You are on page 1of 2

Laporan Keseluruhan Tugasan

Saya telah menjalankan PBS selama lima hari iaitu 26 Mac 2018 hingga 29 Mac
2018 di sekolah SJK (C) Chung Hua No.4. Tujuan saya memilih sekolah ini kerana sekolah
ini merupakan sekolah yang besar dan cemerlang. Saya ingin tahu pengurusan pentadbiran
sekolah besar dan bagaimana guru di sekolah ini mengajar murid dengan menggunakan
kaedah abad ke-21.

Sekolah ini telah merangkumi sebanyak 1200 orang murid dan 67 orang guru.
Walaupun sekolah ini merupakan sekolah jenis kebangsaan cina, tetapi mempunyai 197
orang murid yang berbangsa bukan cina telah belajar di sekolah ini. Lokasi sekolah ini
adalah dalam bandar dan gred sekolah ini adalah A. Sekolah ini mempunyai kemudahan
yang lengkap seperti dewan, makmal komputer, perpustakaan, kantin, tempat bersukan dan
sebagainya. Selain itu, papan pernyataan di sekolah ini juga mempunyai pelbagai jenis dan
banyak kata-kata hikmah telah dilekatkan supaya murid akan membacanya sebagai satu
motivasi kepada mereka.

Guru besar amat mengambil berat tentang pemcapaian murid dari segi akademik
dan aktiviti kokurikulum. Pelbagai aktiviti telah dituntutkan dan dianjurkan oleh pihak sekolah
supaya murid-murid dapat berkembang dengan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Untuk mengembangkan budaya dan tradisional bangsa Cina, kelab
gendang 24 musim dan kelab tarian singa telah ditubuhkan. Selain itu, sekolah juga
memberi ceramah teknik menjawab soalan khas kepada murid tahun enam supaya mereka
mempunyai konsep yang jelas tentang peperiksaan UPSR. Kelas tambahan juga akan
diberi kepada murid tahun 4, 5 dan 6 pada waktu petang dan juga masa cuti sekolah supaya
mereka dapat meningkatkan prestasi dalam pencapaian akademik. Selain itu, Guru Besar
juga amat mementingkan kesihatan murid dari segi mental. Beliau telah berpendapat
bahawa kesihatan mental adalah sangat penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan
kunci kejayaan.

Di samping itu, guru di sekolah ini juga rajin untuk menjalankan tugas utama mereka.
Mereka tidak berputus asa untuk membantu murid yang lebih lemah. Hal ini dapat
dibuktikkan dengan memberi kelas tambahahan kepada pelajar yang lebih lemah dengan
rela hati. Tambahan pula, mereka juga amat prihatin terhadap pelajar dan berusaha untuk
membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk menarik perhatian
murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru juga menggunakan pelbagai
kaedah dan alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan pelajar. Hal ini adalah
bertujuan supaya murid-murid dapat belajar secara berkesan dan mereka juga tidak akan
berasa bosan. Contohnya, mengadakan aktiviti secara berkumpulan dalam kelas untuk
menggalakkan interaksi antara pelajar dan mencetuskan idea-idea mereka yang baru.

Di samping itu, murid juga mengamalkan nilai-nilai murni. Murid amat bersopan
santun dan sentiasa memberi salam kepada guru apabila berjumpa dengan guru. Mereka
mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan. Contohnya, mereka tidak membuang sampah
di merata-rata tempat.

Pihak sekolah juga amat mementingkan kebersihan kawasan sekolah. Tukang bersih
telah rajin membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah pada setiap hari. Tanpa
mereka, kawasan sekolah akan kelihatan kotor dan memberi imej buruk kepada orang lain.
Yang paling teruknya adalah warga sekolah akan menjangkiti pelbagai penyakit seperti
demam denggi, malaria dan sebagainya. Persekitaran yang kotor juga akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, iklim dan persekitaran sekolah amat sesuai dan kondusif untuk
murid-murid belajar. Hal ini kerana kepimpinan guru besar telah membantu murid untuk
meningkatkan pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum. Selain itu, usaha guru yang
tidak berputus asa dalam membantu murid yang lemah juga meningkatkan pencapaian
murid-murid dalam bidang akedemik. Akhirnya, murid yang mesra dan berlakuan baik untuk
dapat menjaga imej dan nama baik sekolah.

You might also like