You are on page 1of 34

MPU3031

Topik 1:
Pengenalan Kepada Gerak
Kerja Kokurikulum

Winne Chung May Ling


Wong Tiing Tiing
Isi kandungan
 Konsep,matlamat dan strategi pelaksaan gerak kerja
kokurikulum
 Komponen/Bidang gerak kerja kokurikulum
-Persatuan/Kelab
-Sukan
-Unit Beruniform
 Pengurusan gerak kerja kokurikulum
 Carta organisasi gerak kerja kokurikulum
 Penilaian gerak kerja kokurikulum
 Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-
peraturan Am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum
KONSEP
1.1Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan
diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan
andaian bahawa murid-murid tidak mendapat
pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti
kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan
dan pengalaman untuk perkembangan
mental,minat,bakat,jasmani,rohani dan pembentukan
nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid
dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada
anggapan bahawa:

 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara


perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan
sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)
 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh
dikembangkan
 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri
sendiri dan rakan sebaya
 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk
keperluan masyarakat dan negara
 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan
mendidik murid-murid
Matlamat
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara
matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama


dan kepercayaan kepada Tuhan
 Menyeimbangkan antara perkembangan mental
dengan perkembangan rohani jasmani dan emosi
murid-murid
 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di
kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah
 Membina dan meningkatkan minat dan bakat
murid-murid dalam aktiviti yang diceburi
 Membina dan meningkatkan disiplin murid
 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik
dan menggembirakan;
 Membina dan meningkatkan kerjasama dan
sumbangan hubungan dua hala antara sekolah
dan masyarakat
Strategi
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa
strategi pelaksanaannya:
 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling
melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah
 Menambahkan bilangan pasukan pakaian
seragam,persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan
serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan
 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua
aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan
perpaduan
 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat
masyarakat
 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS),
Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-
murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum
 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai
matlamat yang dikehendaki
 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan
 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan
semua murid
 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan
 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak,
dari semasa kesemasa.
Komponen/
Bidang
gerak kerja Persatuan/Kelab
kokurikulu
m

Sukan

Unit Beruniform
Unit Beruniform
• Setiap murid wajib menyertainya dan diberi peluang
mendapat pengalaman dalam pasukan Unit Beruniform.
Gerak kerja Unit Beruniform yang diadakan ialah:

 Kadet Remaja Sekolah


 Persatuan Bulan Sabit Merah
 Pandu Puteri
 Pengakap
Unit Uniform
Persatuan/Kelab
Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan /
Kelab di sekolah adalah untuk menggalakkan
seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan
pelajar lain yang berasal daripada pelbagai latar
belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga
bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada
masyarakat dan membolehkan seseorang pelajar
untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu
bidang atau hobi.
Persatuan & Kelab
Sukan &Permaian
 Sukan untuk semua
Setiap murid hendaklah didedahkan dengan pengetahuan
dan pengalaman mengenai sesuatu permainan yang
ditawarkan. Menggalakkan murid menyertai jenis sukan
tertentu dan aktiviti kecergasan yang diminati sebagai
pengisi masa dan kesejahteraan diri.

 Sukan untuk kecemerlangan


Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk cemerlang
dalam pertandingan antara rumah sukan / kelas. Murid
berpotensi diikhtiarkan untuk mendapat latihan yang
secukupnya.
Sukan & Permainan
Pengurusan gerak kerja kokurikulum

1. Pelajar aktif dalam bidang tertentu sahaja

2. Penyertaan pelajar dalam kokurikulum bergantung


pada peraturan sekolah yang telah ditetapkan

3. Keaktifan pelajar bergantung pada minat, guru, ibu


bapa, kejayaan terdahulu

4. Ibu bapa dan penjaga galakkan pelajar sertai


kokurikulum

5. Penyertaan dalam kokurikulum tidak akan


menganggu akademik
Carta organisasi gerak kerja kokurikulum
Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum
OBJEKTIF
• Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti
kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua
sekolah.
• Membantu Bahagian Sekolah (Sekolah Berasrama
Penuh) dan Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat
penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke asrama penuh
dan institusi-institusi pengajian tinggi.
• Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang
menyeluruh dalam kalangan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.
• Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam
setiap jenis aktiviti yang disertainya adalah berdasarkan
kepada 4 aspek yang berikut:
a. Kehadiran c. Penglibatan
b. Pencapaian d. Jawatan disandang
• Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang
diperuntukkan adalah seperti berikut:
ASPEK PENILAIAN % MARKAH
Kehadiran 50
Pencapaian 20
Penglibatan 20
Jawatan disandang 10
JUMLAH 100
• Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tinggi
(50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar
hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah
kehadiran yang maksimum berasaskan kepada
jumlah minggu persekolahan dalam setahun.

Markah kehadiran
=× 50
• Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini
merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di
peringkat Sekolah / Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan
dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah
kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam
aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau
pasukan adalah sama.
PERINGKAT MARKAH
PERTANDINGAN JOHAN N.JOHAN KETIGA

Sekolah 3 2 1
Zon/Daerah/Bahagian 5 4 3
Negeri 10 8 6
Kebangsaan 15 13 11
Antarabangsa 20 18 16
• Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini
diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan
dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang
dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah
penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan
adalah sama.

MARKAH PENGLIBATAN MARKAH


Sekolah 3
Zon/Daerah/Bahagian 5
Negeri 10
Kebangsaan 15
Antarabangsa 20
• Markah Aspek jawatan Disandang (10% ) diberikan
kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang
tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu
ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga
diperuntukan markah mengikut jenis jawatan yang
disandang.
• Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah
seperti berikut:
Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

GRED MARKAH
A 80% - 100%
B 60% - 79%
C 40% - 59%
D 20% - 39%
E 19% ke bawah
MARKAH BONUS
• Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan
kepimpinan yang disandang oleh pelajar dan jawatan
tersebut bertujuan membantu pengurusan dan
pentadbiran sekolah.
• Perjawatan tersebut merangkumi:
a) Perjawatan Peringkat Sekolah seperti pengawas,
pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
b) Perjawatan Peringkat Rumah Sukan seperti Ketua
Rumah, Ketua Bilik Asrama dan sebagainya.
c) Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas/Darjah
dan sebagainya.
• Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan
sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas sumbangan
perkhidmatan setiap tahun.
• Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Bil Jawatan Markah Bonus
1 Ketua Pelajar I / Ketua Pelajar II 10
2 Timbalan / Penolong Ketua Pelajar 8
3 Pengawas / Imam / Bilal 7
4 Pengawas Perpustakaan 6
5 Ketua Perpustakaan, Badan-Badan Tertentu, 5
umpamanya Jawatankuasa Asrama, Makanan
dan lain-lain
6 Ahli jawatankuasa termasuk Penolong Ketua / 3
Pengerusi / Setiausaha / Bendahari bagi badan-
badan dalam komponan aktiviti kokurikulum
7 Ketua Bilik / Asrama / Kelas 2
8 Penolong Ketua Bilik / Asrama / Kelas 1
GRED KESELURUHAN
• Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh
seorang pelajar dalam ketiga-tiga jenis kegiatan
kokurikulum yang dianggotainya berserta markah bonus.

s
Gred keseluruhan=

+ Markah Bonus
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas
dan Peraturan-peraturan Am
Pelaksanaan Gerak Kerja
Kokurikulum
Akta
• Kepentingan GERKO ada termaktub dalam akta pelajaran
kita, iaitu :
Di bawah bahagian Kursus-kursus Pengajian
Sekolah, pihak berkenaan dikehendaki
menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum
sebagai elemen kursus dalam kurikulum
Akta sekolah yang perlu dijalankan di semua
Pelajaran sekolah.
1961
Akta ini juga mewajibkan penyertaan murid
dalam kokurikulum

Akta Akta ini mengatakan kepentingan gerak kerja


Pendidikan kokurikulum dalam membentuk insan murid
1996 yang harmonis
Surat Pekeliling Ikhtisas
• Garis panduan yang berkaitan dengan ikhtisas
• Dikeluarkan oleh KPM
• Contoh surat pekeliling ikhtisas
 ..\Pictures\Surat Pekeliling Ikhtisas.pdf
Peraturan-peraturan Am
• Berusaha untuk memahami semua Akta, Surat Pekeliling
Ikhtisas & Peraturan Am pelaksanaan GERKO di sekolah.
• Mesyuarat perlu diadakan untuk merancang pengagihan
tugas kepada guru dan membuat penyelarasan aktiviti yang
dicadangkan oleh setiap komponen GERKO.
• Sumber dan peralatan bagi melaksanakan kokurikulum
disimpan dan ditadbirkan dengan sempurna
a) Menyediakan tempat simpanan
b) Rekod penggunaan peralatan
c) Membaik pulih peralatan yang rosak dll
• Menyediakan jadual waktu GERKO dan memaklumkannya
kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa.
• GERKO lebih berkesan apabila dilaksanakan mengikut
sistem berkelompok.
• Kedatangan pelajar setiap kali latihan perlu direkodkan.
Kehadiran perlu diambil kira bagi memberi keutamaan
pelajar untuk menghadiri kursus, perkhemahan, lawatan
dsbnya.
• Guru penasihat & pengerusi perlu membuat laporan
bertulis mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan setiap
kali perjumpaan diadakan dalam buku khas yang
disediakan oleh pihak sekolah.
• Pihak sekolah perlu menyediakan satu sistem penilaian
dan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam
aktiviti kokurikulum (sijil, surat akuan, anugerah).

You might also like