You are on page 1of 7

Aktiviti PBS

Murid dan Alam Belajar

a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan kesesuaiannya mengikut
kaedah PdP semasa.
Petunjuk:

Papan Putih Meja Murid

Meja Guru Papan Kenyataan

Bilik darjah sebagai tempat berlaku proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
tempat yang paling penting di sekolah. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Antara pra syarat yang paling
penting bagi menjamin satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah
aspek pengurusan bilik darjah. Guru haruslah mengetahui cara mengendalikan dan
mengurus bilik darjah dengan baik.

Pengurusan bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran
bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan membantu dari aspek pencapaian akademik,
interaksi serta penglibatan murid-murid yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam sebuah kelas.

Melalui pemerhatian saya, bilik darjah pada sekolah tersebut adalah disusun seperti
yang telah dilakarkan di atas. Iklim bilik darjah yang baik merupakan iklim bilik darjah yang
terbuka dan akan menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid,
murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.
Guru pula gembira mengajar dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Oleh itu, kelas
dalam sekolah tersebut telah memilih menggunakan cat hijau bagi mewujudkan suasana
yang damai. Kelas juga telah diubahsuai menjadi saiz yang kecil. Iklim bilik darjah yang
terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif dan iklim positif ini akan dapat
membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi,
berinisiatif, bekerjasama, ramah mesra serta mempunyai motivasi yang kebih tinggi dalam
proses PdP.
Pada bahagian belakang bilik darjah, terdapat papan buletin yang dijadikan papan
kenyataan serta papan yang bertujuan mempamerkan hasil karya murid yang telah
disiapkan. Tindakan ini merupakan suatu tanda galakan diberikan kepada murid-murid
supaya melibatkan diri dalam penghasilan karya-karya.

Perkara utama yang mesti diberikan perhatian adalah kuantiti kerusi dan meja yang
mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan,
saiz kerusi dan meja telah disesuaikan dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan
bilik darjah pula, meja murid disusun secara berkumpulan di mana meja disusun secara
berlima. Susunan ini memudahkan pengajaran yang berpusatkan murid. Murid-murid dalam
kelas tersebut telah dibahagikan tidak mengikut tahap prestasi pembelajaran mereka.
Misalnya, satu kumpulan terdiri daripada murid yang berprestasi tinggi dan murid yang
kurang memuaskan dalam akademik. Pembahagian kumpulan sebegini adalah bertujuan
untuk mengimbangi pencapaian dalam kalangan murid. Murid-murid yang mempunyai
prestasi tinggi dalam akademik dapat memberikan bantuan kepada golongan murid yang
kurang memuaskan dalam kumpulan tersebut.

Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak
kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri.
Susunan berkumpulan ini membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling
membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun,
guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dalam satu kumpulan. Guru
juga hendaklah memantau ahli-ahli kumpulan supaya dapat bekerjasama.

Kesimpulannya, iklim bilik darjah yang kondusif akan meningkatkan keberkesanan


aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Susunan berkumpulan juga dapat meningkatkan
kolaborasi antara murid-murid di dalam sebuah kelas.
b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Pelbagai jenis bahan dan sumber PdP atau juga dikenali sebagai bahan bantu
mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan bantu mengajar tersebut
perluluh mudah digunakan dan dapat menarik perhatian murid untuk memberikan fokus
semasa sesi pembelajaran.

Sepanjang saya menjalani PBS di sekolah ini, saya telah menjalankan pemerhatian
terhadap guru-guru yang mengajar di dalam kelas. Guru-guru telah menggunakan pelbagai
bahan dan sumber PdP untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik
dalam bilik darjah. Bahan-bahan tersebut juga amat mudah digunakan oleh murid-murid di
dalam kelas. Antara bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid ialah papan
kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan yang kekal dan tidak akan berpindah dari
satu tempat ke tempat yang lain. Melalui penggunaan papan kenyataan, murid-murid dapat
belajar dengan lebih cepat tanpa perlu membazirkan masa untuk bergerak ke tempat lain.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info dan nota yang berkaitan
memudahkan murid-murid membuat rujukan. Sebagai contoh, pada ruangan Bahasa Cina
dilengkapi dengan peribahasa, simpulan bahasa, tatabahasa dan sebagainya. Selain itu,
kad bergambar seperti binatang dan sebutan nombor dalam Bahasa Inggeris boleh
diletakkan pada ruangan Bahasa Inggeris. Dengan adanya papan kenyataan yan
berinfomasi ini, murid-murid dapat belajar secara kendiri.

Di samping itu, penggunaan kad-kad imbasan atau juga dikenali sebagai flashcard
yang mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan perkataan-perkataan yang jelas
dan terang. Gambar-gambar pada kad imbasan ini menggunakan kombinasi warna-warna
yang terang dan akan menarik minat murid serta merangsang perkembangan kognitif
mereka. Jika gambar-gambar yang ditunjukkan tidak menarik ia akan menyebabkan murid-
murid cepat berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran.

Tambahan pula, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan murid.
Contohnya penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Dengan penggunaan radio, murid
dapat mendengar lagu dan bunyi-bunyian. Penggunaan televisyen pada masa pengajaran
dan pembelajaran juga dapat memudahkan murid-murid di dalam kelas.

Tuntasnya, sekolah telah menyediakan pelbagai bahan dan sumber PdP yang
sesuai dengan murid-murid. Murid-murid harus memaksimumkan penggunaan sumber
tersebut untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kendiri.

c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan


TMK?

Penggunaan ICT kepada murid-murid adalah amat digalakkan kekita sesi


pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan ICT dapat menambahkan
pengetahuan baru kepada murid-murid dan mereka boleh mengakses maklumat tambahan
yang berkaitan dengan pelajaran tersebut.

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan di dalam kelas yang sedang
menjalani sesi PdP, saya telah mendapati bahawa semua murid dalam kelas tersebut
kurang diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK. Guru
memberikan pengajaran menggunakan pendekatan yang berasaskan beliau sahaja. Murid-
murid dalam kelas tersebut hanya perlu mendengar dan menghafal apa yang telah diajar
oleh guru tanpa menggunakan apa-apa sumber pembelajaran yang berasaskan TMK.

Tuntasnya, murid-murid harus banyak diberi peluang menggunakan sumber


pembelajaran yang berasaskan TMK. Guru juga harus memberi peluang kepada mereka
bagi menerokai dunia TMK.

d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Murid-murid di dalam kelas sentiasa digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif
dalam setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
murid mendapat input yang sama daripada guru. Keadaan ini juga adalah bagi memastikan
pencapaian yang seimbang dalam kalangan murid.

Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, murid-murid dalam setiap kelas telah
dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi 5 orang dalam satu kumpulan. Setiap ahli
kumpulan diberikan tugasan dalam kumpulan tersebut. Mereka telah dibahagikan tidak
mengikut tahap prestasi pembelajaran mereka. Misalnya, satu kumpulan terdiri daripada
murid yang berprestasi tinggi dan murid yang kurang memuaskan dalam akademik.
Pembahagian kumpulan sebegini adalah bertujuan untuk mengimbangi pencapaian dalam
kalangan murid. Murid-murid yang mempunyai prestasi tinggi dalam akademik dapat
memberikan bantuan kepada golongan murid yang kurang memuaskan dalam kumpulan
tersebut.

Selain itu, guru juga banyak menggunakan teknik perbualan semasa proses PdP
berlangsung. Teknik ini digunakan supaya murid-murid dapat memberikan tumpuan dalam
sesi pembelajaran. Melalui teknik ini, guru juga dapat mengenali murid-murid dengan lebih
mendalam. Murid-murid akan berasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan.

Di samping itu, murid-murid dalam kelas tersebut juga digalakkan untuk bertanya
kepada guru jika terdapat perkara yang tidak difahami. Kaedah ini dapat melibatkan murid-
murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta melatih murid untuk berani meluahkan
pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu.

Kesimpulannya, melalui pemerhatian saya, murid-murid dalam kelas adalah


digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

You might also like