You are on page 1of 6

LAPORAN KEJOHANAN BOLA JARING

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014

Pada 24 Ogas 2014, satu kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja
Melewar. Sebelum sebulan kejohanan bola jaring, satu perjumpaan telah diadakan antara
pensyarah pembimbing kami iaitu En.Azullhaimi bin Ahmad dan Cik.Hapidah Binti AB Razak
bersama dengan unit PJK SJK (T) dengan PJK SK. Kami mengadakan perjumpaan tersebut
untuk membincangkan tentang butiran pelaksanaan kejohanan tersebut. PJK SJK(T)
ditugaskan untuk mengandalikan satu kejohanan Bola jaring tertutup yang dibimbing oleh
Ciik.Hapidah Binti AB Razak manakala kumpulan PJK SK pula dikehendaki mengendalikan
kejohanan Bola Sepak tertutup peringkat IPG Kampus Raja Melewar yang telah dibimbing
oleh En. Azullhaimi bin Ahmad.
Pelaksanaan kejohanan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3109
iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3 yang menduduki
program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Objektif bagi perlaksanaan kejohanan
adalah untuk meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan dan menerapkan nilai
kerjasama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Ia juga menjadi satu peluang
dan ruang kepada pelajar untuk melaksanakan perancangan yang

dirancang dengan

kaedah yang dirasakan bersesuaian di samping menerapkan kebolehan menilai kelemahan


dan kekuatan serta membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang.
Bagi melaksanakan Kejohanan Bola Jaring, pada 23 Julai satu perjumpaan telah
diadakan di Astaka ,Ipg Kampus Raja Melewar yang melibatkan kehadiran semua pelajar
pendidikan jasmani iaitu Unit PJK SJK (T)

PISMP Sem 3 bagi tujuan pelantikan ahli

jawatankuasa. Seramai 17 orang tenaga kerja telah diagihkan tugasan mengikut ahli
jawatankuasa masing-masing hasil daripada perbincangan . Pengerusi bagi pertandingan
bagi pertandingan bola sepak dan bola jaring adalah Ramah A/P Simanjalam . Saya telah
memegang jawatan sebagai AJK Buku Program dan Kad Jemputan bagi pertandingan bola
jaring bagi Kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Oleh yang demikian
dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan , saya berusaha melaksanakan tugas saya
iaitu membuat dan mengedar buku program dan kad jemputan sebelum dan semasa
Kejohanan Bola Jaring

. Pengerusi

dan naib pengerusi pula memastikan kami

melaksanakan tugasan kami dengan betul dan sempurna. Walaupun semua sibuk dengan
tugasan dan aktiviti masing-masing namun setiap ahli jawatankuasa telah diingatkan untuk

memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dengan baik supaya perjalanaan


pelaksanaan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.
Oleh demikian pada 28 Julai 2014, perjumpaan yang seterusnya telah diadakan
yang dipengerusikan oleh saudari

Ramah A/P Simanjalam

bertujuan untuk merujuk

kembali bidang tugas setiap ahli jawatankuasa bagi mengelakkan salah faham dan
kebincangan semasa mengelolakan kejohanan serta memastikan setiap ahli jawatankuasa
melakukan tugasan mengikut bidang masing-masing. Selain itu, tujuan perjumpaan kali ini
adalah untuk melaporkan perkembangan tugasan yang telah dilakukan mengikut ahli
jawatankuasa masing-masing. Saya mengumpul maklumat untuk menyediakan kad
jemputan dan buku program bagi Kejohanan Bola Jaring. Berkesempatan dengan itu, hasil
daripada perbincangan bersama persetujuan telah dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa
bola jaring untuk membayar sebanyak RM10 setiap seorang. Manakala bayaran sebanyak
RM20 telah ditetapkan kepada setiap pasukan yang menghantar penyertaan bagi
menampung perbelanjaan kejohanan bola jaring. Yuran keahlian dan Penyertaan telah
dikutip oleh bendahari iaitu saudara Prakesh Rao A/L Ganapathy selaku bendahari
kejohanan Bola Jaring Sebelah Tertutup IPGK Raja Melewar bagi tahun 2014.
Kemudiannya pada 20 Ogas 2014, semua ahli jawatankuasa kejohanan bola sepak
dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi bagi menerangkan perkembangan bidang tugas
yang telah dilakukan. Perjumpaan diadakan secara berkala ini penting bagi memudahkan
kami , jawatankuasa tertinngi memantau perkembangan kerja yang telah dilakukan oleh
setiap ahli jawatankuasa pelaksana dan memberi ruang untuk ahli jawatankuasa berbincang
sekiranya berlaku permasalahan atau penambahbaikan. Persediaan perlulah dilakukan
dengan rapid an disempurnakan dalam kadar yang segera memandangkan tarikh kejohanan
tidak dapat ditetapkan secara muktamad dan sering bertukar-tukar atas kekangan-kekangan
yang tidak dapat dielakkan di samping memandangkan jadual kami yang terlalu padat
dengan program dan kuliah. Perjumpaan terakhir telah diadakan pada petang 23 Ogas 2014
bertempat di Astaka selepas aktiviti

orienteering sebagai medium bagi melaporkan

persiapan terakhir yang telah dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa berkaitan dengan hari
kejohanan Bola jaring Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar bagi tahun 2014.
Perjumpaan pada malam tersebut bertujuan bagi menyediakan persiapan tempat dan
peralatan bagi kejohanan Bola jarring Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar yang
akan berlangsung pada keesokan harinya. harinya. Persediaan awal ini penting bagi
mengelakkan kelewatan dan berlakunya kesulitan semasa kejohanan berlangsung.

Pada hari kejohanan,semua ahli jawatankuasa telah melakukan persiapan terakhir


sebelum pertandingan bermula bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan saya juga
turut

membantu

ahli

jawatankuasa

pelaksana

yang

lain

melakukan

persiapan

memandangkan tidak banyak tugasan yang perlu dilakukan pada masa tersebut. Sepanjang
kejohanan

berlangsung,

pengerusi

bersama ahli

jawatankuasa

tertinggi

.Saudara

Manivasagam mengikat jala jarring pada pagi tersebut.sentiasa memantau tugasan setiap
ahlijawatankuasa dan kelancaran kejohanan tersebut agar mengikut masa yang telah
ditetapkan. Antara pasukan yang telah menghantar penyertaan. Keputusan keseluruhan
kejohanan Bola jaring 9 Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar di mana johan telah
disandang oleh Pelajar PPISMP PJK semester 1 iaitu senior saya., naib johan pula
disandang oleh pasukan PISMP PJK semester 1dan tempat ketiga telah dimenangi oleh unit
PISMP

PJK SK semester 3. Selain itu, terdapat cenderamata tambahan bagi pemain

keseluruhan terbaik dan penjaring terbanyak telah disediakan. Kejohanan berakhir dalam
lingkungan pukul 1 petang dan program diteruskan dengan majlis penutup yang dirasmikan
oleh pensyarah pembimbing kami sendiri iaitu Encik Azulhaimi bin Ahmad. Pada hari
tersebut pensyarah pembimbing saya tidak dapat hadir ke pertandingan tersebut kerana
beliau terpaksa pergi ke Kelantan untuk program Inovasi. Selesai sahaja kejohanan Bola
jaring Sebelah dan kejohanan Bola sepak Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar, satu
postmortem telah diadakan yang melibatkan dua kumpulan besar sebaik sahaja tamat majlis
penutupan. Melalui postmortem tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan daripada pelbagai
pihak. Ada yang meluahkan rasa hati , ada juga yang memberikan pendapat dan pandangan
serta tidak kurang juga ada yang memberikan kritikan.

Antara kekuatanyang telah ditunjukkan sapanjang saya dan rakan-rakan menganjur


dan mengelolakan kejohanan ini berlangsung, semangat Berkerjasama dan toleransi antara
kumpulan kami dan kumpulan bola sepak. Walaupun kami sibuk dan sedikit keletihan
dengan tugasan dan program yang banyak namun kami berusaha memberi komitmen
dengan dengan baik supaya pengurusan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Melalui
kejohanan seperti ini, ia memberikan kami satu ruang dan peluang untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi antara satu sama lain sama ada antara penganjur , peserta mahupun
pensyarah

yang

secara

Sememangnya pelaksanaan

tidak

langsung

mengeratkan

silaturahim

antara

kami.

kejohanan seperti ini menyerlahkan lagi kepentingan

menerapkan nilai-nilai norma bermasyarakat atau berkumpulan. Selain itu, kami dapat
mengeratkan silaturahim antara ahli dalam unit secara individunya, kejohanan Bola jaring
Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar tahun 2014 ini telah memberikan saya satu
pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan satu kejohanan yang sememangnya

sukan dominan bagi golongan perempuan. Sedikit sebanyak, saya telah menimba ilmu yang
berkait rapat dengan sukan bola jaring misalnya dari sudut undang-undang bola jaring.
Malahan, ia juga memberikan saya peluang untuk meluaskan pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang pengurusan serta pelaksanaan dan secara tidak langsung
memberikan manfaat yang besar kepada saya untuk mengaplikasikan ilmu seperti ini
apabila memasuk profesion keguruan yang sebenar kelak.
Pada masa itu, saya berpeluang untuk menguji tahap kepimpinan saya dalam
mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan atau program. Melalui kejohanan seperti ini
juga, saya dapat menilai kemahiran kendiri saya misalnya kemampuan dan gaya interaksi
social saya bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain. Seterusnya, pelaksanaan
kejohanan seperti ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada penganjur malah juga
kepada peserta. Aktiviti seperti ini telah memberikan peluang dan ruang kepada para
peserta untuk mencungkilkan bakat dan mengasah kemahiran di samping mengamalkan
gaya hidup sihat mealui bersukan. Malah, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para
peserta sangat tinggi di mana matlamat bertanding untuk menang namun nilai-nilai murni
masih diterap dan diamalkan oleh setiap peserta yang bertanding.
Kelemahan yang ditunjukkan sepamjang kejohanan ini antaranya ialah berlaku
sedikit perbalahan antara kumpulan bola jaring dan kumpulan bola sepak berpunca
daripada salah faham. Perbalahan ini berlaku dilihat berpunca daripada sikap sesetengah
ahli jawatankuasa yang mengambil sikap melepaskan batuk di tangga terhadap bidang
tugasnya dan tiada usaha atau pencerahan diberikan kepada ahli jawatankuasa yang lain.
Kepincangan ini berlaku apabila sebahagian daripada ahli kumpulan yang seharusnya
melaksanakan tugas yang sepatutnya tidak mengikuti perkembangan tugasan tersebut
memandangkan ini kejohanan bersama. Ditambahkan pula dengan sikap sesetengah ahli
jawatankuasa yang lebih gemar menunding jari berbanding bersama-sama membantu
menyelesaikan masalah dan berkongsi pendapat menyebabkan keadaan bertambah
tegang. Selain itu, pengagihan tugasan memandangkan kejohanan bola sepak dan bola
jaring dikehendaki untuk berkerjasama dalam melaksanakan kejohanan tersebut. Kesannya
wujudlah parasit- parasit yang hanya menumpang nama atas kertas manakala tugasan
mereka diselesaikan oleh ahli yang lain di samping berlakunya pertindihan kerja antara
kedua-dua buah kumpulan besar ini. Malahan, tarikh pertandingan juga dilihat tidak sesuai
kerana tidak banyak pasukan yang telah menghantar penyertaan atas faktor kesibukan
dengan program dan tugasan masing-masing di samping masalah sumber air yang dihadapi
oleh IPGK Raja Melewar menyebabkan ramai pelajar telah mengambil keputusan untuk
pulang ke kampung halaman.

Pemilihan tarikh dikatakan tidak bersesuaian adalah kerana pada ketika itu
merupakan pertengahan semester yang kita sedia maklum merupakan waktu rancaknya
pelaksanaan program daripada luar atau ipg sendiri yang sememangnya merupakan bulan
yang sibuk bagi pelajar- pelajar IPG sama ada dari sudut penglibatan mahupun pengurusan
dan ditambahkan lagi dengan musim tugas (assignment). Manakala pada sesi postmortem,
saya mendapati tidak ramai yang mahu berkerjasama dalam menyuarakan pendapat atau
meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing namun mereka lebih gemar untuk
memendam dan meluahkannya di belakang. Setelah hampir tiga tahun kami melibatkan diri
dalam pengelolakan dan pengurusan, sikap sperti inilah antaranya punca selalu berlakunya
perbalahan antara kami kerana tidak ramai yang mahu berterus terang dan yang lebih
menyedihkan tidak sampai separuh antara kami yang mengambil serius dalam
membincangkan permasalahan dan cuba mencari jalan penyelesaian secara bersama dan
adil. Sememangya perkara sebegini merupakan salah satu permasalahan yang konkrit dan
sentiasa berlaku setiap berlaku terutamanyaapabila kami diberikan tanggungjawab dalam
mengurus dan mengelolakan sesuatu

program kerana hakikatnya hal sebegini akan

berbalik dan bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengawal dan menguruskan
kemahiran kendirinya. Keseluruhanya, kami memang jarang mendapatkan keputusan
bersama secara positif memandangkan antara kami lebih gemar mengambil langkah untuk
membisu dan membunyi di belakang walaupun isu ini sentiasa menjadi teguran mentor
kami yang terdahulu iaitu Tuan Haji Halim.
Antara cadangan yang dapat saya utarakan berdasarkan pelaksanaan sepanjang
kejohanan seperti ini antaranya ialah sebelum kejohanan setiap kali jawatankuasa yang
telah dilantik

perlu meneliti dan merujuk bidang tugas terlebih dahulu. Setiap ahli

jawatankuasa kecil terutamanya boleh merujuk kepada pengerusi atau naib pengerusi di
samping pensyarah pembimbing itu sendiri. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya
pelaksanaan kerja yang bertindan atau sebaliknya seterunya bagi mengelakkan sebarang
masalah gangguan dalam proses melancarkan perjalanan pelaksanaan kejohanan tersebut.
Selain itu, meluaskan lagi skop pelaksanaan kejohanan di mana kita boleh membuka
penyertaan daripada institut-institut pengajian tinggi atau kole-kolej di sekitar Seremban
serta institut-institut perguruan di seluruh Malaysia.
Memandangkan kejohanan ini dilaksanakan secara gabungan jadi perjumpaan
antara kedua-dua kumpulan perlu diadakan secara berkala bagi memastikan satu
perbincangan secara bersama dapat dilakukan di samping dapat mencari keputusan yang
sepakat . Manakala, ahli jawatankuasa tertinggi antara kedua-dua belah kumpulan haruslah
bersepakat dan ber kerjasama untuk tegas dalam mengingatkan setiap ahli jawatankuasa
pelaksana melaksanakan bidang tugas masing-masing dan mengambil kira untuk

mengambil tindakan bagi yang mereka yang

mengingkari arahan dengan persetujuan

pensyarah pembimbing terlebih dahulu. Sikap ketua bagi semua jawatankuasa perlulah
menerangkan terlebih dahulu skop skop tugas
semasa dan selepas

mengikut fasa-fasa seperti sebelum,

kejohanan kepada ahli-ahli yang lain dengan jelas dan terang.

Mungkin juga selepas itu , ketua bagi setiap jawatankuasa akan melaporkan secara
terperinci mengenai perkembangan bidang tugas yang telah dilakukan. Tambahan juga,
setiap ahli jawatankuasa boleh mengadakan satu senarai lengkap mengenai perkaraperkara yang perlu dilakukan mengikut fasa-fasa pelaksanaan kejohanan. Akhir sekali, pada
waktu postmortem diadakan setiap ahli jawatankuasa dikehendaki atau diwajibkan untuk
memberikan laporan selepas tamat sesuatu kejohanan.

You might also like