You are on page 1of 29

PROGRAM INTERVENSI

1.0

Pengenalan
Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan
bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi,2002). Intervensi awal
bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada
kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami
oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak
tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar
perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari
aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia
dengan mereka.
Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan
ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas.
Menurut Hallahan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa
lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang
bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperoleh oleh seseorang
kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan
kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila
kanak-kanak memasuki alam persekolahan.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada


kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan
untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi
(IDEA,1990). Mengapa ia dikatakan penting?
1.1

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kesan kanak-kanak

1.2

berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanakkanak berkeperluan khas. Atas sebab itu juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu
sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner,

1.3

2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya
seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi

1.4

dengan kanak-kanak lain.


Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan
intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi

1.5

intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.


Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesebuah masyarakat. Intervensi awal
yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat
sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan
pendidikan khas mungkin berkurangan.

2.0

Kategori Kanak-Kanak Berisiko Atau Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran.


Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau tahap
kecerdasan yang rendah. Keadaan ini juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya,
status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran. Ketidakupayaan pembelajaran
bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu
memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa kategori kanakkanak berisiko atau berkeperluan khas yang dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran.

2.1

Disleksia ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar

2.2

membaca, menulis dan mengeja dalam cara yang biasa.


ADHD(Attention Defict and Hyperactivity Disorder) ini adalah satu gangguan yang
menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda.
Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi dia tidak dapat

2.3

menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.


Dispraksia ini satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan

2.4

anggota tubuh.
Diskalkulia satu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan Matematik dalam
membuat pengiraan. Walaupun berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun kanak-

2.5

kanak ini sukar memahaminya.


Autisme ini pula merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunia
persekitarannya seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual,

2.6

sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi.


Lembab Kanak-kanak lembab biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru
yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

2.7

Terencat akal Kerencatan akal merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata.
Mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan mental. Mereka sukar mempelajari
kemahiran dan konsep, mengingati mata pelajaran dan menggunakan maklumat bagi
menyelesaikan masalah.
Kategori kanak-kanak seperti contoh di atas sememangnya menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Mereka selalunya lambat untuk menerima dan memahami sesuatu pengajaran.
Kanak-kanak ini juga selalunya tidak dapat bergaul dan mengikuti kelas seperti murid yang
normal. Mereka ini perlu diberi perhatian serta pembelajaran yang lebih istimewa sesuai dengan
kemampuan mereka. Oleh itu, program

intervensi awal bagi kanak-kanak ini perlu bagi

membantu mereka dalam perkembangan pelbagai kebolehan dan kemahiran seperti kanak-kanak
normal yang lain.
3.0

Peranan Ibu Bapa, Guru dan Pihak Pentadbiran Pusat

3.1

Peranan Guru
Guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti murid dalam masalah

pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Guru perlu mendapatkan semua sumber
maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doktor dan persatuan bagi membantu murid
berkenaan. Saringan yang dilakukan oleh guru pada peringkat awal mungkin dapat membantu
murid berkenaan untuk mendapatkan rawatan awal dan seterusnya merancang kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang terbaik untuk murid tersebut.
Perancangan yang sepatutnya perlu dibuat untuk membantu murid menangani situasi
yang yang dihadapinya, merangsang pembelajaran, dan menyediakan persekitaran yang
membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajarinya. Guru juga perlu

menunjukkan perasaan kasih sayang dan penghormatan terhadap murid tersebut. Mereka akan
berasa bahawa mereka penting dan merupakan komuniti dalam sesuatu sesi pembelajaran.

3.2

Peranan Ibu Bapa


Selain guru, ibu bapa adalah individu yang sangat penting dalam kehidupan murid ini.

Jangan sesekali berasa kecewa kerana mempunyai anak yang bermasalah dalam pembelajaran
tetapi perlu bangkit dan berusaha meyakinkan anak-anak mereka bahawa anak-anak ini mampu
berjaya seperti anak-anak normal yang lain. Adalah amat mengecewakan apabila ada sebilangan
ibu bapa yang berasa malu dan cuba menidakkan kehadiran anak mereka ini. Sepatutnya ibu
bapa prihatin dengan anak-anak istimewa dan cubalah berbincang atau membuat sesuatu untuk
masa depan anak-anak mereka seperti berbincang dengan guru mendapatkan pandangan dan
tindakan sewarjarnya boleh dilakukan

3.3

Peranan Pihak Pentadbiran Pusat


Bagi pihak pentadbiran pusat pula, di bawah program Kementerian Pelajaran Malaysia

telah merangka pelbagai program untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran. Contohnya program 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) telah diperkenalkan
semenjak tahun 1960-an bagi memantapkan usaha membantu kira-kira 100,000 murid sekolah
rendah dikenalpasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Pada tahun 1983, apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR) diperkenalkan,
satu usaha telah diwujudkan untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai 3M melalui
Program Pemulihan Khas. Bagi memastikan sasaran semua murid sekolah rendah yang tidak
mempunyai masalah kesihatan menguasai kemahiran 3M akhir Tahap Satu iaitu selepas tamat

persekolahan Tahun Tiga. Satu Jawatankuasa Pemulihan Khas peringkat Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah( PPD) dan sekolah bagi memantau perkembangan
pelaksanaannya.
Pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program
KIA2M (Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) bagi membantu murid Tahun 1
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu serta menangani
masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Program ini dilakukan dalam tiga fasa.
Selepas ujian penapisan, murid yang gagal dalam ujian akan mengikuti KIA2M fasa pertama.
Selepas itu, akan diadakan pula ujian pelepasan. Murid yang berjaya akan mengikuti kelas
seperti biasa. Murid yang gagal pula akan mengikuti KIA2M fasa kedua. Ujian pelepasan
seterusnya akan dilakukan sekali lagi. Murid yang berjaya dalam ujian itu akan mengikuti kelas
pada tahun berikutnya. Murid yang gagal pula mengikuti kelas pemulihan khas. Selama empat
tahun kelas KIA2M dijalankan namun hasrat untuk melihat pencapaian murid menguasai
kemahiran membaca dan menulis tidak tercapai. Hampir 85,000 murid tahun satu di negara kita
belum menguasai kemahiran 2M.
Bermula tahun 2010, Program LINUS telah dilaksanakan bagi menggantikan KIA2M
(Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis). Program LINUS adalah singkatan dari Literacy
& Numeracy Screening di mana sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyasarkan
bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan
perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat

akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanakkanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada dasarnya, kurikulum pendikan untuk murid berkeperluan khas masih lagi
mengalami pelbagai kekurangan iaitu daripada guru terlatih dalam bidang pendidikan khas,
kewangan, kemudahan, pakar dan termasuk kurikulum yang sesuai. Di samping itu, belum lagi
wujud program intervensi awal yang teratur dan komprehensif bagi membantu kanak-kanak
istimewa ini sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.
Di sini jelaslah menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang
mudah untuk ditangani, tetapi ia adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak
pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang
lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam
pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang
mengenalpasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam KIA2M mahupun LINUS
untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat
yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.
4.0

Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk golongan kanakkanak yang mempunyai masalah ini.
4.1

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Program ini mensasarkan murid-murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Fokus program ini ialah untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran asas Bahasa Melayu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas

kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.


Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas ini melibatkan beberapa langkah seperti
pencalonan, ujian penapisan, perancangan, pengajaran, penilaian dan tindakan susulan. Strategi
pengajaran yang boleh digunakan ialah seperti berpusatkan guru dan berpusatkan murid. Antara
teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan ialah seperti teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik
tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik main peranan dan teknik menyanyi.
4.1.1

Intervensi Berpusatkan Guru

Pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan guru adalah satu kaedah berkesan
untuk mengawal kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Kaedah ini memerlukan guru
memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan. Guru yang menentukan jenis
strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan
memantau kemajuan mereka. Kumpulan kecil yang terdiri daripada murid yang menghadapi
masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran menggunakan
modul pengajaran yang disediakan.
4.1.2

Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar adalah sesuai untuk pelajar yang berkemampuan


mengawal tingkah laku sendiri. Justeru, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri
dikenal pasti dahulu dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dijalankan. Intervensi
berpusatkan pelajar memerlukan pelajar berperanan utama tetapi masih mendapat bimbingan
dalam beberapa perkara oleh guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri,
menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Guru
menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu dan membimbing murid

mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga boleh
digunakan.
4.2

Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Apabila mengajar bahasa kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran atau autistik ini, para guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran
dan pembelajaran khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut. Di antara langkahlangkah yang boleh membantu kanak-kanak ini ialah :
4.2.1 Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami
isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.
Contohnya : membantu ayah di gerai.

4.2.2

Mengikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-

kanak mengikut peringkat umur kanak-kanak itu.


4.3

Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak Bermasalah


Pendengaran

Kemudahan pengajaran dan pembelajaran untuk golongan ini banyak disediakan oleh
kerajaan. Kemudahan ini bertambah dari masa ke semasa selaras dengan pertambahan golongan
bermasalah pendengaran ini di Malaysia. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk pelajar yang sebegini. Antaranya ialah:
4.3.1 Bacaan bibir

Bacaan bibir adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui memahami pertuturan
dengan mengikut atau memerhati bibir penutur termasuk memahami dan mentafsir hinggas ke
otot muka dan gerak badan penutur. Bacaan bibir adalah pertuturan tulin atau pure oral yang
memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara
sengaja. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui bacaan bibir memerlukan murid
murid bermasalah pendengaran ini bertutur seperti murid-murid biasa.
Alat bantu pendengaran dapat membantu kanak-kanak ini menguasai bahasa dengan baik.
Sistem ini sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai kemampuan pendengaran antara 40
hingga 65 desibel. Kaedah pengajaran seperti ini boleh berjaya sekiranya usaha dilakukan
berterusan.

4.3.2

Pertuturan Kiu

Pengajaran melalui kaedah ini ialah dengan menggunakan sistem pergerakan

tangan

yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir, contohnya bunyi /p/, /b/,
dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan
digerak hampir dengan muka penutur bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk
menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.

Penutur menggunakan salah satu daripada

tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang
dituturkan.
Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini lebih berkesan terhadap murid-murid
yang

hanya mempunyai masalah tahap pendengaran yang sedikit. Kanak-kanak yang

mempunyai masalah pendengaran yang berat agak sukar untuk menguasainya. Melalui
pertuturan kiu murid-murid bermasalah ini berpeluang menguasai bahasa dengan baik.

4.3.3

Komunikasi Seluruh

Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan keseluruhan bahasa

iaitu

gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan
menulis. Komunikasi seluruh membenarkan guru menggunakan apa sahaja untuk membolehkan
murid-murid menguasai bahasa seperti mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya. Untuk
menguasai kaedah pengajaran ini secara berkesan, maka guru-guru perlu menguasai setiap kod
bagi mewakili kosa kata bahasa semasa pengajaran. Di samping itu guru juga perlu memahami
prinsip penggunaan kod bagi menggambarkan proses morfologi.
4.3.4

Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan
seluruh anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. KTBM adalah menurut asas-asas
dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, murid diajar dengan
menggunakan kod tangan iaitu melalui pergerakan tangan.
4.4

Bentuk

Pengajaran

dan

Pembelajaran

untuk

Kanak-kanak

Bermasalah

Penglihatan
Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz besar dan sesuai
ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan hendaklah
jelas seperti huruf yang pelbagai warna. Semasa menulis di papan tulis, guru boleh menyebut
secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Guru juga perlu memberi
perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kanak-kanak tersebut ditempatkan
berhampiran papan tulis.

5.0

Penutup

Tiada siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang
berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan menginginkan dirinya dalam keadaan
sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Masyarakat hendaklah memahami bahawa
kanak-kanak ini juga mempunyai impian dan cita-cita. Keprihatinan ibu bapa terhadap mereka
akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat untuk mereka terus
hidup.
Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika
pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak
langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang
pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa
jemu dan bosan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatkan perkembangan
fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal
yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga,
dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,
keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan
pendidikan.

RUJUKAN:

Abdullah Yusuff, (1996). Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan
Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa,40:4,321-336.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Jilid 1,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sharani Ahmad, (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
Nordin Tahir. Kanak-kanak Berkeperluan Khas. IPG Kampus Ipoh, Perak.
Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Hj. Zulkiply b Hj. Yaakob. Intervensi Awal. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Abd. Rahim Talib,(2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur: MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Lebar,(1999). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak Berkeperluan
Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.
Capaian Internet:
http://syamsinaharyanti.blogspot.com/2010/03/program-intervensi-untuk-kanak-kanak...
http://sayangadiksayang.blogspot.com/

PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH


PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai

azmiab@ipda.edu.my
suraya@ipda.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid prasekolah IPG
Kampus Darulaman (IPDA). Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia Early Screening Test
(DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang diubahsuai sebagai senarai semak
untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa (lisan, bacaan dan tulisan), memori,
pengetahuan, kemahiran motor halus dan deria persepsi. Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA
terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan masalah ingatan merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata
sebanyak 26.78%. Masalah kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang
sebanyak 23.52%. Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan
menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan. Hasil kajian
menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom disleksia di peringkat
prasekolah. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan perancangan cara menangani
kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui aktiviti yang bersesuaian hendaklah
dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak
memulakan persekolahan.
Abstract
This research meant to identify the characteristics of dyslexia in the preschool pupils at IPG Kampus
Darulaman (IPDA). This study adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST) instrument and a set of
Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check list to examine mathematical
proficiency, language proficiency (oral, reading and writing), recall the memory, knowledge, fine motor
skills and sensory perception. Sample, as 17 preschool pupils of IPDA is involved in this study. The data
was analyzed using descriptive study of percentage. Study shows, acquired memories problems is a
major problem in the sample with the percentage of 26.78%. While the issue of combine spoken and
written skills contributes as much as 23.52%. Mathematical proficiency aspects related to the number,
counting and specify the value for number does not indicate a problem in terms of the mastery. The
results of this study indicate the needs of early intervention in early stage of dyslexia symptom primarily in
preschool ratings is important to alleviate the problems. Teachers exposure to the dyslexic symptom and
designing ways to handle the difficulties through appropriate activities should carried out so that the issue
can be minimize when a child begins school.

1. PENGENALAN
Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila telah
memasuki alam prasekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang mudah, mampu
mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan bunyi-bunyian yang mudah seperti
perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang mampu dilakukan sebagai
seorang kanak-kanak pra sekolah. Namun, jika seorang kanak-kanak itu tidak mampu untuk melakukan
perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak tersebut menghidap disleksia.

1.1 Pendahuluan
1.1.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

i.
ii.

Kementerian Pelajaran mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanakkanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan
yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut :
Kebolehan Kognitif
Tingkahlaku Sosial / Perkembangan Sosial

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Penguasaaan Bahasa Lisan dan Pertuturan


Penguasaan Membaca
Kemahiran Perkembangan(Developmental Skills)
Kemahiran Matematik
Daya Penglihatan
Darjah Kebolehan Pendengaran
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan
mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu
bertingkah laku. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi tekanan emosi kepada guru dan ini
mencabar dari segi tingkah laku mereka . Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan
pelbagai strategi yang efektif.

1.2 Latar Belakang

i.
ii.
iii.

Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran. Mereka
mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah murid yang mengalami
masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka memerlukan bantuan khusus atau program
khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka hadapi. Murid disleksia ini tida k
hanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga terdapat dalam kalangan golongan dewasa.
Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya mereka
dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal ini kerana mereka
tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal.
Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan dengan halhal seperti berikut :
Pola program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal, program
pendidikan,murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah diubahsuaikan dan program
pendidikan yang khusus untuk murid disleksia.
Sistem pendidikan murid disleksia.
Rancangan Pendidikan Individu.

2.0 Pernyataan Masalah


Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan penyelidik
bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang mengalami masalah
membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini kebiasannya berkait rapat dengan
gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi
mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada bahagian otaknya.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar
prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap
penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Di samping
itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk
memperbaiki prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar ini.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan
kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau
melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengeja.
Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain turut
menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah Disgrafia
(Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis , Discalculia (Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran
dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan
bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak
disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha

bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat
ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi
dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengala mi kesukaran membaca,
menulis, memahami, mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah
disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya
adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar
mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.
Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini berkaitan dengan kesilapan semasa
membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat membezakan nombor 15 dengan
51 ,perkataan was menjadi saw, huruf b menjadi d. Mereka juga mengalami kesukaran memahami,
mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu di peringkat awal
boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan), masalah tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah
laku) dan rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah).

2.1 Objektif Kajian


i. Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA.

2.2 Soalan Kajian


i. Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA?

2.3 Kepentingan kajian


Kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid bermasalah
disleksia dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom disleksia dengan lebih jelas
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.
Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan mengatasi
kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis , mengeja serta dapat membaca
dengan baik.
Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini mempertingkatkan lagi
potensi pembelajaran mereka dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria seperti deria
sentuhan dan deria pendengaran melalui ritma atau bunyi perkataan dan huruf.

2.4 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di prasekolah IPDA. Segala maklumat dan data yang diperolehi dari
kajian adalah dari sumber soal selidik, senarai semak, temubual dan pemerhatian. Kajian ini mempunyai
batasan-batasan seperti berikut :
Kajian ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom disleksia secara
rawak.
Pemilihan kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur.

2.5 Takrif Istilah


Bagi menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan mentakrifkan istilah-istilah yang
akan digunakan :

2.5.1 Simptom
Tanda-tanda yang dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu mendapat
pengesahan dari pakar perubatan.

2.5.2 Disleksia
Ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan
perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.

2.5.3 Prasekolah
Murid yang berumur antara 5 - 6 hingga tahun, dipilih secara rawak tanpa pertimbangan jantina
dan bangsa.

2.6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia


Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid disleksia maka beberapa bentuk program alternatif
dibentuk sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kurikulum
sekolah murid normal, menggunakan kurikulum sekolah murid normal yang telah disesuaikan dan
menggunakan kurikulum khusus. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kurikulum pendidikan yang
diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan memiliki alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan
keperluan mereka.

2.7 Menggunakan kurikulum sekolah biasa/normal.


Pengurusan pendidikan yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana yang
banyak untuk persiapan dan perlaksanaannya. Pengguanan kurikulum pendidikan bersama antara murid
disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan potensi murid disleksia, asalkan
mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan keperluan mereka. Jadi pengembangan potensi murid
disleksia yang menggunakan program pendidikan murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan
secara khusus.. Berdasarkan penjelasan ini, maka halangan yang dihadapi pendidikan murid disleksia
perlu ditiadakan. Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut mempunyai beberapa masalah
iaitu guru tidak terlatih secara khusus serta tidak mampu menghadapi murid disleksia, dan murid
disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus asa dan tertinggal dalam
pelajarannya.

2.8 Sistem Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia


Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan. Misalnya
melalui lawatan guru ke kelas-kelas khas , guru pembimbing dan kelas biasa. Jenis pendekatan
pendidikan bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan perlaksanaanya kerana banyak
bergantung pada keadaan dan keperluan murid disleksia, sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana
program itu. Berikut adalah sistem pendekatan pendidikan yang diterapkan .

2.8.1 Kelas Khas


Kelas Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid disleksia
bersama dengan murid normal. Pendekatan ini lebih baik kerana murid disleksia boleh berinteraksi
dengan murid normal dan tidak terbatas sesama mereka sahaja. Sistem ini juga membolehkan mereka ini
belajar bersama-sama murid normal bagi mata pelajaran pendidikan jasmani sebagai contoh. Di samping
itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini umumnya kurikulum sekolah biasa yang diubah
bagi membolehkan murid disleksia ini mengikutinya dan sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.

2.8.2 Ruang Sumber

Ruang sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana perlaksanaan
program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan ruang khusus sebagai tempat
perunding. Mereka memerlukan layanan khusus dan tempat belajar yang selesa.

2.8.3 Kelas Biasa


Kelas biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring dengan
pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat guru pembimbing yang
khusus. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Namun begitu penekanannya amat lemah sekali dan
inilah satu cabaran bagi pakar pendidikan khas di Malaysia.

2.9 Teori/Model Kajian


Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang mereka hadapi untuk membaca,menulis
dan mengira berterusan ditemui oleh guru-guru khas. Belajar membaca,menulis dan mengira dalam apa
jua bahasa dianggap sebagai satu aktiviti manusia yang sangat kompleks. Oleh sebab membaca,
menulis dan mengira merupakan aktiviti yang kompleks, pembelajaran mata pelajaran tersebut
merupakan tugasan yang sukar bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Tidak boleh dinafikan bahawa ,kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca,
menulis dan mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya dalam
bidang akademik.

2.10 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau pelajar
yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian secara langsung ke
atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran, pengetahuan dan tahap keupayaan
mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui instrument kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk
numerik yang akan dihuraikan melalui penulisan deskriptif.
Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh
dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah senarai semak bertujuan
untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua
tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L & Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti
Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek
berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi
aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang
berkaitan.

3.0 Analisis Data


Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual mengikut
borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan dianalisis untuk pengiraan
indeks. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan dalam borang keputusan ujian yang
akan menunjukkan kadar pencapaian setiap ujian dengan jelas melalui paparan graf yang mudah untuk
diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran. Penganalisaan data juga dibuat menggunakan kaedah peratusan. Statistik deskriptif akan
digunakan bagi menerangkan kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom disleksia
dalam frekuensi peratusan.

3.1 Dapatan Kajian

Data yang diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui pemerhatian,
perbincangan, temubual dan pemerhatian hasil kerja kanak-kanak. Senarai semak berkaitan ialah
Senarai Semak Disleksia, Borang Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah, Senarai Semak
Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian Diagnostik (Menulis). Senarai semak-senarai semak ini
mengandungi beberapa subtopik yang memberi fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan
disleksia dalam kalangan kanak-kanak.

3.2 Senarai Semak Disleksia


Melalui Senarai Semak Disleksia terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk
menentukan ciri-ciri disleksia kanak-kanak. Diantaranya ialah masalah ingatan, masalah pertuturan dan
fonologikal, masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis, masalah tumpuan, dan masalah
visual motor. Dapatan data adalah seperti jadual di bawah.

3.2.1 Masalah ingatan


Kemahiran
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Sukar mengingati arahan


Masalah mempelajari kemahiran bahasa yang asas
seperti abjad dan bunyi.
Sukar mengingati perkataan yang bari dibaca.
Masalah mempelajari sesuatu yang melibatkan urutan.
Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk tempoh
lama.
Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan 31.
Masalah matematik mengira dengan jari.
Menyalin dengan tidak tepat.
Kesalahan ejaan yang sama dan berulangan.

Bilangan tidak
menguasai
4

Peratus (%)
23.52

23.52

4
2

23.52
11.76

11.76

3
10
4
4

17.64
58.82
23.52
23.52

Jadual 1 Masalah Ingatan


Beberapa item penguasaan kemahiran dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan jadual di atas.
Secara keseluruhannya sebanyak 24.17% dari kanak-kanak pra sekolah mengalami masalah ingatan.
Masalah ketara yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam kemahiran membilang menggunakan jari di
mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.82% tidak menguasai kemahiran tersebut.

3.2.2 Masalah pertuturan dan fonologikal


Kemahiran

Bilangan tidak
menguasai

Peratus (%)

Susah mendapat perkataan yang sesuai semasa


bercakap.

11.76

2
3

Masalah menyebut perkataan yang panjang


Masalah menyebut perkatan bergabung.

2
2

11.76
11.76

Masalah mengenal pasti dan membaca rhymes.

11.76

11.76

2
2
2

11.76
11.76
11.76

5
6
7
8

Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan yang


bermula dengan sukukata yang hampir sama.
Masalah mempelajari fonik.
Lewat menguasai kemahiran bertutur.
Masalah struktur bahasa dalam penulisan

Jadual 2 Masalah pertuturan dan fonologikal


Melalui pemerhatian penguasaan pertuturan dan fonologikal, secara keseluruhannya, terdapat 2
orang kanak-kanak yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Jumlah ini mewakili 11.76% dari
jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.2.3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.


Kemahiran

Bilangan tidak
menguasai
4

Peratus (%)

Lambat untuk mendapat perkaitan antara bunyi dan huruf.

Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan tetapi


tidak dapat menuliskan perkataan tersebut.

23.52

Sukar menyampaikan idea secara bertulis.

23.52

23.52

23.52

23.52

4
5
6

Sukar menyampaikan ideanya secara bertulis Terlangkau


atau terlebih perkataan dalam penulisannya
.
Membaca perkataan yang tidak ada pada buku
Pembacaan yang kurang kelancaran dan kelajuan yang
tidak sesuai.

23.52

Jadual 3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.


Pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa
bertulis menunjukan secara keseluruhannya terdapat sebilangan 23.52% kanak-kanak yang tidak
menguasai kemahiran ini. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak menguasai keseluruhan
kemahiran yang diperhatikan.

3.2.4 Masalah tumpuan


Kemahiran
1
2
3
4
5
6
7
8

Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas.


Senang tertarik kepada ransangan lain.
Didiagnostic bermasalah ADHD.
Tidak boleh duduk diam,selalu merengek.
Bertindak mengikut gerak hati, membuta tuli
(impulsive),selalu bergerak tanpa berfikir dan menjerit
dalam kelas.
Melakukan banyak kesilapan yang cuai.
Hanya boleh bertumpu pada pembacaan untuk jangka
masa yang pendek.
Organisasi diri yang lemah, selalu lupa di mana letaknya
sesuatu.

Bilangan tidak
menguasai
1
2
0
1

Peratus (%)
5.88
11.76
0
5.88

5.88

5.88

23.52

23.52

Jadual 4 Masalah tumpuan

Sebanyak lapan item diperhatikan dalam penguasaan tumpuan. Melalui pemerhatian yang
dijalankan terdapat sebilangan 10.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang memberi tumpuan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kebanyakan kanak-kanak ini hanya dapat
memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.2.5 Masalah visual motor


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Lambat menguasai kemahiran menulis berbanding kanakkanak lain.


Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot dan gaya
menulis yang tidak sesuai.
Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar.
Lambat menghabiskan kerja sekolah.
Koordinasi fizikal yang lemah dan pergerakan yang kekok.
Hilang baris semasa membaca.
Menulis huruf dan nombor secara terbalik,contohnya b
dan d.
Tidak suka bermain puzzle dan melukis semasa
peringkat awal kanak-kanak.
Tangan mudah menjadi letih.
Postur yang tidak betul dan tidak stabil semasa bekerja di
meja atau duduk di lantai.

Peratus (%)

23.52

23.52

4
4
4
4

23.52
23.52
23.52
23.52

23.52

11.76

11.76

11.76

Jadual 5 Masalah visual motor


Pemerhatian penguasaan kemahiran visual motor menunjukkan 19.99% kanak-kanak prasekolah
tidak menguasai kemahiran ini. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-kanak yang
menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja, koordinasi dan postur
fizikal yang ditunjukkan.

3.3 Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa)


3.3.1 Masalah Bacaan
Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran

Peratus (%)

Bacaan yang lemah.

11.76

2
3
4
5

Tidak tahu intonasi yang betul.


Sebutan yang tidak betul.
Bacaan dengan tiada perasaan.
Lemah dalam kefahaman.
Tertinggal perkataan bila membaca atau menambahkan
perkataan.

2
2
2
2

11.76
11.76
11.76
11.76

11.76

11.76

11.76

6
7
8

Gagal untuk mengenali perkataan biasa.


Gagal untuk memahami apa yang dibaca.

Jadual 6 Masalah Bacaan

Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak tidak


menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Bilangan ini membawa kepada 11.76% dari jumlah
keseluruhan mereka. Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran ini.

3.3.2 Masalah tulisan


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Lambat menyalin
Penat bila banyak menulis.
Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana.
Kerja tulis lemah banding dengan lisan.
Tulisan kotor ( potong sana-sini)
Keliru dengan huruf seakan-akan b/d , p/g, p/q.
Mengeja perkataan dengan pelbagai cara.
Tulisan tidak mengikut garisan.
Tidak ada tanda bacaan.
Huruf besar/kecil permulaan ayat, nama am/khas.
Cara memegang pensil yang tidak betul.

Peratus (%)

11.76

11.76

11.76

11.76

11.76

23.52

11.76

4
4

23.52
23.52

23.52

Jadual 7 Masalah tulisan


Kemahiran menulis pula menunjukkan pencapaian 83.58% kanak-kanak menguasai kemahiran
dengan baik. Ini menunjukkan sebilangan 16.42% kanak-kanak kurang menguasai kemahiran ini
berdasarkan 11 item yang diperhatikan.

3.3.3 Masalah nombor


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4

Keliru dengan nombor.


Keliru dengan symbol + atau -.
Susah dalam mengingati perkara yang berturutan seperti
hari, bulan, tahun, abc dan sebagainya.
Sifir 2 hingga 10

Peratus (%)

11.76

11.76

11.76

11.76

Jadual 8 Masalah nombor


Penguasaan kemahiran nombor menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak menguasai
dengan baik. Secara keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11.76% dari jumlah keseluruhan kanakkanak prasekolah yang dikaji.

3.3.4 Masalah mengenal masa


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4
5

Susah dalam memberitahu masa.


Tidak pandai mengawal masa.
Organisasi dan pengurusan diri yang lemah.
Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh penting.
Konsep yang lemah.

Peratus (%)

23.52

23.52

23.52

23.52

23.52

Jadual 9 Masalah mengenal masa


Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan kemahiran mengenal masa digunakan dalam senarai
semak ini. Penguasaan kemahiran berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid masih belum
menguasainya dengan baik. Bilangan ini merupakan 23.52% dari jumlah semua kanak-kanak yang
diperhatikan.
Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-kanak
prasekolah.
Rajah 2 Graf pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa)

3.4 Senarai Semak Lambat Kematangan


3.4.1 Masalah Main dan Rekreasi
Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4
5
6

Lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih


muda
Lebih suka bermain mainan aktiviti yang biasanya
diminati oleh kanak-kanak yang lebih muda
Masih menikmati rancangan TV yang diminati semasa
peringkat yang sangat kecil
Gurauan yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih
kecil
Berada pada peringkat main khayalan dan imaginative
(main peranan) untuk masa yang panjang berbanding
kanak-kanak lain
Takut pada cerita serta wayang gambar yang seram
berbanding dengan kanak-kanak sebaya.

Peratus (%)

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

Jadual 10 Masalah Main dan Rekreasi


Pemerhatian seterusnya yang dijalankan adalah berkaitan senarai semak lambat kematangan.
Terdapat 5 subtopik yang diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek kematangan ini. Dalam
pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial iaitu bermain dan rekreasi, hanya

seorang murid sahaja yang kurang menguasai item-item yang diperhatikan. Jumlah ini mewakili
sebanyak 5.88% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.

3.4.2 Masalah Ketidakmatangan Sosial


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3
4
5
6
7
8

Takut dan tidak mengambil inisiatif berkenalan dengan


rakan baru yang sebaya.
Tidak dapat memulakan sesuatu permainan dengan
rakan sebaya.
Tidak menyertai rakan sebaya kecuali dijemput atau
diberi galakan.
Meminta bantuan orang dewasa untuk menyelesaikan
masalah kecil dengan kawan lain.
Senang mempercayai orang lain dan lebih menyenangi
dipimpin.
Sering menangis apabila berhadapan dengan masalah.
Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.
Bercakap dan bertingkah laku yang tidak sesuai untuk
peringkat umurnya.

Peratus (%)

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

5.88

Jadual 11 Masalah Ketidakmatangan Sosial


Pemerhatian berkaitan kematangan sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak prasekolah
sahaja yang belum mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan yang lain. Oleh itu
bilangan ini hanya mewakili 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.

3.4.3 Masalah Tumpuan Lemah


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3

Tumpuan yang lemah berbanding kanak-kanak dalam


kumpulan umur yang sama.
Sukar member komitmen kepada kerja yang tertentu,
lebih suka bermain.
Sukar duduk diam, selalu bergerak.

Peratus (%)

11.76

11.76

11.76

Jadual 12 Masalah Tumpuan Lemah


Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan hanya melibatkan tiga item. Hasil pemerhatian
mendapati hanya 2 orang kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan sepenuhnya
dalam aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan ini mewakili 11.76% dari jumlah
keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan.

3.4.4 Masalah Ketidakmatangan Akademik


Kemahiran
1

Tidak dapat setanding dengan kanak-kanak lain dalam

Bilangan tidak
menguasai
2

Peratus (%)
11.76

2
3
4
5

bahasa, sperti kemahiran membaca, mengeja dan


menulis.
Tidak dapat standing dengan kanak-kanak lain dalam
matematik.
Tidak meminta bantuan apabila diperlukan.
Hasil kerja, tulisan yang tidak matang.
Tidak boleh belajar atas inisiatif sendiri.

11.76

2
2
2

11.76
11.76
11.76

Jadual 13 Masalah Ketidakmatangan Akademik


Kematangan akademik merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam kajian ini. Terdapat lima
item yang diperhatikan berkaitan kematangan akademik. Dapatan menunjukkan terdapat 2 orang kanakkanak prasekolah yang masih lagi kurang menguasai tahap yang sepatutnya dikuasai di peringkat
prasekolah dengan peratusan sebanyak 11.76%.

3.4.5 Masalah Ketidakmatangan Bahasa


Kemahiran
1
2
3
4

Pertuturan yang tidak matang.


Kadang-kadang menggunakan bahasa seperti kanakkanak kecil( wee wee).
Kosa kata dan pengetahuan am tidak mencukupi
berbanding kanak-kanak sebaya.
Bercakap pada peringkat umur yang lebih lewat.

Bilangan tidak
menguasai
2

Peratus (%)
11.76

11.76

11.76

11.76

Jadual 14 Masalah Ketidakmatangan Bahasa


Kemahiran penguasaan berbahasa yang diperhatikan, mendapati terdapat 2 orang kanak-kanak
masih belum menguasai kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Jumlah peratusan yang
masih tidak menguasainya ialah 11.76%.

3.5 Senarai Semak Matematik


3.5.1 Masalah Menamakan Nombor
Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2

Mengenal angka 0-5 (menyebut)


Menayangkan kad imbasan secara rawak, murid sebut 0
5.(menamakan)

Peratus (%)

5.88

Jadual 15 Masalah Menamakan Nombor


Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa aspek yang diperhatikan. Diantaranya ialah menamakan
nombor. Pemerhatian yang dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya seorang kanak-kanak
masih belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.88%.

3.5.2 Masalah Membilang Objek 1-10


Kemahiran

Bilangan tidak
menguasai

Peratus (%)

Bilang tertib menaik dan menurun.


Membilang objek satu-satu 1 10.

11.76

Penekanan diberikan kepada langkauan genap dan ganjil


seperti :
2
2, 4, 6, 8....

1, 3, 5, 7..

Menyuruh murid membilang nombor sambil menaiki


tangga.

Jadual 16 Masalah Membilang Objek 1-10


Dalam kemahiran membilang, hanya 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran
membilang secara gandaan dua-dua atau tiga-tiga. Dua lagi item yang dinilai dalam aspek ini
menunjukkan penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah.

3.5.3 Masalah Rangkaian Nombor


Bilangan tidak
menguasai

Kemahiran
1
2
3

Melengkapkan rangkaian nombor (1- 10)


Nombor mempunyai kuantiti 1 10
Memadankan beberapa benda maujud dengan kad
nombor yang sama nilai.

Peratus (%)

11.76

11.76

11.76

Jadual 17 Masalah Rangkaian Nombor


Kemahiran membilang rangkaian nombor juga dinilai dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan
seramai 2 orang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan baik.

4.0 Rumusan
Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian. Perbincangan dalam
bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang dijalankan. Secara umumnya, perbincangan
kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil kajian.

4.1 Perbincangan hasil kajian


Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji pelbagai
kemahiran. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk kepada senarai semak disleksia
(umum), pemerhatian disleksia kanak-kanak prasekolah (bahasa), senarai semak kematangan dan
senarai semak matematik. Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang diperhatikan untuk menilai
simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak prasekolah dalam kajian yang dijalankan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia, keupayaan ingatan
dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis merupakan masalah utama yang di hadapi
oleh kanak-kanak prasekolah tersebut. Berhubung dengan masalah ingatan juga seramai 10 orang
kanak-kanak prasekolah masih tidak menguasai kemahiran membilang menggunakan jari. Pemerhatian
mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis mendapati seramai 4 orang
kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item yang diperhatikan. Kesemua kanak-kanak ini mampu

bertutur dengan baik dan lancar, namun apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara
bertulis, mereka mengalami sedikit kesukaran untuk melakukannya.
Melalui pemerhatian ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa, terdapat
seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan masa atau
menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. mereka juga didapati sukar untuk mengingati tarikh
serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam. Dalam penulisan yang berkaitan dengan nombor,
kanak-kanak ini juga didapati mengalami kesukaran.
Senarai semak ketiga yang diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan kanakkanak. Hasil pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa aspek yang kurang
dikuasai oleh kanak-kanak. Di antaranya ialah aspek tumpuan, kematangan akademik dan kematangan
bahasa. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan 11.76% kana-kanak masih belum menguasai
kemahiran ini. Namun begitu, untuk aspek kematangan sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang
didapati masih belum dapat menguasai kemahiran bersosialisasi dengan baik.
Senarai semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik. Melalui
senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal menguasai dengan baik kebanyakan
item yang diperhatikan. Kemahiran membilang rangkaian nombor dan membilang objek merupakan dua
masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak ini berbanding kemahiran menamakan nombor.

4.2 Rumusan perbincangan


Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di IPG Kampus
Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia yang tinggi. Kegagalan sebilangan
kecil mereka menguasai kemahiran yang diperhatikan melalui senarai semak mungkin bersifat
sementara.
Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, mereka perlu diberi latihan, sokongan dan galakan yang
berterusan. Guru perlu berusaha menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan mereka berminat melakukan aktiviti yang
memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis, melukis, membaca). Aktiviti-aktiviti yang menarik dan
mudah diterima adalah alternatif atau penambahbaikan kepada cara pelaksanaan semasa. Cara ini dapat
membantu mereka lebih berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan
sebagainya.

5.0 Kesimpulan
Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang
dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan bahagian
yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan pandangan pengkaji terhadap hasil
kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.

5.1 Rumusan Kajian


Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia adalah
masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca,
mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi
ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan
menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak
memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak
berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.
Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia semakin
mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak turut menyumbang
dalam memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut memberi perhatia tentang
masalah pembelajaran ini.
Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia pada
peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam menentukan strategi

yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menghidap
disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan
yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang
menghidap disleksia agar mempunyai masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari
dengan sendirinya.

5.2 Implikasi kajian


Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka untuk
membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani masalah yang dihadapi.
Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai proses pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Akhirnya akan membentuk generasi akan datang yang tinggi pengetahuan dan menjadi
pelapis negara yang cemerlang.
Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak
prasekolah, namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus diberikan
bantuan dan sokongan. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang digunakan untuk mengenalpasti
ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan pengenalpastian ini, langkah-langkah
pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan
pengajaran yang diberikan.

RUJUKAN
Abd.Rahim bin Talib (2007),HSBL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran.Fakulti Pendidikan dan Bahasa,Open Universiti
Malaysia (OUM),Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Bold, 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang : Bureau on Learning.
Chua Tee Tee,Koh Boh Boon (1992),Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan
Asas,Dewan
Bahasa dan pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Hammond, L & Hughes, P.1990. When bright kids fail:how to help children overcome
specific learning difficulties. Australia : Simon and Schuster.

Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.PTS Profesional Publishing


Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Mohd.Sharani Ahmad(2004),Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid


Pemulihan di Zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

You might also like