You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

LAPORAN HAKIM PENJAGA MASA


Disediakan Oleh: Pun Yi Boon Alexandra

Guru Penasihat : Puan Anizah binti Adil


Ketua Hakim : Pun Yi Boon Alexandra
Ahli-ahli Hakim : Nur Fadzliah Amal binti Osman
: Nomianti Lajan Anyi
: Wasty Balaweng
: Tiong Siew Lang
: Nursufia Amira binti Bahrudin
: Nurfitri binti Mohamad Sarip
: Beatrice Livan
: Jessica Madang
: Ha Yun Yi
: Winnie Chung May Ling
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

LAPORAN HAKIM PENJAGA MASA


Disediakan Oleh: Pun Yi Boon Alexandra

1.0 Pengenalan

Seramai 121 orang guru pelatih ambilan PISMP Jun 2017 telah menganjurkan
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) yang ke-69 pada 6 dan 7 Mac 2019 di Stadium
Jubilee, Kuching, Sarawak. Semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang telah mengambil bahagian secara aktif dalam kejohanan ini.

2.0 Proses sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

2.1 Sebelum

Pada bulan Januari, kami telah melakukan perbicangan beramai-ramai antara


semua guru pelatih ambilan Jun 2017 yang diketuai oleh saudara Mark Darren dan
telah dipantau oleh Puan Puspalela. Setelah ahli jawatankuasa dipilih dan dibentuk,
kami memulakan perbincangan antara ahli hakim penjaga masa dan melantik
jawatankuasa kecil. Kami juga telah berjumpa bersama pensyarah penasihat kami,
Puan Anizah binti Adil untuk mendapatkan serba sedikit maklumat tentang tugas
yang bakal kami hadapi.

Selain itu, kami juga telah berhubung dengan ahli jawatankuasa peralatan
agar menyediakan beberapa peralatan yang diperlukan sewaktu KOT berlangsung
iaitu, jam randik (stopwatch) dan bendera (merah dan putih). Seterusnya, kami juga
telah berhubung dengan AJK Statistik bagi memaklumkan jumlah borang penjaga
masa yang diperlukan untuk acara balapan.

Ketua penjaga masa telah menyediakan jadual pembahagian tugas bagi


semua acara balapan (rujuk lampiran 1). Hal ini demikian agar perjalanan ketika KOT
berlangsung sentiasa terkawal dan teratur. Ketua juga telah berpesan agar ahli
sentiasa peka dan fokus dengan tugas masing-masing.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

2.2 Semasa KOT

Pada pagi 6 Mac, kami telah melakukan persediaan seperti mengambil


kedudukan masing-masing di tempat duduk di garisan permulaan, menyediakan
borang-borang yang perlu diisi, memeriksa jam randik (stopwatch) dan sebagainya.
Sewaktu acara berlangsung, kami mengambil dan mengumpul data dan rekod-rekod
masa yang diperoleh peserta. Setelah itu, rekod tersebut diserahkan kepada ketua
hakim balapan dan diserahkan kepada runner untuk diberi kepada AJK statistik.
Pada hari pertama KOT, cuaca tidak menentu seperti hujan gerimis di awal pagi, dan
hujan yang agak lebat ketika beberapa acara telah berjalan.

2.3 Selepas

Selepas berakhirnya majlis penutupan KOT, kami memulangkan semua jam


randik (stopwatch) dan bendera kepada AJK Peralatan. Selepas itu, kami telah
mengadakan satu perjumpaan ringkas untuk membincangkan tentang kekuatan dan
kekurangan yang kami perolehi sepanjang kejohanan ini berlangsung. Setiap
seorang daripada ahli hakim penjaga masa telah memberikan pendapat masing-
masing.

3.0 Analisis SWOT

3.1 Strength

Antara kekuatan yang saya dapati bagi ahli hakim penjaga masa ialah
kerjasama yang tinggi antara ahli hakim. Kesemua ahli hakim amanah dan jujur akan
tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan. Kami juga mempunyai toleransi
antara satu sama lain apabiala salah seorang daripada ahli hakim tidak dapat
menjalankan bahagiannya disebabkan oleh memasuki acara ataupun hal-hal lain.
Setiap hakim penjaga masa sentiasa bekerjasama dan menyokong satu sama lain.
Ketika hujan dan panas, masing-masing tidak bersikap mementingkan diri sendiri
dan lari dari tugas. Malah semua bertindak melaksanakan tugas dengan
bersungguh-sungguh, membawa payung, memegang jam randik dan memegang
borang penjaga masa pada masa yang sama.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

3.2 Weaknesses

Saya juga telah meneliti beberapa kekurangan bagi ahli jawatankuasa hakim
penjaga masa ini. Antaranya ialah, kekurangan tenaga kerja bagi sesuatu acara.
Sebagai contoh, bagi acara 200 meter saringan 1 dan 2, kami kehilangan 3 orang
ahli hakim penjaga masa kerana mereka terlibat dengan acara lain. Hal ini telah
menyebabkan beberapa ahli hakim yang lain terpaksa mencatat 2 masa sekaligus
bagi mengganti hakim yang terlibat dengan acara.

Selain itu, kekurangan lain yang kami peroleh adalah kekeliruan ketika acara
100 meter berlangsung. Para peserta berlari dengan sangat pantas dan saingan
adalah amat sengit. Jadi ketika di garisan penamat, kami tidak dapat melihat dengan
jelas kedudukan torso mereka dan mungkin mempunyai beberapa ralat ketika
menekan jam randik.

3.3 Opportunities

Antara perkara yang menjadi kelebihan kepada kami adalah mendapat


nasihat dan panduan daripada pihak pegawai professional sendiri, di mana beliau
menegur beberapa kesilapan dan berkongsi tips ataupun cara untuk mencatat masa
dengan tepat. Selain itu, AJK hakim penjaga masa juga telah mendapat pertolongan
dari beberapa pegawai lain yang tidak mempunyai tugas ketika itu.

3.4 Threat

Antara ancaman yang kami hadapi adalah disebabkan oleh asap putih yang
kurang jelas apabila pistol ditembak di garisan permulaan. Apabila asap itu kurang
jelas, ahli hakim akan lambat untuk memulakan masa peserta, berlakunya ralat masa
dan perbezaan masa yang sedikit ketara. Selain itu, ancaman seperti bunyi sorakan
juga menjadi gangguan bagi kami untuk fokus mendengar tembakan pistol.

Selain itu, masalah seperti jam randik yang tidak berfungsi apabila acara
sedang berlangsung juga merupakan salah satu perkara di luar jangkaan kami.
Namun kami berjaya untuk mencari dan memggantikan jam randik tersebut dengan
yang lebih baik, dan menangani masalah itu dengan mudah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

4.0 Penutup

Sebagai kesimpulan, kejohanan olahraga tahunan telah selamat dijalankan dengan


jayanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan salah faham yang berlaku, perkara
tersebut yang mengajar kami untuk melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.
Kami menggunakan pengalaman, kekurangan dan kelebihan pada kejohanan ini sebagai
pengajaran yang baik untuk kami memperbaiki diri kami menjadi guru pelatih yang lebih
holistic dan berkaliber, Ilmu yag kami peroleh akan kami gunakan semasa dipindahkan di
sekolah nanti.

You might also like