You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN:
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah
sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau afektif. Mereka memerlukan bimbingan
dan penjagaan yang khusus daripada guru-guru pendidikan khas supaya dapat
menguasai kemahiran untuk mengurus diri dan melakukan rutin-rutin harian secara
berdikari. Dalam usaha untuk membantu murid-murid berkeperluan khas
mengembangkan potensi dan kemahiran diri, beberapa program dan inisiatif telah
dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah, terutamanya guru-guru pendidikan
khas.
Program lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan bantuan daripada pakar-pakar terapi cara kerja pihak hospital bagi
menjalankan terapi cara kerja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

2.0 TAJUK:
Program Lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan

3.0 PENGELOLA:
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chin 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN:


Program ini bertujuan untuk membantu mengembangkan kemahiran motor kasar
dan motor halus murid-murid.
5.0 RASIONAL:
Terapi cara kerja merupakan penjagaan kesihatan yang melibatkan penilaian awal,
perancangan dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-
kanak.
Terapi ini melibatkan aktiviti seperti menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-
kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan motor halus.
Terapi cara kerja memberi fokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam
pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni
lukis, memanik serta aktiviti koordinasi mata dan tangan.
Terapi cara kerja boleh menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan
intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Melalui terapi ini,
perkembangan asas kanak-kanak seperti mandi, berpakaian dan makan akan dapat
ditingkatkan. Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi
perubahan emosi diri.
6.0 MATLAMAT:
6.1 Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid.
6.2 Membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mengatasi ketidakupayaan
mereka
melalui terapi.
7.0 OBJEKTIF:
7.1 Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang terapi cara kerja.
7.2 Membantu murid-murid mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor
halus mereka.
8.0 KUMPULAN SASARAN:
BIL PERKARA JUMLAH
Murid-murid Pendidikan Khas Tahun 4
1 6 orang
(rujuk lampiran 1)
2 Pensyarah Pengiring 2 orang
Jumlah 8 orang

9.0 TARIKH:
23 Julai 2014 (Hari Rabu)
10.0 TEMPAT:
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
11.0 PENGANGKUTAN:
Semua murid-murid akan menaiki kenderaan guru.
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:
Penaung : Encik Kiu Toh Seng
Guru Pengiring : Cik Look Choon Wen, Cik Wong Mei Ti
Pengerusi : Cik Wong Mei Ti
Setiausaha :Cik Look Choon Wen
AJK Perhubungan : Wong Ngei Ling
AJK Cenderahati : John Wong Ying Kong
AJK Makan : Francis Tiong Chee Hang
AJK Keselamatan : Zoe Lee Chia Yi
13.0 TENTATIF PROGRAM:
MASA AKTIVITI
Berkumpul di dewan sekolah dan bergerak ke Hospital
10.45 pagi
Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Tiba di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
11.00 pagi
Taklimat daripada pihak hospital.
Terapi cara kerja dijalankan oleh ahli terapi cara kerja yang
11.30 petang
berkemahiran.
1.30 petang Murid-murid berkumpul dan membuat refleksi.
Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian
2.30 petang
cenderamata
3.00 petang Bertolak balik ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chin.

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
2 unit
1 Cenderahati 2
*diambil dari stor

15.0 PENUTUP:
Adalah diharapkan bahawa program ini dapat memulihkan anggota badan murid-
murid yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik. Program ini dapat
membantu murid-murid menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus dengan
lebih baik supaya mereka dapat hidup secara berdikari dalam kehidupan harian.
Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi satu
sinar baharu kepada murid-murid bahawa masalah mereka boleh disembuhkan
melalui pelbagai terapi.

Disediakan oleh:
(LOOK CHOON WEN)
Setiausaha,
Program Lawatan ke Hospital Bahagian Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Guru Kelas Pendidikan Khas Tahun 4,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disemak oleh:

(PUAN LING NGEI JING)


Ketua Panitia Bahasa Cina,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disokong oleh:

(ENCIK TANG LOK LEE )


Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Diluluskan oleh:

(Encik Kiu Toh Seng)


Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK DEMAK BARU

-->
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI PPKI SMK
DEMAK BARU 2011
PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas
juga turut digubal bagi melahirkan pelajar2 Pendidikan Khas yang mampu membawa
dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan
pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, pelbagai
program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.
Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam
atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu
didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan
telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan
pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

PROGRAM KEUSAHAWANAN
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah
berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi
pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program
luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program
percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal
dan kognitif.
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara
ini.Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar
dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan,Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap
pelaksanaannya.Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek
Kemahiran HIdup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.Berdasarkan usaha
tersebut Pendidikan Khas SMK Demak Baru ingin membudayakan keusahawanan di
kalangan pelajar khas .Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula 2011.
MATLAMAT
Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas
sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari
kerja.Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu obsyen yang realistik
untuk pelajar Khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal.
Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan
kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para
pelajar Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan
ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.Aktiviti ,produk dan modul
yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan
kemahiran para pelajar khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal
mendatang.

OBJEKTIF
a. Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan
membaik pulih mudah dan menyedari potensi kea rah keusahawanan.
b. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.
c. Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan
mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan
bertanggungjawab.
d. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
e. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar
perdana,masyarakat dan sebagainya.
f. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan
pelajar-pelajar khas.
Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai
cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih
mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.
Melahirkan usahawan dari PPKI SMK Demak Baru yang berkualiti dan berdaya maju
menjelang tahun 2020.

TARIKH PERLAKSANAAN
Bermula Jan 2011

TEMPAT
Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah kelas PKBP 6 kerana
kedudukannya yang strategik untuk pelajar khas dan pelajar perdana.Kelas ini dipilih
juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.
KUMPULAN SASARAN
Keperluan sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang telah menduduki
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.(PMR).Mereka ini yang akan
menguruskan bilik yang dikhas untuk aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang
guru.
SASARAN JUALAN
Pelajar Pendidikan Khas,Pelajar Aliran Perdana ,Guru Khas serta para pelawat dari
sekolah-sekolah yang lain.

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL


Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:
a) Kraftangan hasil pelajar khas
b) Lukisan hasil pelajar khas
c) Hasil jahitan dan anyaman(sarung bantal,sarung bakul sampah,tuala,bakul)
d) Hasil Masakan
e) Hasil Pertanian
f) Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang
dibeli secara borong dan dibungkus semula oleh pelajar khas.
g) Mesin fotostat.
Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada
masyarakat yang para pelajar khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk
dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil
dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan
keperluan para pelajar khas.

KEPERLUAN LOGISTIK
a) Meja
b) Rak
c) Mesin kira
d) Buku kira-kira
e) Papan Putih

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI


Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja
telah dilantik untuk menjayakan program ini.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DEMAK BARU.
Pengerusi :
En Ramli Bin Hj Hasbi
Naib Pengerusi:
En Jamal Shukuri Bolhassan
Setiausaha: Pn Norzita Mohamed
Bendahari : Cik Khadijah Zolfeley
AJK
Pn. Dayang Hasimah Awang Madian (Guru PPKI)
Cik Nillip (PPM PPKI)
Zul Helmi Majeni (Murid PPKI)
Maxwell AK Aping (Murid PPKI)
Awang Muhamad Izudin (Murid PPKI)
Kristie Umi Bt Raya (Murid PPKI)
Abdul Mukmin (Murid PPKI)
Nur fazilah (Murid PPKI)
JADUAL PROGRAM/MASA
Setiap hari waktu persekolahan (8.20-9.00/9.30-10.10)
LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN
Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan
latihan praktikal yang dijalankan di sekolah seperti di koperasi.
1. Latihan Dalam Kelas
Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/Asas
Keusahawanan yang dijalankan pada awal tahun dan program pengukuhan dan
penilaian yang dibuat pada akhir tahun.
Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan
Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah
dibina khas untuk program ini iaitu;
i) Mengenali Dunia Keusahawanan
Sesi Perkongsian Pengalaman dengan usahawan-usahawan yang terpilih bagi
menarik minat murid-murid dalam bidang keusahawanan.
ii) Kepimpinan dan Teamwork
Aktiviti berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan dan
kepimpinan.
iii) Asas Kewangan dan Pemasaran
Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas
kewangan; modal, perbelanjaan dan pendapatan.
Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan role play berkaitan
aktiviti pengurusan kewangan dan aktiviti jualan
Murid-murid akan diberi bimbingan me1alui sesi perbincangan, bengkel, permainan
perniagaan dan latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman
murid-murid mengenai konsep keusahawanan yang disampaikan. Segala aktiviti
murid-murid akan dinilai dan diberikan markah.
Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian
Di peringkat ini, murid-murid akan diberi latihan lanjutan keusahawanan secara
berkumpulan dan membuat persembahan perniagaan dan menjalani program
berbentuk role play dan Business Games dengan melakonkan watak berkaitan
dengan keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan. Melalui aktiviti ini juga murid-
murid akan dinilai penglibatan mereka secara berkumpulan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.
a) Bersesuaian dengan misi dan visi PPKI SMK Demak Baru iaitu yang
menitikberatkan kemahiran ke arah berdikari.Adalah amat wajar program
keusahawanan ini dimulakan.
b) Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat
wajar memupuk kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu
alternatif kepada kerjaya mereka pada masa hadapan.
c) PPKI SMK Demak Baru akan menjadi perintis kepada semua sekolah yang
ada di bahagian Kuching kursusnya.

d) Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen


keusahawan untuk para pelajar khas tidak dapat disangkal lagi.Human (1988)
umpamanya menyarankan agar latihan keusahawanan perlu untuk memberi
pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih muda.Sexton dan Kasarda
(1992)berpendapat para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang berkaitan
dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan merentasi
bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang
kemahiran dan perubahan sikap.Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang
bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar khas untuk proses keusahawanan
kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti ,minat untuk memulakan
perniagaan akan wujud.

e) Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak
pemikiran minda mereka dalam bekerja makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan
dan menangih simpati kepada pemikiran uasahawan yang berjaya yang mampu
bersaing dengan insan biasa.

f) Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang menarik kerana hampir keseluruhan pelajar khas
mempunyai kekurangan dari segi kemahiran dan peluang untuk melakukan aktiviti
jualan hasil ciptaan mereka. Tambahan lagi, hasil tangan murid-murid ini adalah
hasil dari pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Seni,Kemahiran
Hidup (Masakan /Jahitan/Pertanian). Apabila hasil tangan ini dijual, murid-murid
akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan kaitan mata pelajaran
Pendidikan Seni dalam kehidupan sebenar. Semasa menjalankan program ini,
murid-murid juga akan menyedari kepentingan penggunaan mata pelajaran
Matematik semasa proses jual beli dijalankan.

RUMUSAN
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di
samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan
mereka.Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan
padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan
daripada guru-guru khas .Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan
gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar khas ini.Selain daripada itu,ia
juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas
untuk pelajar yang kurang upaya ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................... .................................
.............
(NORZITA MOHAMED)

You might also like