membantu sekolah
membaik pulih kemudahan serta membina kemudahan-kemudahan yang kurang
dan rosak. Jadual di bawah ini memaparkan kemudahan-kemudahan yang terdapat
di Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah.

Jadual 1: Senarai Kemudahan Dan Prasarana Berdasarkan Pelan


Sekolah Seperti Dalam Rajah 2 Diatas.

Bil. Kemudahan Jumlah

1. Bilik PdP 1. Bilik Darjah 6

2. Pra-Sekolah 1

3. Kelas Pemulihan 1

3. Bilik Khas 1. Bilik Pusat Sumber/Perpustakaan 1

2. Bilik Skim Pinjaman Buku Teks 1

3. Bilik Sains 1

10
4. Bilik Stor Am 1

5. Bilik Stor Sukan 1

6. Bilik Stor Makanan 1

4. Bangunan Khusus 1. Dewan RMT 1

2. Pondok Pengawal 1

5. Bilik Pentadbiran 1. Bilik Pejabat Am 1

2. Bilik Pejabat Guru Besar 1

3. Bilik Pejabat GPK 3

4. Pejabat Guru 1

6. Asrama 1. Asrama Pelajar Lelaki 1

2. Asrama Pelajar Perempuan 1

7 Kuarters 1. Kuarters Sebiro 2

2. Kuarters Dibina Municipal 3


Council
3. Kuarters Dibina secara bergotong 2
royong
8. Kemudahan Lain 1. Dapur 1

2. Padang Serbaguna 1

3. Dewan Makan 1

4. Tandas Guru 1

5. Tandas Murid 2

11
1.1.9 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. Sungai Tuah telah ditubuhkan dan
didaftar mengikut Jadual ketiga Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998 pada 28 Disember 1999 dengan
nombor pendaftaran : 74/99 (R). Sejak penubuhannya PIBG sentiasa bergiat aktif.
Ahlinya banyak membantu sekolah dalam pelbagai bidang sama ada akademik,
HEM mahupun kokurikulum. Walaupun mereka kurang menyumbang dari segi
kewangan kerana kebanyakan ahli PIBG adalah para petani dan tidak mempunyai
pendapatan yang tetap, namun mereka banyak membantu dari segi tenaga dan
kepakaran secara sukarela. Malah mereka sanggup bekerja beberapa hari jika
diperlukan.

Motto PIBG “Beserakup Ngemansang Ke Anembiak” (Bersatu memajukan


generasi muda) berganding bahu dengan pihak sekolah menjalankan aktiviti dan
program yang memberi impak besar ke atas kecemerlangan sekolah antaranya ialah
Program Learn English Family, Kem Motivasi, Program Jejak Murni Murid LINUS
ke rumah panjang, Ceramah Penutur Jati, Program Pensifaran Murid Masalah
Pembelajaran, Program Mentor Mentee, Projek KIOSK dan lain-lain lagi.

Sumbangan dan penglibatan oleh PIBG sekolah telah banyak menaikkan


pencapaian dan kecemerlangan sekolah amnya dan murid-murid khasnya. PIBG
SK Sungai Tuah pernah dinobatkan juara Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat
Daerah Kanowit pada 2012. Sumbangan dan penglibatan ini telah diangkat oleh
pihak sekolah untuk dipertandingkan ke peringkat negeri pada 2013. Setelah
berstatus juara peringkat negeri, seterusnya PIBG SK Sungai Tuah, Kanowit
terlibat dengan pertandingan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat kebangsaan.
Sempena Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013, Anugerah
Kategori PIBG Sekolah Rendah Luar Bandar dianugerahkan kepada Persatuan Ibu
bapa dan Guru SK Sungai Tuah, Kanowit atas sumbangan yang sangat berharga
kepada murid-murid, guru-guru dan masyarakat setempat. Rajah di bawah
merupakan carta organisasi PIBG sesi 2017/2019:-

12
EX-OFFICIO/PENASIHAT
CIKGU ANTHONY AK BARNABAS ANGKIS
GURU BESAR

YANG DI-PERTUA
EN. SUDIN ANAK PENGARAH

NAIB YANG DI-PERTUA


EN. JOSEPH

SETIAUSAHA
CIKGU CHRISTINA AK ALI

BENDAHARI JURUAUDIT DALAMAN


CIKGU ANGELA AK LUAI CIKGU SEBLI

AHLI JAWATANKUASA
Cikgu Abg Abdul Rahim (PK Kurikulum)
Cikgu Evelyn Ak Jarit ( PK HEM)
Cikgu Enzebius Ak Moses ( PK KK)

Wakil Dari Rumah Panjang dan Ladang

En. Sylvester Simon ( Rh Henry John)


Pn. Sani Jambai (Rh Kendawang)
Pn. Jembal Kujat (Rh Pius Kujat)
En. Julin Mani (Rh Boniface Vincent)
Pn. Lina Bidin (Rh Moses Enteri)
Pn. Florence George (Rh Joshua Medan)
En. Tedong Mani (Rh. Tedong Mani)
Pn Jenifer Jenis (Rh Lily)
En. Edward Enjah (Rh Enjah)
En. Jenggu ( Rh Mengu)
Pn Caroline George (Wakil Ladang)

Rajah 3 : Barisan EXCO PIBG SK Sungai Tuah, Kanowit Sesi 2017/2019

13
1.2 Data/Statistik

1.2.1 Enrolmen Murid

SK Sungai Tuah, Kanowit merupakan sekolah kurang murid dan tahun 2017
ini hanya mempunyai enrolmen murid seramai 77 orang seperti data pada 1 Mei
2017. Sesi persekolahan adalah sesi pagi sahaja. Bilangan kelas pula adalah 8
buah termasuk kelas pemulihan dan kelas prasekolah. Murid-murid yang
bersekolah di sini adalah di kalangan penduduk yang tinggal di sekitar sekolah
dan anak-anak staf sekolah. Pecahan murid mengikut kelas dan jantina adalah
seperti berikut:-

Jadual 2 : Enrolmen Murid Seperti Pada 1 Mei 2017

BILANGAN MURID MURID ASRAMA

KELAS L P JUMLAH L P JUMLAH

Pra 9 8 17 - - -

Tahun 1 3 5 8 2 3 5

Tahun 2 3 6 9 1 4 5

Tahun 3 5 4 9 3 3 6

Tahun 4 5 6 11 4 6 10

Tahun 5 7 6 13 6 5 11

Tahun 6 7 4 11 7 4 11

Jumlah 38 39 78 23 25 48

1.2.2 Bilangan Staf

SK Sungai Tuah tidak mempunyai staf yang banyak kerana ia bergantung


kepada bilangan murid-murid. Bagi menentukan bilangan staf di sekolah
enrolmen murid merupakan faktor utama yang mempengaruhi jumlah staf yang

14
diperuntukan oleh KPM. Oleh itu, untuk tahun 2017 ini SK Sungai Tuah,
Kanowit diperuntukan seramai 22 orang staf yang terdiri daripada 14 orang staf
akademik serta 8 orang staf bukan akademik.

Walaupun dirasakan tidak mencukupi bagi menampung keperluan tugas


yang semakin meningkat di sekolah tetapi kesemua staf ini perlu untuk
melaksanakan tugas masing-masing yang telah diperuntukkan demi untuk
mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadual 4 di bawah
menunjukan senarai staf akademik dan staf bukan akademik SK Sungai Tuah,
Kanowit.

Jadual 3 : Menunjukan senarai staf akademik dan staf bukan akademik SK


Sungai Tuah, Kanowit.
BIL NAMA JAN JAWATAN GRED
STAF AKADEMIK
1 Anthony Ak Barnabas Angkis L Guru Besar DG42 (KUP)
2 Abg Abdul Rahim Bin Drahman L PK 1 DG42(KUP)
3 Evelyn Ak Jarit P PK HEM DG34(KUP)
4 Enzebius Ak Moses L PK KK DG32
5 Christina Ak Ali P Guru DG34(KUP)
6 Mohammad bin Saie L Guru DG34(KUP)
7 Angela Ak Luai P Guru DG32 (KUP)
8 Sebli L Guru DG32(KUP)
9 Lawrence Ak Kail L Guru DG41
10 Mohd Firdaus L Guru DG41
11 Jeffery Ak Manggie L Guru DG44(KUP)
12 Mohd Hanif L Guru DG41
13 Siti Zuraida Binti Nasal P Guru DG32(KUP)
14 Abdul Malek L Guru DG41
STAF BUKAN AKADEMIK
1 Eswandie Bin Rian L PA N22(KUP)
2 Cathy Ak Jana P PPM N17
3 Regina Ak Unyang P PT N17
4 Hanisah Binti Sulong P PPM N17
5 Elizabeth P PPM N17
6 Elsie P PO N4
7 Phyllis P PO N4
8 Atong Ak Ngindang P PO N4

15
Jadual 4 : Menunjukan Bilangan Staf Mengikut Kaum

Melayu / Cina India


Bumiputera
Bangsa Jumlah
L P L P L P
Staf Akademik 10 4 0 0 0 0 14
Staf Bukan Akademik 2 6 0 0 0 0 8

1.2.3 Pencapaian Akademik Dan Kokurikulum Sekolah

1.2.3.1 Pencapaian Akademik Sekolah

Pencapaian akademik bagi SK Sungai Tuah agak memberangsangkaan. Ini


kerana berdasarkan rekod pencapaian akademik sekolah ini dalam masa
lima tahun kebelakang dapat menunjukkan peningkatan yang baik bukan
sahaja dalam keputusan-keputusan yang diperolehi oleh setiap
matapelajaran tetapi juga peningkatan dalam pencapaian GPS sekolah.
Dalam Jadual 6 dibawah memaparkan pencapaian akademik lima tahun
kebelakang SK Sungai Tuah, Kanowit.

Jadual 5 : Pencapaian UPSR Lima Tahun Kebelakang.

Jum
Bil. BM BM %
Tahun BI MT SN Calon GPS
Calon (PEM) (PEN) lulus
5A

2012 14 85.7 85.7 78.6 71.4 100 71.4 1 2.67


2013 9 100 88.9 88.9 77.8 100 77.8 0 2.54
2014 9 88.9 88.9 88.8 77.8 88.9 77.8 1 2.28
2015 16 100 100 100 87.5 100 87.5 0 2.55
2016 13 92.31 100 84.6 84.6 100 84.6 0 2.77
Tahun 2016 2015 2014 2013 2012 PERLAKSANAAN
PROGRAM/ AKTIVITI

16
BAND 2 2 2 2 2 KELAS TAMBAHAN,
GERAK GEMPUR
KEM MOTIVASI, KIOSK
PIBG
KLINIK UPSR, HARI
PERMUAFAKATAN
PROHRAM MENTOR
MENTEE
PROGRAM LEARN
ENGLISH FAMILY

Peratusan Pencapaian UPSR SK Sungai


Tuah, Kanowit
100
87.5 90.91
80 84.6
77.8 77.8
71.4
60

40

20

0
2012 2013 2014 2015 2016 Sasaran 2017

Peratusan UPSR

Rajah 4: Graf Pencapaian UPSR SK Sungai Tuah

17
Pencapaian GPS UPSR SK Sungai Tuah,
Kanowit
3
2.67 2.77
2.5 2.54 2.55 2.48
2.28
2
1.5
1
0.5
0
2012 2013 2014 2015 2016 Sasaran 2017

GPS UPSR

Rajah 5 : Pencapaian GPS UPSR SK Sungai Tuah

1.2.3.2 Pencapaian Kokurikulum Sekolah

Jadual 6 : Pencapaian Kelab Akademik dan Unit Beruniform

Bil. Nama Murid Kegiatan Peringkat/Pencapaian


1 1) Elyana Ricky
2) Fiona Sherina
Daerah : Johan
3) Cordeliana Empina Pesta Pantun
Bahagian :Naib Johan
4) Emerold Ederwis
5) Spincer Wincher
2 Semua Murid Tahun 4,5
Pertandingan Koir Daerah: Saguhati
&6
3 Elyana Ricky Bercerita BM Tahap Daerah : Johan
2 Bahagian: Ke-3
4 Jacquline Etang Bercerita BM Tahap
Daerah: Ke-3
1
5 Cordeliana Empina Karnival Kesenian
Daerah: Johan
dan Kebudayaan SR
Bahagian: Johan
Kategori Nyanyian
Negeri : Saguhati
Solo
6 Elyana Ricky Penilaian Tokoh
Bahagian: Johan
Nilam, Anjuran BTP
Negeri : Ke-5
Negeri Sarawak

18
7 1) Elyana Ricky Perkhemahan Unit Daerah
2) Fiona Sherina Beruniform NGO
3) Cordeliana Empina
4) Emerald Ederwis
5) Spincer Wincher
8 1) Elyana Ricky Perkhemahan Unit Negeri
2) Cordeliana Empina Beruniform
9 Jennesy Sanchez Pidato Piala Diraja Bahagian : Tempat Ke-4

Jadual 7 : Pencapaian Kelab Sukan dan Permainan

19
Bil. Nama Murid Acara Peringkat/Pencapaian
1 Tirza Long Ricky 1) Relay Bahagian :Emas
2 Milcolony Aidir Labang 1) Lompat Jauh
Bahagian: Emas
2) Relay
3 Flo Vil Liban Daerah : Emas
1) Lompat Tinggi
Bahagian: Gangsa
4 Elyanna Ricky Daerah : Emas
1) Relay
Bahagian: Emas
5 Cynthia Barnabas Daerah: Emas
1) Relay
Bahagian: Emas
6 Mc Koy Akam Derah: Emas
1) Relay
Bahagian: Emas

1.2.4 Kejayaan-Kejayaan Sekolah Hingga Kini

Jadual 8:Kajayaan-kejayaan sekolah sehingga kini

BIL AKTIVITI PERINGKAT/PENCAPAIAN


Daerah : Johan (2012)
1 Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT)
Negeri : Saguhati (2013)
Daerah : Johan (2013)
Anugerah PIBG Cemerlang
2. Negeri : Johan (2013)
Kebangsaan : Saguhati (2014)
3. Pertandingan Lorong Anti Dadah Daerah : Johan (2013)
Berjaya bergerak dari GPS
4. Kecemerlangan Akademik 2.64(2011) kepada GPS 1.78
(2014)
Pertandingan Gigi Bersih Sepanjang Hayat
5. Bahagian : Johan
Anjuran Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu

1.2.5 Projek/Program yang sedang dijalankan

Terdapat beberapa program yang telah dijalankan masa ini antaranya ialah
program gerak gempur UPSR. Program ini adalah berfokuskan kepada murid-
murid tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR untuk tahun 2017. Antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program gerak gempur UPSR tahun ini
ialah kelas bimbingan yang dijalankan setiap hari yang telah bermula sejak bulan
mac. Turut akan dijalankan nanti ialah kem motivasi berkelompok yang akan
dijalankan secara berkelompok dengan 2 sekolah akan bergabung iaitu sekolah SK

20
Sungai Tuah dan SK Nanga Jih. Aktiviti ini akan dijalankan pada bulan Julai nanti.
Aktiviti ketiga dalam program gerak gempur ialah pecutan UPSR yang akan
dijalankan pada bulan ogos untuk memastikan murid-murid dapat mengapai
sasaran yang telah ditetapkan.

Program kedua yang sedang dijalankan setakat ini ialah Program 3K iaitu
kebersihan, kecerian dan keselamatan. Program ini dijalankan sepanjang tahun
2017 ini yang memfokuskan kepada meningkatkan kebersihan sekolah,
menceriakan sekolah dan juga meningkatkan tahap keselematan murid ketika
berada di sekolah. Program ini dijalankan melibatkan PIBG yang telah mengadakan
aktiviti gotong royong pada bulan Mei 2017 untuk menyimen laluan murid-murid
ketandas dan membuat bumbung untuk memudahkan mudahkan murid-murid ke
tandas. Ini adalah untuk memastikan murid-murid tidak tergelicir ketika pergi ke
tandas dan juga tidak ditimpa hujan juga.

Program ketiga yang sedang dijalankan ialah Program SERASI program ini
adalah anjuran kelab alam sekitar sekolah. Program ini menekankan tentang aktiviti
penghijauan dan aktiviti mencerikan sekolah menggunakan bahan-bahan terbuang.
Dalam program ini ia akan di nilai oleh jabatan alam sekitar yang akan dilakukan
pada bulan oktober 2017 nanti. Banyak aktiviti yang telah dijalankan dalam
program ini antaranya ialah membuat pasu bunga menggunakan tayar terbuang,
membuat hiasan menggunakan bahan terbuang seperti polistrin dan sebagainya.

BAB 2

PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

2.1 Kajian Keperluan

21
Di SK Sungai Tuah, Kanowit merupakan sekolah kurang murid Gred A. Terdapat
4 masalah yang telah di kenalpasti iaitu yang pertama ialah ada di kalangan murid-
murid masih lemah dalam penambahan, masalah kedua ialah ada juga di kalangan
murid masih bermasalah dalam penolakan, masalah ketiga ialah murid-murid
bermasalah dalam darab kerana tidak menguasai sifir dan masalah keempat yang
dikenalpasti ialah murid-murid tidak dapat membahagi kerana tidak menguasai
sifir.

Subjek matematik merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh murid-murid


kerana ia adalah mata pelajaran teras sama ada di sekolah rendah mahupun
menengah di seluruh negara. Pendidikan matematik ini bermatlamat agar murid-
murid dapat menguasai kemahiran matematik serta konsep asas matematik sejak
mereka di bangku sekolah rendah lagi. Matlamat ini perlu dicapai oleh setiap pelajar
supaya mereka tidak menghadapi kesukaran apabila ke sekolah menengah nanti.
Apabila melangkah ke sekolah menengah, sukatan pelajaran lebih susah dan
mencabar lagi.

Menurut Lilia Abdullah (1989, dalam Heng Ah Bee & Norbisham Had,
2002, mata pelajaran matematik pada amnya adalah susah kerana ia berkait dengan
hubungan abstrak, akan tetapi ada sesetengah bahagian yang mudah kerana ia
berkait dengan manipulasi simbol. Subjek matematik merupakan subjek yang
bertumpu kepada penguasaan kemahiran di mana seseorang itu perlu menguasai
sesuatu kemahiran sebelum mereka menguasai kemahiran yang lain. Oleh itu
pelajar perlu menguasai setiap kemahiran di dalam proses pembelajaran,
termasuklah kemahiran mendarab.

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas
matematik. Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas
yang sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya
menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang

22
melibatkan kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana
murid bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan

“The number facts of multiplication are more difficult for some students because
the patterns are less obvious and the number are larger. However, there are
students who count the addition facts but know the multiplication facts. This
phenomena occurs because the students are instruct to memorize the multiplication
facts, but are allowed to count the addition facts.”

2.1.1 Kenalpasti Masalah

Sebelum memilih untuk melaksanakan program sandaran terdapat beberapa cara


untuk mengenalpasti masalah utama yang terdapat di sekolah. Setelah berbincang
dengan guru pembimbing dan berdasarkan taklimat daripada IAB Sarawak
tumpuan masalah yang dikenalpasti di sekolah sandaran ialah berkaitan dengan
menambahbaik program-program sekolah serta menjurus kepada peningkatan
akademik.

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di sekolah matapelajaran


matematik merupakan salah satu matapelajaran yang akan dijadikan tumpuan
utama. Ini disebabkan kelemahan utama yang sering dikenalpasti berlaku ialah
murid-murid tidak dapat menguasai sifir dengan baik. Terdapat 5 cara untuk
mengenalpasti bahawa matapelajaran matematik di sekolah ini merupakan masalah
utama di sekolah terutamanya berkaitan dengan penguasaan sifir oleh murid-murid
iaitu melalui Analisis Peratusan Dan GPMP Pencapaian Sekolah Dalam
Peperiksaan Awam, Keputusan GPMP matematik, kaedah Sumbang Saran,
Keputusan AR 1 2017, Soal Selidik dan Pre Test.

i) Analisis Peratusan Dan GPMP Pencapaian Sekolah Dalam


Peperiksaan Awam

23
Faktor pertama mengenalpasti masalah dalam matapelajaran matematik
ialah menggunakan keputusan ujian yang dijalankan di peringkat pusat.
Dalam jadual 9 dan rajah 6 di bawah merupakan Pencapian peperiksaan
awam untuk sekolah ini dalam tempoh 5 tahun. Berdasarkan pencapaian
tersebut dapat diperhatikan bahawa pencapaian matapelajaran matematik
agak ketara lemah kerana setiap tahun peratusan kelulusan matapelajaran
matematik menunjukan peratusan yang rendah berbanding dengan
matapelajaran lain.

Jadual 9 : Analisis Peratusan Peperiksaan UPSR Dalam Tempoh 5 Tahun

Jum
Bil. BM BM MT %
Tahun BI SN Calon GPS
Calon (PEM) (PEN) lulus
5A

2012 14 85.7 85.7 78.6 71.4 100 71.4 1 2.67


2013 9 100 88.9 88.9 77.8 100 77.8 0 2.54
2014 9 88.9 88.9 88.9 77.8 88.9 77.8 1 2.28
2015 16 100 100 100 87.5 100 87.5 0 2.55
2016 13 92.3 100 84.6 84.6 100 84.6 0 2.77

24
Peratusan Pencapaian Semua Matapelajaran
Peperiksaan UPSR Dalam Tempoh 5 Tahun
120

100

80

60

40

20

0
BM Pemahaman BM Penulisan Bahasa Inggeris Matematik Sains

2012 2013 2014 2015 2016

Rajah 6: Analisis Peratus Pencapaian Semua Matapelajaran Peperiksaan


UPSR Dalam Tempoh 5 Tahun

Jadual 10 : Analisis GPMP Peperiksaan UPSR dalam tempoh 5 tahun

Jum
Bil. BM BM MT %
Tahun BI SN Calon GPS
Calon (PEM) (PEN) lulus
5A

2012 14 2.60 2.45 2.80 3.05 2.45 71.4 1 2.67


2013 9 2.45 2.25 2.75 3.00 2.25 77.8 0 2.54
2014 9 2.05 1.95 2.55 2.95 1.90 77.8 1 2.28
2015 16 2.25 2.20 2.75 3.10 2.45 87.5 0 2.55
2016 13 2.55 2.45 3.00 3.20 2.65 84.6 0 2.77

25
Analisis GPMP Semua Matapelajaran Dalam Peperiksaan
UPSR Bagi Tempoh 5 Tahun
2012 2013 2014 20142 2015

3.5
3.2
3.1
3 3 3.05
3
2.95
2.8
2.75
2.6
2.55 2.55 2.65
2.5 2.45 2.45 2.45
2.25 2.25
2.2 2.25
2 2.05 1.95 1.9
1.5

0.5

0
BM Pemahaman BM Penulisan Bahasa Inggeris Matematik Sains

Rajah 7: Analisis GPMP Semua Matapelajaran Dalam Peperiksaan UPSR


Bagi Tempoh 5 Tahun

Jadual 10 dan rajah 7 pula menunjukkan analisis pencapaian GPMP (Gred


Purata Matapelajaran bagi tempoh 5 tahun. Berdasarkan carta garis dalam
rajah 7 di atas jelas menunjukakan daripada 5 matapelajaran yang diuji
dalam peperiksaan UPSR matapelajaran matematik menunjukkan
keputusan GPMP yang tinggi setiap tahun dalam masa 5 tahun.

Dengan mencatatakan keputusan GPMP yang tinggi menunjukan


keputusan pencapian murid dalam matapelajaran matematik tiap-tiap tahun
lemah berbanding dengan pencapaian-pencapaian yang dicatatkan oleh
matapelajaran-matapelajaran lain.

ii) Sumbang Saran Dengan Guru Matapelajaran Matematik

Faktor kedua yang dilihat dalam mengenalpasti masalah dalam


matapelajaran matematik ialah dengan mengenalpasti pandangan peringkat
guru mengenai masalah matapelajaran matematik di sekolah sandaran. Oleh

26
itu, semua guru menggunakan kaedah Sumbang saran bagi mengenalpasti
masalah utama matapelajaran matematik yang dihadapi oleh murid-murid
di dalam kelas. Hasil daripada sumbang saran dan perbincangan dengan
semua guru di sekolah dapat dirumuskan di sini bahawa 4 daripada 5 kelas
yang hendak diberikan tumpuan mempunyai masalah tidak memnguasai
sifir.

Kelas-kelas yang dikenalpasti hasil daripada sumbang saran dan


perbincangan dengan semua ialah kelas tahun 2, tahun 3, tahun 4 dan tahun
5. Aktiviti Sumbang saran dan perbincangan telah dijalankan pada sebelah
petang di bilik ICT sekolah. Perbincangan dan sumbang saran ini
melibatkan semua guru bagi membincangkan dan mengenalpasti berapa
banyak murid-murid dikalangan tahun 2 hingga tahun 6 yang menguasai
dan tidak menguasai sifir.

Jadual 11: Analisis Sumbang Saran Dan Perbincangan Guru


Mengenai Penguasaan Sifir Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6

Bil Kelas
Bilangan % Bil Murid % Tidak Bil Murid
Murid Menguasai Menguasai Menguasai Tidak
Sifir Sifir Sifir Menguasai
Sifir
01 Tahun 9 11.11% 1 88.89% 8
2
02 Tahun 9 11.11% 1 88.89% 8
3
03 Tahun 11 36.36% 4 63.64% 7
4
04 Tahun 13 38.46% 5 61.54% 8
5
05 Tahun 11 54.55% 6 45.45% 5
6
Jumlah 53 32.08% 17 67.92% 36

27
Data Sumbang Saran Dan Perbincangan Guru
Matapelajaran Matematik Mengenai Penguasaan Sifir
Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6
88.89 88.89
90
80
67.92
70 63.64 61.54
60 54.55
50 45.45
36.36 38.46
40 32.08
30
20 11.11 11.11
10
0
TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 KESELURUHAN

% Menguasai Sifiri % Tidak Menguasai Sifir

Rajah 8 : Analisis Sumbang Saran Dan Perbincangan Guru Mengenai


Penguasaan Sifir Murid-murid Tahun 2 Hingga 6

Berdasarkan jadual 11 dan rajah 8 di atas menunjukan hasil aktiviti


sumbang saran dan perbincangan yang telah dijalankan dan semua guru
sebulat suara bersetuju dengan data yang telah diperolehi berkaitan dengan
peratusan dan bilangan murid yang menguasai dan tidak menguasai sifir
dari tahun 2 hingga tahun 6.
Bagi murid-murid tahun 2 sebanyak 11.11% atau seorang daripada
9 orang murid sahaja menguasai sifir dan 88.89% atau 8 orang daripada 9
orang murid tahun 2 tidak menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Kelas tahun 3
juga mencatatakan keputusan yang sama iaitu Cuma 11.11% atau seorang
daripada 9 orang menguasai sifir dan 8 orang daripadsa 9 orang atau 88.89
% tidak menguasai sifir. Bagi tahun 4 pula, sebanyak 36.36% atau 4 orang
daripada 11 orang menguasai sifir dan 63.64% atau 7 daripada 11 orang
tidak menguasai sifir. Kelas tahun 5 mencatatkan 38.46% atau 5 daripada
13 orang menguasai sifir dan 61.54% atau 8 orang daripada 13 orang tidak
menguasai sifir.

28
Kelas terakhir iaitu kelas tahun 6 mencatatkan sebanyak 54.55%
atau 6 orang daripada 11 orang murid menguasai sifir 1 hingga sifir 9 dan
45.45% atau 5 orang daripada 11 orang belum menguasai sifir. Berdasarkan
keputusan ini Cuma murid-murid tahun 6 sahaja mencatatkan penguasaan
sifir melebihi daripada 50% dan 4 kelas lain belum mencapai 50%
penguasaan sifir 1 hingga 9. Secara keseluruhannya peratusan murid yang
menguasai sifir lebih rendah daripada yang tidak menguasai sifir iaitu Cuma
32.08% atau 17 daripada 53 orang murid sahaja menghafal sifir manakala
yang tidak mengahaf sifir mencatatkan lebih tinggi iaitu 67.92% atau 36
daripada 53 orang murid tahun 2 hingga tahun 6. Oleh itu dalam sumbang
saran dan perbincangan dikalangan guru-guru juga mncatatkan murid-
murid yang menguasai sifir lebih rendah daripada murid-murid yang tidak
menguasai sifir.

iii) Analisis Keputusan Matapelajaran Matematik AR 1 2017

Faktor ketiga untuk mengenalpasti masalah dalam matapelajaran matematik


ialah dengan menggunakan keputusan ujian dalaman sekolah iaitu dengan
menggunakan keputusan AR 1 2017. Keputusan ini merupakan keputusan
untuk ujian pertengahan semester 1 tahun 2107 yang telah dijalankan pada
bulan Mac 2017. Keputusan bagi matapelajaran matematik untuk kelas
tahun 2 hingga tahun 6 diperlukan untuk melihat pencapaian murid-murid
dalam matapelajaran tersebut.

Analisis keputusan ujian ini sedikit sebanyak dapat memberikan


gambaran bagaimana pencapaian matapelajaran matematik di sekolah
sandaran. Ini juga, akan menguatkan lagi keputusan sama ada matapelajaran
matematik mempunyai masalah atau sebaliknya. Jika keputusan untuk
matapelajaran matematik tidak baik maka ini melambangkan matapelajaran
matematik mempunyai masalah kritikal dan perlu diberikan perhatian untuk

29
diselesaikan masalah-masalah yang terdapat dalam matapelajaran
matematik.
Dalam jadual 12 di bawah merupakan analisis keputusan ujian
matapelajaran matematik AR 1 bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.
Analisis tersebut juga akan diterjemah dalam bentuk carta bar dalam rajah
9 untuk melihat dengan lebih jelas lagi pencapaian.

Jadual 12 : Analisis Keputusan AR 1 2017 Matapelajaran


Matematik

Bil Kelas Bilangan Matapelajaran Matematik


Murid % Bil Murid % Bil
Lulus Lulus Gagal Murid
Gagal
01 Tahun 2 9 44.44% 4 55.56% 5
02 Tahun 3 9 44.44% 4 55.56% 5
03 Tahun 4 11 45.45% 5 54.55% 6
04 Tahun 5 13 23.08% 3 76.92% 10
05 Tahun 6 11 0% 0 100% 11
% Keseluruhan 53 30.19% 16 69.81% 37

Analisis Keputusan Ujian AR1 2017 Matapelajaran


Matematik
100
100
90
76.92
80 69.81
70
60 55.56 55.56 54.55
44.44 44.44 45.45
50
40 30.19
30 23.08
20
10 0
0
TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 KESELURUHAN

% Lulus % Gagal

Rajah 9: Analisis Keputusan Ujian AR1 2017 Matapelajaran


Matematik

30
Hasil dapatan data analisis keputusan ujian AR 1 2017 bagi
matapelajaran matematik ditunjukkan seperti dalam jadual 12 dan dalam
rajah 9 di atas. Bagi kelas tahun 2 44.44% atau 4 orang daripada 9 orang
lulus dalam ujian matematik AR 1 2017 manakala 55.56% atau 5 orang
daripa 9 orang murid gagal dalam ujian. Kelas tahun 3 pula mencatatkan
44.44% atau 4 orang daripada 9 orang murid lulus dalam ujian dan murid-
murid yang gagal sebanyak 55.56% atau 5 daripada 9 orang gagal dalam
ujian.

Kelas tahun 4 pula, 5 orang daripada 11 orang murid atau 45.45%


mencatatkan kelulusan dan 6 orang daripada 11 orang atau 54.55% gagal
dalam ujian. Bagi kelas tahun 5 pula, 23.08% atau 3 daripada 13 orang
mendapat lulus dalam ujian manakala 76.92% atau sejumlah 10 orang
daripada 13 orang murid gagal dalam ujian. Pencapaian yang paling
mengecewakan adalah kelas tahun 6 iaitu tiada orang murid lulus atau 0%
lulus dan semua orang iaitu sebanyak 13 orang gagal atau 100% kegagalan
dalam ujian AR 1 2017 ini. Secara keseluruhannya dalam ujian ini
mencatatkan keputusan ujian yang tidak berapa baik kerana Cuma 30.19%
atau 16 orang daripada 53 orang murid tahun 2 hingga tahun 6 lulus dalam
ujian tersebut dan 69.81% atau 37 daripada 53 orang murid mencatatkan
keputusan gagal dalam matapelajaran matematik di ujian ini. Oleh itu,
dalam analisis keputusan AR 1 2017 juga menunjukkan kadar kelulusan
dalam matapelajaran matematik rendah berbanding dengan murid-murid
yang mencatatkan keputusan lulus dalam ujian ini.

iv) Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid

Faktor keempat mengenalpasti masalah dalam matapelajaran matematik


ialah dengan menggambil kira kefahaman murid. Oleh itu, kaedah soal

31
selidik digunakan untuk mengenalpasti keadaan semasa di sekolah sandaran
ini. Tumpuan soal selidik ini adalah untuk mengesan penguasaan sifir bagi
murid-murid tahun 2 hingga tahun 6. Murid-murid diberikan borang soal
selidik dan mengisi borang tersebut dengan jujur iaitu untuk mengetahui
samaada mereka menguasai sifir 1 hingga sifir 9 atau sebaliknya.

Soal selidik ini telah dijalankan oleh guru matapelajaran masing-


masing, Borang soal selidik ini akan diisi oleh murid-murid dan akan di
analisis untuk melihat sejauh mana mereka menguasai sifir berdasarkan
kejujuran tenatang penguasaan diri sendiri. Hasil daripada analisis soal
selidik tersebut dianalisis dan dirumuskan seperti di dalam jadual 13 dan
rajah 10 di bawah:-

Jadual 13: Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid

Bil Kelas Jum % Murid Menguasai Dan Tidak Menguasai Sifir


Murid
% Bil Murid % Tidak Bil Tidak
Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai

1 Tahun 9 11.11% 1 88.89% 8


2

2 Tahun 9 22.22% 2 77.78% 7


3

3 Tahun 11 45.45% 5 54.55% 6


4

4 Tahun 13 46.15% 6 53.85% 7


5

5 Tahun 11 100% 11 0% 0
6

Jumlah 53 47.17% 25 52.83% 28

32
Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid Tahun 2
Hingga Tahun 6
100
100
88.89
77.78
80

60 54.55 53.85 52.83


45.45 46.15 47.17

40
22.22
20 11.11
0
0
TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 KESELURUHAN

% Menguasai Sifir % Tidak Menguasai Sifir

Rajah 10: Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid-murid


Tahun 2 Hingga Tahun 6

Berdasarkan dapatan data yang diperolehi daripada analisis borang


soal selidik berkaitan dengan penguasaan murid-murid tahun 2 hingga
tahun 6 dalam sifir 1 hingga sifir 9 masih lagi menunjukkan penguasaan
yang lemah terhadap sifir. Bagi kelas tahun 2 mencatatkan seorang daripada
9 orang iaitu 11.11% menguasai dan 8 orang daripada 9 orang masih tidak
menguasai sifir atau 88.89%. Kelas tahun 3 pula, 22.22% atau 2 orang
daripada 9 orang menguasai manakala yang tidak menguasai seramai 7
daripada 9 orang atau 77.78%. Bagi kelas tahun 4 pula, seramai 5 orang
daripada 11 orang atau 45.45% menguasai dan 6 orang daripada 11 orang
atau 54.55% tidak menguasai sifir.

Kelas tahun 5 mencatatkan 46.15% atau 6 daripada 13 orang


menguasai sifir manakala 53.85% atau 7 daripada 13 orang tidak menguasai
sifir. Cuma kelas tahun 6 sahaja yang mencatatkan keputusan yang baik
iaitu 100% murid-murid atau 11 daripada 11 orang menguasai sifir dan 0%

33
tidak menguasai sifir. Walaubagaimanapun, berdasarkan analisis soal
selidik ini juga, murid-murid yang belum menguasai sifir juga melebihi
bilangan yang menguasai sifir. Secara keseluruhannya 25 daripada 53 orang
atau 47.17% menguasai sifir dan 28 orang daripada 53 atau 52.83% belum
menguasai sifir.

v) Analisis Pre Test Penguasaan Sifir Murid

Faktor kelima dalam mengenalpasti kelemahan dalam matapelajaran


matematik ialah dengan menjalankan Pre Test yang juga merupakan alat
untuk mengenalpasti keadaan semasa dan keadaan dikehendaki. Pre Test ini
dijalankan oleh guru matapelajaran sendiri mengikut waktu matapelajaran
matematik. Bagi murid-murid tahun 2 dan tahun 3 Pre Test ini dijalankan
oleh Cikgu Enzebius manakala murid-murid tahun 4 hingga tahun 6
dijalankan oleh Cikgu Sebli.

Pre Test ini dijalankan selama 5 minit untuk menjawab 20 soalan.


Soalan-soalan yang terkandung dalam Pre Test ini berkaitan dengan fakta
asas darab. Untuk memastikan murid-murid menguasai Pre Test ini mereka
mesti dapat menjawab betul 16 daripada 20 soalan atau mendapat markah
80% keatas. Jika mereka menjawab kurang daripada 16 soalan maka
mereka dikira tidak menguasai sifir.

Selain itu, Pre Test ini dijalankan untuk melihat bagaimana


penguasaan murid terhadap sifir sebelum sesuatu program dijalankan dan
juga bagi melihat sama ada penguasaan sifir merupakan masalah utama
mereka dalam matapelajaran matematik. Hasil daripada Pre Test yang telah
dijalankan telah dirumuskan di dalam jadual dan carata bar dibawah:-

34
Jadual 14: Analisis Pre Test Penguasaan Sifir Murid

Bil Kelas Jum % Murid Bil Murid % Murid Bil Murid


menguasai Menguasai Tidak Tidak
Murid Sifir Sifir Menguasai Menguasai
Sifir Sifir

01 Tahun 2 9 0% 0 100% 9

02 Tahun 3 9 0% 0 100% 9

03 Tahun 4 11 45.45 % 5 54.55 % 6

04 Tahun 5 13 46.15 % 6 53.85 % 7

05 Tahun 6 11 63.63 % 7 36.37 % 4

Jumlah 53 33.96% 18 66.04% 35

Peratus Murid-Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6 Yang


Menguasai Sifir Berdasarkan Pre Test

Keseluruhan, 64.04
Keseluruhan
33.96
36.37
Tahun 6 63.63
53.85
Tahun 5 46.15
54.55
Tahun 4 45.45
100
Tahun 3 0
100
Tahun 2 0

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

% Tidak Menguasai % Menguasai

Rajah 11: Peratus Murid-murid Tahun 2 Hingga Tahun 6


Berdasarkan keputusan Pre Test

35
Berdasarkan dalam jadual 14 dan rajah 11 berkisar tentang analisis pre test
penguasaan sifir murid di kalangan tahun 2 hingga tahun 6. Data yang di
perolehi ialah bagi kelas tahun 2, 0% atau tiada orang murid menguasai dan
100% atau semua murid tidak menguasai dalam kelas ini. Bagi kelas tahun
3 pula, sama juga dengan situasi murid-murid tahun 2 iaitu 0% atau tiada
murid menguasai dan 100% murid atau semua murid tidak menguasasi sifir.
Kelas tahun 4 mencatatkan 45.45% atau 5 orang daripada 11 orang
menguasai dan 6 orang daripada 11 orang atau 54.55% tidak menguasai sifir
dalam Pre test ini.

Murid-murid tahun 5 pula seramai 6 daripada 13 atau 46.15%


menguasai sifir manakala 7 daripada 13 orang murid atau 53.85% tidak
menguasai. Kelas tahun 6 pula mencatatkan 63.63% atau 7 orang daripada
11 orang menguasai dan 36.37% atau 4 daripada 11 orang murid tidak
menguasai lagi. Oeh itu, secara keseluruhannya cuma 33.96% atau 18 orang
daripada 53 orang murid menguasai manakala sebanyak 66.04% atau 35
daripada 53 masih belum lagi menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Ini
menunjukkan penguasaan sifir di kalangan murid-murid tahun 2 hingga
tahun 6 masih lagi lemah.

2.1.2 Rasional Pemilihan Bidang Penambahbaikan

Berdasarkan keempat-empat masalah yang telah dikenalpasti melalui keputusan-


keputusan alat-alat yang digunakan untuk mengenalpasti keadaaan semasa dan
keadaan yang dikehendaki di sekolah sandaran dapat disimpulkan di sini bahawa
masalah kritikal yang telah dikenalpasti untuk ditambahbaik ialah dalam
matapelajaran matematik iaitu berkaitan dengan penguasaan sifir murid-murid.

Rasional utama memilih mengatasi masalah penguasaan sifir di kalangan


murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 ialah kerana sifir merupakan sesuatu yang

36
amat penting dalam matapelajaran matematik kerana hanya 3 tajuk sahaja tidak
menggunakan sifir iaitu tajuk nombor bulat, tambah serta tolak dan tajuk-tajuk lain
semestinya menggunakan sifir untuk menyelesaikan masalah. Jika masalah
penguasaan sifir ini tidak ditangani maka ianya akan menyebabkan keputusan
matapelajaran matematik merosot dan sekaligus akan mengakibatkan penurunan
GPS dalam ujian semester dan juga UPSR.

Selain itu, penguasaan sifir bermula daripada peringkat konkrit ke peringkat


abstrak. Justeru itu, kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai
sifir yang digunakan adalah amat penting untuk memastikan sesuatu masalah dalam
sesuatu tajuk dalam matematik terutamanya dalam pendaraban dapat diatasi.

Kaedah yang digunakan bukan hanya untuk membantu murid-murid


menguasai sifir tetapi juga membantu mereka untuk mengaplikasikan sifir tersebut
untuk menyelesaikan masalah di dalam soalan matematik. Selain itu, sifir bukan
sahaja digunakan dalam tajuk pendaraban tetapi untuk tajuk-tajuk lain seperti
pembahagian, masa dan waktu, ukuran panjang, pecahan dan sebagainya akan
menjadi lebih mudah untuk menjawab.

Di samping itu, kesilapan yang banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar di


sekolah semasa menjawab soalan-soalan pendaraban ialah melibatkan kesalahan
mencari hasil darab kerana pelajar-pelajar tidak menghafal sifir. Masalah ini
berlaku kerana kaedah untuk menghafal sifir itu masih lagi menggunakan kaedah
tradisional seperti menghafal sifir yang terdapat pada belakang buku latihan dan ini
mungkin mengakibatkan pelajar akan berasa bosan dan hilang minat terhadap cara
tersebut.
Oleh itu bagi memastikan minat mereka terhadap menghafal sifir untuk
menyelesaikan soalan pendaraban dengan betul maka aktiviti-aktiviti yang menarik
perlulah dijalankan supaya mereka akan merasakan seronok untuk menghafal sifir
dan boleh menjadi budaya dalam sekolah.

37
2.1.3 Analisis Punca Masalah

Menganalisis punca masalah amat penting dilakukan supaya dapat menjadi satu
panduaan bagaimana kita hendak menyelesaikan punca utama kepada masalah
lemah dalam menguasai sifir dikalangan murid-murid di sekolah sandaran. Selain
itu, analisis ini penting kerana apabila kita merancang sesuatu program untuk
menambahbaikan di sekolah ia akan berfokus kepada cara mengatasi masalah
tersebut dan juga akan mengatasi punca kepada masalah tersebut berlaku di sekolah
sandaran.

Terdapat tiga alat difikirkan sesuai digunakan untuk menganalisis punca


masalah kritikal yang telah dikenalpati ini. Alat pertama ialah dengan
menggunakan Analisis Tulang Ikan Ishikawa. Alat kedua pula ialah menggunakan
analisis sumbang saran dan alat ketiga ialah menggunakan analisis 5 whys. Ketiga-
tiga alat ini dipilih kerana ia dapat memberikan gambaran jelas serta analisis yang
tepat kepada punca masalah kritikal yang sudah dikenalpasti.

i) Analisis Tulang Ikan Ishikawa

Rajah Tulang ikan Ishikawa ini juga dikenali sebagai rajah sebab dan akibat dan
telah diperkenalkan oleh professor Kaoru Ishikawa pada tahun 1960. Ia dikenali
sebagai rajah tulang ikan Ishikawa kerana ia seolah-olah berbentuk seperti ikan dan
juga diambil sempena nama orang yang memperkenalkannya.

Selain itu, analisis tulang ikan Ishikawa ini digunakan untuk meneroka
semua faktor yang mungkin menyebabkan masalah murid-murid tidak menguasai
sifir sebelum menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah merupakan rajah tulang
ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca masalah murid-murid tidak menguasai
sifir.

38
Kaedah Manusia

Kurang kreatif Aktiviti Sifir Kurang Sikap murid

Panduan amalan Murid-murid tidak proaktif


Kurang Kesedaran Ibu
tiada
Bapa Terhadap
Kepentingan Sifir Dalam
Tiada program khusus Matematik Penguasaan Sifir Di
kalangan Murid-murid
Tahun 2 Hingga Tahun
6
Kawasan Tiada Kemudahan ICT
Liputan Internet terhad

Pengaruh ABM Sifir Tidak


Luar Ada

Lingkungan Peralatan

Rajah 12: Analisis Tulang Ikan Ishikawa Penguasaan Sifir Di kalangan Murid-
murid Tahun 2 Hingga tahun 6

ii) Teknik Sumbang Saran

Teknik sumbang juga di kenali sebagai pencambahan fikiran dimana semua orang
dalam kumpulan dapat menyumbangkan idea terhadap masalah atau perkara yang
dibincangkan. Teknik ini diperkenalkan oleh Alex Faickney Osborn, (1953) yang
juga dikenali sebagai The Father of Brainstroming.

Dalam mengenalpasti punca masalah murid-murid tidak menghafal sifir 1


hingga 9 di sekolah sandaran ini teknik sumbang saran ini telah digunakan bersama-
sama dengan semua staf di sekolah. Perlaksanaan teknik ini telah dilakukan pada
sebelah petang pada 08 Mei 2017 bertempat di dewan RMT dan di jalankan selama

39
30 minit. Ia bertujuan bagi mencari punca kepada masalah penguasaan sifir
dikalangan murid-murid di sekolah. Hasil daripada Teknik sumbang saran untuk
mencari punca masalah ditunjukkan pada jadual dibawah:-

Jadual 15: Sumbang saran Punca Murid-murid Tidak Menguasai Sifir 1


Hingga Sifir 9

Masalah: Apakah Punca Murid-Murid Tidak Menguasai Sifir 1 Hingga


Sifir 9

Bil Cadangan/Idea Nama Ahli Memberi


Cadangan/Idea

01 Murid-murid sambil lewa apabila disuruh Cikgu Sebli


menghafal sifir

02 Murid-murid tidak didedahkan aktiviti yang Cikgu Siti Zuraida


lebih seronok untuk menghafal sifir

03 Kurang aktiviti menghafal sifir dijalankan di Cikgu Abang Abdul


sekolah Rahim

04 Guru-guru Tidak mementingkan penguasaan Cikgu Evelyn Jarit


sifir

05 Murid-murid tidak mempunyai daya ingatan Cikgu Anthony Ak


yang baik. Barnabas Angkis

06 Pdp di dalam kelas tidak menjurus kepada Cikgu Angela Luai


membantu murid-murid menghafal sifir

07 Tiada pertandingan menghafal sifir dijalankan Cikgu Muhammad Hanif


di sekolah

08 Tiada pemupukan penghafalan sifir dari Cikgu Mohd Firdaus


peringkat awal persekolahan lagi

40
09 Tiada kerjasama daripada guru matapelajaran Cikgu Christina Ali
lain membantu murid untuk menguasai sifir.

10 Murid-murid kurang membantu antara satu Cikgu Mohammad Saie


sama lain untuk menghafal sifir.

11 Kurang melekatkan sifir ditempat-tempat yang Cikgu Jeffery Manggie


kerap di kunjungi oleh murid-murid

12 Murid-murid tidak dibudayakan dengan hafalan Cikgu Enzebius Moses


sifir

13 Teknik Pdp Guru perlu diinovasikan dengan Cikgu Lawrence Kail


cara menguasai sifir dengan lebih mudah

14 Guru-guru perlu lebih proaktif melaksanakan Cikgu Abdul Malek


aktivit penghafalan sifir

Berdasarkan jadual 15 di atas merupakan cadangan dan idea yang di kemukakan


oleh semua guru semasa sesi sumbang saran yang dijalankan di dewan RMT.
Melalui cadangan dan idea yang dikemukakan maka idea-idea tersebut di
bincangkan untuk mencari apakah punca sebenar masalah kritikal yang di hadapi
di sekolah sandaran. Dengan ini semua guru bersepakat dan bersetuju meletakan
keputusan di bawah sebagai keutamaan kepada cadangan atau idea yang telah
dikemukakan pada sesi sumbang saran.

Jadual 16: Menunjukan Susunan Keutamaan Punca Murid-Murid Tidak


Menguasai Sifir 1 Hingga Sifir 9 Seperti Dalam Sesi Sumbang Saran

Keutamaan Punca Murid-Murid Tidak Menguasasi Sifir

1 Kurang aktiviti menghafal sifir dijalankan di sekolah

2 Murid-murid sambil lewa apabila disuruh menghafal sifir

41
3 Murid-murid tidak didedahkan aktiviti yang lebih seronok untuk
menghafal sifir

4 Tiada pemupukan penghafalan sifir dari peringkat awal


persekolahan lagi

5 Murid-murid tidak dibudayakan dengan hafalan sifir

6 Guru-guru perlu lebih proaktif melaksanakan aktivit penghafalan


sifir

7 Guru-guru Tidak mementingkan penguasaan sifir

8 Kurang melekatkan sifir ditempat-tempat yang kerap di kunjungi


oleh murid-murid

9 Teknik Pdp Guru perlu diinovasikan dengan cara menguasai sifir


dengan lebih mudah

10 Pdp di dalam kelas tidak menjurus kepada membantu murid-


murid menghafal sifir

11 Tiada kerjasama daripada guru matapelajaran lain membantu


murid untuk menguasai sifir

12 Murid-murid kurang membantu antara satu sama lain untuk


menghafal sifir.

13 Murid-murid tidak mempunyai daya ingatan yang baik.

14 Tiada pertandingan menghafal sifir dijalankan di sekolah

iii) Analisis 5 Whys

Pada asalnya teknik ini dipelopori oleh Syarikat Toyota Motor Corporation dan
telah digunakan secara meluas oleh syarikat berkenaaan dalam operasi
pengeluarannya. Kita dapat melihat perkembangan syarikat ini hingga ke hari ini
dapat menjadi salah sebuah syarikat gergasi pengeluaran kereta yang berjaya di
dunia dengan menggunakan teknik ini.

42
Selain itu, teknik analisis ini adalah digunakan untuk mencari punca sebenar
masalah (root cause analysis). Teknik ini telah digunakan oleh saya di sekolah
sandaran ini untuk mencari punca sebenar masalah murid-murid masih tidak
menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Proses yang telah dijalankan untuk mencari punca
masalah sebenar ialah dengan hanya menanyakan soalan why sebanyak lima kali
sehingga punca sebenar masalah dikenalpasti. Keputusan yang telah diperolehi
menggunakan teknik ini bagi mengetahui punca murid-murid tidak menguasai sifir
1 hingga sifir 9 adalah seperti jadual dibawah:-

Jadual 17: Analisis Masalah Menggunakan Teknik 5 Ways

Masalah Murid-murid tidak menguasai sifir 1


hingga sifir 9

Why Tidak menghafal sifir 1 hingga sifir 9

Why Murid-murid tidak minat dan sambil lewa


menghafal sifir

Why Kurang aktiviti penghafalan sifir dijalankan di


sekolah

Why Guru matematik kurang memberikan tumpuan


kepada penghafalan sifir

Why Tiada program pembudayaan penghafalan sifir


di sekolah.

Berdasarkan jadual 17 iaitu analisis masalah menggunakan teknik 5 Ways dapat


dirumuskan bahawa terdapat 5 kali Whys menjadi setiap persoalan kepada
persoalan asasnya iaitu tidak menghafal sifir 1 hingga sifir 9. Apabila melalaui 5
kali whys maka dapatlah punca sebenar yang di perolehi iaitu tiada program
pembudayaan penghafalan sifir di sekolah. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini
bahawa masalah kritikal yang dikenalpasti adalah berpunca daripada tiada program

43
dijalankan di sekolah terutamanya yang melibatkan penghafalan sifir.

2.2 Kajian Literatur

Kajian literatur merupakan sesuatu yang penting untuk dibaca dan di dalami kerana
kajian-kajian ini akan mendedahkan kepada kita hasil-hasil kajian dan pandangan-
pandangan tokoh-tokoh yang lebih awal lagi membuat kajian berkaitan dengan
masalah yang kita hadapi.

Dalam program sandaran ini saya telah menjalankan pembacaan ke atas


kajian-kajian daripada beberapa orang tokoh berkaitan dengan masalah yang saya
hadapi di sekolah sandaran ini terutamanya mengenai penguasaan sifir dikalangan
murid-murid. Ia akan membantu dalam merancang program untuk mengatasi
masalah kritikal yang terdapat di sekolah sandaran. Hasil daripada pembacaan yang
saya perolehi adalah seperti berikut:-

i) Menurut Geary (1993), “students with learning disabilities have difficulty


with memory development of math facts as well as strategic development”
(dalam Oliver, 2002). Penghafalan sifir ini adalah menjadi susah dan rumit
apabila ada di kalangan kanak-kanak yang mempunyai kognitif yang
berbeza dan tidak mampu untuk menghafal dan penghafalan sifir adalah
penting untuk menyelesaikan masalah dalam matematik lain.

ii) Menurut Robert (1968, dalam Ahmad Mahir Razali & Wan Fauziah
Pawanteh, 2002), punca utama yang membawa kepada kegagalan
matematik ialah kelemahan murid-murid di dalam menguasai fakta asas
matematik. Kegagalan matematik yang disebutkan itu termasuklah
kegagalan menyelesaikan soalan dalam tajuk darab. Pendapat Robert
(1968) itu turut disokong oleh Zarimah (2001, dalam Ahmad Mahir Razali
& Wan Fauziah Pawanteh, 2002), iaitu penguasaan terhadap kemahiran

44
asas sangat mempengaruhi pencapaian murid-murid di dalam matematik.
Dua pandangan yang diutarakan di atas jelas menunjukkan kebanyakan
pelajar yang lemah di dalam matematik khasnya menjawab soalan darab
kerana mereka gagal menguasai kemahiran asas matematik disebabkan
semua soalan yang dikemukan akan melibatkan sekurang-kurangnya satu
daripada fakta asas tersebut.

iii) Bagi Novak (1998, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002) telah mengkaji teori
Ausubel dan mendapati bahawa pembelajaran seseorang individu
dipengaruhi oleh dua jenis pembelajaran iaitu pembelajaran bermakna dan
pembelajaran hafalan. Menurut beliau lagi, dalam pembelajaran bermakna,
struktur kognitif memainkan peranan penting iaitu untuk menentukan
kualiti dan kuantiti dalam menyelesaikan masalah. Ia ditunjukkan dalam
pemetaan konsep dan dikukuhkan dengan alat-alat metakognitif serta akan
disimpan dalam ingatan masa panjang. Begitu juga dengan pembelajaran
hafalan di mana seseorang individu itu mudah lupa, fikiran sering terganggu
dan tidak berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

iv) Selain itu, menurut Biggs (1993, dalam Mohd. Johan Zakaria, 2002), pula
berpendapat bahawa kebanyakan murid lebih gemar menggunakan teknik
hafalan untuk mengingat sesuatu. Bagi soalan penyelesaian masalah
berbentuk ayat matematik , pengetahuan prosedur amat penting, di samping
kefahaman tentang fakta matematik supaya dapat digunakan apabila hendak
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah berbentuk ayat matematik.

v) Disamping itu, penghafalan sifir juga banyak menjejaskan penguasaan


murid dalam menjawab soalan-soalan dalam tajuk pendaraban dan Foley
(2008a) menyatakan bahawa, “most children are victimized by the
thoughtless, authoritarian, wrong way to teach the "multiplication facts."
Di sini, beliau ingin menekankan bahawa daripada menghafal sifir darab

45
itu, adalah lebih baik untuk kanak-kanak belajar sifir darab dengan cara
yang lebih bermakna. Saya percaya bahawa terdapat ramai murid yang tidak
dapat menguasai sifir darab dengan cara hafalan dan adakah ini tidak
bermakna mereka “gagal” dalam menguasai sifir darab sekiranya mereka
menggunakan kaedah yang berlainan? Kaedah yang lain yang
diketengahkan dalam kajian ini ialah kaedah kotak sifir.

vi) Menurut Patterson (1999), “teaching does not occur until learning does”
dan Thomas Yeung Kim Wai dan Leung Hing Keung (2001) pernah
menyatakan tentang bagaimana kita sebagai pendidik hanya boleh menuntut
bahawa kita telah mengajar murid sifir darab sebelum kita memastikan
murid telah menguasai sifir darab tersebut. Ini adalah kerana sifir darab
sepatutnya dikuasai pada Tahap Satu dan apabila sampai ke Tahap Dua,
masalah murid masih melakukan kesilapan sudah tentu akan menimbulkan
persoalan “sejauhmanakah kebolehpercayaan seseorang guru itu telah
“mengajar” sifir darab?” Persoalan saya ialah “Mengapakah murid
menghadapi masalah dalam menguasai sifir darab? Adakah cara tradisional
menguasai sifir darab dengan menghafal dapat memenuhi setiap keperluan
murid? Adakah cara alternatif untuk mempelajari sifir darab selain cara
tradisional iaitu menghafal?” oleh itu selain, guru juga berperanan penting
dalam menentukan kaedah yang sesuai untuk menjamin penguasaan sifir
dapat dilakukan menggunakan kaedah yang betul dan ini disokong oleh
pendapat Gravemeijer (1997) menyatakan tugas seorang guru adalah
menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi yang memainkan
peranan adalah murid sendiri melibatkan diri dalam proses pembentukan
ilmu berdasarkan perkara yang dialami.

vii) Bagi Foley (2008b) if you use them often enough to learn the simple
arithmetical skills, you will automatically memorize those "facts." You will
do it by muscle/mind memory. You will make the skills part of you, rather
than getting them inculcated from some external "multiplication tables.

46
(n.p.) bahawa Foley (2008b) mempercayai bahawa apabila kita kerap
melakukan sesuatu, pergerakan yang berulang tersebut secara tidak
langsung akan sebati dengan diri kita. Dari konteks penghafalan sifir jika
murid-murid kerap mengahaf sifir secara berulang-ulang dan sudah menjadi
budaya mereka maka sifri akan dapat dikuasai oleh mereka.

viii) Walaupun penghafalan sifir dianggap sebagai asas untuk menyelesaikan


masalah pendaraban tetapi perlu ditekankan juga mengenai pengajaran dan
pembelajaran guru terhadap tajuk pendaraban kerana bukan sahaja fakta
asas penting tetapi konsep untuk mendarab juga penting. Menurut Reys
(2004) menyatakan bahawa “the solution to multiplication problems can be
attained by adding or counting, but multiplication is used because it is so
much quicker” (ms 202). Semasa mengajar Pendaraban, konsep yang paling
mudah perlu diperkenalkan dahulu, iaitu konsep penambahan berulang.
Seperti yang dinyatakan oleh School Mathematics Study Group (1962),
“multiplication is usually taught in elementary arithmetic as repeated
addition” (dalam Post, 1992, ms 160).

ix) Selain itu, Yamamoto (1998) telah menjalankan kajian yang mendapati
konsep pendaraban mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pembelajaran murid dari segi pengiraan dan penyelesaian masalah
matematik.

x) Minat serta sikap murid-murid juga banyak mempengaruhi terhadap


penguasaan sifir dan juga menjawab dengan betul soalan-soalan pendaraban
kerana menurut Eisenhaide (1997, dalam Liza Abdul Manap & Aspalaila
Mohamad, 2003), dalam kajiannya telah mendapati bahawa sikap
merupakan faktor yang amat berkaitan dengan pencapaian akademik
seseorang pelajar. Pendapat beliau turut disokong oleh Saevi (1951), yang
mendapati terdapat hubungan di antara sikap dengan daya pencapaian akal
mereka yang rendah.

47
xi) Selain itu, Kamal Khalid, Azizan Saaban & Sahubar Ali Mohd Nadhar
Khan (2002), turut menekankan tentang tabiat dan sikap pelajar. Mereka
berpendapat bahawa tabiat dan sikap belajar matematik yang berkesan
adalah penting bagi membolehkan seseorang pelajar menguasai mata
pelajaran matematik dengan mudah. Menurut mereka lagi, telah terbukti
bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik
selalunya terdiri daripada pelajar yang mempunyai latih tubi yang
mencukupi bagi setiap aspek matematik berbanding dengan pelajar yang
lemah. Oleh itu kajian saya menekankan kepada pembentukan sikap yang
baik menggunakan kaedah yang menyenangkan serta membangkitkan
minat serta semangat mereka untuk menjawab soalan-soalan matematik
dengan betul dan tepat.

2.3 Penjanaan Strategi Penambahbaikan

2.3.1 Penjanaan Strategi Penambahbaikan Menggunakan Analisis


SWOC

Berdasarkan perbincangan bersama-sama dengan semua staf bagi membuat


analisis SWOC , beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman telah
dikenal pasti sebagai faktor yang menyebabkan masalah dalam menguasai
sifir di kalangan murid-murid. Di samping itu, terdapat juga perkara-
perkara yang boleh dijadikan kelebihan dalam merancang program untuk
menyelesaikan masalah kritikal yang terdapat di sekolah sandaran.

Berdasarkan analisis SWOC di atas terdapat 4 kekuatan yang dapat


dimaanfaatkan di sekolah sandaran ini sebagai sesuatu yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah kritikal yang dihadapi. Kekuatan-
kekutan ini akan diambil kira dalam merancang program serta strategi untuk
mengatasi masalah yang terdapat di sekolah ini nanti. Strategi yang boleh

48
dirancang berdasarkan kekuatan yang terdapat di dalam sekolah akan
melibatkan penyertaan secara menyeluruh semua guru dalam aktiviti-
aktiviti program kerana semua guru adalah siswazah, budaya kerja mereka
adalah positif dan kebanyakan guru mempunyai pengalaman melebihi lima
tahun. Selain itu, murid-murid juga boleh dilibatkan dengan pelbagai
aktiviti kerana mereka dapat memeberikan kerjasama dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.

Selain itu, 4 kelemahan telah dikenalpasti dalam analisis SWOC ini


dan kelemahan-kelemahan ini akan menjadi panduan untuk merancang
strategi yang lebih berkesan untuk mengatasai masalah kritikal supaya
kelemahan-kelemahan ini supaya tidak akan menjadi halangan mejayakan
program yang dirancang.

Disamping itu, terdapat 4 peluang dari luar yang ada. Keempat-


empat peluang ini akan dimanfaatkan untuk membantu melaksanakan
program yang dirancangan supaya projek tersebut lebih mudah untuk
dijalankan dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah kritikal yang timbul.
Dalam bahagian peluang ini strategi yang dapat dilakukan ialah dengan
melibatkan ibu bapa/ penjaga dalam aktivti dan memohon bantuan dari segi
kewangan daripada PIBG untuk melaksanakan program.

Cabaran daripada faktor luaran juga perlu diambil kira bagi


merancang strategi menyelesaikan masalah kritikal kerana dengan
mengetahui cabaran-cabaran yang ada maka ia boleh ditangani segera
supaya tidak menjejaskan program yang dijalankan nanti. Dengan
kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak mereka
dan tidak mengetahui fungsi-fungsi kelab dan persatuan maka penerangan
yang mendalam haruslah dijalankan sebagai strategi bagi memastikan
program yang dijalankan akan lancar nanti.

49
Jadual 18: Analisis SWOC

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 100% guru siswazah terlatih W1 Kurang inisiatif dan
S2 90% staf mempunyai kreativiti di kalangan
budaya kerja positif guru.
S3 11 daripada 14 Orang guru W2 Penguasaan sifir di
Dalaman mempunyai pengalaman kalangan pelajar sangat
mengajar melebihi 5 tahun lemah.
S4 Murid-murid sentiasa W3 Minat pelajar terhadap
memberikan kerjasama yang aktiviti kelab dan
baik terhadap aktiviti yang persatuan matematik
dianjurkan sekolah. kurang

PELUANG (O) CABARAN (C)


O1 Wakil Rakyat sedia memberi C1 50% ibu bapa tidak
Luaran sumbangan dan sokongan. mengambil berat aktiviti
O2 Sokongan positif daripada kokurikulum pelajar.
PIBG C2 Ibu bapa terpengaruh
O3 Sokongan Padu daripada PPD dengan elemen
persekitaran
C3 Ibu bapa tidak faham
fungsi kelab dan persatuan
sebagai menyokong
kepada pelajaran anak-
anak mereka.

2.3.2 Penjanaan Strategi Penambahbaikan Menggunakan Matriks


TOWS

Analisis SWOC dalam jadual 18 di atas digunakan untuk menjana


beberapa strategi yang dirasakan dapat digunakan untuk mencapai
pencapaian yang baik untuk SK Sungai Tuahn Kanowit. Strategi ini telah
dijana dengan menggunakan matriks TOWS. Dalam matriks TOWS
terdapat beberapa peluang digunakan seperti peluang yang ada dari luar
dapat digunakan untuk meningkatkan kekuatan sekolah dalam menjana

50
strategi yang terbaik. Selain itu, peluang-peluang ini digunakan untuk
mengatasi masalah yang terdapat di SK Sungai Tuah dan menukarkanya
kepada strategi yang berkesan. Di samping itu, kekuatan yang terdapat di
sekolah dapat digunakan untuk mengurangkan cabaran dari luar yang boleh
mengakibatkan sekolah tidak dapat mencapai sasarannya. Selain itu,
pengabungan antara kelemahan dan cabaran dilakukan supaya dapat
mengurangkan aspek negatif ke atas pencapaian sekolah. Dalam jadual 19
dibawah terdapat empat strategi yang telah dijana.

Jadual 19: Matriks TOWS

Dalaman Kekuatan (S) Kelemahan (W)

Luaran

Peluang (O) Strategi S – O Strategi W – O


S1 + S4 + O2 W2 + W3 + O2
 Melibatkan murid dan  Meningkatkan
ibubapa di dalam Program penguasaan sifir dengan
Sifir. dibantu oleh semua staf
dan penglibatan ibu
bapa/penjaga
Cabaran (C) Strategi S – C Strategi W – T
S4 + C1 + C2 W2 + W3 + C1 + C2 +
 Memberikan kesedaran C3
kepada ibu bapa/penjaga  Memantapkan
terhadap pentingnya penyertaan guru,
aktiviti sifir untuk pelajar dan ibu bapa
murid-murid. dalam penganjuran
program

2.3.3 Strategi Yang Dijana

Dalam jadual 20 dibawah merupakan strategi-strategi yang telah dijana.


Terdapat 4 strategi yang telah dijana daripada TOWS Matrix. Strategi-
strategi yang telah dijana adalah seperti berikut:-

51
Jadual 20 : Senarai Strategi Yang Dijana

Jenis Strategi-strategi Yang Telah Dijana

S-O S1- Melibatkan murid dan ibubapa di dalam Program Sifir.

W-O S2- Meningkatkan penguasaan sifir dengan dibantu oleh semua

staf dan penglibatan ibu bapa/penjaga

S-C S3- Memberikan kesedaran kepada ibu bapa/penjaga terhadap

pentingnya aktiviti sifir untuk murid-murid.

W-T S4- Memantapkan penyertaan guru, pelajar dan ibu bapa dalam

penganjuran program.

2.3.4 Matriks Rangking

Apabila semua strategi-strategi telah dijana maka analisis kriteria dilakukan


untuk memilih satu strategi yang terbaik. Analisis pemilihan strategi ini
dilakukan untuk memastikan kesesuaian strategi menentukan samaada
pelan taktikal dan operasi yang dijana dapat mencapai SK Sungai Tuah
untuk meningkatkan prestasi akademiknya.

Disamping itu, analisis ini bertujuan untuk menilai strategi yang


perlu diberi keutamaan dan strategi yang paling berkesan jika dilaksanakan
di sekolah sandaran. Bagi memastikan strategi boleh diterima oleh semua
pihak maka semua faktor perlu diambil kira supaya strategi tersebut boleh

52
mendatangkan impak yang besar kepada murid dan boleh mencapai objektif
program tersebut.

Selain itu, strategi juga perlu disesuaikan dengan masa dan kos
untuk dilaksanakan supaya ia dapat di laksanakan secara berkesan. Untuk
memastikan kesahihan dan kesesuaian untuk memilih strategi yang sesuai
skala pemberatan dibincangkan bersama-sama dengan semua staf bagi
memastikan ia benar-benar sesuai digunakan untuk menganalisis pemilihan
berdasarkan pemberatan. Keputusan pemilihan dan skala pemberatan
adalah seperti dalam jadual dibawah:-
Rujukan Skala pemberatan
1 – Sangat Kurang
2 – Kurang
3 – Sederhana
4 – Banyak
5 – Sangat Banyak
Jadual 21: Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan

Strategi-strategi yang telah dijana S1 S2 S3 S4

Tahap kesukaran proses kerja 4 5 4 4

Kompetensi staf yang bertanggungjawab 5 4 3 3

Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat 3 5 3 2

Kemudahan Infrastruktur dan peralatan 4 5 4 3

Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 4 4 3

Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk 3 3 3 3


mencapai objektif, matlamat, misi, visi

Rekod keberkesanan yang lepas 3 4 3 3

53
Kesesuaian dengan persekitaran terkini 4 4 3 3

Jumlah skor 30 34 27 21

keputusan 2 1 3 4

Ulasan S2 menjadi keutamaan


kerana berada di tahap
pemberatan yang paling
tinggi dalam potensi
untuk mencapai objektif
projek.

Berdasarkan jadual 21 diatas iaitu analisis pemilihan strategi


berdasarkan pemberatan boleh dirumuskan di sini bahawa strategi yang
paling tinggi berdasarkan markah pemberatan ialah strategi 2 iaitu 34
markah. Strategi yang kedua tinggi ialah startegi 1 sebanyak 30 markah,
Strategi yang ketiga tertinggi ialah startegi 3 iaitu 27 markah dan strategi
yang paling rendah ialah startegi 4 sebanyak 21 markah.

Oleh itu, berdasarkan jumlah skor tertinggi maka strategi 2 iaitu


meningkatkan penguasaan sifir dengan dibantu oleh semua staf dan
penglibatan ibu bapa/penjaga dipilih sebagai program yang akan
dilaksanakan dalam Program Sandaran saya ini. Dibawah merupakan jadual
15 yang menunjukkan senarai strategi mengikut keutamaan yang dipilih
berdasarkan markah pemberatan.

Jadual 22: Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

Keutamaan Strategi

1 Meningkatkan penguasaan sifir dengan dibantu oleh semua staf


dan penglibatan ibu bapa/penjaga.

54
2 Melibatkan murid dan ibubapa di dalam Program Sifir.

3 Memberikan kesedaran kepada ibu bapa/penjaga terhadap


pentingnya aktiviti sifir untuk murid-murid.

4 Memantapkan penyertaan guru, pelajar dan ibu bapa dalam


penganjuran program.

Berdasarkan keputusan Matrix Rangking yang telah dijalankan


maka program yang akan dijalankan ialah satu program yang berkaitan
dengan peningkatan pengusaan sifir dikalangan murid-murid dan akan
dibantu oleh semua staf sekolah dan juga ibu bapa/ penjaga. Oleh itu
berdasarkan perbincangan bersama-sama dengan guru pembimbing iaitu
cikgu Anthony Ak Barnabas Angkis satu program yang di namakan sebagai
Program Sayangku Sifir akan dijalankan yang akan memasukkan beberapa
aktiviti dalam program tersebut dan semua aktiviti yang terkandung adalah
berkisar kepada peningkatan penguasaan murid dalam sifir.

2.4 Pembinaan Pelan Taktikal Penambahbaikan

Pelan taktikal merupakan satu langkah jangka pendek untuk mencapai objektif
jangka pendek yang telah ditetapkan. Kebiasannya ia mengambil masa tidak
melebihi satiu tahun. Selalin itu pelan taktikal merupakan satu tindakan spesifik
untuk menjayakan sesuatu strategi.

Oleh yang demikian, setiap strategi perlu dihubungkan dengan sekurang-


kurangnya satu pelan taktikal. Bagi startegi yang telah dipilih iaitu Program
Sayangku Sifir bertujuan untuk meningkatkan penguasaan sifir di kalangan murid-
murid tahun 2 hingga tahun 6 telah dihubungkan dengan pelan taktikal yang
ditunjukkan dalam jadual dibawah.

55
Jadual 23: Pelan Taktikal Penambahbaikan

KRA/ Kecemerlangan Akademik

Matlamat

Inisiatif/ Meningkatkan Penguasaan Sifir di kalangan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

Startegi

Bil Program/ Tanggungj Tempoh/ Kos/ KPI Sasaran Pelan


awab Pretasi Kotenjensi
Projek Hari Sumber

1 Sayangku Penyelaras 8 Minggu RM 50% murid- Keputusan Mengadakan


Sifir Program 550/ murid Tahun Post Test Ceramah/
02/5/2017 2 Hingga Tahun 2
Hingga PIBG Tahun 6 Hingga Kursus
Dan menguasai Tahun 6 Meningkatkan
23/6/2017 BKK penguasaan Sifir
sifir 50% ke
atas
Menguasai
Sifir

2 Hafalan Penyelaras 8 Minggu RM 50/ 50% murid- Murid- Mengadakan


Sifir Program murid Tahun murid Ceramah/
02/5/2017 PIBG 2 Hingga tahun 2
Hingga Dan Tahun 6 hingga Kursus
BKK menguasai tahun 6 Meningkatkan
23/6/2017 penguasaan Sifir
sifir dapat
menghafal
sifir setiap
hari

3 Bijak Sifir Penyelaras 8 Minggu RM 50/ 50% murid- Murid- Mengadakan


Program murid Tahun murid Ceramah/
02/5/2017 PIBG 2 Hingga tahun 2
Hingga Dan Tahun 6 hingga Kursus
BKK menguasai tahun 6 Meningkatkan
23/6/2017 penguasaan Sifir
sifir dapat
melengkap
kan buku
bijak sifir

56
2.5 Pembinaan Pelan Operasi Penambahbaikan

Pelan operasi merupakan satu perancangan yang dijalankan dengan teliti dan
terperinci untuk melaksanakan pelan taktikal. Pelan taktikal yang telah dibuat
haruslah diperincikan langkah demi langkah sebelum sesuatu program dijalankan.
Selain itu, pelan operasi juga boleh dikatakan sebagai kertas kerja kepada sesuatu
program yang dijalankan.

Dalam pelan operasi terdapat elemen-elemen perbincangan bersama pihak


pentadbir bagi menentukan atau mengenal pasti projek/program, mengadakan
mesyuarat letak kerja dan agihan tugas jawatankuasa, penentuan tugas-tugas yang
melibatkan surat menyuarat, tempahan dan juga prosedur-prosedur pengurusan
yang lain. Untuk program Sayangku Sifir ini pelan operasi bagi perlaksanaan
program ini dapat dilihat dalam jadual 24 di bawah.

Jadual 24 : Pelan Operasi Program Sayangku Sifir

Nama Program/Projek Sayangku Sifir

Matlamat Meningatkan penguasaan sifir murid-murid tahun 2


hingga tahun 6

Objektif Program/Projek Murid-murid Tahun 2 Hingga Tahun 6 Menguasai


50% Sifir 1 Hingga 9

Tempoh 02 Mei 2017 – 23 Jun 2017

Sasaran Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

Kos/sumber RM 550.00/PIBG/BKK

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab Tempo Status/Pelan


h Kontigensi

1 Perbincangan dengan Peserta NPQEL 1 hari Jika Guru


Guru Besar selaku guru Besar Tidak

57
pembimbing untuk ada, boleh
menetapkan program berbincang
yang boleh dengan PK1
menyelesaikan masalah
penguasaan sifir di
kalangan murid-murid
tahun 2 hingga tahun 6

2 Mengadakan mesyuarat Peserta 2 hari


bersama-sama dengan NPQEL/Penyelaras
panitia matematik bagi Program/Panitia
menyediakan kertas kerja matapelajaran
program untuk; matematik

i) Menerangkan
latarbelakang
Program
Sayangku Sifir
ii) Menubuhkan AJK
pengelola
iii) Mnetapkan
jadual/tarikh
perlaksaan.
iv) Menentukan kos
program
3 Membentangkan kertas Peserta NPQEL 1 hari
kerja program Sayangku
Sifir kepada Guru Besar
dan semua staf semasa
mesyuarat perlaksanaan
program

4 Perasmian Program Peserta NPQEL dan 1 hari


Sayangku Sifir semua warga
sekolah

5 Menyediakan borang- Peserta NPQEL 1 hari


borang berkaitan dengan Setiausaha
perlaksanan program

58
6 Melaksanakan Program Peserta NPQEL dan 8
Sayangku Sifir Semua Staf Minggu

7 Membaik pulih pondok Peserta NPQEL dan 5


Sayangku Sifir semua staf Minggu

8 Membuat permainan sifir Peserta NPQEL dan 5


dalam pondok Sayangku semua staf Minggu
Sifir

9 Mengumpul Peserta NPQEL dan 1


keputusan/data sayangku AJK dilantik Minggu
sifir

10 Menganalisis keputusan Peserta NPQEL dan 1


sayangku sifir AJK dilantik Minggu

Membuat perbandingan
keputusan pre test dan
post test

11 Merumuskan hasil Peserta NPQEL dan 2 hari


dapatan sayangku sifir AJK dilantik

12 Pelaporan Peserta NPQEL dan 2 hari


Semua Staf

13 Majlis Penutupan Peserta NPQEL dan 1 hari


Program Sayangku Sifir Semua Staf

59
Jadual 25 : Pelan Operasi Program Hafalan Sifir

Nama Program/Projek Hafalan Sifir

Matlamat Meningatkan penguasaan sifir murid-murid tahun 2


hingga tahun 6

Objektif Program/Projek Murid-murid Tahun 2 Hingga Tahun 6 Menguasai


50% Sifir 1 Hingga 9

Tempoh 02 Mei 2017 – 23 Jun 2017

Sasaran Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

Kos/sumber RM 50.00/PIBG/BKK

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab Tempoh Status/Pelan


Kontigensi

1 Mengadakan mesyuarat Peserta 1 hari


perancangan program NPQEL/Penyelara
s Program/Panitia
i) Perlantikan AJK
matapelajaran
pengelola.
ii) Pemilihan tarikh matematik
iii) Membuat borang
program
iv) Menentukan kos
dan hadiah
2 Mengadakan taklimat Peserta NPQEL 1 hari
program dengan murid-
murid tahun 2 hingga
tahun 6

3 Menyediakan borang- Peserta NPQEL 1 hari


borang berkaitan dengan Setiausaha
perlaksanan program

4 Melaksanakan Program Peserta NPQEL 8 Minggu


hafalan sifir 5 minit dan semua guru
sebelum kelas bermula

60
dan 5 minit selepas tamat
kelas terakhir setiap hari

5 Memantau perlaksanaan Peserta NPQEL 5 Minggu


program dan AJK
pemantauan

6 Mengumpul Peserta NPQEL 1 Minggu


keputusan/data program dan AJK dilantik

7 Menganalisis keputusan Peserta NPQEL 1 Minggu


program dan AJK dilantik

8 Merumskan hasil dapatan Peserta NPQEL 2 hari


data program dan AJK dilantik

9 Pelaporan Peserta NPQEL 2 hari


dan Semua Staf

Jadual 26 : Pelan Operasi Program Bijak Sifir

Nama Program/Projek Bijak Sifir

Matlamat Meningatkan penguasaan sifir murid-murid tahun 2


hingga tahun 6

Objektif Program/Projek Murid-murid Tahun 2 Hingga Tahun 6 Menguasai


50% Sifir 1 Hingga 9

Tempoh 02 Mei 2017 – 23 Jun 2017

Sasaran Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

Kos/sumber RM 50.00/PIBG/BKK

Langkah Proses Kerja Tanggungjawab Tempoh Status/Pelan


Kontigensi

1 Mengadakan mesyuarat Peserta 1 hari


perancangan program NPQEL/Penyelara

61
v) Perlantikan AJK s Program/Panitia
pengelola. matapelajaran
vi) Pemilihan tarikh matematik
vii) Membuat borang
program
viii) Menentukan kos
dan hadiah
2 Mengadakan taklimat Peserta NPQEL 1 hari
program dengan murid-
murid tahun 2 hingga
tahun 6

3 Menyediakan buku bijak Peserta NPQEL 3 hari


sifir Setiausaha

4 Melaksanakan Program Peserta NPQEL 8 Minggu


Bijak Sifir dengan murid- dan semua guru
murid melengkapkan
tandatangan dalam buku
bijak sifir

5 Memantau perlaksanaan Peserta NPQEL 8 Minggu


program dan AJK
pemantauan

6 Mengumpul Peserta NPQEL 1 Minggu


keputusan/data program dan AJK dilantik

7 Menganalisis keputusan Peserta NPQEL 1 Minggu


program dan AJK dilantik

8 Merumuskan hasil Peserta NPQEL 2 hari


dapatan data program dan AJK dilantik

9 Pelaporan Peserta NPQEL 2 hari


dan Semua Staf

62
Jadual 27 : Carta Gantt Perlaksanaan Program Sayangku Sifir

Bil. Perkara/tindakan/aktiviti Tarikh Pelaksanaan [Minggu]


1 2 3 4 5 6 7 8
1  Melapor diri kepada Guru Besar di sekolah
Sandaran.
 Memberikan taklimat Program Sandaran
kepada Guru Besar
 Merangka kertas kerja program.
 Menyediakan Carta Gantt Proses
perlaksanaan Program
 Membuat analisis keperluan di sekolah
 Mengadakan Mesyuarat Program Sayangku
Sifir dengan ibu bapa
 Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
melaksanakan Pre Test dan soal selidik.
 Membuat log harian dan log kepimpinan
2  Pelancaran Program Sayangku Sifir
 Mesyuarat Perlaksanaan Program Sayangku
Sifir bersama AJK
 Melaksanakan aktiviti penghafalan sifir tiap-
tiap hari.
 Perlaksanaan Aktiviti buku bijak sifir
 Mengumpul maklumat latar belakang
sekolah
 Membuat log harian dan log kepimpinan
3  Melaksanakan aktiviti penghafalan sifir tiap-
tiap hari.
 Perlaksanaan Aktiviti buku bijak sifir
 Melaksanakan Pondok Sayangku Sifir
 Membuat log harian dan log kepimpinan
4  Membuat penilaian program.
 Penutupan Program Sayangku SIfir
 Laporan Program
 Membuat Log Harian dan log kepimpinan

63
BAB 3

PERLAKSANAAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

3.1 Pendahuluan

Program Sayangku Sifir dilaksanakan untuk membantu murid-murid tahun 2


hingga tahun 6 menguasasi sifir 1 hingga sifir 9. Selain itu, program ini dirangka
berlandaskan kepada kajian keperluan sekolah di dalam bab 2. Perlaksanaan ini
telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada Guru Besar SK Sungai Tuah,
Kanowit En. Anthony Anak Barnabas Angkis yang juga merupakan Guru
pembimbing dalam melaksanakan program sandaran ini. Sebagai seorang
pemimpin beliau merasakan bahawa kepentingan melaksanakan program ini di
sekolah demi untuk membantu murid-murid tahun 2 hingga tahu 6 menguasasi sifir
1 hingga sifir 9.

Isu utama yang menjadi sandaran dalam melaksanakan program ini adalah
dapat membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan sifir untuk membantu
mereka menguasai sifir tersebut dengan melaksanakan berbagai-bagai aktiviti yang
menjurus kepada penguasaan sifir demi untuk membantu mereka untuk menghafal
sifir. Ini kerana dalam matapelajaran matematik menguasai sifir adalah nadi utama
dan apabila sifir dapat dikuasai maka tiada masalah bagi murid-murid untuk
menjawab soalan sekaligus dapat membaiki keputusan matematik yang lemah tiap-
tiap tahun samaada pada peperiksaan awam dan juga peperiksaan peringkat
sekolah.

Selain itu, berdasarkan analisis persekitaran yang telah dijalankan satu


strategi yang telah dijana untuk melaksanakan program Sayangku Sifir. Pelan
taktikal telah dijana daripada starategi yang telah diperolehi menghasikan tiga pelan

64
operasi. Pelan operasi merupakan tatacara perlaksanaan terhadap tiga aktiviti dalam
program Sayangku Sifir. Tiga aktiviti yang digunakan untuk mencapai program ini
ialah Sayangku Sifir, hafalan sifir dan buku bijak sifir bertujuan untuk memastikan
murid-urid tahun 2 hingga tahun 6 menguasai sifir 1 hingga sifir 9.

3.2 Sebelum Perlaksanaan Program Sayangku Sifir

Perancangan yang rapi terhadap sesuatu program amat penting bagi menjamin
program yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar serta yang
penting dapat memberikan impak serta mencapai objektif program yang telah
ditetatpkan. Selain itu, Sebelum perlaksaan program banyak perkara yang perlu
diambil kira terutamanya perkara-perkara yang memastikan program tersebut
adalah tepat dan sesuai dijalankan atau tidak. Bagi memastikan bahawa sesuatu
program itu sesuai serta tepat untuk dijalankan perlulah melalui kajian-kajian
dengan menggunakan data yang terdapat di sekolah supaya ia tepat dan bersesuai
dengan sekolah tersebut. Selain itu, sebelum perlaksanaan program ini banyak
menjalankan pengumpulan data bagi mengenalpasti masalah, strategi, kekangan,
kesesuaian dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang dilakukan
sebelum perlaksanaan Program Sayangku Sifir ini dijalankan. Antara perkara-
perkara yang dijalankan ialah seperti berikut;

3.2.1 Soal Selidik

Soal selidik ini dijalankan bagi mengetahui setakat mana penguasaan sifir
di kalangan murid-murid sebelum melaksanakan Program Sayangku Sifir.
Soal selidik ini melibatkan seramai 53 orang murid-murid dikalangan
murid-murid dari kelas tahun 2 hingga tahun 6 dan ia perlu di jawab secara
jujur mengenai penguasaan mereka terhadap sifir pada waktu itu. Selain itu
ia digunakan untuk menilai sama ada program yang dijalankan dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid yang disasarkan atau tidak. Satu

65
borang soal selidik di sediakan dan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
akan mengisinya di dalam kelas masing-masing.

Bagi melaksanakan soal selidik ini ia dijalankan selama 5 minit dan


akan di tadbir guru-guru yang mengajar kelas tersebut iaitu bagi tahun 2 dan
tahun 3 guru yang bertanggungjawab melaksanakannya iala cikgu Enzebius
Moses dan bagi kelas tahun 4 hingga tahun 6 Cikgu Sebli akan
melakukannya. Borang soal selidik yang telah lengkap di isi akan
dikembalikan kepada guru-guru berkenaan untuk dibuat analisis dan
analisis dapatan daripada soal selidik ini ditunjukkan dalam Bab 2 dalam
jadual 13 dan rajah 10. Disamping itu, borang soal selidik yang digunakan
boleh dilihat pada Lampiran B.

Gambar 2: Murid-murid menjawab borang soal selidik

3.2.2 Pre Test

Pre test juga dijalankan sebelum program dilaksanakan bertujuan untuk


mengetahui penguasaan murid-murid terhadap sifir 1 hingga sifir 9. Pre test
ini dijalankan di dalam kelas masing-masing semasa wktu matematik dan
juga ditadbir oleh guru matapelajaran matematik kelas masing-masing.
Bagi kelas tahun 2 dan tahun 3 ujian ini ditadbir oleh Cikgu Enzebius

66
Moses manakal kelas tahun 4 hingga tahun 6 di tadbir oleh Cikgu Sebli. Pre
test ini mengambil masa hanya 5 minit sahaja untuk menjawab.

Dalam Pre test ini mengandungi sebanyak 20 soalan yang


memuatkan soalan-soalan sifir atau fakta asas darab dari sifir 1 hingga sifir
9. Bagi memastikan murid-murid menguasai sifir berdasarkan ujian ini,
mereka perlu menjawab betul 16 daripada 20 soalan atau bersamaan dengan
80% ke atas. Jika murid-murid tidak dapat melepasi jumlah yang di tetapkan
maka mereka dikategorikan sebagai belum menguasai lagi. Contoh borang
pre test di tunjukkan dalam Lampiran C. Setelah pre test ini dijalankan maka
keputusan-keputusan tersebut akan dianalisis dan keputusan analisis pre test
tersebut boleh dirujuk pada Bab 2 dalam jadual 14 dan rajah 11. Keputusan
yang diperolehi ini akan menjadi panduan untuk mengenal pasti masalah
yang di hadapi oleh murid-murid di sekolah ini.

Gambar 3: Murid-murid Sedang menjawab pre test

3.2.3 Sumbang Saran (Brainstroming)

Sumbang saran juga dijalankan sebelum perlaksanaan program iaitu


sumbang saran dijalankan pada sebelah petang selama 30 minit. Sumbang
saran ini diadakan di dewan RMT sekolah dan melibatkan semua guru.

67
Sumbang saran ini membincangkan tentang berapa banyak murid-murid
tahun 2 hingga tahun 6 menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Setiap guru akan
memberikan pendapat secara bergilir-gilir dan semua pendapat atau idea
yang diberikan dibincangkan untuk mencari jumlah yang sebenar berkaitan
dengan penguasaan sifir murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.

Analisis keputusan yang di perolehi hasil daripada kaedah sumbang


saran ini dapat dilihat pada Bab 2 di dalam jadual 11 dan rajah 8. Analisis
ini bagi mengenalpasti sama ada murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
menguasasi sifir atau tidak. Jika banyak yang belum maka itu merupakan
satu masalah kritikal yang perlu di perbaiki dengan mengadakan program-
program yang menjurus kepada penguasaan sifir.

Gambar 4: Semasa Menjalankan Aktiviti Sumbang Saran

3.2.4 Analisis Peratusan Dan GPMP Pencapaian Sekolah Dalam


Peperiksaan Awam

Analisis peratusan dan GPMP pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam


juga di jalankan sebelum perlaksanaan program kerana bagi melihat adakah
pencapaian matapelajaran matematik dalam peperiksaan awam adalah yang
paling lemah atau tidak. Ini perlu di ketahui sebelum program dilaksanakan
supaya program yang dirancang nanti akan menjurus kepada mengatasi

68
masalah kritikal yang terdapat di sekolah. Hasil analisis keputusan
peperiksaan awam dapat dilihat pada Bab 2 dalam jadual 9 dan rajah 6.

3.2.5 Analisis Keputusan Peperiksaan Matapelajaran Matematik


Peringkat Sekolah

Analisis keputusan peperiksaan matapelajaran matematik di peringkat


sekolah juga dikenalpasti sebelum program dijalankan kerana bagi menilai
dan membuat perbandingan jumlah murid-murid yang lulus dan murid-
murid yang gagal dalam kelas-kelas tahun 2 hingga tahun 6. Keputusan
peperiksaan ini di perolehi daripada setiausaha peperiksaan iaitu Cikgu
Sebli. Hasil daripada keputusan analisis peperiksaan mateatik peringkat
sekolah ditunjukan dalam Bab 2 pada jadual 12 dan rajah 9. Analisis ini
digunakan bagi menguatkan lagi masalah yang dihadapi dan masalah yang
ingin di selesaikan.

3.2.6 Mesyuarat Bersama Staf Dan Ibu bapa

Sebelum program dijalankan, mesyuarat bersama staf dan ibu bapa


diadakan bagi membentangkan kertas kerja program dan memohon
peruntukan daripada PIBG untuk membantu dalam program yang
dijalankan ini. Kertas kerja program Syangku Sifir ini dapat di rujuk dalam
Lampiran D. Mesyuarat ini telah dijalankan di Dewan RMT dan dihadiri
oleh semua staf dan sebanyak 28 orang ibu bapa/penjaga. Dalam mesyuarat
ini juga penyelaras program menerangkan berkenaan dengan perjalanan
program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Minit
mesyuarat ini boleh dirujuk pada Lampiran E.

69
Gambar 5: Mesyuarat Bersama Staf Dan PIBG

3.2.7 Taklimat Program Bersama-sama Murid-Murid Tahun 2


Hingga Tahun 6

Taklimat program telah disampaikan oleh penyelaras program iaitu Cikgu


Enzebius Moses di Dewan RMT dan sangat penting diadakan sebelum
program dijalankan kerana murid-murid perlu di dedahkan dengan visi,
misi, objektif, sasaran, aktiviti-aktiviti dijalankan dan sebagainya yang
terkandung di dalam program yang akan dijalankan. Seramai 53 orang
murid yang terdiri-daripada murid-murid dari kelas tahun 2 hingga tahun 6.
Selain itu, murid-murid diberi penerangan tentang setiap aktiviti dengan
teliti supaya aktiviti yang dijalankan nanti dapat berjalan dengan lancar dan
murid-murid dapat menjalankannya dengan baik supaya memberikan
impak yang tinggi kepada mereka. Murid-murid diberi peluang untuk
mengemukakan pendapat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah hafalan sifir, pondok sayangku sifir
dan buku bijak sifir.

70
Gambar 6: Taklimat Program Bersama Murid-Murid Tahun 2
Hingga Tahun 6

3.3 Semasa Perlaksanaan Program Sayangku Sifir

Setelah perancangan yang rapi dijalankan sebelum melaksanakan program


Sayangku Sifir maka sekarang sampai ke peringkat perlaksanaan program ini. Pada
peringkat ini, lebih menjurus kepada melaksanakan apa yang telah di rancang di
peringkat sebelum perlaksanaan program. Selain itu, peringkat perlaksanaan
program ini merupakan peringkat yang paling penting kerana apabila sesuatu
aktiviti yang dijalankan tidak berlangsung seperti apa yang telah dirancang maka
hasil yang di perolehi tidak akan menjurus kepada pencapaian objektif program dan
sekaligus tidak menyokong pencapaian misi dan visi sekolah.

Oleh itu, semasa melaksanakan program ini, kejayaan aktiviti-aktiviti yang


dijalankan tidak dapat bergantung kepada seseorang individu sahaja sebaliknya
kejayaan aktiviti yang telah dijalankan adalah hasil daripada kerjasama ahli
jawatankuasa yang telah dilantik untuk mengendalikan setiap aktiviti. Selain itu,
terdapat 6 aktiviti yang telah dijalankan semasa perlaksanaan program sayangku
sifir ini. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut;

71
3.3.1 Perasmian Program Sayangku Sifir

Peringkat awal perlaksanaan program ini aktiviti perasmian terhadap


program ini telah diadakan dan sebelum itu du buah banner telah dibuat
untuk mempromsikan program yang dijalankan di sekolah dan juga untuk
digunakan semasa majlis perasmian. Tujuan utama perasmian program ini
dijalankan adalah untuk membangkitkan suasana di sekolah bahawa
program ini merupakan program rasmi dan membangkitkan semangat
murid-murid untuk menjalankannya.

Progam Syangku Sifir ini telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu
Cikgu Anthony AK Barnabas Angkis dan telah dijalankan semasa
perhimpunan sekolah serta dihadiri oleh semua staf dan semua murid-murid
sekolah SK Sungai Tuah, Kanowit. Simbolik perasmian program ini ialah
Guru Besar akan memotong reben yang terdapat pada banner yang
digantung dan selepas reben dipotong banner tersebuat akan terbuka dan
menampakkan nama program yang dijalankan. Semasa perasmian ini juga,
Guru Besar telah menegaskan bahawa dengan adanya program sebegini
beliau yakin akan dapat meningkatkan penguasaan sifir di kalangan murid-
murid yang terlibat dan sekaligus akan dapat meningkatkan keputusan
matematik sama ada dalam ujian peringkat sekolah ataupun ujian dalam
peperiksaan awam.

Gambar 7: Majlis Perasmian Program Sayangku Sifir

72
3.3.2 Aktiviti Buku Bijak Sifir

Aktiviti buku sifir ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program
Sayangku Sifir. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan ialah bagi
menggalakkan murid-murid menghafal sifir sambil dibantu oleh 3 golongan
iaitu dikalangan guru-guru, pegawai kumpulan perlaksana (PKP) dan ibu
bapa/penjaga. Aktiviti ini dijalankan selama 7 minggu dan setiap orang
murid-murid yang mengikuti program ini akan diberikan sebuah buku bijak
sifir dan buku bijak sifir boleh dirujuk dalam Lampiran F.

Setiap murid-murid yang mengikuti aktiviti ini akan berusaha


melengkapkan buku ini dengan mendapatkan tandatangan 3 golongan
dalam setiap sifir iaitu bermula dari sifir 1 hingga sifir 9. Caranya ialah
murid-murid akan memberikan buku sifir tersebut sama ada kepada guru,
PKP atau ibu bapa/ penjaga yang akan bertindak sebagai penguji. Murid-
murid akan mula menghafal sifir yang mereka pilih di hadapan penguji dan
penguji juga boleh mengemukan soalan-soalan sifir. Setelah penguji
berpuas hati dengan hafalan sifir murid tersebut mereka akan
menandatangani pada ruangan yang di sediakan di sifir yang murid tersebut
hafal tadi. Begitulah seterusnya juga kepada sifir-sifir lain dan ini bermakna
setiap sifir murid-murid harus mendapatkan 3 tandatangan iaitu daripada
guru, PKP dan ibu bapa/penjaga sehinggalah semua sifir ditandatangi maka
ia dikira sudah melengkapkan aktiviti ini.

Aktiviti ini juga haruslah dilengkapkan oleh semua murid-murid


dalam tempoh 7 minggu iaitu daripada 8 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017.
Berdasarkan semakan dan pemantauan dilakukan 94.34% atau 50 daripada
53 murid-murid telah melengkapkan aktiviti ini dan 5.66% atau 3 orang
daripada 53 orang murid belum melengkapkan 2 sifir lagi. Murid-murid
yang belu melengkapkan aktiviti ini akan diberikan tambahan masa selama

73
3 hari untuk melengkapkannya dan selepas 3 hari masa diberikan maka 3
orang murid-murid tersebut berjaya melengkapnkannya.

3.3.3 Aktiviti Hafalan Sifir Setiap Hari Dan Semasa Perhimpunan

Dalam Program Sayangku Sifir ini terdapat juga aktiviti hafalan sifir setiap
hari dan semasa perhimpunan dijalankan. Aktiviti ini dijalankan bertujuan
untuk memastikan mereka biasa dengan sifir dan membantu mereka
menghafal sifir kerana ia dijalankan secara berulang-ulang dan lazim setiap
hari dan menjadikan mereka yakin dengan sifir yang dihafal kerana mereka
juga menghafal sifir di hadapan semua murid semasa perhimpunan.

Hafalan sifir ini dilakukan secara lazim dan berulang-ulang sejajar


dengan teori perlaziman klasik Pavlov yang telah berjaya membuktikan
bahawa apabila sesuatu perkara dilakukan secara lazim atau berulang-ulang
secara kerap maka ia akan berjaya dilakukan dan diikuti. Begitu juga apa
yang dilakukan dalam aktiviti ini supaya apabila sifir ini dihafal secara
lazim dan berulang-ulang setiap hari maka mereka akan berjaya
menghafalnya.

Aktivti ini dijalankan setiap hari persekoahahn iaitu 5 minit sebelum


kelas bermula dan 5 minit selepas pengajaran dan pengajaran masa terakhir
tamat. Murid-murid duduk di temapt masing-masing dan mula menghafal
sifir dengan di pantau oleh guru yang masuk masa pertama dan guru yang
mengajar di masa terakhir setiap hari. Semasa perhimpunan pula, guru akan
memilih secara rawak di kalangan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
untuk menghafal sifir di hadapan semua murid di hujung perhimpunan.

74
Gambar 8: Aktiviti Hafalan Sifir Tiap-Tiap Hari Dan Semasa
Perhimpunan

3.3.4 Pondok Sayangku Sifir

Pondok Sayangku sifir ialah merupakan satu projek yang dibuat dalam
program ini untuk mewujudkan satu tempat atau pondok yang
menempatkan permainan-permaianan sifir dan juga info-info penting dalam
membantu murid-murid menguasai sifir. Selain itu, Pondok ini bertujuan
untuk membantu murid-murid memenuhi waktu lapang mereka pada waktu
petang dengan bermain permainan yang berbentuk akademik. Selain itu,
boleh digunakan untuk aktiviti semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran

75
dan juga digunakan untuk aktiviti perjumpaan kokurikulum bagi kelab
matematik dan sains. Disamping itu, pondok ini juga, dapat menarik minat
murid-murid supaya lebih meminati sifir dengan adanya aktiviti permainan
sambil belajar kerana jika mereka ingin bermain permainan tersebut maka
mereka mestilah dapat menguasai sifir dengan baik barulah dapat
memenagi permainan tersebut.

Pondok Sayangku Sifir ini dibina dengan menaik taraf sebuah


pondok lama yang terbiar dan usang. Pondok tersebut terlah dibaik pulih
secara bergotong royong bersama-sama dengan semua staf dan juga
bantuan daripada ibu bapa. Selain itu, asas pondok tersebut telah
diperkukuhkan bagi menampung murid-murid menjalankan aktiviti di
dalamnya. Setelah ditukar dan dibaik pulih kayu-kayu yang rosak pondok
tersebut di cat dan membina permainan-permainan sifir untuk di letakan di
dalam pondok tersebut. Pondok tersebut dihias dan diletakkan infomasi-
informasi yang berguna pada papan notis yang terdapat di pondok tersebut

Gambar 9: Pondok Syangku Sifir Yang Belum Di naik Taraf

76
Gambar 10: Pondok Sayangku Sifir Dalam Proses Pembaikan dan
Pembinaan

77
Gambar 11: Gambar Pondok Sayangku Sifir Telah Siap Dan
Digunakan

3.3.5 Pemantauan Program

Semasa perlaksaan Program Sayangku Sifir ini, pemantauan program juga


dijalankan seiring dengan perlaksanaan semua aktiviti semasa program ini
berlangsung. Tujuan utama pemantauan program ini dijalankan bagi
memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini dapat
dijalankan dengan baik dan lancar serta dapat memberikan impak kepada
murid-murid yang mengikutinya. Untuk semua aktiviti dalam Program
Sayangku Sifir ini pemantauan dijalankan oleh guru-guru yang sudah
diagihkan dan jadual pemantauan boleh dilihat dalam Lampiran G.

78
Bagi aktiviti bijak sifir pemantauan dilakukan setiap hari
persekolahan iaitu dari hari isnin hingga hari jumaat. Guru-guru
bertanggungjawab utuk memantau aktiviti ini ialah untuk kelas tahun 2
Cikgu Jeffery Manggie sebgai pemantau, kelas tahun 3 dipantau oleh Cikgu
Enzebius Moses, kelas tahun 4 dipantau oleh Cikgu Angela Luai, tahun 5
dipantau oleh Cikgu Christina Ali dan kelas tahun 6 dipantau oleh CIkgu
Sebli. Semua pemantau ini akan membuat pemantauan dari segi kerosakan
buku, kehilangan buku dan memastikan buku-buku tersebut sudah
dijalankan dan ditandatangani. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
aktiviti ini tidak dijalankan oleh murid-murid.

Bagi aktiviti hafalan sifir pula pemantauan akan dilakukan oleh


guru-guru yang mengajar pada masa pertama iaitu guru tersebut akan masuk
5 minit lebih awal untuk memantau aktiviti hafalan sifir ini. Selain itu juga
guru-guru yang mengajar diakhir masa juga akan keluar 5 minit lebih akhir
untuk memantau murid-murid menghafal sifir. Untuk pondok sayangku
sifir pemantauan akan dilakukan oleh penyelaras program dan juga
perlaksanaannya akan dipantau oleh guru-guru yang mengendalikan aktiviti
menggunakan pondok tersebut.

3.4 Selepas Perlaksanaan Program Sayangku Sifir

Terdapat dua perkara dilakukan selepas perlaksaan Program Sayangku Sifir ini iaitu
perkara pertama dilakukan ialah membuat penilaian ke atas program yang telah
dijalankan ini. Penilaian program ini dijalankan pada minggu terakhir perlaksanaan
program sayangku sifir ini. Tujuan penilaan ini dijalankan bagi melihat
keberkesanan program sayangku sifir serta impak yang diperolehi oleh murid-
murid yang mneyertai program ini. Selain itu, penilaian ini adalah untuk menilai
sama ada mempunyai peningkatan dalam penguasaan sifir atau tidak. Selain itu,

79
penilaian ini dijalankan bagi mengetahui sama ada objektif yang di tetapkan dalam
program ini tercapai atau pun tidak.

Penilaian yang digunakan dalam program sayangku sifir ini ialah dengan
menggunakan post test. Post test ini merupakan satu ujian yang dijalankan selepas
habis sesuatu program. Post test ini telah di jalankan pada 22 Jun 2017 yang
melibatkan 53 orang murid-murid dari kelas tahun 2 hingga tahun 6. Hasil daripada
post test ini telah menunjukan peningkatan yang baik setiap kelas yang mengikuti
program ini dan keseluruhan juga adalah baik dan sekaligus berjaya mencapai
objektif program yang telah di tetapkan.

Selepas melaksanakan penilaian terhadap program ini perkara kedua yang


dilakukan ialah dengan mengadakan post moterm atau bedah siasat. Post moterm
ini dijalanakan bertujuan untuk menilai kembali serta mengenalpasti kelemahan
serta kekurangan yang terdapat semasa melaksanakan program sayangku sifir. Post
moterm ini akan dijalankan pada mesyuarat PIBG yang ketiga pada bulan ogos
2017 nanti. Selin itu, Post moterm ini perlu melibatkan perbincangan dengan ibu
bapa kerana mereka juga terlibat dengan aktiviti yang dijalankan dan juga
peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan program ini hasil daripada
sumbangan PIBG. Pada masa ini juga akan dinilai sejauh mana wang yang telah
dibelanjakan kepada program ini telah memberikan impak kepada peningkatan
penguasaan sifir di kalangan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.

80
BAB 4

PENILAIAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN

4.1 Teknik Pengumpulan Data Yang Digunakan

Dalam proses untuk mendapatkan data banyak teknik yang boleh digunakan dan
kepentingan sesuatu data yang dikumpul adalah dijadikan sebagai rujukan untuk
mendapatkan kesahihan sesuatu yang di kaji atau untuk memastikan sesuatu
program yang dijalankan adalah baik atau sebaliknya. Dalam Program Sayangku
Sifir ini teknik-teknik yang digunakan untuk mengumpul data adalah seperti soal
selidik, sumbang saran dan pre test.

Bagi kaedah untuk mendapatkan data bagi teknik soal selidik ialah soal
selidik akan dijalankan sebanyak dua kali untuk menilai program yang dijalankan
iaitu soal selidik pertama akan dijalankan oleh murid-murid sebelum program
dijalankan dan soal selidik kedua akan dijalankan selepas program sayangku sifir
dijalankan. Perbandingan akan dilakukan untuk mengetahui sama ada penguasaan
murid-murid terhadap sifir meningkat atau tidak selepas program sayangku sifir ini
dijalankan.

Bagi teknik sumbang saran pula, kaedah yang digunakan untuk


mendapatkan data dengan mengadakan sumbang saran sebanyak dua kali iaitu yang
pertama dijalankan sebelum program sayangku sifir ini dijalankan manakala
sumbang saran yang kedua dijalankan selepas program ini dijalankan. Ini adalah
digunakan untuk menilai sama ada program tersebut memberikan impak yang baik
kepada murid-murid atau tidak. Selain itu sumbang saran ini bagi mengetahui
pandangan daripada guru-guru terhadap keberkesanan program ini adakah ia dapat
menyelesaikan masalah kritikal yang berlaku di sekolah.

81
Teknik yang ketiga digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah pre test
dan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data apabila menggunakan teknik
ini ialah dengan mengadakan dua jenis ujian iaitu pre test dan post test. Pre test
dijalankan sebelum program sayangku sifir ini dijalankan manakala post test
dijalankan selepas program sayangku sifir dijalankan. Kedua-dua test ini
mengandungi soaan soalan sifir atau fakta asas darab dan murid-murid akan
menjawab 20 soalan dalam masa 5 minit. Jika murid-murid dapat menjawab dengan
betul 16 daripada 20 soalan dan keatas atau mendapat arkah 80% keatas maka
murid-murid tersebut telah menguasai sifir.

Selain itu, apabila semua data sebelum program dilaksanakan dan selepas
program dilaksanakan diperolehi kaedah menganalisis data yang digunakan ialah
bergantung kepada kesesuaian untuk menilai sesuatu teknik yang digunakan. Bagi
teknik soal selidik yang kaedah menganalisi data yang digunakan ialah dengan
membuat perbandingan peningkatan dari segi peratusan murid-murid yang
menguasai sifir selepas mengikuti program sayangku sifir berbanding dengan
peratusan penguasaan sifir sebelum program sayangku sifir ini dijalankan.

Bagi teknik sumbang saran pula, kaedah menganalisis data yang digunakan
ialah dengan mendapatkan peratusan murid-murid yang menguasai sifir dan
peratusan murid-murid yang tidak menguasai sifir sebelum program sayangku sifir
ini dijalankan. Peratusan murid-murid menguasai sifir dan peratusan murid-murid
tidak menguasai sifir selepas program ini dijalankan. Selepas itu perbandingan
peratusan murid-murid menguasai sifir sebelum dan selepas program sayangku sifi
dijalankan untuk melihat ada peningktan dalam menguasai sifir atau tidak.

Teknik pre test dan post test yang digunakan juga menggunakan kaedah
yang sama untuk menilai dengan teknik sumbang saran dan soal selidik. Peratusan
digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat peningkatan penguasaan dalam

82
penguasaan sifir 1 hingga sifir 9 bagi murid-murid yang mengikuti program
sayangku sifir ini. Peratusan menguasai sifir sebelum dan peratusan menguasai sifir
selepas perlaksanaan program ini akan dibandingkan bagi melihat peningkatan
penguasaan sekaligus memastikan bahawa program yang dijalankan berjaya
ataupun tidak dalam mencapai objektif program dan juga menjurus kepada
pencapaian visi dan misi sekolah.

4.2 Dapatan Penilaian Terhadap Program Sayangku Sifir

Program Sayangku Sifir telah dijalankan selama 8 minggu dan banyak aktiviti-
aktiviti di dijalankan di dalam program itu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
menjurus kepada membantu meningkatkan penguasaan sifir serta mencapai
objektif yang telah diletakan dalam program ini. Di bawah ini kita akan mengkaji
serta menilai data-data yang di dapati daripada program yang telah di adakan.
Selain itu, berdasarkan data-data yang telah diperolehi daripada program ini akan
dibuat perbandingan untuk mengetahui sama ada program yang di jalankan tersebut
mencapai objektif yang telah di tetapkan.

4.2.1 Program Sayangku Sifir

Program sayangku sifir merupakan satu program yang menjurus kepada


program yang membantu murid-murid untuk menguasasi sifir 1 hingga sifir
9. Dalam program ini telah menerapkan beberapa aktiviti yang mempunyai
pelbagai kaedah membantu menguasasi sifir. Ini kerana murid-murid
mempunyai kecerdasan pelbagai dan memerlukan banyak kaedah yang
berbeza untuk membantu mereka menguasai sifir.

Analisis keputusan program sayangku sifir yang dijalankan selama


8 minggu di SK Sungai, Tuah menunjukkan terdapat peningkatan dalam
penguasassn sifir 1 hingga 9 di kalangan murid-murid tahun 2 hingga tahun

83
6 selepas mereka mengikuti program tersebut. Walaupun dilaksanakan
selama 8 minggu tetapi kesan terhadap peningkatan penguasaan murid
dalam sifir dapat dilihat dengan ketara. Di samping itu, perkara yang dapat
dilihat dengan ketara ialah perubahan daripada tingkat laku dan ini dapat
dilihat melalui pemerhatian guru-guru telah mengenalpasti mereka sudah
menjadikan hafalan sifir ini sebagai satu budaya di sekolah dan program ini
menjadi popular di sekolah semasa dan selepas program ini dijalankan.
Analisis yang telah di buat ditunjukkan di dalam jadual 27 dan rajah 12
dibawah;

Jadual 28: Analisis Murid-Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6


Menguasai Sifir Sebelum Dan Selepas Program Sayangku Sifir

Bil Kelas Jum % Murid Bil Murid % Murid Bil Murid


Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai
Murid Sifir Sifir Sifir Sifir
Sebelum Sebelum Selepas
Program Program Selepas Program
Program

01 Tahun 2 9 0% 0 44.44% 4

02 Tahun 3 9 0% 0 55.56% 5

03 Tahun 4 11 45.45 % 5 72.73% 8

04 Tahun 5 13 46.15 % 6 76.92% 10

05 Tahun 6 11 63.63 % 7 90.91% 10

Jumlah 53 33.96% 18 69.81% 37

84
100
90.91
90

80 76.92
72.73
69.81
70 63.63
60 55.56

50 44.44 45.45 46.15

40 33.96

30

20

10
0 0
0
TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 KESELURUHAN

% Menguasai Sifir Sebelum Program Sayangku Sifir


% Menguasai Sifir Selepas Program Sayangku Sifir

Rajah 13: Analisis Murid-Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6 Menguasai


Sifir Sebelum Dan Selepas Program Sayangku Sifir

Jadual 27 dan rajah 12 di atas menunjukkan analisis data penguasaan


sifir mengikut kelas tahun 2 hingga tahun 6 sebelum dan selepas mengikuti
program sayangku sifir. Bagi kelas tahun 2 tiada murid daripada 9 orang
murid atau 0% menguasai sifir tetapi selepas mengikuti program sayangku
sifir ini data yang diperolefi terdapat peningkatan 44.44% atau 4 orang
daripada 9 orang murid menguasasi sifir. Ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 44.44% berbanding 0% sebelum program dijalankan.

Bagi murid-murid kelas tahun 3 pula, sebelum program sayangku


sifir dijalankan mencatatkan 0% atau tiada murid daripada 9 orang murid
yang menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Tetapi selepas mengikuti program ini
data di perolehi sebanyak 55.56% atau 5 orang daripada 9 orang murid

85
menguasai. Ini menunjukkan bahawa peningkat melebihi 50% penguasaan
murid iaitu peningkatan sebanyak 55.56% atau 5 orang daripada 9 orang
menguasai sifir.

Kelas tahun 4 juga menunjukakan peningkatan dalam penguasaan


sifir. Sebelum mengikuti program sayangku sifir ini peratusan penguasaan
murid-murid tahun 4 ini ialah sebanyak 45.45% atau 5 orang daripada 11
orang murid menguasai sifir. Tetapi apabila sudah menyertai program ini
mencatatkan sebanyak 72.73% atau 8 orang daripada 11 orang murid-murid
dalam kelas tersebut menguasai sifir. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
berlakunya peningkatan penguasaan sifir di kalangan murid-murid tahun 4
ini sebanyak 27.28% daripada 45.45% menjadikan peratus murid-murid
tahun 4 menguasai sifir ialah sebanyak 72.73% atau meningkat 3 orang
daripada 5 oeang sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhannya 8 orang
daripada 11 orang murid dalam kelas tahun 4 menguasai sifir.

Bgi kelas tahun 5 pula penguasaan sifir yang dicatatkan ialah


sebanyak 46.15 atau 6 orang daripada 13 orang jumlah keseluruhan murid
kelas tahun 5 menguasasi sifir sebelum program sayangku sifir dijalankan.
Selepas program ini dijalankan telah mencatatkan 76.92% atau 10 daripada
13 orang murid-murid dalam kelas tahun 5 menguasasi sifir. Oleh itu,
peningkatan dalam penguasaan sifir dapat dilihat dalam kelas tahun 5 ini
iaitu peningkatan yang diperolehi ialah sebanyak 30.77% menjadikan
penguasaan keseluruhan sebanyak 76.92% atau sebnayak 10 orang daripada
13 orang murid-murid tahun 5 menguasai sifir selepas program ini
berbanding hanya 46.15% atau 6 orang daripada 13 orang murid-murid
tahun 5 menguasai sifir sebelum program sayangku sifir dijalankan.

Kelas tahun 6 pula seramai 11 orang murid-murid dan sebelum


program sayangku sifir ini dijalankan sejumlah 7 orang daripada 11 orang

86
murid atau 63.63% murid-murid dalam kelas ini menguasasi sifir. Tetapi
selepas program sayangku sifir ini dijalankan selama 8 minggu di sekolah
maka data penguasaan yang diperolehi adalah sebanyak 10 daripada 11
murid menguasasi sifir atau 90.91% telah menguasai sifir selepas mengikuti
program sayangku sifir. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27.28%
berbanding sebelum mengikuti program ini hanya sebanyak 63.63% dan ini
menjadikan jumlah keseluruhannya menguasasi selepas program ini ialah
sebanyak 90.91% atau 10 orang daripada 11 orang murid-murid tahun 6.

Secara keseluruhannya, program sayangku sifir ini telah


menunjukan peningkatan yang baik dalam membantu murid-murid dari
tahun 2 hingga tahun 6 menguasasi sifir 1 hingga sifir 9. Berdasarkan data
yang diperolehi sepanjang program ini dijalankan mencatatkan sebelum
program ini dijalankan di dapati hanya sebanyak 33.96% atau 18 orang
daripada 53 orang murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 sahaja menguasai
sifir. Manakala selepas mengikuti program sayangku sifir ini didapati
sebanyak 69.81% atau 37 daripada 53 orang murid-murid tahun 2 hingga
tahun 6 telah menguasasi sifir. Ini menunjukkan peningkatan peratusan dan
bilangan murid-murid yang menguasasi sifir selepas program ini
dijalankan. Selain itu, melaui peningkatan keputusan keseluruhan ini maka
program ini telah berjaya melepasi objektif yang di tetapkan iaitu 50%
murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 menguasai sifir. Oleh itu, dengan
tercapainya objektif maka program ini juga dianggap sebagai program yang
berjaya dan dapat membantu murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
menguasasi sifir 1 hingga sifir 9.

4.2.2 Soal Selidik

Dalam soal selidik ini akan menunjukkan dua keputusan soal selidik yang
telah dijalankan dalam rajah 12 menunjukan analisis soal selidik

87
penguasaan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 yang dilakukan sebelum
program sayangku sifir dijalankan manakala dalam rajah 13 merupakan
analisis soal selidik penguasaan sifir murid-murid tahun 2 hingga tahun 6
yang dibuat selepas program sayangku sifir dijalankan.

100
100

80

60 45.45 46.15 47.17

40
22.22
20 11.11

0
Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Keseluruhan

% Menguasai Sifir

Rajah 14: Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid-Murid


Tahun 2 hingga Tahun 6 Sebelum Program Sayangku Sifir
Dijalankan

100
100
72.73 76.92
80 71.7
55.56
60 44.44
40

20

0
Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Keseluruhan

% Menguasai Sifir

Rajah 15: Analisis Soal Selidik Penguasaan Sifir Murid-Murid


Tahun 2 hingga Tahun 6 Selepas Program Sayangku Sifir
Dijalankan

88
Berdasarkan rajah 11 dan rajah 12 di atas yang menganalisi
berkaitan tentang penguasaan murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 sebelum
dan selepas program sayangku sifir dijalankan. Bagi kelas tahun 2 11.11%
murid-murid menguasasi sifir sebelum program ini dijalankan manakala
selepas program dijalankan ia meningkat kepada 44.44%. Keputusan
analisis kelas tahun 3 pula, 22.22% murid-murid menguasai sifir sebelum
program ini dilaksanakan dan selepas dilaksanakan ia meningkat kepada
55.56% murid-murid menguasai sifir. Murid-murid tahun 4 mencatatkan
45.45% menguasai sifir sebelum program dijalankan dan penguasaan sifir
mereka meningkat selepas mengikuti program sayangku sifir ini kepada
72.73%

Bagi kelas tahun tahun 5 juga menunjukan peningkatan penguasaan


sifir mereka iaitu dari 46.15% sebelum mengikuti program ini kepada
76.92% selepas mereka mengikuti program ini. Untuk murid-murid tahun 6
berdasarkan analisis soal selidik ini tiada berubah sebelum mengikuti
progarm dan selepas mengikuti program kerana masih lagi kekal 100%
murid-murid menguasai sifir. Secara keseluruhannya boleh dilihat
peningkatan agak ketara dalam penguasaan murid-murid tahun 2 hingga
tahun 5 selepas mengikuti program sayangku sifir ini kerana secara
keseluruhannya sebelum mengikuti program ini semua murid-murid yang
menguasai sebanyak 47.17% manakala selepas mengikuti program ini telah
meningkat keseluruhannya kepada 71.7% menguasai sifi berdasarkan
analisis soal selidik yang diisi oleh semua murid-murid yang mengikuti
program ini.

4.2.3 Sumbang Saran

Sumbang saran juga dijalankan bagi menilai program yang di jalankan sama
ada program tersebut dapat membantu murid-murid tahun 2 hingga tahun 6

89
menguassi sifir 1 hingga sifir 9. Sumbaran Saran ini dijalankan melibatkan
14 orang guru yang akan membincangkan pencapaian sifir murid-murid
dari kelas tahun 2 hingga kelas tahun 6.
Selain itu, sumbang saran ini dijalankan sebanyak dua kali
sepanjang program ini berlangsung iaitu kali pertama sebelum program ini
dijalankan dan kali kedua selepas program sayangku sifir ini dijalankan.
Tujuan menjalankan dua kali sumbang saran adalah untuk menilai program
tersebut dari pandangan dan pemerhatian guru.

Jadual 29: Analisis Keputusan Sumbang Saran Dan Perbincangan


Guru Mengenai Penguasaan Sifir Murid Tahun 2 Hingga Tahun 6
Sebelum Dan Selepas Program Sayangku Sifir

Bil Kelas Bilangan % Bil Murid % Bil Murid


Murid Menguasai Menguasai Menguasai Menguasai
Sifir Sifir Sifir Sifir
Sebelum Sebelum Selepas Selepas
Program Program Program Program
01 Tahun 2 9 11.11% 1 44.44% 4
02 Tahun 3 9 11.11% 1 55.56% 5
03 Tahun 4 11 36.36% 4 73.73% 8
04 Tahun 5 13 38.46% 5 76.92% 10
05 Tahun 6 11 54.55% 6 90.91% 10
Jumlah 53 32.08% 17 69.81% 37

90
100
90.91
90
80 76.92
73.73
69.81
70
60 55.56 54.55
50 44.44
36.36 38.46
40 32.08
30
20 11.11 11.11
10
0
TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 KESELURUHAN

% Menguasai Sifir Sebelum Program Sayangku Sifir


% Menguasai Sifir Selepas Program Sayangku Sifir

Rajah 16 : Analisis Keputusan Sumbang Saran Dan


Perbincangan Guru Mengenai Penguasaan Sifir Murid-murid
Tahun 2 Hingga 6 Sebelum Dan Selepas Program Sayangku
Sifir

Berdasarkan jadual 28 dan rajah 15 merupakan analisis kepada


keputusan sumbangsaran yang dijalankan oleh guru-guru sebelum program
sayangku sifir dijalankan dan selepas program ini dijalankan. Berdasarkan
keputusan itu, bagi kelas tahun 2 mencatatkan 11.11% atau 1 orang daripada
9 orang murid-murid menguasai sifir 1 hingga sifir 9 manakala selepas
program sayangku sifir dijalankan hasil keputusan sumbangsaran bagi
murid-murid tahun 2 ini ialah 44.44% atau 4 daripada 9 orang murid
menguasasi sifir dan ini menunjukkan peningkatan dalam penguasaan sifir
di kalangan murid-murid sebanyak 33.33% berbanding 11.11% sebelum
program ini dijalankan. Dari segi jumlah juga meningkat dari 1 orang
kepada 4 orang daripada 9 orang murid keseluruhan di dalam kelas ini.

Kelas tahun 3 pula, mencatatkan 11.11% atau 1 orang daripada 9


orang murid menguasai sisfir sebelum program dijalankan. Apabila

91
program dijalankan keputusan dicatatkan ialah 55.56% atau 5 orang
daripada 9 orang murid-murid tahun 3 telah menguasai sifir 1 hingga sifir
9. Ini telah menjadikan wujud peningkatan dalam penguasaan sifir
dikalangan murid-murid iaitu sebanyak 44.45% berbanding 11.11% sbelum
program dijalankan. Bilangan murid juga meningkat daripada 1 orang
menguasasi sebelum program meningkat kepada 5 orang murid menguasasi
sifir selepas program dijalankan.

Bagi kelas tahun 4 sebelum perlaksanaan program ini mencatatkan


36.36% atau 4 orang daripada 9 orang yang menguasai sifir berdasarkan
keputusan sumbangsaran guru-guru. Manakala selepas perlaksanaan
program sayangku sifir ini telah mencatatkan 73.73% atau 8 orang daripada
11 orang murid-murid tahun 4 telah menguasai sifir. Berdasarkan keputusan
ini menunjukkan peningkatan dalam penguasaan sifir bagi murid-murid
tahun 4 telah berlaku iaitu peningkatan sebanyak 37.37% berbanding
36.36% sebelum perlaksanaan program ini menjadikan penguasaan sifir
kepada 73.73% selepas perlaksanaan program ini. Dari segi jumlah murid-
murid pula sebelum perlaksanaan cuma 4 orang daripada 11 orang murid
tetapi selepas perlaksanaan program ini telah meningkat kepada 8 orang
daripada 11 orang murid-murid tahun 4.
Kelas tahun 5 pula mencatatkan 38.46% atau 5 daripada 13 sahaja
yang menguasasi sifir sebelum program ini dijalankan. Tetapi selepas
menjalankan program sayangku sifir ini, keputusan yang dicatatkan ialah
76.92% atau 10 orang daripada 13 orang murid-murid tahun 5 menguasasi
sifir. Dengan adanya kedua-dua data keputusan sumbangsaran ini maka
dapat dinyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam penguaasan murid-
murid tahun 5 dalam penguasaan sifir iaitu peningkatan sebanyak 38.46%
daripada keputusan yang diperolehi sebelum perlaksanaan program ini
sebanyak 38.46% juga. Dari segi bilangan murid-murid tahun 5 yang
menguasai juga menunjukkan peningkatan kerana bilangan murid-murid

92
yang menguasai selepas program dijalankan sebanyak 10 daripada 13
berbanding hanya 5 daripada 13 sebelum perlaksanaan program ini.

Analisis keputusan sumbang saran bagi kelas tahun 6 ialah 54.55%


atau 6 daripada 11 orang menguasasi sebelum program dijalankan manakala
selepas program dijalankan telah meningkat kepada 90.91% atau 10 orang
daripada 11 orang murid-murid menguasai sifir. Ini menunjukkan
peningkatan dalam penguasasn sifir di kalangan murid-murid tahun 6
kerana peningkatan sebanyak 36.36% untuk menjadi 90.91% dan dari segi
jumlah pelajar pun meningkat daripada 6 orang menguasasi sebelum
program dijalankan kepada 10 orang murid-murid menguasai sifir selepas
program ini dijalankan.

Secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan dalam analisis


keputusan sumbang saran yang telah dijalankan oleh guru-guru bagi
membincangkan penguasaan sifir murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.
Daripada 53 orang murid-murid yang mengikuti program ini 32.08% atau
17 daripada 53 orang murid menguasai sifir sebelum perlaksaan program
ini. Manakala selepas perlaksanan program penguasaan sifir meningkat
kepada 69.81% atau 37 daripada 53 orang murid-murid menguasai dan ini
telah dapat mencapai objektif program yang telah disasarkan.

4.3 Rumusan Keberkesanan Perlaksanaan Program Sayangku Sifir

Berdasarkan kepada analisis-analisis yang sudah dibuat perbandingan sebelum dan


selepas perlaksanaan program sayangku sifir ini jelas menunjukan bahawa dengan
melaksanakan program ini telah mampu untuk membantu murid-murid dalam
menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Walupun perlaksaan program ini agak singkat iaitu
selama 8 minggu tetapi impak terhadap murid-murid agak besar kerana program ini

93
dapat melebihi sasaran yang ditetapkan dalam objektif program iaitu sasaran yang
ditetapkan ialah 50% murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 menguasai sifir 1 hingga
sifir 9. Tetapi berdasarkan keputusan keseluruhan yang di perolehi telah
mencatatkan sebanyak 69.81% murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 menguasai sifir
1 hingga sifir 9.

Selain itu juga, dapat diperhatikan bahawa impak program terhadap suasana
di sekolah ialah kebanyakn murid-murid memberikan penekanan kepada sifir setiap
hari kerana kesan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini.
Disamping itu, walaupun selepas 8 minggu perlaksaan program ini murid-murid
masih lagi meneruskan dengan penghafalan sifir tiap-tiap hari dan mereka telah
dapat menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin harian dan ia juga sudah menjadi
budaya kepada SK Sungai Tuah, Kanowit sekarang ini. Selain itu, semasa
perhimpunan sekolah kebanyakan murid-murid dapat mempersembahkan hafalan
sifir dengan lancar berbanding dengan sebelum perlaksanan program ini.

Disamping itu, berdasarkan senarai nama pengunjung yang mengunjungi


pondok sayangku sifir menunjukkan sambutan yang baik kerana banyak murid-
murid mengunjunginya setiap hari. Seperti yang diperhatikan mereka seronok
bermain permainan sifir yang terdapat dalam pondok sayangku sifir tersebut dan
ini telah berjaya menjadikan mereka boleh belajar sambil bermain. Bagi yang
belum menguasasi sifir akan berusaha untuk menghafal sepenuhnya supaya mereka
boleh meyertai rakan-rakan lain untuk bermain permainan di pondok sayangku
sifir.

94
BAB 5

REFLEKSI

5.1 Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan

Dalam melaksanakan program penambahbaikan di sekolah banyak aspek-aspek


berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan terutamanya Guru Besar sebagai
guru pembimbing kepada program sandaran ini. Beliau banyak memberikan
semangat kepada saya untuk melakukan program ini supaya menjadi program yang
dapat memberikan impak yang tinggi kepada murid-murid yang menyertainya. Ini
menunjukkan bahawa Guru Besar menunjukkan gaya kepimpinan transformasi
kerana beliau amat menaruh harapan supaya program in boleh mengubah murid-
murid yang belum menguasai sifir kepada menguasai sifir. Selain itu, beliau juga
berharap supaya suasana di sekolah dapat berubah terutamanya dari segi budaya
kerana sebelum ini cuma sedikit budaya sifir di sekolah tetapi dengan adanya
program sebegini akan menjadikan sekolah menjadi tempat pembentukan
penguasaan sifir serta mungkin akan menjadi sekolah yang mempunyai kekuatan
dalam bidang matapelajaran matematik dan dapat menjadi contoh kepada sekolah-
sekolah lain. Guru Besar mempunyai gaya pengurusan yang berfokus kerana beliau
sangat mementingkan ketelitian serta perancangan yang rapi semasa menganjurkan
program di sekolah supaya program tersebut dijalankan dengan baik serta
memberikan impak kepada murid-murid dan bukannya sekadar membuang masa
sahaja.

Semasa perbincangan bersama-sama dengan Guru Besar sebelum program


sayangku sifir ini dijalankan beliau menegaskan supaya program yang dijalankan
haruslah selari dengan visi dan misi sekolah supaya segala program yang dijalankan

95
di sekolah akan menjurus kepada pencapaian visi dan misi sekolah dan sekaligus
mencapai visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemintaan daripada
Guru Besar ini menggambarkan beliau seseorang yang mempunyai gaya
kepimpinan intruksional iaitu beliau menyatakan matlamat yang jelas supaya
program yang dijalankan haruslah mencapai visi dan misi sekolah. Selain itu, beliau
juga mengambil kira program yang dijalankan boleh membantu murid-murid untuk
berkembang dan menjurus kepada pembinaan suasana pengajaran dan
pembelajaran bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Semasa mesyuarat mengenai program dijalankan bersama-sama dengan


semua staf dan juga ibu bapa/penjaga Guru Besar menegaskan bahawa sebuah
program yang dijalankan di peringkat sekolah selama 8 minggu ini akan menjurus
kepada membantu murid-murid dalam menguasai sifir dan beliau menyarankan
supaya semua staf dan ibu bapa/penjaga memberikan kerjasama kerana terdapat
aktiviti buku sifir akan melibatkan mereka untuk menjayakannya. Selain itu beliau
menegaskan bahawa program ini akan di kendalikan sepenuhnya oleh peserta
NPQEL ambilan 1/2017 dan menyatakan beliau telah mengagihkan ahli
jawatankuasa perlaksanaan dan meminta supaya mereka menjalankan tugas yang
telah ditetapkan dengan baik. Guru Besar telah menunjukkan gaya kepimpinan
delegasi dalam mesyuarat ini kerana beliau telah mengamanahkan peserta NPQEL
ambilan 1/2017 untuk menubuhkan ahli jawatankuasa dan mengagihkan kuasa
kepada AJK-AJK yang telah dilantik.

Selain itu, Semasa majlis perasmian program sayangku sifir yang telah
dijalankan Guru Besar memuji program seperti ini harus dijalankan di sekolah bagi
menstranfomasikan sekolah kepada pembentukan budaya-budaya akademi di
dalam sekolah. Beliau juga berasa yakin bahawa program sebegini akan dapat
menaikkan keputusan peperiksaan sekolah terutamannya dalam matapelajaran
matematik. Beliau juga, menyarankan kepada panitia-panitia lain supaya turut
sama membuat program-program yang boleh menyelesaikan masalah-masalah

96
ktitikal yang dihadapi oleh panitia masing-masing. Semasa majlis perasmian
program sayangku sifir ini Guru Besar telah menunjukkan gaya kepimpinan
transfomasi kerana beliau menyokong sepenuhnya transfoemasi yang dijalankan di
sekolah dan juga mengajak panitia-panitia matapelajaran lain untuk turut sama
menjalankan program yang berbentuk transfomasi di sekolah.

Dalam taklimat bersama dengan AJK pengelola program sayangku sifir ini
Guru Besar menegaskan bahawa program ini tidak dapat dijayakan oleh seorang
individu sahaja tetapi memerlukan kerjasama daripada AJK yang telah dilantik dan
juga semua warga sekolah. Selain itu, program yang dirancangkan perlulah
dijalankan secara sisitematik dan mementingkan pengurusan masa serta perlu
mengikuti carta gantt yang telah dibuat supaya perlaksanaan program tidak akan
terpesong dari segi masa perlaksanaannya. Guru Besar didapati mengamalkan gaya
kepimpinan partisipatif kerana beliau dapat memberikan organisasi dibawahnya
untuk menyumbangkan idea dan dapat membuat keputusan besama-sama dalam
menjayakan progarm sayangku sifir ini.

Disamping itu, Guru Besar juga telah bersetuju untuk mengadakan program
sayangku sifir ini setelah bersama-sama menilai hasil daripada dapatan kajian
keprluan yang dibentangkan telah mengenalpasti masalah utama di sekolah pada
masa ini ialah berkaitan dengan penguasaan sifir dikalangan murid-murid tahun 2
hingga tahun 6. Beliau telah mengarahkan supaya mengetuai program tersebut serta
melibatkan semua warga sekolah dan juga ibu bapa bagi sama-sama membantu
dalam mengatasi masalah kritikal yang terdapat di sekolah pada masa kini. Beliau
juga menegaskan bahawa akan menjalankan pemantauan dari masa ke semasa
program yang dijalankan dan juga akan melibatkan diri apabila diperlukan. Dengan
persetujuan yang diberikan oleh Guru Besar terhadap perlaksanaan program ini
menunjukkan bahawa Guru Besar mengamalkan kepimpinan
kolaboratif/partisipatif kerana beliau juga akan bersama-sama memantau program

97
yang dijalankan dan akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan apabila
diperlukan.

Selain itu, Guru Besar juga mengamalkan gaya kepimpinan situational


kerana beliau boleh menguruskan sekolah dengan keadaan yang berbeza-beza iaitu
walaupun banyak cara dan kaedah yang berlainan dijalankan di sekolah beliau
masih dapat membiasakan diri dalam menguruskan situasi yang pelbagai. Beliau
juga boleh berubah mengikut keadaan yang ada di sekolah iaitu apa pun program
yang dijalankan di sekolah beliau dapat melibatkan diri dalam program ini dengan
baik dan memberikan kesan yang mendalam kepada kejayaan program. Banyak
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung dan ada di
antaranya akan melibatkan guru-guru sama ada menjalankan aktiviti dan juga
sebagai pembuat keputusan. Aktviti sumbangsaran yang dijalankan untuk menilai
keberkesanan program telah melibatkan guru-guru untuk mengadakan
perbincangan bagi mendapatkan pandangan serta pendapat mereka terhadap
penguasaan sifir di kalangan murid-murid sebelum dan selepas program ini
dijalankan. Sumbangsaran ini akan dijalankan pada sebelah petang dan melibatkan
semua guru dan ada masalah yang timbul kerana ada beberapa guru tidak dapat
dapat memberikan tumpuan yang bai kerana mereka merasakan mengganggu rutin
harian mereka. Walaubagaimanapun perkara tersebut dapat diatasi kerana peserta
menggunakan kaedah rundingan berkesan dengan menggunakan konsep empati
iaitu mementingkan penglibatan bersama semua guru dan bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah dan memperolhi manfaat bersama-sama iaitu win-win
situation.

Sepanjang perlaksanan program ini semua ahli jawatankuasa yang telah


dilantik telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik sekali. Kerjasama
yang baik juga dapat dipupuk sepanjang program ini dan Guru Besar telah
memberikan penghargaan dan pujian kepada semua ahli jawatnkuasa kerana telah
menampakkan usaha dalam menjayakan program yang dijalankan ini. Dengan

98
pujian dan penghargaan yang selalu diberikan oleh Guru Besar beliau
mengamalkan gaya kepimpinan suportif . Belaiu juga mengamalkan kepimpinan
autentik kerana beliau menunjukkan kepimpinan yang boleh menjadi teladan
kepada orang bawahan kerana beliau banyak terlibat di dalam program, sentiasa
memantau perjalanan program dan juga memberikan pujian serta semangat kepada
ahli jawatankuasa program supaya ahli jawatankuasas sentiasa bermotivasi
menjalan program demi untuk kepentingan murid-murid yang mengikuti program
tersebut.

Selain itu, panitia matapelajaran matematik memberikan kerjasama yang


sangat baik dan melibatkan diri secara langsung dengan program ini kerana
program ini menjurus kepada aktiviti-aktiviti dalam matapelajaran matematik maka
tanggungjawab panitia dalam meningkatkan pencapaian matematik di sekolah amat
diperlukan. Panitia matematik telah menunjukan pengurusan panitia yang sangat
baik kerana telah bersama-sama menguruskan program dan menjadikan program
sayangku sifir ini sebagai aktiviti tahunan di sekolah pada masa akan datang. Ini
dilakukan oleh panitia kerana program ini memberikan impak yang baik kepada
murid-murid dalam menguasai sifir yang merupakan tunjang utama dalam
matapelajaran matematik.

5.2 Kekuatan Program Sayangku Sifir

Kekuatan utama program sayangku sifir ini ialah kerjasama yang telah diberikan
oleh ahli jawatankuasa pengelola program ini. AJK pengelola terdiri daripada
semua staf dan juga ibu bapa/penjaga. Dengan adanya kerjasama yang diberikan
maka semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan menjadi ringan dan pemantauan
terhadap aktiviti akan menjadi lebih menyeluruh kerana semua pihak melibatkan
diri dalam program ini sepenuhnya. Budaya kerja berpasukan yang ditunjukkan
sepanjang program ini telah menjadikan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang

99
program ini dapat diatasi serta diselesaikan dengan baik dan masalah-masalah
tersebut tidak menjejaskan perlaksanaan program sayangku sifir ini.

Selain itu, hubungan yang baik dengan ibu bapa/penjaga juga merupakan
satu kekuatan di dalam program ini. Jika tidak ada hubungan luar yang baik maka
setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya yang melibatkan ibu bapa/penjaga tidak
akan mendapat sokongan dan akan menjadikan program tersebut akan cacat dan
menjurus kepada kegagalan. Dengan adanya hubungan yang baik dengan ibu
bapa/penjaga maka program ini telah mendapat sumbangan dana dari PIBG untuk
perlaksanaannya kerana ibu bpa/penjaga telah memahami objektif utama program
yang dijalankan ini. Di samping itu, ibu bapa/penjaga juga banyak melibatkan diri
dengan menjayakan aktiviti-aktiviti di dalam program ini seperti bersama-sama
dengan warga sekolah untuk membantu anak-anak mereka menghafal sifir di
hadapan mereka dalam aktiviti bijak sifir. Walaupun ada di kalangan ibu bapa yang
tidak tahu tetapi mereka sanggup membawa anak mereka menghafal sifir dihadapan
penduduk kampung yang pandai tentang sifir dan ini merupakan usaha yang
sungguh baik.

Ibu bapa penjaga juga berusaha memantau buku bijak sifir anak-anak
mereka apabila berada di rumah supaya anak-anak mereka melengkapkan
tandatangan pada ruangan ibu bapa/penjaga bagi semua sifir. Bagi anak-anak yang
belum menghafal mereka akan sama-sama membantu anak mereka menghafal sifir
tersebut bersama-sama senhingga berjaya. Ibu bapa/penjaga juga sanggup datang
ke sekolah untuk bergotong royong membaik pulih serta membina pondok
sayangku sifir untuk kegunaan anak-anak mereka untuk menimba ilmu
terutamanya menguasai sifir.

Selain itu, penglibatan dan minat yang tinggi daripada murid-murid semasa
mengikuti program ini juga merupakan kekuatan dalam program ini dengan
penglibatan diri secara aktif dan minat yang tinggi dalam program ini menjadikan

100
program ini lebih senang untuk dijalankan dan boleh dijalankan dengan lancar.
Penglibatan dan minat yang tinggi di kalangan murid-murid ini timbul adalah di
sebabkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini menarik dan
mempunyai daya tarikan seperti hafalan sifir beramai-ramai, buku bijak sifir dan
permainan sifir dalam pondok sayangku sifir. Sifat ingin tahu mereka amat tinggi
dalam aktiviti ini dan berasa semangat untuk menjalankan aktiviti telah menjadikan
aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan baikm dan lancar serta dapat memberikan
impak kepada mereka.

Kekuatan lain dalam program ini ialah objektif yang telah ditetapkan dalam
program ini berjaya di capai iaitu objektif yang ditetapkan 50% murid-murid tahun
2 hingga tahun 6 menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Dengan hanya perlaksanaan 8
minggu sahaja objektif sudah dapat dicapai dengan mendapat 69.92% keseluruhan
murid-murid menguasai sifir 1 hingga sifir 9. Dengan tercapainya objektif yang
ditetapkan mengambarkan bahawa aktiviti-aktiviti di dalam program ini berkesan
dalam membantu pelajar untuk menguasai sifir.

Selain itu, kos untuk melaksanakan program ini tidak bergitu besar iaitu
hanya sebanyak RM 650.00 untuk mengendalikan 3 aktiviti dalam masa 8 minggu
dan untuk menamoung sebanyak 53 orang murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.
Kos yang digunakan diambi daripada 2 sumber iaitu daripada PIBG dan juga
Bantuan kokurikulum sekolah. Dengan hanya kos sebegini telah menjayakan
program ini secara berkesan dan tidak menganggu aktiviti-aktiviti yang sedia ada
di sekolah.

5.3 Kelemahan Program Sayangku Sifir

Terdapat beberapa kelemahan utama sepanjang menjalankan program sayangku


sifir iaitu yang pertama ialah kekangan tempat untuk membuat permainan pada
pondok sayangku sifir. Oleh kerana pondok sayangku sifir ini agak kecil cuma dua

101
permainan sifir sahaja boleh ditempatkan. Jika terdapat tempat yang lebih besar lagi
untuk membuat tempat sayangku sifir maka lebih banyak permainan sifir boleh di
tempatkan. Semakin banyak permainan sifir boleh diwujudkan maka murid-murid
akan semakin seronok untuk bermain sambil belajar bukan saha memenuhi masa
terluang mereka tetapi boleh juga semasa pengajaran dan pembelajaran matematik
sebagai aktiviti pengayaan dan sebagainya. Selain itu, permainan pada pondok
sayangku sifir ini boleh dimain ketika perjumpaan kelab matematik dan sains pada
sebelah petang.

Selain itu, disebabkan kekangan peruntukan maka pondok sayangku sifir


belum lagi lengkap sepenuhnya dan terdapat beberapa aspek yang masih lagi
kekurangan terutamanya menukar bahagian-bahagian yang lama dan rosak seperti
atap dan sebagainya. Disamping itu juga, bahagian siling belum dapat di pasang
kerana peruntukan belum mencukupi. Jika siling telah dapat dipasang maka boleh
lah di lukis perkara-perkara yang berkaitan dengan sifir padanya seperti sifir 1
hingga 9, rumus matematik, dan sebagainya. Kos yang telah disalurkan oleh PIBG
dan peruntukan BKK yang digunakan hanya cukup untuk membaik pulih dan
membuat dua jenis permainan sahaja. Oleh itu, pada masa akan datang akan mohon
bantuan daripada sumber daripada PIBG lagi atau kelab matematik dan sains boleh
mengadakan aktiviti untuk mendapatkan dana supaya dapat menambahbaik pondok
sayangku sifir dan juga untuk membuat lebih banyak permainan sifir lagi.

Dari segi masa juga menjadi kelemahan dalam program ini sebenarnya
untuk program sayangku sifir masa perlaksanaan 8 minggu agak tidak mencukupi
kerana bagi memastikan penguasaan sifir menjadi lebih kekal lagi hafalan sifir atau
aktiviti-aktiviti menguasasi sifir perlulah di jalankan secara berterusan kerana
untuk menghafal sifir jika ia dihafal dalam jangka masa yang pendek kemungkinan
ia hanya ingatan jangka masa pendek sahaja. Oleh itu, penguasaan sifir memerlukan
ingatan jangka masa panjang supaya ia kekal seumur hidup kita. Untuk menjadikan
penguasaan sifir ini sebagai ingatan jangka masa panjang murid-murid perlulah

102
melakukan hafalan sifir ini secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Selain itu juga aktiviti-aktiviti yang bermakna juga dapat memastikan mereka dapat
membentuk ingatan jangka masa panjang. Aktiviti-aktiviti yang bermakna ini
memerlukan masa yang lebih lama untuk menjalankannya. Oleh itu, walaupun
masa 8 minggu perlaksanaan program ini sudah tamat tetapi pihak sekolah masih
lagi meneruskan lagi aktiviti hafalan sifir tiap-tiap hari dan bermain permainan di
dalam pondok sayangku sifir juga sentiasa diteruskan dan murid-murid sentiasa
dialu-alukan untuk bermain permainan sifir dalam pondok tersebut.

Satu lagi kelemahan dari segi masa dan berkaitan dengan penilaian program
ialah oleh kerana perlaksanaannya hanya 8 minggu penilaian dari segi kesan kepada
peperiksaan awam dan peperiksan peringkat sekolah belum dapat dilihat sama ada
peningkatan murid-murid dalam penguasaan sifir akan membantu dalam
meningkatkan keputusan GPMP matapelajaran matematik untuk peperiksaan
UPSR dan juga peperiksaan peringkat sekolah seperti peperiksaan penggal.
Sekarang ini pernilaian kebekesanan program hanya dapat dilakukan untuk melihat
peningkatan penguasaan murid sebelum program dijalankan dan selepas program
dijalankan.

5.4 Cadangan Penambaikan Program Sayangku Sifir

Apabila sesuatu progam yang dijalankan telah menunjukkan keputusan yang baik
dan dapat meningkat pencapaian serta dapat mencapai objektif program tidak
bermakna program tersebut sudah berjaya atau sempurna. Ini kerana setiap program
yang dijalankan pasti ada kelemahan dan kecacatan yang perlu ditambah baik dan
bukan sahaja penambahbaik untuk menyelesaikan masalah atau kelemahan
program tersebut tetapi penambahbaikan juga dilakukan untuk meningkatkan lagi
keberkesanan program tersebut supaya akan mengahasilkan sesuatu keputusan
yang lebih tinggi lagi. Bagi program sayangku sifir ini terdapat 5 cadangan untuk
menambahbaik program supaya program ini akan menjadi lebih baik dan berkesan

103
lagi apabila dilaksanakan pada masa depan. 5 cadangan penambahbaikan adalah
seperti beriktu;

5.4.1 Penglibatan Dikalangan Pemimpin Tertinggi Sekolah

Bagi menambahbaik lagi program ini ialah perlu lebih banyak penglibatan
daripada pemimpin-pemimpin tertinggi sekolah kerana sebelum ini
penglibatan pemimpin tertinggi sekolah hanya lebih kepada melakukan
pemantauan program sahaja. Walaubagaimanapun program ini berjaya
tetapi untuk memastikan program ini lebih berjaya dan berkesan pemimpin-
pemimpin sekolah perlulah lebih bersama-sama ajk-ajk lain untuk bersama-
sama menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama dengan murid-murid.

Kesannya apabila perkara ini dijalankan akan memberikan lebih


motivasi kepada ajk-ajk yang dilantik untuk menjalankan program ini dan
pemimpin-pemimpin tertinggi sekolah boleh berkongsi dan menggunakan
pengalaman serta kemahiran yang mereka ada untuk lebih membantu guru-
guru lain dalam melaksanakan program serta memberikan idea
penambahbaikan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, penglibatan pemimpin
sekolah memberikan impak kepada meningkatkan motivasi serta semangat
murid-murid yang menyertai program kerana mereka dapat lihat kerjasama
berpasukan memberikan penekanan kepada program yang dijalankan
seperti program sayangku sifir ini.

5.4.2 Mengadakan Aktiviti Mentor-Mentee Pakar Rujuk Sifir

Aktiviti mentor-mentee pakar rujuk sifir ini juga boleh di serapkan dalam
program ini pada masa akan datang kerana dapat di perhatikan dan di kaji
antara faktor murid-murid yang masih lagi tidak berjaya dalam menguasai
sifir adalah mereka memerlukan bantuan untuk melakukan sesuatu. Oleh itu

104
dengan adanya aktiviti seperti mentor-mentee ini dapat membantu murid-
murid yang belum menguasai akan menjadi mentee kepada murid-murid
yang sudah menguasai sifir sebagai mentor nya. Ini membolehkan murid-
murid yang bertindak sebagai mentor kepada murid-murid yang belum
menguasai sifir membantu mereka menguasai sifir.

Aktiviti sebegini akan menjadi lebih berkesan dalam membantu


murid-murid yang belum menguasasi supaya mereka akan rasa lebih selesa
meminta bantuan dengan rakan sebaya dan bukannya dengan guru atau staf
yang mungkin menjadikan mereka berasa malu atau takut. Di samping itu,
aktiviti mentor mentee boleh mengunah sikap murid-murid tersebut juga
kerana dengan adanya pengaruh rakan sebaya maka mereka akan lebih
senang untuk berubah kerana mereka takut tidak diterima dalam sesebuah
kumpulan.

5.4.3 Mengadakan Pertandingan-Pertandingan Sifir

Pertandingan-pertandingan yang melibatkan sifir perlu juga diadakan pada


masa akan datang. Jika dalam program sayangku sifir ini tidak ada di
terapkan dengan pertandingan-pertandingan sifir dan ini sedikit sebanyak
tidak meningkatkan semangat murid untuk menyertai sesuatu program.
Dengan adanya pertandingan-pertandingan dijalankan maka akan
memberikan lebih daya tarikan kepada murid-murid untuk memberikan
tumpuan kepada program yang dijalankan kerana mereka ingin bersedia
untuk mengikuti pertandingan-pertandingan yang di sediakan dan
mendapatkan hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan.

Semasa program sayangku sifir dijalankan dapat dirasakan


mempunyai sedikit kekurangan kerana tiada pertandingan dan ada
dikalangan guru memberikan pendapat mereka supaya menyelitkan

105
pertandingan dalam program ini supaya murud-murid akan lebih
bersemangat dan mempunyai tekanan dalam menjayakan program ini.
Dijalankan juga kajian secara lisan kepada kanak-kanak dengan
memberitahu bahawa akan ada pertandingan untuk sifir bakal dijalankan
dan reaksi daripada meereka amat baik sekali kerana mereka seolah-olah
teruja dengan pertandingan tersebut dan ada juga murid-murid bertanya
bilakah pertandingan akan dijalankan. Ini menunjukkan ada daya tarikan
yang agak kuat kepada pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

5.4.4 Memperbanyakkan Permainan Sifir

Permainan sifir yang telah dibina semasa program sayangku sifir ini banyak
mendapat sambutan di kalangan murid-murid. Kebanyakkan mereka akan
bermain permainan ini semasa waktu senggang mereka sebelah petang.
Melalui temu bual saya dengan beberapa orang murid berkaitan dengan
permainan sifir yang ada sekarang mereka merasakan seperti bermain di fun
fair dan mereka seronok bermain permainan ini. Begitu juga hasil temu bual
saya dengan waden asrama berdasarkan pemerhatian beliau sebelah petang
banyak murid-murid berminat untuk bermainan permainan tersebut.

Oleh itu, untuk menambahbaik program sayangku sifir ini perlu


memperbanyakkan lagi permainan matematik dan pelbagai serta menarik
perhatian murid-murid kerana di samping mereka bermain mereka juga
akan belajar menguasai sifir. Mereka juga akan lebih bersemangat untuk
menghafal sifir kerana jika tidak hafal sifir maka agak susah untuk bersama-
sama rakan-rakan lain yang telah menghafal sifir untuk bermain permainan.
Oleh itu, perlu di beri perhatian dari segi sumber kewangan untuk
membantu memperbanyakkan lagi permainan sifir di sekolah sama ada
panitia mengadakan aktiviti mengumpul dana atau memohon derma untuk
menyelesaikan masalah ini.

106
5.4.5 Aktiviti Berkumpulan

Aktiviti berkumpulan perlu juga diberi perhatian dalam perlaksanaan


program sayangku sifir ini pada masa akan datang kerana berdasarkan
aktiviti yang dijalankan dalam program ini semua aktiviti-aktiviti di dalam
program ini berbentuk individu. Setelah dikaji kemungkinan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid yang belum menguasai sifir ialah memerlukan
bimbingan dan bantuan daripada rakan-rakan sebaya. Oleh itu, aktiviti
kumpulan boleh diwujudkan pada masa akan datang sebagai
penambahbaikan kepada program ini supaya dapat membantu murid-murid
yang belum menguasai sifir.
Selain itu, aktiviti berkumpulan juga menggalakkan murid-murid
berinteraksi diantar satu dengan lain dan juga bantu membantu diantara satu
dengan lain. Dengan adanya ahli-ahli kumpulan akan dapat membantu
murid-murid yang belum menguasai dan akan dapat juga memberikan
tunjuk ajar kepada murid-murid yang belum menguasai sifir. Di samping
itu, aktiviti kumpulan membolehkan membina kayakinan terhadap murid-
murid yang belum menguasai kerana pengaruh rakan sebaya dapat
membantu mengubah murid-murid tersebut.

107
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed & Abd. Ghani Abdullah, (2007)
Guru Sebagai Pemimpin. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Ahmad Naim Jaafar. (2003). Membina Karisma. PTS Professional Sdn Bhd Selangor.

Ainon Mohd. (2005). Teori dan teknik kepimpinan: panduan aplikasi di tempat kerja.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, (2011). Bakat dan Kemahiran Memimpin.
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsiah & Ahmad Naim Jaafar, (2005). Kunci Menjadi
Individu Kredibiliti. PTS Milenia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur

Hairuddin dan Muhammad Bustaman. (2009). Perancangan Strategik Sekolah. Kuala


Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Hajah Noresah Bt Baharom & Co. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Dawama Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Hitt, Ireland, Hoskisson, 6th Ed. (1999) Strategic Management Competitiveness and
Globalization.

Hussein Mahmood, (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa


& Pustaka: Kuala Lumpur.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 1: Dasar Dan Hala Tuju. Firdaus Press Sdn
Bhd.

108
Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 2: Instruksional Dan Pencapaian. Firdaus Press
Sdn Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 3: Mengurus Perubahan Dan inovasi. Firdaus
Press Sdn Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 4: Sumber Dan Operasi. Firdaus Press Sdn
Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 5: Hubungan Sesama Manusia. Firdaus Press Sdn
Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul 6: Keberkesanan Kendiri. Firdaus Press Sdn
Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul Asas: Asas Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan. Firdaus Press Sdn Bhd.

Institut Aminudin Baki. (2016). Modul Khas: Kajian Tindakan. Firdaus Press Sdn
Bhd.

John C. Maxwell. (2011). Pemimpin 360 darjah. Jade Green Publications Sdn.
Bhd: Kuala Lumpur

Kamarulzaman Moidunny. (2012). Artikel 1: Pengurusan strategic: Konsep dan


Aplikasinya Dalam Organisasi Pendidikan. dimuat turun daripada
http://kamarulzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/pengurusan-strategik-
konsep-dan.html

Khuzaimah Sulaiman, (2010). Guru Pemimpin 360. PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd: Kuala Lumpur

109
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (PPPM). (2012).
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Muslimin Wallang & Amir Hamzah Abdul. (2010). Kepimpinan Dalam Pengurusan
Awam. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

110

You might also like