You are on page 1of 6

FAKTOR KAJIAN

Bilik Bahan Bantu Mengajar


Menurut S. Yunus, pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru pemulihan khas
yang kreatif dan inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca,menulis
dan mengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran
sedia murid pemulihan khas. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan mudah
digunakan. Atan Long (1982) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau diletakkan pada
slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Menurut Noor
Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah
memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat
pelajar dalam matapelajaran Matematik. Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam
membantu pemahaman para pelajar. Bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu
merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi
sumbanagan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah
pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina,
2010).

dapatan kajian.
Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Bahan bantu mengajar merangkumi semua
benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang,dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya. Berdasarkan dapatan, sekolah ini tidak mempunyai bilik untuk menyimpan bahan
bantu mengajar. Alatan tersebut diletakkan dan disimpan oleh panitia akan diletakkan di dalam
makmal sains atau pusat sumber sekolah. Selain itu, pihak panitia akan menyediakan alat atau
bahan bantu mengajar mengikut keperluan sesuatu subjek. Bahan bantu mengajar yang dibuat
oleh murid akan dipamerkan di bahagian infografik atau di papan kenyataan sekolah. Bahan
bantu alat disediakan merujuk penggunaan optimum murid dan mengikut selibus semasa.
Responden juga turut berkongsi peruntukan untuk alat dan bahan bantu mengajar sebanyak
20%. Kebanyakan bahan atau alat bahan bantu mengajar dIbeli menggunakan peruntukkan
kewangan pusat sumber, melalui projek murid seperti aktiviti RBT dan Bahasa Arab serta
dihasilkan oleh guru sendiri. Contoh alat bahan bantu mengajar yang terdapat pada sekolah
ialah television, pembesar suara, model gigi dan sebagainya. Menurut responden juga alat
bahan bantu mengajar membantu dalam sesi pengajaran tetapi bilik alat bahan bantu mengajar
tidak berfungsi di sekolah tersebut.

perlaksanaan kajian
Bilik bantu mengajar menjadi salah satu pelengkap untuk membantu guru dan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai bahan di dalam bilik bantu
mengajar yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar, bukan sahaja buku teks,
gambar-gambar atau papan hitam malah terdapat banyak lagi bahan bantu mengajar sesuai
dengan perkembangan semasa. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar mempunyai
kebaikannya tersendiri bagi pelajar dan guru. Bahan bantu mengajar dilihat menjadi aspek
penting dalam pembelajaran kerana bahan bantu mengajar yang penuh dengan kreativiti ini
mampu membantu pelajar meningkatkan daya rangsangan ketika belajar.
Kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar ialah dapat merangsang minda pelajar
untuk belajar. Di sekolah penggunaan buku teks sebagai bahan bantu mengajar memang tidak
asing lagi. Namun, sejauh manakah penggunaan buku teks ini mampu merangsang minda para
pelajar. Hal ini kerana, di dalam buku teks terlalu banyak kandungan ayat sehingga boleh
menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar. Sekiranya, guru mempelbagaikan bahan bantu
mengajar mereka dengan mengedarkan bahan bacaan bergred yang menarik mampu
memberikan kelainan buat pelajar. Bahan bantu mengajar penting untuk menarik minat pelajar
dan menjadi instrument dalam membantu pemahaman pelajar. Bahan bantu mengajar
dikatakan dapat merangsang minda para pelajar juga memberi sumbangan yang besar dalam
meningkatkan mutu pembelajaran. Secara tidak langsung, bahan bantu mengajar ini mampu
membantu para guru untuk menyelesaikan kaedah pengajaran yang sentiasa berubah.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam
membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak,
bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri
yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan
isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya. Sumber bahan bercetak didefinisikan
sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh
disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada
tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat
khabar, buku teks dan sebagainya .
Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu alat bantu yang
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang
menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. .
Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang
diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus
dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Bahan maujud juga sering digunakan sebagai
sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuhdan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini
merupakan bahan yang nyata yang adadisekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau
sudah diawet. Contoh bahan ini ialah komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan
sebagainya.
Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar
secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar
memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu,
peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala
pelajar bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai
contoh,sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang
berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat
dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
lampiran
aznie: assalamualaikum cikgu. Adakah sekolah menyediakan bilik bahan bantu mengajar?
cikgu: waalaikumsalam. sepatutnya setiap sekolah mesti menyediakan bilik bahan bantu
mengajar tetapi untuk sekolah ini bilik bahan bantu mengajar tidak berfungsi.
aznie: Kalau bilik bahan bantu mengajar tidak berfungsi di sekolah ini, dimanakah bahan
tersebut disimpan?
cikgu: bahan atau alat disimpan oleh penatia pusat sumber, makmal sains dan guru.
aznie: oh begitu. soalan seterusnya, berapakah peruntukan untuk alat bahan bantu mengajar?
cikgu: peruntukan untuk bahan tersebut ternasuk dalam peruntukan pusat sumber sekolah
sebanyak 20% sahaja.
aznie: baiklah. Adakah guru dan murid juga turut menyumbang dalam penghasilan bahan alat
bantu mengajar?
Cikgu: ya. Kami juga turut menyediakan bebberapa bahan bantu yang akan digunakan di dalam
kelas. selain itu murid juga turut terlibat dalam penghasilan bahan tersebut melalui aktiviti RBT,
Bahasa Arab dan sebagainya. Hasil murid akan di ambil oleh panatia dan dipajangkan di papan
aktiviti sekolah.
Aznie: adakah alat bantu mengajar membantu dalam sesi pembajaran dan pengajaran murid?
cikgu: semestinya sangat membantu sebab kalau hanya menggunakan buku teks semata-mata
murid akan cepat bosan. tetpi dengan adanya alat bantu emngajar murid lebih seronok dan
mudah faham subjek yang dipelajari.

.0 Metodologi Kajian
Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan
lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Bab ini akan
menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Penulis telah
merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi- strategi yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah temubual.
7.1 Instrumen Kajian
Menurut Noraini Idris ( 2010 ), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data merujuk
kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh
data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina, etnik dan agama; skor bagi ujian yang
dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan penyelidik, sama ada melalui temu bual.
a) Temu Bual
Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh
dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat
memperoleh informasi dan maklumat terus daripada responden kajian.
Justeru, dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang
digunakan oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada
responden kajian. Temubual yang dijalankan adalah berkenaan latar belakang responden dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Sebelum penyelidik bertemu dengan
responden kajian, iaitu yang terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka iaitu Puan Hamidah. Penyelidik terlebih
dahulu menyediakan soalan-soalan yang akan digunakan semasa sesi temu bual.
Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang ingin diajukan dapat dijawab oleh responden kajian
semasa sesi temu bual ini. Selain daripada itu, maklumat-maklumat yang diinginkan oleh
penyelidik dapat diperolehi melalui soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik dalam sesi
temubual ini. Seterusnya maklumat-maklumat ini dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam
kajian oleh penyelidik ini

7.2 Sampel Kajian


Sampel dalam penyelidikan ialah guru yang menjadi sumber informasi yang diperlukan. Dalam
memilih sampel kajian bagi penyelidikan ini, penyelidik telah menjalankan beberapa kaji selidik
dan kajian rentas bagi mendapatkan lebih maklumat sebelum memilih sampel kajian. Ini bagi
memastikan sampel kajian yang dipilih oleh penyelidik dapat memberikan maklumat-maklumat
yang penting serta berguna sebagai dapatan kajian bagi penyelidikan ini. Sebelum memulakan
tugas, penyelidik telah berbincang dengan pensyarah untuk mendapatkan pandangan serta
tunjuk ajar daripada beliau berkenaan pemilihan sampel kajian ini. Daripada pandangan beliau
inilah, menjadi titik tolak dalam pemilihan sampel kajian dan juga responden kajian oleh
penyelidik. Sampel kajian yang telah dipilih oleh penyelidik dalam menyempurnakan kajian ini
ialah seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu Puan Hamidah.

7.3 Lokasi Kajian


Selepas melakukan beberapa tinjauan di beberapa buah sekolah, penyelidik telah menetapkan
sebuah sekolah kebangsaan untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Penyelidik beranggapan
bahawa sekolah ini telah mewakili populasi bagi penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik.
Pelbagai maklumat dan sumber-sumber telah dapat dicari oleh penyelidik bagi memastikan ia
bersesuaian dengan kehendak penyelidikan yang dijalankan ini. Penyelidikan telah dilakukan di
Sekolah Kebangsaan Ijok, Selangor.
8.0 Dapatan Kajian
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data yang dilakukan berdasarkan tindak balas
responden terhadap temu bual dan rujukan berkaitan pengurusan dan pembelajaran di sekolah.

You might also like