You are on page 1of 3

TUGASAN 1: LAPORAN PBS

Pada 17 Mac 2019 sehingga 21 Mac 2019 yang lalu saya telah ditugaskan untuk
menjalani program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Nyireh. Pelbagai pengalaman baru yang dapat saya rasai kerana ini adalah kali
pertama saya menjejaki sekolah sebagai seorang guru. Sekolah ini terletak di Besut,
Terengganu dan dikategorikan sebagai sekolah di luar bandar. Sekolah ini diterajui oleh Encik
Mohd Zulkifli b. Mat Salleh dan dibantu oleh Puan Wan Afifah bt Wan Bakar sebagai Guru
penolong kanan 1. Jumlah murid yang bersekolah di sekolah itu adalah seramai 620 orang,
terdiri daripada 338 pelajar lelaki dan 282 pelajar perempuan serta seramai 50 orang tenaga
pengajar. Tambahan lagi, semua pelajar di sekolah ini adalah berbangsa melayu.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, saya mendapati bahawa kebanyakan murid di
sekolah ini datangnya daripada latar belakang keluarga yang sederhana dan (miskin). Hal ini
kerana kebanyakan ibu bapa murid bekerja sebagai nelayan, peniaga dan sedikit sahaja ibu
bapanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Seterusnya, saya telah memilih 2 orang responden daripada kelas 5 Azalea bagi
menyiapkan tugasan saya. Saya telah memilih Wan Muhammad Hariss Luqman bin Wan
Zulkifli sebagai ( Responden A) dan Muhammad Adrian bin Rusli sebagai (Responden B).
Aspek yang dipilih oleh saya untuk dibuat analisis ialah aspek kognitif. Aspek kognitif (cerita
lebih lanjut ttg kognitif) Ibu bapa responden A bekerja sebagai guru dan memiliki pencapaian
agak bagus di dalam bilik darjah.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, responden A dilihat memiliki pencapaian


akademik yang sangat bagus. Hal ini dibuktikan ketika proses PdPc berlangsung, responden
dilihat sangat aktif dan bersungguh untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh guru. Di
samping itu beliau juga amat disenangi oleh rakan-rakan yang lain akan sikapnya yang
peramah dan personaliti yang bagus. Responden A juga dilihat sering menawarkan dirinya
untuk menjadi ketua dalam apa jua aktiviti yang diberikan oleh guru ketika di dalam bilik
darjah. Setelah membuat soal selidik terhadap gurunya, saya mendapati bahawa responden
A mendapat sokongan yang penuh daripada ibu bapanya. Ibu bapanya bekerja sebagai guru
di sekolah rendah di sekitar kawasan tersebut. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika
responden A mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi kerana sentiasa mendapat
bimbingan yang positif daripada ibu bapanya. Gurunya juga ada menyatakan bahawa ibu
bapanya kadang-kadang akan mengajar responden A terlebih dahulu di rumah sebelum,
beliau datang belajar ke sekolah. Tambahan lagi, responden A juga dilihat sangat kreatif dan
kritis ketika mengeluarkan idea. Oleh hal yang demikian, beliau menjadi lebih seronok untuk
belajar kerana mudah untuk memahami pembelajaran yang dibelajar. Responden A juga
dilihat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika guru mengajar, dia juga diliihat mencatat
nota-nota penting di dalam buku latihannya

Implikasi yang dapat dilihat dalam diri responden A ialah, dia dilihat mempunyai cita-
cita yang tinggi untuk berjaya. Hal ini kerana, yakin akan kebolehan dan pencapaian yang
dimilki. Seterusnya, hasil temubual bersama gurunya juga mengatakan bahawa dia sangat
bersemangat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang
dijalaninya. Oleh hal yang demikian, dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh setiap kali
musim peperiksaan tiba. Akhir sekali, beliau juga telah dijadikan sebagai murid contoh kepada
pelajar lain. Hal ini agar murid-murid lain juga akan menjadikan beliau sebagai contoh yang
boleh dijadikan sebagai role model ketika di dalam bilik darjah.

Responden B

Seterusnya, berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap Responden B,


pencapaian akademiknya dilihat sedikit tidak memberangsangkan ataupun juga boleh
dikatakan sebagai pelajar yang tercorot di dalam kelas tersebut. Perkara ini dibuktikan lagi
apabila ketika proses PdPc sedang berlangsung dia dilihat tidak memberikan perhatian
kepada gurunya. Beliau hanya memberikan sekejap sahaja perhatian dan selebihnya beliau
akan mula bercakap dengan rakan-rakannya yang lain. Selain itu dia juga dilihat, sering tidak
membawa buku buku teks dan buku latihan. Sementelahan untuk menulis nota setiap
pengajaran yang diajar lagi kan tidak. Responden A juga dilihat sedikit nakal dan suka
mengacau/mengusik rakan-rakan sekelasnya tambahan lagi perempuan. Di samping itu, saya
juga dapat melihat bahawa beliau kurang mengambil bahagian jika ggugrunya mengadakan
kativiti di dalam bilik darjah. Beliau akan duduk dimejanya dan tidak menghiraukan apa jua
aktiviti yang dilakukan oleh guru di hadapan kelas. Seterusnya, saya juga ada bertanyakan
tentang latar belakang responden b terhadap gurunya. Hasil soal selidik yang dibuat, saya
mendapati dia kemungkinan kurang mendapat perhatian dan sokongan daripada ibu
bapanya. Hal ini kerana ibu bapanya bekerja sebagai peniaga dan sering tidak mempunyai
masa untuk memastikan dia mendapat pendidikan yang secukupnya. Ibu bapanya dilihat
seolah-olah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidiknya. Oleh hal
yang demikian, saya merasakan Responden B bertindak sedemikian rupa kerana kurangnya
perhatian daripada ibubapa membuatkannya menjadi memberontak di sekolah.
Oleh hal yang demikian implikasi yang dapat dilihat dalam diri responden B ialah, dia
dilihat mempunyai tahap keyakinan yang rendah kerana merasakan dirinya tidak mempunyai
ilmu pengetahuan seperti orang lain. Di samping itu, responden B juga dilihat seakan tidak
mempunyai cita-cita apabila di soal, tidak seperti kanak-kanak lain yang sudah mengetahui
apa yang mereka impikan pada masa akan datang . Di samping itu, hasil pemerhatian yang
dibuat juga mendapati beliau langsung tidak langsung/ membuat persediaan ketika menjelang
exam. Hal ini berlaku kerana beliau tidak mempunyai motivasi ataupun semangat untuk
berjaya yang menyebabkan beliau mengambil enteng segala perkara tentang akademik.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada hasil ttugasan ini ialah, guru perlu mencari
ataupun membuat beberapa alternative lain bagi membantu pelajar yang bermasalah agar
dapat memupuk minat kembali untuk belajar. Manakala bagi responden A pula guru
hendaklah mencuba untuk menggilapkan kebolehan yang dimiliki agar menjadi bintang yang
lebih bersinar ketika naik darjah 6. Oleh hal yang demikian, guru haruslah merancang teknik
ataupun pendekatan yang sesuai untuk dilakukan kepada pelajar mereka untuk menjadi lebih
minat untuk belajar. Antara alternative yang boleh dilakukan oleh guru terhadap responden B,
guru hendaklah sentiasa memastikan beliau terlibat di dalam aktiviti yang dilakukan oleh guru.
Di samping itu, guru juga boleh menyediakan aktivit yang disukainya dalam usaha untuk
menarik responden B untuk memberi tumpuan ketika belajar. Justeru itu, terdapat banyak
inisisatif yang boleh dilakukan oleh guru dalam usaha untuk menghasilkan pelajar yang
berjaya. Kejayaan tidak datang begitu sahaja,

You might also like