You are on page 1of 2

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

OLEH : MUHAMMAD NABIL NAJMI BIN CHE HANIZAN

Konsep perbezaan individu merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang


wujud antara manusia yang berlainan. Keunikan dan ketidaksamaan ini wujud dalam
kalangan manusia telah menyebabkan perbezaan yang ketara antara seorang individu
dengan individu yang lain. Perbezaan ini telah mamberikan implikasi kepada pengajaran
dan pembelajaran guru. Guru perlu merancang strategi, pendekatan, dan kaedah yang
sesuai pada masa kini bagi memenuhi keperluan dari segi perbezaan individu ini bagi murid-
murid di sekolah. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih dan bakal menjadi pendidik tidak
lama lagi, saya telah ditugaskan untuk meninjau dan menganalisis sejauh manakah
pelaksanaan konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah
yang telah saya laksanakan PBS (pengalaman berasaskan sekolah). Saya telah melakukan
PBS di sekolah SK Kuala Teriang,Langkawi, Kedah. Pbs saya berlangsung salama 5 hari
iaitu dari tarikh 17 mac 2019 sehingga 21 mac 2019. Bagi memenuhi kehendak tugasan
yang telah diberikan, saya telah menjalankan beberapa kaedah kajian lapangan bagi
mendapatkan maklumat dan mengumpul bukti mengenai sejauh manakah pelaksanaan
konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang saya
jalankan Pbs. Antara kaedah kajian lapangan yang telah saya lakukan ialah pemerhatian,
soal selidik, dan temubual.

Namun begitu, nasib saya tidak begitu baik kerana pada minggu saya menjalankan
pbs, murid-murid tahun 1 hingga 6 di sekolah itu sedang menduduki ujian penggal pertama.
Hal ini telah menyebabkan kajian lapangan saya dari aspek pemerhatian tidak dapat
dijalankan seperti yang dirancang kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak
berlangsung disebabkan peperiksaan yang sedang berlangsung. Namun begitu, saya telah
berjaya juga melakukan pemerhatian bagi murid-murid pra sekolah. Saya telah melakukan
satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru pra sekolah
sekolah itu iaitu Puan Ainin Bt Ismail. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran puan
Ainin, beliau sangat menekankan perbezaan individu dari aspek kognitif. Hal ini kerana,
beliau akan memanggil pelajar yang beliau tahu tentang kebolehan murid tersebut untuk
berdiri di hadapan murid-murid yang lain untuk mengetuai aktiviti membaca perkataan yang
sedang dipelajari. Selain itu, beliau juga membahagikan kumpulan mengikut tahap kognitif
murid-murid tersebut. Contohnya pelajar yang cemerlang, akan mengetuai setiap kumpulan
yang dibahaginya bagi membimbing rakan-rakan mereka yang kurang memahami tentang
pelajaran yang diajarnya. Kaedah ini sangat berkesan dan dapat membantu murid-murid
yang kurang memahami pelajaran yang dipelajari kerana mereka mendapat bimbingan atau
bantuan daripada rakan mereka. Hal ini kerana, seperti yang kita ketahui, kanak-kanak atau
anak-anak kita lebih suka menjalankan aktiviti bersama kawan dan mereka lebih berminat
untuk belajar dengan rakan mereka sendiri.

Seterusnya, saya juga telah melakukan soal selidik terhadap beberapa orang guru di
sekolah tersebut. Saya telah menyediakan lima borang soal selidik dan telah memilih lima
orang guru yang mengajar di kelas 4 jaya bagi menjawab borang soal selidik ini bagi
mendapatkan maklumat mengenai tugasan yang saya jalankan. Melalui soal selidik yang
saya telah jalankan, saya mendapati kelima-lima guru yang saya telah jalankan soal selidik
sangat mengamalkan konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar subjek reka bentuk dan teknologi
bagi kelas tersebut, beliau sangat mengamalkan konsep perbezaan individu ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran beliau. Hal ini kerana, melalui borang soal selidik yang
dijawab olehnya, beliau lebih suka menggunakan perbezaan individu dari aspek kognitif dan
tingkah laku sosial. Beliau juga suka membahagikan kumpulan bagi melakukan aktiviti
dengan perbezaan dari aspek kognitif. Hal ini dapat memudahkan beliau untuk mengenal
pasti mana pelajar yang lemah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang diajar
olehnya.

Saya juga telah melakukan temubual terhadap lima orang guru bagi mendapatkan
maklumat mengenai tugasan yang saya jalankan ini. Temubual yang saya jalankan ialah
temubual dengan menyediakan soalannya terlebih dahulu. Contohnya, saya telah
menemubual seorang guru RBT iaitu En Fakri Bin Abd Wahab yang mengajar di kelas 5
Bestari. Melalui temubual bersamanya, beliau berkata konsep perbezaan individu ini sangat
berkesan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas beliau. Beliau
juga sering melakukan aktiviti yang menarik bagi memudahkan murid-muridnya memahami
pelajaran yang diajar dengan lebih baik lagi. Aktiviti yang sering beliau lakukan ialah kuiz
mengenai pelajaran yang diajar, permainan kecil, dan banyak lagi. Aktiviti ini dijalankan
dengan murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Kesimpulannya, konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran


disekolah sering diamalkan oleh guru-guru di sekolah yang saya jalankan pbs. Konsep
perbezaan individu ini sangat membantu guru-guru untuk mengetahui tahap kefahaman
murid-murid disamping dapat memenuhi keperluan murid di sekolah. Berdasarkan kajian
lapangan yang telah saya jalankan juga menunjukkan semakin ramai guru menggunakan
konsep perbezaan individu ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

You might also like