You are on page 1of 8

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHAMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ZABIDIN

PROGRAM : PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH : SK RAMPANGI

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH


KEBANGSAAN RAMPANGI 2015

TARIKH PELAKSANAAN : 5 & 11 NOVEMBER 2015

OBJEKTIF :

1. Mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai acara

sukan.

2. Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari

peringkat sekolah rendah lagi.

3. Mengeratkan persefahaman di kalangan murid di dalam acara yang diambil.

4. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

5. Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi

dugaan dan cabaran.


STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Perbincangan dengan Guru Besar SK Rampangi.

 Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan


cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menyertai
jawatankuasa kelolaan kejohanan sukan tahunan sekolah sebagai
projek mega intership. Bersama 2 orang lagi guru pelatih, kami
menjadi penyelaras sukan yang terbahagi kepada 3 acara iaitu, sukan
perdana, sukan pra sekolah dan sukan PPKI. Kami juga berbincang
mengenai acara-acara yang akan dianjurkan pada hari-hari tersebut.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

 Saya dan rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan


persetujuan daripada guru pembimbing, guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan Guru Besar SK Rampangi. Selepas kertas kerja
disahkan, kami merancang tugas-tugas yang diperuntukkan.

3. Membentang ahli jawatankuasa yang ditetapkan.


 Pada 23 Oktober 2015, satu mesyuarat telah diadakan
membincangkan perihal hari sukan sekolah. Saya telah
membentangkan mengenai tugas-tugas semua guru pada hari-hari
yang berkenaan.

4. Menjadi penyelaras acara sukan PPKI


 Saya telah mengambil bahagian dalam acara PPKI manakala guru
pelatih yang lain mempunyai bidang tugas masing-masing. Selaku
penyelaras acara sukaneka PPKI, saya telah bekerjasama dengan
penyelaras PPKI sendiri, Puan Gustina dan beberapa orang guru
PPKI. Kami merancang acara yang dipertandingkan dengan
mengambil kira kemampuan murid-murid tersebut. Pada 5 November
2015, telah berlangsungnya acara sukan ini dengan jayanya.
5. Persiapan trek

 Sebelum berlangsungnya acara sukan sekolah ini, kami dikehendaki


untuk menyiapkan trek yang akan digunakan dalam acara larian.
Bersama semua guru lelaki, kami menyiapkan trek ini walaupun
keadaan padang yang kurang sesuai.

6. Menjadi penyelia peserta

 Sebagai penyelia peserta, saya bertugas dalam mengurus peserta


mengikut lorong trek yang telah ditetapkan. Saya juga mesti bersedia
terhadap perubahan yang akan dilakukan oleh rumah sukan mengenai
pernyertaan peserta.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan
lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah .

2. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan


murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta
pekerja-pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

3. Guru besar dan guru penolong kanan kokurikulum juga telah banyak
membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk
mereka jika menghadapi masalah. Mereka telah memberi tunjuk ajar dan juga
cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami, terutamanya Encik
Jamaluddin.

4. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini
bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman
seperti menguruskan acara PPKI kerana inilah program rasmi yang pertama
saya anjur yang melibatkan murid-murid PPKI.
5. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu
projek kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan
masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.

6. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat
daerah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk
ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan projek ini.

7. Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid
untuk datang ke sekolah dan meningkatkan minat terhadap sukan fizikal.
Semangat berpasukan serta aktif merupakan objektif utama dalam
menganjurkan acara sukan ini.

8. Pengalaman menganjurkan hari sukan ini merupakan pengalaman yang


paling beharga yang pernah saya mengalami sejak terlibat dengan bidang
pendidikan ini. Sebelum ini, pernah dianjurkan kejohanan olahraga tahunan
IPG tetapi tidak sama dengan projek ini walaupun dalam bidang yang sama
kerana komuniti yang berbeza.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Antara kelemahan yang paling ketara ialah cuaca jerebu yang teruk
menyebabkan projek ini ditangguh sehingga tarikh yang ditetapkan.
Sepatutnya projek ini dilaksanakan pada minggu akhir internship, sebaliknya
jerebu yang melanda kawasan kami menyebabkan KPM terpaksa mengambil
langkah berjaga-jaga dengan menutup sekolah selama 4 hari. Selepas itu,
setelah mesyuarat dijalankan, semua bersetuju bahawa hari sukan ini
dilakukan pada 5 dan 11 November 2015. Hal ini menyulitkan saya dalam
menyiapkan laporan seterusnya menghantar kepada unit praktikum pada
tarikh yang agak lewat.

2. Keadaan padang juga mempengaruhi projek ini. Hal ini kerana keadaan tanah
yang kurang sesuai untuk dilakukan sebagai tempat larian. Tambahan pula,
keadaan padang yang basah selepas hujan menyebabkan aktiviti persiapan
trek sukar dilakukan. Namun, projek diteruskan setelah mengambil kira aspek
keselamatan murid-murid semasa berlari.

3. Kehadiran pelajar semasa hari sukan juga kurang memberangsangkan


menyebabkan perjalanan acara agak perlahan kerana guru rumah sukan
terpaksa mencari murid yang menggantikan peserta yang tidak hadir.
Sepatutnya murid yang menjadi peserta itu memberi komitmen dalam
menyertai acara yang dianjurkan.

4. Walaupun sebelum ini saya pernah menyertai organisasi kejohanan olahraga


tahunan semasa di IPG, keadaannya tidak sama dengan projek ini kerana
kurang pengalaman yang diperolehi. Saya hanya menjadi AJK Peralatan
semasa KOT dijalankan, namun untuk program ini, saya menjadi penyelaras
yang menentukan segala perjalanan dan perancangan projek ini.

5. Masa yang diperuntukkan ialah selama sebulan lebih sehingga saya selesai
menghabiskan internship di sekolah ini. Masa yang diperuntukkan ini tidak
mencukupi untuk merancang segala mengenai program ini. Saya bimbang
tidak dapat menyiapkannya pada masa yang telah ditetapkan. Namun
segalanya berlaku seperti yang dirancang dan telah berjaya disiapkan lebih
awal daripada masa yang telah ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Keseluruhannya, program hari sukan ini berjalan dengan lancar walaupun


terdapat beberapa kelemahan yang merencatkan perjalanan projek ini. Mengenai
jerebu yang melanda seluruh Malaysia, hal ini tidak dapat dielak kerana ketentuan
Ilahi kerana kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Antara
cadangan yang dapat diberi ialah mengadakan program ini seawal yang boleh
supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. Namun, kenyataan ini hanyalah sebagai
cadangan dan harap dijadikan iktibar di kemudian hari.

Berkenaan padang sekolah yang tidak sesuai, hal ini juga di bawah kuasa kita
untuk menentukannya. Namun, ini hanya sebagai cadangan dan pendapat saya.
Sebagai cadangan penambahbaikan, untuk masa yang akan datang, saya berharap
projek ini dapat dilaksanakan di tempat yang lain seperti stadium negeri supaya
murid dapat mengalami dan merasai sendiri pengalaman berlari di trek yang
sebenar. Namun, perkara ini memerlukan kos yang besar dari segi penyewaan trek.
Oleh itu, perkara ini hanya cadangan dan terpulang kepada pihak sekolah untuk
mengambil perhatian terhadap cadangan ini.

Kehadiran murid yang kurang memberangsangkan juga merencatkan


perjalanan berlangsungnya program ini. Oleh itu, sebagai cadangan
penambahbaikan, saya berpendapat bahawa menarik minat murid untuk datang ke
sekolah pada hari tersebut merupakan cadangan yang bagus. Menarik minat murid
seperti menganjurkan gerai-gerai yang menawarkan makanan yang lain.

Kurang berpengalaman juga menyebabkan penglibatan saya dalam projek ini


agak terhad dan terpaksa menyusah pihak sekolah dari segi pengurusan projek ini.
Oleh itu, Encik Jamaluddin terpaksa mengambil alih tugas ini dari segi pengurusan,
dan saya dapat nyatakan bahawa beliau sangat berpengalaman dan saya berharap
dapat belajar serba sedikit mengenai pengurusan projek seperti ini. Pendapat saya
supaya program ini dapat ditingkatkan di masa akan datang, iaitu dengan
mempelajari sebanyak yang boleh dari pengalaman seorang guru yang
berpengalaman dalam bidang ini.

Kami juga harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih
sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan. Masa juga akan saya perbaiki untuk membuat perancangan
projek tersebut supaya mengikut tentatif seperti yang terdapat dalam kertas kerja
yang telah saya buat. Hal ini kerana untuk memastikan bahawa segala perancangan
berjalan seperti yang dirancang. Pengurusan masa yang baik akan dapat mendidik
saya supaya melakukan kerja mengikut seperti apa yang telah dirancang dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu kerja.

KESIMPULAN

Melalui projek hari sukan ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh
banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara
menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek
dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya
semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk
menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, hari sukan dapat
mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai acara sukan. Di
samping itu, hari sukan ini juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid
tentang kepentingan bersukan merupakan amalan hidup yang sihat.

Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru
pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu
projek dengan guru-guru lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan
di sekolah.

Beberapa bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan


murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-
pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. Encik Roslan dan
Encik Jamaluddin dan guru-guru yang lain juga telah banyak membantu kami
semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi
masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu
menyenangkan tugas kami. Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan sebuah
program hari sukan sekolah. Banyak kemahiran telah saya praktikkan semasa
membuat projek tersebut.

Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini
bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perjalanan hari sukan serta menyelia peserta yang terlibat dengan
bermacam-macam acara.

Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat daerah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan
cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan projek ini.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya


menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Rampangi dan rakan-rakan saya.
Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta
pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

………………………………………

MOHAMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ZABIDIN

(GURU PELATIH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK)

Disemak Oleh,

………………………………………

TN HJ MOHD SHARKAWI BIN SOMBIN

(GURU BESAR SK RAMPANGI)

Cop sekolah/Guru Besar/ GPK

You might also like