You are on page 1of 1

LAPORAN JAWATANKUASA CENDERAHATI

Program Lawatan Ilmiah ke Unit Sukan di Kompleks Sukan Tuanku Syed


Faizzuddin Putra, UITM Arau telah dirancang dan ditetapkan

pada 3 September

2014.Program ini dijalankan bersama kumpulan PPG Sains 1 dengan kumpulan PPG
Sains 2. Semasa mesyuarat ,saya telah dilantik menjadi jawatankuasa cenderahati.
Sebagai ahli jawatankuasa cenderahati , saya telah dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan cenderahati kepada pihak UITM dan pensyarah pembimbing. Saya telah
diberi peruntukkan yang mencukupi untuk menyediakan cenderahati.

Saya telah membelikan cenderahati berbentuk jam dinding untuk diberikan


kepada pihak Unit Sukan, UITM Arau Perlis.Ia sebagai

tanda ingatan dan ucapan

terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menjayakan program di tempat
mereka. Pensyarah pembimbing juga kami sediakan cenderahati berbentuk jam dinding
kerana mereka bersusah payah mengatur program ini untuk kami menimba ilmu.

Kesimpulannya, program ini akan menjadi sesuatu yang amat bermakna dalam
hidup kami kerana kami belajar cara pengurusan sukan yang memerlukan komitmen
yang sangat tinggi dan ia merupakan pengalaman yang amat berharga buat kami.Kami
belajar daripada kesilapan dan akan melakukan yang lebih baik pada program yang
akan datang.

Disediakan oleh :
Pn Azlina binti Zabidi

You might also like