You are on page 1of 6

Kaedah penggunaan kad imbas / flashcard untuk kanak-kanak

Penggunaan flashcard dalam mengajar anak-anak memahirkan diri dalam bahasa Inggeris adalah satu
kaedah yang mudah dan murah tapi sayangnya kaedah ini tidak digunakan sepenuhnya oleh ibubapa
dan juga kemungkinan oleh golongan pendidik. Adalah diharapkan selepas anda membaca topik ini anda
akan dapat lebih menghargai penggunaan flashcard sebagai satu kaedah yang boleh anda gunakan
dalam mengajar anak-anak menguasai kemahiran berbahasa Inggeris.

Ada pelbagai aktivi yang anda boleh lakukan dengan flashcard dan ianya bolah anda bahagi-bahagikan
mengikut fungsi aktiviti itu samaada untuk melatih memori, latihtubi, mengenalpasti objek dan aktiviti
TPR. Jika anda menggunakan aktiviti-aktiviti dengan kanak-kanak diperingkat umur yang muda anda
boleh membuat aktiviti-aktiviti yang diterangkan selepas ini sebagai satu permainan. Dengan
membuatnya sebagai satu permainan ianya akan menjadi lebih menarik untuk dipelajari.
Ujian Memori

Aktiviti ini direka untuk menguji memori anak-anak dan pelajar-pelajar anda. Apa yang anda perlu buat
ialah meletakkan beberapa flashcard di atas lantai dalam bentuk bulatan. Biarkan bahagian yang
bergambar di atas. Jika ianya melibatkan seorang sahaja beri masa seminit untuk mereka mengingati
kesemua objek yang ada di kesemua flashcard itu. Jika anda melakukan dengan satu kumpulan kanakkanak atau pelajar anda boleh bahagikan mereka dalam dua atau lebih kumpulan dan beri mereka dua
minit untuk menyenaraikan kesemua objek yang mereka boleh ingat. Latihan ini amat sesuai untuk
menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka satu jenis senaman minda. Apa yang penting
ialah ada perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu permainan kepada kanak-kanak itu dan bukan
membuatnya sebagai satu latihan. Ini untuk memastikan mereka seronok dengan aktiviti itu dan tidak
merasa tertekan untuk menghafal kad-kad imbas itu.
Aktiviti Latihtubi Kad ghaib

Dalam aktiviti ini anda boleh letakkan 9 flashcard di atas papan tulis. Pastikan yang bahagian gambar
flashcard itu ialah bahagian yang kelihatan. Lukiskan bulatan di sekeliling kesemua flashcard
itu.Kemudian gunakan pen dan tunjukkan kepada kesemua sembilan flashcard itu berulangkali dan
sebutkan setiap perkataan flashcard itu. Tanggalkan flashcard itu satu persatu tapi teruskan menunjuk di
mana flashcard itu berada tadi. Bila anda tanggalkan flashcard yang pertama anda perlu menunjuk
kepada tempat kosong itu dan mengangguk kepala anda dan menggalakkan kanak-kanak itu menyebut
perkataan flashcard yang telah anda tanggalkan itu. Anak-anak dan pelajar-pelajar anda akan merasa
terkejut yang mereka boleh mengingati gambar-gambar flashcard itu. Untuk pelajar anda yang masih
muda anda boleh kemudiannya meletakkan semula flashcard itu ketempatnya yang betul dan bertanya

kepada mereka kemana kad itu pergi. Untuk pelajar yang lain pula anda boleh menyuruh mereka pergi ke
papan tulis dan menulis perkataan yang betul untuk flashcard yang telah ditanggalkan itu. Aktiviti ini akan
menonjolkan kesan peralatan visual dan ianya akan membuktikan yang imej yang dilihat di flashcard itu
akan melekat dalam minda pelajar.

Aktiviti Pengenalan Dedahkan perkataan itu

Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu
perlahan-lahan dan minta anak-anak atau pelajar-pelajar anda mengagak kad mana yang anda sedang
dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad
perkataan itu. Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu
akan secara otomatik meniru anda. Selain dari itu anda boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat
agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka
dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.
=================================================
Berikut adalah senarai 15 jenis aktiviti yang boleh anda lakukan dengan kanak-kanak menggunakan
flashcard. Kesemua ini diterangkan dalam buku saya, Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak
Mempelajari bahasa Inggeris

Flashcard (kad imbasan)...nampak bagus sekali untuk baby mama. Kad dengan gambar-gambar
binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun...comelnya! Sesuaikah
untuk si kecilku itu?
Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si
kecilku yang kini baru masuk usia setahun, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Idea yang
bagus...atau tidak? Mana harus kupilih? Perlukah aku membelinya...
Mungkin ini apa yang sering anda fikirkan semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan
pendidikan si kecil. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita
menggunakan flashcard untuk mengajar anak? Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya
sama ada pro dan kontra.
Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human
Potential memperkenalkan flashcarduntuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar
(dikenali sebagai cebisan intelek).
Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris
iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau
cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.
Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima
maklumat dan respon terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata,
telinga, hidung, lidah serta kulit.
Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat.
Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke
otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk
menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau
menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga
mendapati bahawa anak kecil semuda usia 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian
dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.
Ketahui fakta tentang faedah flashcard yang dapat membantu anda merangsang otak bayi
seterusnya mendidik mereka menjadi individu lebih bijak di masa hadapan.
1. Kemampuan Otak Kanan
Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah
ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan,
meningkatkan bahasa serta IQ anak.

Sebenarnya yang penting penggunaan flashcard atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak
anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik (menerima maklumat dengan menyeluruh).
2. Otak Seperti Span
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan
mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan
akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk
pembangunan seterusnya.
3. Tumpuan Rendah
Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan
dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah
dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak
memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu
menunjuk ke arah objek tersebut.

4. Mudah Belajar
Anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk
menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa
itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing (sesuatu yang konkrit) daripada kita hanya sekadar
membuat bunyi atau menyebut perkataan kucing (tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau
memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).
5. Dua Rangsangan
Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak, dia akan mendapat dua
bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan
pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.
6. Otak Berfungsi Cepat
Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa
lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan
sekelip mata sahaja.
Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan
tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita
kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu.

Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun,
mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.
7. Saiz Kad
Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil,
mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan
kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya
dengan jelas.
Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan
mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan
sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat
membuat perbezaan tersebut.
8. Pentingnya Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ia seekor
ayam, seharusnya ayam itu dalam bentuk sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang
sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak.
Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah
mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.
9. Tumpuan Anak
Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah
ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan
sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik
sahaja.
Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun,
saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.
10. Kedua-dua Otak Dibangunkan
Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah
sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan
kanannya akan dibangunkan.
Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan rosak atau
terbakar atau mengalami overstimulationseperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita
takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan
maklumat melalui flashcardsedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat
bermain.

Tidak sama sekali sekiranya kita mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan
dalam suasana penuh keseronokan.

You might also like