You are on page 1of 1

ABSTRAK

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu
tidak dapat menamakan nombor 1 hingga 5 secara rawak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran menamakan nombor 1 hingga 5 secara rawak dengan penggunaan teknik
MYD iaitu singkatan kepada My Dough. Peseta kajian adalah terdiri daripada dua orang murid
perempuan dari Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI) di sebuah sekolah Petaling Jaya.
Menerusi tinjauan awal hasil daripada pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji telah mendapati
peserta kajian mempunyai masalah dalam menamakan nombor 1 hingga 5 secara rawak. Oleh itu,
pengkaji telah menggunakan intervensi MYD bagi meningkatkan kemahiran menamakan nombor 1
hingga 5 secara rawak. MYD adalah peserta kajian belajar sambil bermain dengan dough bagi
membentuk nombor 1 hingga 5 secara rawak. Pengkaji telah menggunakan instrumen seperti
pemerhatian, analisis dokumen dan ujian untuk mengumpul data dalam kajian. Dapatan kajian telah
membuktikan bahawa penggunaan teknik MYD didapati membantu peserta kajian meningkatkan
kemahiran menamakan nombor 1 hingga 5 secara rawak. Kajian ini telah berjaya mencapai objektif
iaitu membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menamakan nombor 1 hingga 5
secara rawak hasil daripada penggunaan teknik MYD.

Kata kunci : Teknik MYD,Nombor, Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

You might also like