You are on page 1of 9

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Keistimewaan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini memberi kesan kepada


organisasi sekolah yang mempunyai tanggungjawab sosial untuk
menyediakan program pendidikan yang sesuai mengikut ciri-ciri
keperluas khas.

Implikasi langsung ialah kaedah pengajaran yang perlu


dijalankan.kemudahan yang perlu disediakan dan kepakaran dan
kemahiran guru-guru yang mengajarnya.

Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai tingkah laku yang berlainan


daripada murid-murid normal.

Setiap kanak-kanak keperluan khas boleh dididik dan mempunyai potensi


untuk berkembang berdasarkan ciri-ciri istimewa mereka.

Guru harus bijaksana untuk mengecam dan mengenal pasti keperluan khas
yang ada pada setiap kanak-kanak tersebut dan merancang pengajaran
yang bersesuaian dengan potensi mereka.

Menurut Jamila K.A Mohamed 2005 pengetahuan tentang ciri-ciri kanakkanak berkeperluan khas menetukan implikasinya terhadap perkara-perkara
seperti berikut:

1.

Bentuk dan kandungan kurikulum yang sesuai dan relevan dengan


keperluan kanak-kanak bagi memastikan mereka belajar secara
maksimum.

2.

Pengetahuan,pemahaman dan kepakaran dalam kemahiran yang perlu


ada pada semua orang ynag terlibat supaya aktiviti P&P memberi kesan
kepada kanak-kanak tersebut.

3.

Ciri-ciri persekitaran yang dibentuk dapat meminimumkan kesan


kecacatan terhadap ketidakupayaan kanak-kanak tersebut,iaitu mereka
dapat belajar dalam suasana yang selamat,terjamin dan
menggembirakan.

1.

Memanfaatkan penggunaan sumber sebagai bantuan dan sokongan


kepada kanak-kanak untuk membina keyakinan mereka terhadap
penbelajaran.

2.

Hubungan kerja dengan ibu bapa,agensi sokongan dan organisasi


sukarela adalah diperlukan bagi memastikan keperluan holistik kankakanak berkeperluan khas dipenuhi.

3.

Program pendidikan khas memerlukan ciri-ciri khas seperti di bawah:

. Rancangan

pengajaran ynag direka khas

. Rancangan

pengajaran ynag bersifat indivudu

. Bahan-bahan
. Teknik

khas

pengajaran khas

. Kemudahan

serta peralatan khas

1.0 Masalah Kecacatan Fizikal

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang


mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau
peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda .

Murid-murid kecacatan fizikal mengalami kesukaran untuk


berinteraksi,memenipulasi persekitaran dan menyertai aktiviti-aktiviti
komuniti yang lain.

Semasa berada di dalam kelas,kanak-kanak ini memerlukan ruang


fizikal yang lebih luas untuk begerak dari satu tempat ke tempat yang
lain dengan selamat.

Guru perlu jelas tentang masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya.

Guru perlu peka terhadap keperluan mereka supaya dapat


memudahkan murid-murid meneruskan pembelajaran dengan
gangguan yang minima.

2.0 Masalah Penglihatan

Guru boleh melaksanakan beberapa langkah yang sesuai untuk membantu


proses pembelajaran mereka semasa berada di dalam bilik darjah.Antaranya
ialah:

Menyediakan bahan bacaan yang mempunyai tulisan yang lebih besar untuk
membantu pembelajaran.

Sediakan bahan-bahan bacaan yang lebih jelas dan terang dengan


menggunakan pelbagai warna.Jangan terlalu banyak tulisan ayat dalam satu
muka surat.

Guru perlu menyebut secara lisan tentang bahan yang ditulis di papan hitam
untuk kemudahan kanak-kanak ini.Mereka juga perlu diberikan aktiviti yang
sesuai.

Guru perlu menyusun atur bilik darjah sesuai dengan keperluan kanak-kanak
bagi memudahkan pergerakan mereka dan mengakses bahan pelajaran dalam
suasana yang selesa.

3.0 Masalah Pendengaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak.
Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.

Antara peralatan yang diperlukan bagi kanak-kanak yang bermasalah


pendengaran ialah,Kit pendengaran,mesin audiometer serta alat tala bunyi.

Perisian ini sesuai untuk kanak-kanak yang bermasalah penglihatan


mendengar isi kandungan buku tanpa menukar kandungannya ke bentuk
Braille.

Suara yang digunakan boleh diubah mengikut kehendak pengguna sama


ada suara lelaki atau perempuan.

4.0 Masalah Pembelajaran

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran terdiri daripada


kanak-kanak dileksia,autisme,lewat perkembangan dan kanak-kanak
terencat akal.

Mereka boleh ditempatkan dalam Program Intergrasi yang disediakan


oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak


bermasalah banyak bergantung kepada keupayaan kognitif,psikososial,
dan psikoemosi terhadap proses pembelajaran yang dilalami.

Program Pendidikan Inklusif menempatkan kanak-kanak masalah


pembelajaran untuk belajar bersama dengan murid-murid yang normal
dan diajar oleh guru kelas yang sama.

Kanak-kanak masalah pelajaran akan mengikuti kurikulum yang sama


dengan murid-murid normal.

Penutup

Hala tuju pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas pada masa ini
adalah ke arah mengintergrasikan mereka dengan kanak-kanak normal.

Maka pendidikan yang bercorak pengasingan sudah tidak sesuai.

Lebih ramai guru-guru khas dilatih dan mereka perlu sedia memberi
perkhidmatan di sekolah-sekolah.

Mereka memainkan peranan penting sebagai agen pemangkin bukan


sahaja kepada kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas itu sendiri bahkan
juga kepada berkesanan dan kejayaan sesebuah program pendidikan khas.

Pihak sekolah perlu prihatin terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini


supaya mereka dapat menikmati kejayaan mengikut kebolehan serta kadar
kemampuan mereka.

TERIMA KASIH

You might also like