You are on page 1of 13

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 6 PENGURUSAN BILIK DARJAH

SINOPSIS

Murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran, pendengaran dan


penglihatan juga tidak dikecualikan daripada dididik dan dilatih. Mereka perlu
pergi ke sekolah untuk pembelajaran yang terancang dan bersistematik,
bersesuaian dengan tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Di sini, guru
pendidikan khas yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khas
memikul tanggungjawab memberikan pelajaran dan latihan kepada mereka. Satu
hari nanti, anda mungkin akan memikul tanggungjawab tersebut. Mereka perlu
dididik dalam sebuah bilik darjah yang disusun bersesuaian dengan keperluan
mereka.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan ciri-ciri, persekitaran yang sesuai untuk murid pendidikan


khas;
2. Mengenal pasti kemudahan-kemudahan fizikal yang perlu disediakan
untuk murid-murid bermasalah penglihatan, pendengaran, dan
pembelajaran; dan
3. Menyenaraikan perkara-perkara berkaitan pengurusan murid dalam
program pendidikan khas.
4. Menyenaraikan persediaan yang perlu dibuat bagi melancarkan proses
pembelajaran dan pengajaran.

96
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah untuk murid berkeperluan khas Pengurusan Murid
- Tingkah laku
- Kebajikan
- Keperluan khas murid

Susunan Perabot
- Peralatan khas Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
- Keceriaan - Persediaan
- Keselesaan - Bahan Bantu Belajar
- Keselamatan - Penyemakan Kerja Murid

KANDUNGAN

6.0 Pengurusan Persekitaran Bilik Darjah Untuk Murid


Berkeperluan Khas

Komponen-Komponen Dalam Pengurusan Bilik Darjah


Penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik darjah
Peraturan-peraturan bilik darjah
Pembahagian kumpulan pengajaran&pembelajaran

97
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan tingkahlaku
Penjadualan
Penyimpan rekod
Stesen-stesen pembelajaran
Penyusunan Kemudahan Fizikal/Perabot Bilik Darjah
Penyusunan yang berkesan akan dapat:
Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang
Mengurangkan kebisingan dan gangguan
Memupuk interaksi murid
Menambah masa yang dalam aktiviti pembelajaran
Membolehkan guru memantau aktiviti murid

Cara penyusunan bilik darjah harus membolehkan:


Guru dan murid boleh bergerak tanpa halangan
Memudahkan guru mendapatkan bahan bantu mengajar
Guru dapat memberi perhatian kepada semua murid

Peraturan Bilik Darjah


Aktiviti keluar masuk kelas
Menggunakan bahan-bahan berkongsi seperti almari dll
Kawasan-kawasan seperti tandas, kantin dll
Meninggalkan tempat duduk
Menyerah kerja yang siap
Menjaga kebersihan bilik darjah
Padang permainan
Perhimpunan dll

PEMBAHAGIAN KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Prosedur untuk aktiviti kumpulan kecil:
Membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan
Tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan

98
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Menguruskan tingkahlaku ahli kumpulan.

6.1.2 KEMUDAHAN FIZIKAL


Tahukah anda bahawa sesuatu program Pendidikan Khas memerlukan suatu
pengurusan yang berlainan dengan pengurusan murid-murid normal. Antara
unsur pengurusan yang penting ialah kemudahan fizikal program tersebut.
Sejauh manakah kefahaman anda mengenai susun atur kemudahan fizikal
sesebuah bilik darjah Pendidikan Khas?

Kelas Pendidikan Khas merupakan satu tempat di mana setiap murid Pendidikan
Khas menghabiskan sebahagian masanya di sekolah. Pengurusan dan
pengelolaan kelas yang berkesan dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan baik dan berkesan. Pengurusan sesebuah bilik
darjah secara umumnya mengandungi komponen-komponen fizikal seperti
berikut:

Penyusunan kemudahan fizikal / perabot bilik darjah


Peraturan-peraturan bilik darjah
Pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan tingkah laku
Penjadualan
Penyimpanan rekod
Stesen-stesen pembelajaran

(a) Penyusunan Kemudahan Fizikal / Perabot Bilik Darjah


Aspek fizikal bilik darjah yang disusun dengan berkesan dapat:
(i) Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang;
(ii) Mengurangkan kebisingan dan gangguan;
(iii) Memupuk interaksi murid;

99
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(iv) Menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran; dan


(v) Membolehkan guru memantau aktiviti murid.

(b) Penyusunan Bilik Darjah


Cara penyusunan bilik darjah harus membolehkan:
(i) Guru dan murid bergerak tanpa halangan;
(ii) Memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar; dan
(iii) Guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid.

(c) Ruang Pengajaran dan Pembelajaran


Berikut adalah ciri-ciri yang patut ada di ruang pengajaran dan pembelajaran:
(i) Ruang belajar berasingan untuk kumpulan besar dan kumpulan kecil;
(ii) Sudut rekreasi;
(iii) Sudut audio-visual / sudut tayangan;
(iv) Sudut bacaan;
(v) Sudut pameran;
(vi) Sudut time-out;
(vii) Sudut tempat letak peralatan membersihkan diri;
(viii) Sudut maklumat murid; dan
(ix) Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(d) Peraturan Bilik Darjah


Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi tertentu seperti:
(i) Aktiviti keluar masuk & meninggalkan tempat duduk;
(ii) Menyerahkan kerja yang telah siap & menjaga kebersihan bilik darjah; dan
(iii) Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-bahan yang dikongsi.

(e) Pembahagian Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran


Prosedur untuk aktiviti kumpulan kecil:

100
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i) Membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan;


(ii) Tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan; dan
(iii) Menguruskan tingkah laku ahli kumpulan.

(f) Pengurusan Tingkah Laku


(i) Tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru; dan
(ii) Tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa

(g) Penjadualan
Jadual waktu kelas mesti disusun dengan sempurna untuk:
(i) Memberi struktur kepada proses pengajaran dan pembelajaran;
(ii) Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai; dan
(iii) Menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan.

(h) Penyimpanan Rekod


Mengumpul, menyimpan dan menggunakan data untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran seperti: laporan doktor, laporan kaunseling & temubual dengan ibu
bapa, soal selidik tingkah laku, biodata / profil murid, buku rekod kesihatan
murid, borang-borang penilaian, borang-borang rekod prestasi dan Rancangan
Pendidikan Individu.

(i) Stesen-stesen Pembelajaran


Kepentingan mewujudkan stesen-stesen pembelajaran adalah seperti berikut:
(i) Dapat memupuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek
yang diajar.
(ii) Guru-guru dapat menjadi pakar / mahir dalam sesuatu mata pelajaran.
(iii) Bahan Bantu mengajar yang berkesan dan menarik dapat disediakan
dengan lebih efisyen.
(iv) Penilaian dan Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) dapat dilaksanakan

101
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dengan lebih teratur, berkesan dan berfokus.


(v) Disiplin murid lebih terkawal.
(vi) Jadual waktu lebih bermakna.
(vii) Isi pengajaran dan pembelajaran dapat diseragamkan di peringkat sekolah.

6.1.3 Susun Atur Perabot Dan Peralatan

Program Pendidikan Khas memerlukan prasarana yang sesuai dan kondusif bagi
melicinkan perjalanan program ini. Prasarana yang kondisif dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan lebih efektif serta akan memberi
keselesaan kepada pelajar untuk terus belajar dalam bilik darjah.

Prasarana pendidikan khas merangkumi dua aspek umum, iaitu fizikal dan
pengisiannya dan juga berbeza bagi program pendidikan khas peringkat sekolah
rendah dan peringkat menengah. Sila rujuk Jadual 8.3 berikut.

Jadual 6.3: Kemudahan Peralatan Asas Peringkat Sekolah Rendah dan


Menengah

Kemudahan Peralatan Asas Kemudahan Peralatan Asas Peringkat


Peringkat Sekolah Rendah Program Sekolah Menengah Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Pembelajaran
A. Kemudahan Asas Perabut A. Kemudahan Asas Peabut
Meja Hexagon Meja Traipezium (Berlaci
Meja segi empat terbuka/Separa Beroda
Kerusi sekolah rendah (besi) Meja sekolah Menengah (Standard)
Papan putih Kerusi sekolah Menengah (Plastik/Besi)
Soft board Papan Putih ( 8 x 4 kaki )
Rak buku Softboard (6 x 4 kaki )
Kabinet dapur Meja Karel

102
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Set meja makan dengan kerusi Rak buku cerita


Rak untuk beg murid Meja Jepun Bujur ( 4 x 6 kaki)
Dapur gas Kabinet Pelbagai guna separa bertutup
Peti sejuk Cermin Muka ( 5 x 3 kaki)
Televisyen Kabinet dapur
Video kaset recorder Loker beg pelajar berpetak
Peralatan memasak Peti sejuk
Kabinet baju Dapur gas / Peralatan memasak
Mesin basuh kain Televisyen / Alat pemain cakera padat
Katil (VCD)
Bantal Kabinet baju
Almari solek (1 set) Mesin basuh kain
Cermin muka 5 kaki x 4 kaki Mesin jahit
Katil/Bantal/ Almari solek
Microwave
Karaoke set/ Headphone

B. Pengubahsuaian Fizikal Bilik B. Pengubahsuaian Fizikal Bilik


darjah darjah
Bina pembahagian kelas dan Bina sekatan/ pembahagian kelas/ bilik
pemasangan grill untuk keselamatan rekreasi/bilik masak/ kemahiran
murid Memasang grill untuk keselamatan
Sinki Mengubah suai punca soket/ Elektrik
Tempat basuh kain (dengan tangan) mengikut keperluan
Tandas cankung
Tandas duduk
Bilik mandi (shower)
Tempat duduk menyalin pakaian di
dalam tandas

6.2 Pengurusan Murid

103
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Komponen-komponen dalam pengurusan murid


Penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik darjah
Peraturan-peraturan bilik darjah
Pembahagian kumpulan pengajaran & pembelajaran
Pengurusan tingkahlaku
Penjadualan
Penyimpan rekod
Stesen-stesen pembelajaran

Penyusunan Kemudahan Fizikal /Perabot yang berkesan akan dapat


Membolehkan aktiviti dijalankan dengan terancang
Mengurangkan kebisingan dan gangguan
Memupuk interaksi murid
Menambahan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran
Membolehkan guru memantau aktiviti murid

Cara penyusunan bilik darjah harus membolehkan:


Guru dan murid boleh bergerak tanpa halangan
Memudahkan guru mendapatkan bahan bantu mengajar
Guru dapat memberi perhatian kepada semua murid

Peraturan bilik Darjah


Aktiviti keluar masuk kelas
Menggunakan bahan-bahan berkongsi seperti almari dll
Ke kawasan-kawasan seperti tandas, kantin dll
Meninggalkan tempat duduk
Menyerah kerja yang siap
Menjaga kebersihan bilik darjah
Padang permainan
Perhimpunan dll

104
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pembahagian Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran Prosedur untuk aktiviti


kumpulan kecil:
Membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan
Tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan
Menguruskan tingkah laku ahli kumpulan
6.3 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan
sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.

1. Strategi Umum
2. Prosedur dan peraturan
3. Kerjasama murid

6.3.1. Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif - Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping


menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

Mengurus Kumpulan
1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

6.3.2. Prosedur Peraturan

1. Rutin pentadbiran
2. Pergerakan murid keluar masuk kelas
3. Pengurusan bilik darjah
4. Rutin pengajaran dan pembelajaran
5. Interaksi antara guru dan murid

105
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

6.3.3. Kerjasama Murid


1. Membina hubungan positif dengan murid.
2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

LATIHAN KENDIRI 6

1. 1. Jelaskan kepentingan RPI dalam pelaksanaan program


pendidikan khas.
2. Nyatakan kepentingan stesen-stesen pembelajaran dalam
membantu pembelajaran dan pengajaran dalam program
pendidikan khas.
3. Apakah kebaikan yang boleh dicapai melalui pelaksanaan aktiviti
dalam
kumpulan kecil?
4. Jelaskan bagaimana sebuah bilik darjah boleh diubah suai untuk
menempatkan sebuah program pendidikan khas masalah
pembelajaran.

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan dengan jelas mengenai profesion


keguruan pendidikan khas dalam pengurusan bilik darjah
pendidikan khas.
Penyusunan yang khusus perlu mengambil kira masalah dan
keperluan setiap murid pendidikan khas.
Seorang guru pendidkan khas juga mempunyai peranan dan
tugas yang lebih khusus.

106
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Penyediaan kemudahan fizikal dan penyusunan prasarana bilik


darjah mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam aspek
penyususnan bilik darjah pendidikan khas.

RUJUKAN

Abdul Rahim Selamat. (1994). Bengkel kebangsaan pertama


pendidikan inklusif. Langkawi: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Jabatan Pendidikan Khas. (2002). Program pendidikan khas integrasi.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Akta Pendidikan Malaysia.
Kuala Lumpur.
Mohd Siraj Awang. (1996). Pendidikan inklusif dan penyeliaan guru di
sekolah-sekolah TEMPAWAN. Jurnal Akademik Maktab
Perguruan Ilmu Khas.14:1-11.
Roberts et.al.(1991). As Smith & Smith. (1995). Teaching with special
needs in inclusive setting. Boton, Allyn & Bacon.

TAHNIAH !!!!

107
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAMAT TAJUK 6

108

You might also like