You are on page 1of 6

Soalan 2 :

Masalah penglihatan boleh menjadi halangan kepada


pembelajaran di kelas perdana. Jelaskan dengan contoh
yang berkaitan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai
masalah penglihatan dan bincangkan bagaimana guru
dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
penglihatan dalam bilik darjah.

Sebagai manusia, kita dikurniakan lima jenis pancaindera iaitu untuk

penglihatan, pendengaran, rasa, sentuh dan hidu. Kelima-lima jenis pancaindera ini

menjadi elemen yang penting dalam semua aspek perkembangan terutamanya dari

segi aspek perkembangan kognitif kanak-kanak. Seandainya terdapat sebarang

masalah pada pancaindera ini, maka perkembangan kognitifnya akan terbantut.

Antara masalah utama yang memberi kesan terhadap perkembangan kognitif

individu ialah masalah penglihatan.

Pancaindera mata yang digunakan untuk melihat menjadi sumber informasi

yang berguna kepada kanak-kanak. Penglihatan membantu kanak-kanak dalam

pengurusan diri, mengenal orang dan objek di sekeliling, mengendalikan kemahiran

motor dan tingkah laku sosial. Pembelajaran kanak-kanak ini adalah 80% melalui

penglihatan. Justeru itu, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan akan

membantutkan perkembangan kognitifnya.

Masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak pernah melihat, ataupun

yang hanya pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan penglihatannya

berkurang sedikit demi sedikit atau keseluruhannya. Selain itu, masalah penglihatan

juga melibatkan mereka yang mempunyai ketidakupayaan dalam bahagian-


bahagian penglihatan. Secara keseluruhannya, masalah penglihatan dapat

dikategorikan kepada dua jenis yang utama. Pertama, adalah masalah kebutaan.

Kebutaan ialah penglihatan yang kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik

ataupun medan penglihatan yang kurang daripada 10 0 setelah individu itu menerima

rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive). Kedua, adalah rabun atau

penglihatan terhad(low vision). Masalah ini adalah berkenaan dengan penglihatan

yang kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik atau

medan penglihatan yang kurang daripada 10 0 setelah individu itu menerima rawatan

atau pembetulan biasan (refractive). Individu yang mengalami masalah penglihatan

terhad masih mampu untuk melakukan aktiviti seharian namun aktivitinya agak

terhad.

Masalah penglihatan dapat dikelaskan kepada beberapa tahap. Tahap-tahap

ini dapat membezakan antara buta dengan penglihatan terhad (low vision). Tahap

pertama ialah tahap sederhana. Masalah yang dihadapi pada tahap ini

membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan

deria penglihatan dengan menggunakan peralatan khas seperi kanta. Tahap kedua

ialah tahap teruk. Pada tahap ini, kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak

masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti serta mengalami kesukaran dalam

melakukan aktiviti berkaitan penglihatan walaupun dengan bantuan alatan khas.

Tahap ketiga ialah tahap sangat teruk. Masalah penglihatan pada tahap sangat teruk

menyebabkan kanak-kanak mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti

berkaitan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta kanak-kanak itu perlu

bergantung kepada deria-deria lain.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, mereka akan

mempamerkan beberapa ciri atau gejala yang kebiasannya dapat dikesan oleh guru
yang mengajar mereka di dalam kelas. Gejala yang ditunjukkan dapat dibahagikan

kepada tiga aspek iaitu melalui rupa, tingkah laku dan aduan. Dari aspek rupa,

kanak-kanak akan menunjukkan ciri-ciri seperti bebola matanya akan selalu

berputar-putar, mata yang selalu bergerak-gerak, tiada sebarang tindakbalas

terhadap cahaya yang terang dan terdapat bintik-bintik putih pada pupilnya. Selain

itu, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan akan mempunyai mata yang

selalu berair, juling, inflamasi pelupuk mata atau bahagian tepi mata yang berwarna

merah.

Manakala dari aspek tingkah laku, kanak-kanak cenderung untuk selalu

memusingkan kepala ke sebelah sahaja , contohnya untuk melihat papan tulis

ataupun objek. Masalah penglihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak menyebabkan

mereka selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata di samping kerap berkelip

dan kerap menggosok matanya. Kanak-kanak ini selalu menutup sebelah matanya

untuk melihat dan kerap melanggar objek serta sering menonjolkan kepala ke

hadapan apabila hendak melihat sesuatu yang jauh. Mereka juga sering berasa

keliru dengan huruf-huruf yang telah dipelajari. Semasa menonton televisyen atau

membaca buku, mereka akan berada pada jarak yang sangat dekat dengan

televisyen dan buku serta sering mencari-cari baris ayat yang dibaca. Cara mereka

memegang kepala juga agak berlainan dengan kanak-kanak yang normal dan

mereka ini kerap menangis. Semasa tugasan diberikan, kanak-kanak yang

mengalami masalah penglihatan lebih cenderung untuk meniru kerja rakan mereka

dan tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka juga lebih senang

untuk mengelak daripada melakukan sebarang tugasan.

Selain itu, dari aspek aduan, kanak-kanak yang mengalami masalah

penglihatan sering mengadu sakit kepala, loya dan pening. Mereka juga sering
mengadu mempunyai penglihatan yang kabur, penampakan dua imej pada satu

objek di samping mata yang selalu gatal.

Masalah penglihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak dikatakan sebagai

masalah utama yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif. Masalah ini

mengehadkan pengalaman dan pemahaman terhadap perkara yang pernah dialami.

Walaubagaimanapun, dengan adanya didikan awal melalui pendidikan dan

bimbingan, kanak-kanak ini mampu memiliki tahap pemikiran dan perkembangan

bahasa yang sama dengan kanak-kanak yang normal. Kanak-kanak yang

mengalami masalah penglihatan ini sering dikaitkan dengan masalah kurang

keyakinan diri dan komunikasi dengan orang sekeliling. Masalah kurang keyakinan

diri ini dapat diatasi sekiranya layanan yang baik dan sama rata diberikan oleh guru

atau orang yang rapat dengan mereka.

Bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan

mendapatkan maklumat atau meneruskan proses pembelajaran, para guru perlulah

menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik yang berdedikasi dengan

mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Antara langkah yang boleh dilakukan

oleh para guru untuk membantu proses pembelajaran mereka semasa di dalam bilik

darjah termasuklah menyediakan bahan-bahan bacaan yang mempunyai tulisan

yang lebih besar ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran dan

menyediakan bahan bacaan yang lebih jelas dan terang dengan menggunakan

pelbagai warna serta memastikan tiada terlalu banyak tulisan ayat dalam satu muka

surat.

Para guru juga boleh menyebut secara lisan tentang apa-apa sahaja yang

ditulis di papan hitam atau putih untuk kemudahan kanak-kanak ini di samping
memberikan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian sebagai pengukuhan. Susun atur bilik

darjah perlulah disusun oleh guru agar bersesuaian mengikut keperluan kanak-

kanak masalah penglihatan ini. Hal ini untuk memudahkan pergerakan mereka agar

mereka tidak perlu sering ke hadapan untuk melihat apa yang ditulis oleh guru.

Kanak-kanak ini harus diletakkan di baris hadapan untuk memudahkan proses

pembelajarannya serta guru dapat membimbingnya secara dekat.

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan terpaksa bergantung pada deria

yang lain bagi mengumpul maklumat. Oleh itu, para guru mesti mengajar mereka

menggunakan deria-deria yang lain seperti deria pendengaran, sentuhan, bau dan

rasa. Bagi deria pendengaran, kanak-kanak dapat mengenal seseorang melalui

suara dan objek di sekeliling dengan bunyi yang dihasilkan. Melalui deria sentuhan

pula, kanak-kanak dapat belajar mengenal objek seperti bentuknya dan sifat fizikal

sesuatu objek tersebut. Seterusnya, melalui deria bau, kanak-kanak dapat mengenal

perbezaan antara makanan, orang dan tempat. Akhir sekali, melalui deria rasa,

perbezaan antara makanan dapat dikenalpasti oleh kanak-kanak dengan lebih jelas.

Pendidikan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan adalah

penting kerana itu adalah hak mereka untuk menerima pendidikan sama seperti

kanak-kanak normal yang lain. Oleh itu, pelbagai peralatan dan teknologi boleh

digunakan sebagai alternatif. Antara alatan teknologi bantuan dan perisian audio

sensori yang boleh digunakan termasuklah mesin Braille, embossor, perisian JAWS

dan Duxbury.

Dengan adanya Braille, kanak-kanak yang bermasalah penglihatan boleh

mendapat pelbagai informasi, menambah ilmu dan dapat membaca kisah-kisah

yang menarik. Sistem Braille yang moden mempunyai perisian Terjemahan Braille
Duxbury, perisian JAWS yang boleh mengeluarkan suara, mesin pencetak tulisan

Braille atau embossor. Perisian JAWS sangat beguna kerana perisian ini mampu

mengeluarkan suara yang akan membaca satu demi satu ayat yang diimbas terlebih

dahulu. Hasilnya, kanak-kanak ini mampu menjalankan proses pembelajaran sama

seperti kanak-kanak normal yang lain di dalam bilik darjah. Alatan dan teknologi ini

boleh membantu para guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, alat sentuh seperti peta, gambar rajah

timbul, dan model tiga dimensi juga boleh digunakan untuk membantu pemahaman

kanak-kanak yang bermasalah penglihatan.

Kesimpulannya, masalah penglihatan merupakan antara masalah utama yang

perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak terutamanya para guru dan ibu

bapa. Masalah penglihatan yang dialami oleh kanak-kanak ini akan membantutkan

proses perkembangannya dan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan kurang

bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Ciri-ciri yang ditunjukkan

oleh kanak-kanak bermasalah penglihatan ini harus dipantau oleh guru untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Dengan bantuan

alatan teknologi dan peralatan khas, para guru dapat membantu kanak-kanak ini

meneruskan proses pembelajaran. Hasil daripada kerjasama semua pihak, kanak-

kanak bermasalah penglihatan ini mampu belajar sama seperti kanak-kanak normal

yang lain dalam usaha untuk melahirkan generasi yang gemilang pada suatu hari

nanti.

You might also like