You are on page 1of 4

AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4)

SEBELUM PERTANDINGAN

Seperti pertandingan-pertandingan lain, perlantikan jawatankuasa pengelola bagi


menjalankan aktiviti pertandingan merupakan aspek utama yang perlu didahulukan. Ini adalah
bertujuan agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar tanpa mengalami sebarang
masalah kecil mahupun masalah besar. Pada 9 Januari 2013 yang lalu, satu mesyuarat kejohanan
Rugby 7S Sk. Polis Kem serta perlantikan beberapa jawatankuasa pengelola bagi membantu
jawatankuasa induk untuk menjalankan tugas telah diadakan. Boleh dikatakan hampir semua
guru Sk. Polis Kem terlibat secara tidak langsung dengan kejohanan ini. Selain itu setiap ahli
kelab Ragbi Sekolah mempunyai tugas yang tersendiri. Pengerusi pertandingan memberi
pengharapan yang tinggi terhadap komitmen setiap ahli bagi menjayakan program-program yang
akan dijalankan dan diadakan.

Setelah beberapa kali perjumpaan dijalankan satu kata putus telah diadakan iaitu tarikh
dan hari pertandingan. Mesyuarat telah menetapkan 23 Mac 2013 sebagai hari kejohanan Rugby
7s yang julung-julung kali diadakan ini. Dengan itu bermulalah tugas-tugas yang dipikul oleh
AJK kejohanan antaranya mempromosi pertandingan. Pada awalnya terdapat beberapa masalah
bagi proses mempromosi kejohanan tersebut seperti membuat iklan edaran. Bagi menarik minat
pelajar-pelajar lain untuk menyertai kejohanan ini, promosi yang mantap diperlukan tidak hanya
melalui pengumuman melalui mulut. Tetapi dengan bantuan guru ICT sekolah iklan edaran bagi
mempromosi kejohanan Rugby 7s ini dapat disiapkan dengan jayanya. Dengan ini sedikit
sebanyak membantu menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertai.

Selain itu terdapat kekangan yang besar sebelum kejohanan ini dilaksanakan. Kemahiran
bermain ragbi di kalangan pelajar-pelajar yang bukan kelab ragbi. Tidak semua pelajar tahu
untuk bermain ragbi. Setelah dipilih oleh guru-guru penasihat oleh setiap kelab, latihan
persediaan telah di tetapkan tarikhnya bagi membantu murid untuk penguasaan dan pemantapan
mutu permainan setiap pasukan. Tarikh 23 Januari sehingga 13 Mac iaitu setiap hari rabu
merupakan tarikh latihan bagi setiap pasukan. Beberapa orang guru yang berkemahiran dalam
permainan ragbi diminta membantu ketika latihan diadakan. Secara tidak langsung penguasaan
pelajar yang menyertai kejohanan dapat di terapkan. Walaupun tidak sehandal pemain-pemain
ragbi sekolah sedikit sebanyak kemahiran-kemahiran untuk bermain ragbi bagi kejohanan yang
akan diadakan dapat dipelajari pelajar-pelajar ini.

Setelah setiap perjalanan kejohanan disusun dan didokumentasikan dalam buku program,
semua AJK persediaan tempat dan alatan mula memainkan peranan masing-masing. Persiapan
padang perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum hari kejohanan bermula. Beberapa masalah kecil
dapat di tangani untuk persiapan padang ini. Antaranya musim hujan yang membataskan kerja-
kerja persiapan padang, tetapi dengan semangat rakan-rakan guru yang lain yang membantu
mempercepatkan persiapan padang ini, masalah ini dapat diatasi dengan cepat. Persiapan padang
juga perlu disiapkan terlebih dahulu kerana pemain-pemain daripada setiap pasukan perlu
menjalankan latihan terlebih dahulu sebelum kejohanan bermula. Selain itu terdapat juga
masalah dalam alatan untuk kejohanan ini. Antaranya Corner Flag yang banyak digunakan untuk
penandaan di sekitar padang kejohanan nanti. Tetapi dengan jasa baik daripada ketua Panitia
Pendidikan Jasmani yang mendapatkannya dari sekolah-sekolah lain sedikit sebanyak membantu
kepada kejohanan ini. Dengan pembelian bola-bola baru oleh Panitia Pendidikan Jasmani sekali
lagi membantu akan kejohanan ini.

Pada awalnya pengadil untuk kejohanan ini menjadikan salah satu masalah yang perlu
ditempuhi. Tidak semua guru-guru Sk. Polis Kem mempunyai kemahiran dan tahu akan undang-
undang rugby. Bagi menangani masalah ini satu kursus pendek kejurulatihan serta kepengadilan
diadakan. Dengan dibantu akan jurulatih luar yang dijemput khas, masalah kepengadilan untuk
kejohanan ini dapat diatasi. Terdapat beberapa orang guru yang akan terlibat secara rasmi dengan
kejohanan ini sebagai pengadil. Berbekalkan ilmu yang diperolehi daripada kursus pendek
tersebut sedikit sebanyak membantu masalah kepengadilan.
SEMASA KEJOHANAN

Terdapat juga beberapa masalah kecil dihadapi semasa kejohanan ini di langsungkan.
Antaranya ialah masa yang singkat diperuntukkan untuk kejohanan ini membuatkan semua
dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Bagi memperbaiki masalah ini peruntukan masa sesuai
dan mencukupi akan diberi perhatian khusus pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Selain itu masalah kemahiran bermain rugby di kalangan pelajar-pelajar juga dapat
dikesan, di mana terdapat beberapa orang pelajar masih membuat forward atau dengan kata
lain hantaran bola ke hadapan. Dalam permainan rugby perkara paling asas yang perlu diketahui
ialah passing atau hantaran bola di mana setiap kali membuat passing bola perlu di hantar ke
belakang bukan ke hadapan seperti permainan lain. Untuk menangani masalah ini berulang guru-
guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu mengambil perhatian kerana terdapat tajuk
permainan Rugby di dalam sukatan pelajaran. Pendedahan awal oleh guru-guru pendidikan
Jasmani ini akan membantu membanteras kesalahan seperti ini.

Waktu petang menjadi salah satu masalah bagi pelajar-pelajar lain untuk datang dan
memberi sokongan. Tidak semua pelajar dapat hadir di waktu petang untuk memberi sokongan
kerana tiada pengangkutan khas disediakan. Pada kejohanan-kejohanan yang akan datang waktu
pagi hari persekolahan atau hari Sabtu minggu Kokurikulum merupakan hari terbaik untuk
menjalankan kejohanan sebegini. Kehadiran pelajar-pelajar lain untuk menyokong dan
menyaksikan kejohanan ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi suasana kejohanan
sebegini.

KESIMPULAN

Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan


pelajar. Pembinaan akhlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni lain dapat dibentuk
dengan kegiatan ko-kurikulum. Perancangan pihak Kementerian dalam mewujudkan Program 1
murid 1 sukan adalah bertujuan membentuk jati diri para pelajar. Aspek ini adalah pemangkin
dalam membentuk sahsiah dan jati diri yang lebih mulia dan terpuji jika semua pelajar dibentuk
mengikut acuan yang diterapkan.

Kaedah pembelajaran dan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam sesuatu proses
melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Mencergaskan badan
seterusnya akan mencergaskan minda mereka. Penekanan dan penumpuan yang diberikan pelajar
yang betul akan membentuk para pelajar mengikut acuan yang betul. Bagi meningkat dan
memartabatkan lagi kegiatan Ko-kurikulum aktiviti-aktiviti seperti yang dijalankan ini perlu
diteruskan dari masa ke semasa walaupun terdapat pelbagai teknologi moden sekarang. Pihak
sekolah juga boleh menyebarluaskan untuk penglibatan aktiviti-aktiviti sebegini kepada komuniti
masyarakat-masyarakat luar. Kesimpulannya kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan
di luar bilik darjah. Pihak sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka
terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

You might also like