You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

BANDAR SPRINGHILL
71010 LUKUT, PORT DICKSON

KERTAS KERJA
BENGKEL KEMAHIRAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

TARIKH : 22 MAC 2017 (RABU)


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : SJKT BANDAR SPRINGHILL
BENGKEL KEMAHIRAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
SJKT BANDAR SPRINGHILL 2017
PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang berteraskan akademik,pasukan pakaian seragam,


pendidikan luar dan kesenian serta kebudayaan. Kokurikulum ditakrifkan sebagai segala
rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan.Aktiviti yang dirancang bagi sesebuah organisasi hendaklah sesuai dengan
peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Selain itu, aktiviti yang dirancang hendaklah
sesuai dengan situasi, alam sekitar, ekonomi dan keadaan sekolah.

RASIONAL

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menggabungkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya pelajar itu berpeluang dan
berkesempatan:

a) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati


b) Merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
c) Mempersetujui matlamat yang ditentukan dan dilaksanakan bersama
d) Mengembangkan bakat dan potensi

OBJEKTIF

Pada akhir aktiviti diharakan murid - murid dapat:

1. Membentuk satu pasukan yang berkualiti, fleksibiliti dan mempunyai koordinasi yang
baik antara satu sama lain untuk membentuk organisasi produktiviti

2. Melahirkan satu pasukan bantu mula kecemasan yang terlatih dan cekap dalam rawatan
kecemasan

3. Memberikan pengetahuan dan memupuk semangat kerjasama serta komitmen pada


semua murid.
NAMA BENGKEL

Bengkel Kemahiran Asas Pertolongan Cemas SJKT Bandar Springhill tahun 2017.

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT BENGKEL

Tarikh : 22 Mac 2017

Hari : Rabu

Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang

Tempat : SJKT Bandar Springhill

KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 3,4,5 dan 6


JAWATANKUASA PENGELOLA ROAD RUN SJKT BANDAR SPRINGHILL 2017

Pengerusi : Pn. A.Santhi


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Cik. L.Letchumey


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi I : Pn. K.Sumathi


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Pn. P.Saraswathy


( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Setiausaha : Pn.S.Selvasangeetha

Pen.Setiausaha I : Pn. D. Thilagess

Bendahari : Pn. Leelavathi

Pengerusi Teknik : Pn. Rasathi


TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
2.00petang Pendaftaran
2.15petang Aluan Pengerusi Majlis
2.15-3.00petang Pengenalan, keselamatan dan cara pencegahan
kemalangan.
Kecederaan Tisu Lembut
Pembalut Dan Balutan
Renjatan Dan Penilaian Asas pesakit
Kecederaan tulang rangka,sendi dan otot
Kecederaan Kepala dan tulang belakang
Kecederaan terbakar
CPR dan mengangkat pesakit.
Majlis Bersurai

PENUTUP

Pendedahan pelajar terhadap siri rawatan kecemasan dapat membentuk pelajar


yang mampu menangani saat kecemasan dengan jaya mengikut prosedur yang
selamat. Sokongan dan dorongan adalah diperlukan untuk terus membakar semangat
murid supaya dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan pada tahun ini
dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.. ..

(PN.S.SELVASANGEETHA) (PN.A.SANTHI)
Guru Pelatih Gurubesar
SJKT Bandar Springhill SJKT Bandar Springhill

You might also like