You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SESI 2022/2023

KOD & NAMA KURSUS:


EED3113
PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN 2:
TINDAKAN SUSULAN

KOHORT:
K51

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MAARUF BIN RABU.

NAMA PELAJAR:

1 3211004201 SITI NUR MASHITAH BINTI ZAHARI

TARIKH SERAHAN:
20 JUN 2023
1.0 PENGENALAN

Saya telah diberikan tugasan oleh pensyarah iaitu Encik Maaruf Bin Rabu bagi subjek
EED3133 pemerhatian dan pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak -kanak untuk
menyediakan laporan tindakan susulan dengan membuat saty sesi temu bual bersama guru
prasekolah bagi mengenalpastik langkah-langkah yang sesuai digunakan bagi mengatasi
masalah perkembangan kanak-kanak 0 hingga 6 tahun yang diperoleh daripada pemerhatian
yang dijalankan.

Sepanjang menjalani tugasan ini, saya telah membuat pemerhatian dan apa yang saya dapati
bahawa kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam memahami Bahasa Melayu dan lebih
memahami Bahasa Tamil. Tindakan susulan yang telah dilakukan adalah dengan
memperbanyakkan bahan bacaan Bahasa Melayu supaya dapat meningkatkan kefahaman
Bahasa Melayu kanak-kanak tersebut.

Masalah ini berlaku kerana tadika yang telah saya pergi merupakan tadika kaum India. Jadi
bahasa pengantar tadika ini adalah Bahasa Tamil. Disebabkan hal itu, kanak-kanak ini kurang
bercakap didalam Bahasa Melayu. Namun, tadika ini juga mengajar subjek Bahasa Melayu
cuma bahasa interaksi yang menggunakan sepenuhnya Bahassa Tamil yang menimbulkan
masalah ini.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah cuba mengaplikasikan teknik pengajaran dan
pembelajaran dimana ianya merangkumi corak demokratik antara guru dan murid, penggunaan
nada suara yang pelbagai serta teknik lain yang dirasakan bersesuaian untuk membantu mereka
ketika belajar.

Sebagai sebahagian tugasan, saya juga telah diminta oleh pensyarah untuk menemu bual guru
yang berada didalam bidang ini sendiri. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk
menemubual seorang guru yang bukan dari tadika tersebut tetapi dari pusat pendidikan awal
kanak-kanak yang lain bagi berkongsi pendapat dan pandangan beliau mengenai hal ini.
2.0 KAEDAH PEMGUMPULAAN MAKLUMAT

Secara umumnya, hampir keseluruhan kaedah pengumpulan maklumat


dijalankandengan cara pemerhatian terhadap perkembangan yang berlaku dalam diri
kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti aspek kognitif, bahasa, emosi, fizikal dan
sebagainya. Namun, dalam proses pemerhatian tersebut, guru haruslah menjalankan proses
pengumpulan maklumat dan pemerhatian tersebut tanpa disedari oleh kanak-kanak serta
sentiasa mengemaskini maklumat murid dari semasa ke semasa sebagai rujukan dan bukti
terhadap perkembangan kanak-kanak.

Dalam kaedah ini, saya telah memilih untuk membuat temu bual bersama guru. Bagi
memastkan proses temu bual ini berjalan dengar lancar, saya telah meminta guru tersebut untuk
memberikan jawapan mereka ecara atas talian iaitu didalam WhatsApp supaya tidak kehilangan
rekod temu bual tersebut.

Namun, dalam pengumpulan maklumat tersebut, saya perlu memastikan beberapa etika yang
perlu diambil kira antaranya :

i) Menjelaskan apa soalan yang ingin ditanya kepada guru.

ii) Tidak menanyakan hal peribadi kepada guru.


iii) Tidak menyentuh isu-isu sensitif sepanjang temubual dijalankan.

iv) Memastikan guru tidak mengamalkan sikap bias.

v) Tidak membuat spekulasi sepanjang temu bual dijalankan.


vi) Mempunyai kemahiran untuk memilih cara pemerhatian yang sesuai bergantung pada
kemahiran dan pengetahuan guru.

vii) Guru mesti mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak, sensitif


terhadapkebudayaan, individu dan personaliti murid yang berbeza.

viii) Tahu mengenai kaedah pengajaran, matapelajaran dan kandungan kurikulum


3.0 : LATAR BELAKANG RESPONDEN/SAMPEL

Saya telah menemubual seorang guru Pendidikan Awal Kanak -kanak. Berikut merupakan
maklumat guru tersebut :

Rajah 1.1

Nama Ain Zhulaiqqa binti Aznizan.


Umur 23 Tahun.
Tahap Sedang menyambung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-
pendidikan kanak (Separuh masa).
Nombor telefon 019 – 289 4788
Pekerjaan Guru Taska
Tempat bekerja Stay N Play Playschool and Childcare Centre
Pengalaman 2 tahun
bekerja
Kaedah Melalui temu bual secara atas talian iaitu di aplikasi WhatsApp
pengumpulan
maklumat
4.0 LAPORAN BERTULIS TEMU BUAL
4.1 Soalan temu bual.

1. Sebgai guru yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak -
kanak, apakah inisiatif yang boleh diperbaharui bagi meningkatkan perkembangan seseorang
pelajar ?

2. Apakah cadangan atau stratergi yang guru gunakan untuk menyelesaikan masalah bahasa
sekiranya kanak-kanak tidak dapat menceritakan semula apa yang diceritakan ?

3. Sebagai guru yang bertanggungjawab, jelaskan cara yang boleh membantu pelajar ini
berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa yang sering digunakan ?

4. Apakah tindakan guru untuk meningkatkan prestasi kanak -kanak ini dalam berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris ?

5. Apakah cara seseorang guru boleh menggalakkan perkembangan bahasa kanak -kanak dalam
bilik darjah ?
4.1.1 Jawapan temubual

1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan menyediakan sumber


pembelajaran yang mudah diakses. Selain itu, melakukan pendekatan pembelajaran
berpusat mengikut kepada keunikan dan tahap perkembangan setiap kanak-kanak.

2. Guru boleh menggunakan alat bantuan visual seperti gambar, flash cards atau bende fizikal
disekitar untuk membantu kanak-kanak memahami. Seterusnya, memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menggambarkan cerita yang sukar diterangkan dengan menggunakan
gerakan badan atau peralatan yang ada.

3. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya atau
masyarakat setempat yang menggunakan bahasa lain. Menggunakan teknologi digital
untuk bantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi seperti aplikasi-aplikasi
pembelajaran bahasa digital yang ada pada zaman kini.

4. Menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dan menyertai setiap aktiviti di dalam bilik
darjah seperti perbualan, drama, persembahan dan bacaan. Menggunakan sistem atau
kaedah pengajaran yang pelbagai bagi membina kecekapan bahasa kanak -kanak seperti
membaca, menulis dan mendengar

5. Pembacaan buku berkala: Guru membaca buku untuk kanak-kanak atau memberi mereka
peluang untuk baca sendiri. Penyediaan ruang untuk berbincang: Memberi kanak-kanak
peluang untuk berbincang dalam suasana terbuka dan melihat prestasi penggunaan bahasa
mereka. Menjadi model bahasa yang baik: Guru harus menunjukkan penggunaan bahasa
yang betul dan baik dihadapan kanak-kanak dari segi penggunaan ayat dan tatabahasa.
4.1.2 : Sokongan Rumusan
Kajian ini telah mengemukakan jawapan kepada persoalan kajian yang berkaitan
perkembangan kanak-kanak.. Ringkasan dapatan kajian dikemukakan dan perbincangan dapat
menjelaskan lagi persoalan dalam perkembangan kanak-kanak. Bagi menyokong jawpan temu bual
yang telah saya jalankan, telah terbukti didalam beberapa kajian yang telah dilakukan antaranya
termasuklah :

Aktiviti bermain di prasekolah dianggap penting kerana melalui bermain kanak -kanak
membina pengetahuan (Mariani, 2010). Untuk itu, guru prasekolah harus bijak dalam pendekatan
pengajarannya (Rohaty; 2012). Pendekatan pengajaran merupakan komponen yang paling sukar
untuk dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah cuba diaplikasikan. Pendekatan
pengajaran termasuklah mengurus tingkahlaku murid yang merupakan kemahiran yang hanya akan
dicapai melalui pengalaman mengajar.

Selari dengan transformasi kurikulum pendidikan prasekolah yang berfokuskan kepada


kurikulum berpusatkan murid, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Salah satu aspek penting yang ditekankan
dalam KSPK ialah Amalan Bersesuai Perkembangan (ABP). Berdasarkan ABP, fokus utama
kurikulum tersebut ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid (KPM,
2010).

Zainal, Mustapha dan Habib (2009) mengatakan pendekatan pengajaran adalah mengikut cara
pengelolaan murid, cara menjalankan aktiviti, keaktifan pengajaran guru atau murid dan kreativiti
guru dalam pengajaran. Setiap guru perlu menguasai pendekatan yang sesuai digunakan sebelum
mengajar perkara yang baharu kepada murid. Tanpa merancang pendekatan mengajar, boleh
menyebabkan guru mengajar seolah-olah seperti syok sendiri (Zamri & Magdeline, 2012).
Manakala menurut Aliza (2011) pula, pendekatan pengajaran dalam pengelolaan murid adalah
seperti pendekatan individu, pendekatan berpasangan, pendekatan kumpulan kecil atau besar dan
pendekatan kelas. Namun begitu di prasekolah terdapat pelbagai pendekatan pengajaran yang
boleh diaplikasi oleh guru.
5.0 RUJUKAN.
Masnan, A. H., & Radzi, N. M. M. (2015). Pengetahuan Persediaan Pengajaran Guru
Prasekolah Baru. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 4, 90-108.

Ali, A., & Mahamod, Z. (2017). Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul
Pendekatan Berasaskan Bermain bagi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kanak -
kanak Prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1 - 8.

Jamian, A. R. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu


muridmurid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1 -12.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). (2012). Laporan Kebangsaan Pemeriksaan
Bertema Pendidikan Prasekolah. Kementerian Pendidika Malaysia

Jemaah Nazir dan JaminanKualiti (JNJK). (2013). Laporan Kebangsaan Pemeriksaan Khas
Pendidikan Prasekolah. Kementerian Pendidika Malaysia

Mahamod, Z., & anak Nor, M. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru
bahasa iban. GEMA Online® Journal of Language Studies, 12(2).

Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013– 2015. Kementerian


Pendidikan Malaysia, hlm, 1.

Wan Humairaa, (2018). UPSI Persekitaran yang responsif untuk kanak-kanak


https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikan-sultan-idris/ismp-pendidikan-awal-
kanak-kanak/persekitaran-pembelajaran-yang-responsif-untuk-kanak-kanak/20426548

You might also like