You are on page 1of 5

1a) Definisi Bahan Pengajaran Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,menimbulkan

rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964)yang digambarkan dalam bentukcone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru

Konsep Bahan Pengajaran Bahan pengajaran ialah alat yang direka cipta untuk kegunaan murid dan guru yang berperanan sebagai sumber pembelajaran yang boleh membantu mereka memperoleh pelbagai fakta,kemahiran dan pendapat untuk membantu proses kognitif.Bahan-bahan tersebut termasuklah pelbagai bahan bercetak dan bukan bercetak,buku teks,bahan berasaskan teknologi maklumat,ujian dan sebagainya.Lazimnya,guru-guru gemar menggunakan bahan sedia ada dalam buku teks yang dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia semata-mata tanpa berusaha mencipta bahan pengajaran yang baharu.Sebaik-baiknya guru menggunakan bahan yang bersumberkan buku teks dan pada waktu yang sama beberapa bahan pengajaran lain turut digunakan.Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

Ciri-ciri Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran Untuk membina sebuah bahan pengajaran yang baik,seseorang guru itu perlulah mengetahui beberapa ciri pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran yang berkesan.Bermula daripada proses pemilihan hinggalah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian supaya bahan yang dipilih sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Ciri-ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan bantu mengajar ialah semestinya dapat memberi maklumat terkini.Ini amat penting kerana jika kita menggunakan bahan yang tidak memberi maklumat terkini dikhuatiri murid akan mudah keliru dengan fakta-fakta yang tidak tepat. Selain itu,bahan tersebut seboleh-bolehnya tidak terlalu mahal berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan tersebut.Jika kos membeli alat tersebut agak mahal namun faedah yang boleh didapati daripadanyatidak seberapa maka bukanlah satu bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu.Biarlah kosnya rendah namun faedah yang dapat disumbangkan adalah besar dan menepati pengajaran guru.

Terdapat banyak aspek yang dapat menilai kebaikan dan mutu sesuatu bahan bantu mengajar.Antaranya,yang lain ialah bahan tersebut mudah diperolehi dan mudah digunakan iaitu guru dan murid mudah memahami dan dapat menggunakannya dengan seoptimum mungkin.Selain bahan tersebut juga mudah alih dan dapat disenggarakan.Ini bermaksud bahan tersebut mudah digunakan dan disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka dapat dibaiki dengan mudah. Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti sesuatu bahan bantu mengajar ialah apakah bahan tersebut dapat memberi pelbagai rangsangan dan menggunakan pelbagai deria.Murid lebih memahami sesuatu pelajaran jika melibatkan semua deria mereka.Maka bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu patut memberi rangsangan yang dapat menarik minat murid untuk belajar selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan. Aspek lain yang perlu diambil kira ialah apakah bahan bantu mengajar tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan dalam situasi yang berlainan.Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut untuk digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di dalam situasi yang berlainan.Contohnya,jika guru telah menyediakan bahan yang menunjukkan pelbagai tanda baca,maka bahan tersebut juga boleh digunakan untuk mengajar ayat seru,ayat Tanya,dialog dan sebagainya.

Jenis Bahan Pengajaran Terdapat beberapa jenis sumber atau bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran.Antara jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran adalah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat.Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan muridmurid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Bahan Bercetak

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal.Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus.Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku,majalah,jurnal,ensiklopedia,surat khabar,kad,katalog,kamus,buku teks,dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak.Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.Semuanya dihasilkan oelh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing. Bahan Teknologi Maklumat Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid.Teknologi maklumat ataupun Information Techolonogy (IT) adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini,mereka boleh menggunakan portal pendidikan,internet,rangkaian LAN,dan mulitimedia.Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam P&P.Guru perlu kerap memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung.Kelebihan bahan ini ialah murid murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini secara tidak langsung telah menarik perhatian.

pelbagai bahan yang digunakan guru secara langsung

alat yang direka cipta untuk kegunaan murid dan guru yang berperanan sebagai sumber pembelajaran
Konsep

Bahan Bercetak
Definisi

buku,majalah, jurnal,ensiklo pedia,surat khabar,kad,ka talog,kamus,b uku teks,dan sebagainya.


Jenis

Bahan Pengajaran

bahan bercetak dan bukan bercetak,buku teks,bahan berasaskan teknologi maklumat,ujian dan sebagainya.

Bahan Teknologi Maklumat


Ciriciri

memberi maklumat terkini tidak terlalu mahal berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan tersebut. mudah diperolehi dan mudah digunakan

dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan dalam situasi yang berlainan dapat memberi pelbagai rangsangan dan menggunakan pelbagai deria

portal pendidikan,i nternet,rang kaian LAN,dan mulitimedia

You might also like