You are on page 1of 43

PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 7 PERANAN PENTADBIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Topik ini akan membincangkan peranan pentadbir program pendidikan khas dalam
mengurus program tersebut. Perbincangan dalam topik ini akan berfokus kepada sifat
pentadbir, kaedah penyimpanan rekod murid, pengurusan rancangan pendidikan
individu,cara membuat keputusan dan peranan pentadbir sebagai agen perubahan.
Teknik dan keberkesanan komunikasi serta aspek konflik dan orientasi penyelesaian
konflik juga akan dibincangkan. Perbincangan topik ini akan memberikan satu
gambaran yang meluas tentang peranan pentadbir program pendidikan khas serta
aspek-aspek yang berkaitan dengannya.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan tentang perananpentadbir dalam program pendidikan khas


2. Menjelaskan peranan pentadbir sebagai agen perubahan; dan
3. Menerangkan teknik dam keberkesanan komunikasi dalam sekolah

108
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KERANGKA TAJUK

Peranan Pentadbir Program Pendidikan Khas

Sifat Pentadbir Pengurusan Dokumen-dokumen Penting


- Integriti - Takwim, Jadual Waktu, Agihan tugas
- Etika kerja yang baik - Surat-Menyurat
- Komitmen kepada kerjaya - Minit-minit Mesyuarat
Penyimpanan Rekod Murid - Laporan aktiviti
- Maklumat peribadi - Rekod Kewangan
- Rekod kemajuan - Buku Stok

Pengurusan Perubahan
- Asas membuat keputusan
- Pentadbir sebagai agen
perubahan Pengurusan Konflik dan komunikasi
- Struktur mentadbir dan - Teknik dan keberkesanan
mengurus perubahan komunikasi
- Konflik dalam orientasi
sekolah
Pengurusan Sumber - Orientasi penyelesaian konflik
- Menetapkan keperluan
program
- Memperolehi dan agihan
sumber kewangan Pengurusan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
- Memperolehi dan agihan - Borang pelaksanaan RPI
sumber-sumber lain - Rekod keberkesanan RPI

Pengurusan Perubahan

109
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KANDUNGAN

7.0 Sifat Pentadbir

Dalam konteks pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengetua atau guru besar
adalah menjadi model yang paling penting dalam institusi pendidikan tersebut. Beliau
perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas, berprofesional, bermatlamat dan
boleh berinteraksi dengan orang lain. Secara umumnya, rumusan atau dapatan
mengenai sifat-sifat kerja seorang pentadbir adalah seperti berikut:

(a) Bijaksana

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung besar kepada kebijaksanaan pentadbir


dalam aspek pentadbiran sekolah tersebut. Seorang pentadbir yang cekap perlu
menguasai aspek-aspek seperti teori kepimpinan, mediplomasi, bersifat terbuka dan
boleh menarik sokongan dan kepercayaan seluruh komuniti sekolah.

(b) Bermatlamat

Seorang pentadbir perlu mempunyai matlamat untuk dicapai oleh institusi yang
dipimpin oleh nya. Setiap ahli dalam organisasinya perlu memahami dan menghayati
keseluruhan matlamat tersebut. Situasi begini akan melahirkan kakitangan yang
sentiasa pekadengan kehendak matlamat organisasi.

110
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(c) Keutamaan

Keutamaan perlu diberikan kepada keperluan keintelektualan dan kaedah pengajaran


atau pedagogi di kalangan guru-guru. Keutamaan yang berlandaskan pedagogi
membolehkan semua kakitangan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
keberkesanan dalam kaedah pengajaran dan pembelajarfan. Bagi memastikan
perubahan dalam organisasi, pentadbie harus mengutasmakan perkara-perkara asas
dalam pendidikan seperti proses pengajaran dan juga memberi keutamaan kepada
tanggungjawab utama.

(d) Mengurus

Seorang pentadbir perlu bijak mengurus dan mentadbir institusinya dengan bijak.
Pentadbir yang pandai dan teliti dalam pengurusan ialah yang mengutaman perkara-
perkara yang penting dalam urusan pengajaran dan pembelajaran. Ini juga termasuk
mengurus dan membelanjakan kewangan yang diamanahkan kepadanya.

(e) Mengambil tahu

Pentadbir perlu sentiasa mengambil tahu kelemahan dan kekuatan pelajar dengan
cara membuat penyelaiaan dan pemeriksaan kerja pelajar dan pengajaran guru.
Dengan cara demikian ia akan dapat memberi penghargaan dan maklum balas yang
cepat sama ada kepada guru atau pelajar serta dapat mengambil tindakan yang
sewajar kepada perkara-perkara yang perlu.

(f) Bersifat terbuka

111
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pentadbir perlu mewujudkan suasana interaksi yang baik dalam kalangan komuniti
sekolah. Urusan-urusan dalam institusi akan berjalan dengan baik sekiranya
pentadbir mengamalkan sifat terbuka. Sifat terbuka ini termasuklah pengiktirafan
kepada pencapaian dan kepakaran guru-guru serta penerimaan cadangan dan
pendapat mereka. Suasana ceria dan bersifat keterbukaan, dapat membolehkan
guru-guru bekerjasama dan menjayakan institusi tersebut untuk kepentingan
bersama.

(g) Menggalak

Seorang pentadbir perlu mempunyai sifat menggalak guru-guru dan pelajar-pelajar


supaya sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti secara bersendirian atau kumpulan
dan bertanggungjawab terhadap kerja mereka dan menjaga nama baik sekolah.

(h) Menunjukkan kejayaan

Seorang pentadbir dapat menunjukkan kejayaan sekolah dan juga kejayaan pelajar-
pelajar dalam pelbagai bidang termasuk kurikulum dan kokurikulum. Keadaan ini
penting bagi menaikkan tahap kecemerlangan, serta imej sekolah.

(i) Melengkapkan diri

Pentadbir perlu melengkapkan diri dengan penggunaan dan kaedah pengajaran


terbaru, seperti Pusat Sumber Elektronik, pembelajaran berasaskan komputer.
Pentadbir juga perlu sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku

112
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dalam bidang pedagogi, pengurusan, teknologi pendidikan dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan pendidikan.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh seseorang
pentadbir dalam menjalankan tugasnya. Kesimpulannya, untuk mewujudkan sekolah
dan kepimpinan pendidikan yang berkesan bukanlah mudah kerana melibatkan
pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian. Aspek keilmuan, pengurusan, sosial dan
fizikal sekolah adalah dalam bidang kuasa seorang pentadbir. Melahirkan pelajar
yang cemerlang dan pengisian ilmu yang mantap dan terbaru kepada kakitangan
sekolah juga menjadi tanggungjawabnya. Dalam persoalan ini pentadbirlah yang
sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk persekitaran
keseluruhan sekolah yang sihat. Sekiranya dapat memperkasakan sifat kerjanya,
sudah pasti tugasnya sebagai pentadbir dapat dilaksanakan dengan baik

7.2 Penyimpanan Rekod

Rekod dan laporan pelajar jika digunakan dengan cermat dapat menolong guru
mengajar murid dalam program pendidikan khas mengikut perbezaan individu.Jika
kita menerima konsep bahawa pengajaran seharusnya menitikberatkan setiap aspek
perkembangan dan pertumbuhan murid-murid, iaitu mental, fizikal, emosi dan sosial,
maka jelaslah betapa pentingnya sumbangan rekod dan laporan itu kearah
pengajaran yang berkesan.

Pada amnya pengurusan rekod bagi seseorang murid adalah bertujuan memberi
maklumat-maklumat tentang kemajuan murid serta perkembangan kerohanian,
emosi, jasmani dan tingkah lakunya. Maklumat-maklumat ini adalah penting kepada
guru, ibu bapa dan murid itu sendiri. Guru boleh menggunakan maklumat-maklumat

113
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

ini untuk mengenali murid-muridnya. Maklumat-maklumat yang ada dalam rekod juga
penting untuk membimbing murid-murid pendidikan khas mengikut keperluan
mereka. Maklumat-maklumat yang telah diisi oleh guru pendidikan khas
membolehkan guru tersebut menyediakan program pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan khas murid-muridnya. Pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan
Pelajaran Negeri, Pegawai Perubatan, Pegawai Kebajikan Masyarakat mungkin
memerlukan maklumat-maklumat murid untuk tujuan-tujuan tertentu. Oleh itu
pentadbiran rekod dan penyimpanan maklumat pelajar pendidikan khas merupakan
aspek penting dalam pentadbiran dan pengurusan program pendidikan khas.

(a) Rekod dapat menolong guru:

(i) Mengenal murid-murid baru yang didaftarkan dalam program pendidikan khas;
(ii) Membuat penilaian terhadap murid;
(iii) Mempunyai pengetahuan terhadap murid apabila berunding dengan ibu bapa;
(iv) Menolong guru membimbing murid-muridnya; dan
(v) Menyediakan khidmat sokongan yang sesuai dengan keperluan khas murid.

(b) Rekod dapat menolong ibu bapa:

(i) Memahami kebolehan anak-anak;


(ii) Mengetahui kemajuan dan perkembangan akademik anaknya;
(iii) bekerjasama dengan pihak sekolah dalam pelbagai aspek untuk

perkembangan anaknya;
(iv) Mewujudkan suasana rumahtagga yang bersesuaian dengan keperluan

anaknya;
(v) Memahami tujuan-tujuan sekolah; dan
(vi) Menilai kerja anaknya dan menilai penglibatan pihak sekolah.

114
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(c) Rekod dapat menolong murid:

(i) Mengetahui potensi mereka sendiri;


(ii) Mengembangkan lagi potensi yang ada dan mengatasi kelemahan mereka;
(iii) Menilai kemajuan sendiri; dan

7.2.1 Sistem Fail dan Rekod

Pengurusan fail dan rekod yang baik dalam sesuatu program pendidikan khas akan
membolehkan pengurusan dan pentadbiran program tersebut dapat ditadbir dan
diurus dengan baik. Sistem fail amat penting untuk menyimpan dokumen-dokumen,
minit-minti mesyuarat dan surat-surat. Pengurusan rekod juga penting untuk
membolehkan guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan memperoleh
maklumat pelajar dalam sesuatu program pendidikan khas dengan mudah, cepat dan
tepat.

Antara fail-fail yang boleh diurus dalam sesuatu program pendidikan khas adalah
seperti berikut:

(i) Fail senarai nama dan maklumat murid pendidikan khas.


(ii) Fail senarai nama dan maklumat guru pendidikan khas
(iii) Fail pendaftaran murid.
(iv) Fail-fail surat-surat masuk dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kebajikan

115
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Masyarakat dan lain-lain.


(v) Fail-fail surat-surat keluar.
(vi) Fail sukan pendidikan khas.
(vii) Fail lawatan.
(viii) Fail kertas kerja / projek.
(ix) Fail jadual waktu.
(x) Fail kurikulum
(xi) Fail ko kurikulum.
(xii) Fail-fail kewangan.
(xiii) Fail Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) untuk setiap murid.
(xiv) Fail-fail peribadi untuk setiap pelajar dan
(xv) Lain-lain fail yang perlu.

Semua fail diatas ini perlu diurus dengan baik dan dijilid. Setiap perkara yang
dimasukkan dalam setiap fail perlu direkod terlebih dahulu dan dijilid sebelum
difailkan. Pengurusan sistem fail yang cekap akan mencerminkan sejauh mana
program pendidikan khas itu ditadbir dan diurus.

Selain daripada pengurusan sistem fail, pengurusan rekod juga amat penting dalam
keberkesanan sesuatu program pendidikan khas. Diantara jenis-jenis rekod yang
perlu diurus adalah seperti berikut:

(a) Jadual kedatangan murid

Jadual kedatangan merupakan buku yang merekodkan kedatangan murid-murid.


Nama murid dicatat mengikut abjad. Kedatangan murid pada setiap hari
persekolahan dicatat. Bagi setiap hari, jumlah murid yang tidak hadir, jumlah murid
yang hadir serta jumlah kedatangan yang sepatutnya dikira dan dicatatkan.

116
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(b) Rekod prestasi

Rekod prestasi menunjukkan kemajuan murid dalam tiap-tiap mata pelajaran


mengikut satu senarai kemahiran. Maklumat ini boleh didapati dalam bentuk senarai
semakan. Rekod ini menunjukkan kebolehan dalam bidang-bidang kemahiran serta
penguasaan kemahiran-kemahiran.

(c) Rekod profil

Rekod ini memberi gambaran tentang pencapaian murid secara keseluruhan.


Pencapaian murid bagi semua mata pelajaran diambil kira dan digredkan. Rekod ini
disediakan pada setiap penghujung penggal dan dilaporkan kepada ibu bapa.

(d) Kad himpunan

Sebelum tahun 1978, kad himpunan 001 dan 002 digunakan. Kad himpunan 001
merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan manakala kad 002 merujuk kepada Kad
Rekod sulit. Mulai tahun 1978, Kad Rekod 001 dan 002 telah dicantumkan dalam
satu kad baru, iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R untuk
kegunaan di sekolah rendah dan Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah
001M untuk kegunaan di sekolah menengah.

Antara tujuan utama diadakan kad himpunan ialah:

117
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(i) Dapat mengesan kemajuan murid dari setahun ke setahun.


(ii) Dapat mengetahui latar belakang keluarga murid seperti pekerjaan ibu bapa,

pendapatan, bilangan anak dalam keluarga dan lain-lain perkara.


(iii) Dapat melihat tingkah laku kedatangan murid ke sekolah.
(iv) Dapat mengetahui maklumat penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.
(v) Dapat mengetahui sifat diri murid seperti aras keyakinan, dan sifat-sifat lain

seperti tanggungjawab, daya usaha, pergaulan, kerajinan dan perawakan.


(vi) Dapat mengetahui minat murid dalam kerjaya.

(e) Rekod kesihatan dan pergigian

Rekod ini akan mengandungi maklumat-maklumat mengenai kesihatan murid


termasuk berat badan, ketinggian murid, penyakit-penyakit yang dialami murid, jenis-
jenis suntikan yang telah diberikan serta rekod pemeriksaan dan rawatan pergigian.

(f) Daftar kutipan yuran

Semua jenis yuran yang dikutip didaftar oleh guru dalam daftar kutipan yuran. Ini
termasuk jenis-jenis pembayaran, amaun yang dibayar dan nombor resit.

7.2 Pengurusan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Menurut Hallahan dan Kauffman (1977), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara
ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana
keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak

118
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala


menurut Bender W.N (1995) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu
murid kurang upaya.

7.2.2 Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu

RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari
ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan
RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itu
menerima sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu
disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi
ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

Semakan RPI pula perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya
perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan
matlamat dan objektif, penambahan atau penamatan perkhidmatan, penambahan
ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti
pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperoleh bagi sebarang perubahan,
penempatan ataupun penambahan perkhidmatan

7.2.3 Penyediaan Dan Pelaksanaan RPI

Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid
berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk
murid berkenaan.

a) Rujukan Pihak Yang Terlibat


Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :
antara guru
antara ibu bapa dan sekolah

119
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan

b) Pengumpulan Data
Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan
murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

c) Mesyuarat
Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu : Aspek tugasan dan
tanggungjawab

d) Penyediaan RPI
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu
diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus
diikut.
Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :
Objektif yang khusus untuk murid
Strategi pengajaran yang terperinci
Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas
berkenaan.
Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.
Prosedur penilaian yang terperinci.

e) Pelaksanaan
Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras
dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
penyelarasan penggunaannya.
mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan
penyelarasan program
bantuan dan sokongan kepada guru.

120
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

pemantauan dan penilaian program.

f) Penilaian
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian
dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat
tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala
maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan
pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif
yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan
yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Carta Aliran Penilaian

Mesyuarat

Kumpul dan Edar Maklumat

Bentang dan Bincang Maklumat

Tukar Strategi jika perlu

Melaksanakan dan Nilai Semula


.

121
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

7.4 Pengurusan Dokumen-Dokumen Penting

Pengurusan fail dan rekod yang baik dalam sesuatu program pendidikan khas akan
membolehkan pengurusan dan pentadbiran program tersebut dapat ditadbir dan
diurus dengan baik. Sistem fail amat penting untuk menyimpan dokumen-dokumen,
minit-minti mesyuarat dan surat-surat. Pengurusan rekod juga penting untuk
membolehkan guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan memperoleh
maklumat pelajar dalam sesuatu program pendidikan khas dengan mudah, cepat dan
tepat.

Antara fail-fail yang boleh diurus dalam sesuatu program pendidikan khas adalah
seperti berikut:

(i) Fail senarai nama dan maklumat murid pendidikan khas.


(ii) Fail senarai nama dan maklumat guru pendidikan khas
(iii) Fail pendaftaran murid.
(iv) Fail-fail surat-surat masuk dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran,

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kebajikan

Masyarakat dan lain-lain.


(v) Fail-fail surat-surat keluar.
(vi) Fail sukan pendidikan khas.
(vii) Fail lawatan.
(viii) Fail kertas kerja / projek.
(ix) Fail jadual waktu.
(x) Fail kurikulum
(xi) Fail ko kurikulum.
(xii) Fail-fail kewangan.

122
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(xiii) Fail Rancangan Pembelajaran Individu (RPI) untuk setiap murid.


(xiv) Fail-fail peribadi untuk setiap pelajar dan
(xv) Lain-lain fail yang perlu.

Semua fail diatas ini perlu diurus dengan baik dan dijilid. Setiap perkara yang
dimasukkan dalam setiap fail perlu direkod terlebih dahulu dan dijilid sebelum
difailkan. Pengurusan sistem fail yang cekap akan mencerminkan sejauh mana
program pendidikan khas itu ditadbir dan diurus.

Selain daripada pengurusan sistem fail, pengurusan rekod juga amat penting dalam
keberkesanan sesuatu program pendidikan khas. Diantara jenis-jenis rekod yang
perlu diurus adalah seperti berikut:

(a) Jadual kedatangan murid

Jadual kedatangan merupakan buku yang merekodkan kedatangan murid-murid.


Nama murid dicatat mengikut abjad. Kedatangan murid pada setiap hari
persekolahan dicatat. Bagi setiap hari, jumlah murid yang tidak hadir, jumlah murid
yang hadir serta jumlah kedatangan yang sepatutnya dikira dan dicatatkan.

(b) Rekod prestasi

Rekod prestasi menunjukkan kemajuan murid dalam tiap-tiap mata pelajaran


mengikut satu senarai kemahiran. Maklumat ini boleh didapati dalam bentuk senarai
semakan. Rekod ini menunjukkan kebolehan dalam bidang-bidang kemahiran serta
penguasaan kemahiran-kemahiran.

123
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(c) Rekod profil

Rekod ini memberi gambaran tentang pencapaian murid secara keseluruhan.


Pencapaian murid bagi semua mata pelajaran diambil kira dan digredkan. Rekod ini
disediakan pada setiap penghujung penggal dan dilaporkan kepada ibu bapa.

(d) Kad himpunan

Sebelum tahun 1978, kad himpunan 001 dan 002 digunakan. Kad himpunan 001
merujuk kepada Kad Rekod Persekolahan manakala kad 002 merujuk kepada Kad
Rekod sulit. Mulai tahun 1978, Kad Rekod 001 dan 002 telah dicantumkan dalam
satu kad baru, iaitu Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R untuk
kegunaan di sekolah rendah dan Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah
001M untuk kegunaan di sekolah menengah.

Antara tujuan utama diadakan kad himpunan ialah:

(i) Dapat mengesan kemajuan murid dari setahun ke setahun.


(ii) Dapat mengetahui latar belakang keluarga murid seperti pekerjaan ibu bapa,

pendapatan, bilangan anak dalam keluarga dan lain-lain perkara.


(iii) Dapat melihat tingkah laku kedatangan murid ke sekolah.
(iv) Dapat mengetahui maklumat penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.
(v) Dapat mengetahui sifat diri murid seperti aras keyakinan, dan sifat-sifat lain

seperti tanggungjawab, daya usaha, pergaulan, kerajinan dan perawakan.


(vi) Dapat mengetahui minat murid dalam kerjaya.

(e) Rekod kesihatan dan pergigian

124
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Rekod ini akan mengandungi maklumat-maklumat mengenai kesihatan murid


termasuk berat badan, ketinggian murid, penyakit-penyakit yang dialami murid, jenis-
jenis suntikan yang telah diberikan serta rekod pemeriksaan dan rawatan pergigian.

(f) Daftar kutipan yuran

Semua jenis yuran yang dikutip didaftar oleh guru dalam daftar kutipan yuran. Ini
termasuk jenis-jenis pembayaran, amaun yang dibayar dan nombor resit.

7.5 Pengurusan Sumber

7.5.1 Menetapkan Keperluan Program

Setiap tahun Kementerian Pelajaran memperuntukkan perbelanjaan yang amat tinggi


untuk pengurusan sekolah serta pendidikan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan
bertujuan meningkatkan mutu pendidikan. Perbelanjaan mengurus sekolah-sekolah
rendah dan menengah mencapai beribu juta ringgit. Peruntukan itu digunakan oleh
pihak sekolah untuk membangunkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah adalah institusi masyarakat yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan


dalam bentuk pendidikan. Ia dibiayai masyarakat melalui kerajaan. Oleh sebab itu
pengurusan sumber merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian serius
oleh setiap pentadbir sekolah. Ia mesti dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

125
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Menurut Kamus Dewan (1997: 1318), sumber bermaksud asal, mula, atau punca.
Sonia Blanford (1999) pula menjelaskan, Sumber ialah alat pembekalan atau
sokongan yang dapat membantu pengurus sekolah mencapai matlamatnya.
Peruntukan dan pengurusan sumber adalah sangat penting dalam pengurusan
sekolah berkesan dan seharusnya berhubung kait dengan keperluan murid.

Sumber adalah berkaitan dengan kewangan. Kewangan bermakna perihal wang


ataupun sesuatu yang berkaitan dengan wang. Disini, kewangan atau sumber
sekolah bermaksud, peruntukan kewangan yang diberikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan juga segala wang yang dipungut oleh sekolah itu sendiri
termasuk yuran dan derma.

Pengetua atau Guru Besar sekolah selaku pentadbir memainkan peranan penting
dalam menguruskan sumber sekolah. Faktor-faktor peribadi pentadbir seperti
kemahiran, kepimpinan dan sikap pentadbir itu sendiri mempunyai perkaitan yang
rapat bagi menjayakan pengurusan kewangan sesebuah sekolah itu. Mengikut sistem
Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetua atau guru besar selaku pentadbir sekolah
adalah bertanggungjawab penuh untuk merancang, mengurus, mengawal dan dalam
menentukan pengurusan sumber di sekolahnya dengan cekap dan berkesan.
Peraturan Akaun dan Audit Akta Pelajaran, 1961, menetapkan bahawa pengetua atau
guru besar menyimpan rekod-rekod kewangan sekolah secara teratur dan akaun
sekolah bagi tahun semasa mesti dihantar untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.

7.5.2 Peruntukan Murid Berkeperluan Khas

Seperti juga Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Pendidikan
Khas Rendan dan Menengah serta Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah dan
Menengah juga menerima bantuan PCG Mata Pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran.
Kadar Bantuan tersebut adalah ternyata dalam Jadual 7.1 Surat Pekeliling
Kewangan Bil 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah

126
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

KP.1573/17/Jld.14(4) bertarikh 16 Oktober 2002 dan dinyatakan dalam jadual-jadual


seperti berikut:

Jadual 7.1: Kadar Bantuan

Jenis PCG Mata Pelajaran PCG Bukan Mata Pelajaran


Program Teras Wajib Tambahan PSS B&K LPBT/LPK LPBT/LPK
P. Khas Sekolah ASRAMA
Masalah
Penglihatan / 200.00 100.00 50.00 50.00 12.00 200.00 60.00
Integrasi Ren
Masalah
Pendengaran/ 50.00 80.00 75.00 40.00 12.00 180.00 60.00
Integrasi Ren
Masalah
Pembelajaran/ 45.00 70.00 65.00 40.00 12.00 180.00 -
Integrasi Ren
Masalah
Penglihatan / 350.00 150.00 125.00 80.00 15.00 300.00 60.00
Integrasi Men
Masalah
Pembelajaran/ 65.00 80.00 80.00 60.00 15.00 280.00 60.00
Integrasi Men
Teras Wajib ELEKTIF
i ii iii
Masalah
Pendengaran 70.00 90.00 80.00 800 150 60.00 15.00 280.00 60.00
Integrasi Men

7.5.3 Memperolehi dan Agihan Sumber Kewangan


Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun
semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG (Per Capita Grant) yang
diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.

127
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(a) Jenis Bantuan Per Kapita (PCG) dan maksud perbelanjaan ialah:
(i) Bantuan Per Kapita mata pelajaran
(ii) Bantuan Per Kapita bukan mata pelajaran
(iii) Bantuan Per Kapita Pra Sekolah dan
(iv) Bantuan Per Kapita Pendidikan Khas

(b) Prosedur Tuntutan PCG:


Sekolah yang menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (semua jenis
sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik / Vokasional, Sekolah
Berasrama Penuh serta Sekolah Pendidikan Khas), diperlukan mengemukakan
tuntutan PCG kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang akan
seterusnya mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan
mengkreditkan terus ke dalam Akaun sekolah berkenaan. Sekolah akan mencatatkan
jumlah yang diterima dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan
PCG yang ditetapkan iaitu teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif.

Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun
semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal bagi tahun berkenaan sahaja
dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali
oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100
orang murid berbanding bilangan pada tarikh asas tuntutan. Tuntutan penyelarasan
ini perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai tahun semasa.

(c) Asas membuat tuntutan PCG


Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahun
Tuntutan PCG hendaklah berdasarkan bilangan enrolmen murid pada 1
Oktober tahun sebelumnya.
Borang tuntutan PCG tahun berkenaan hendaklah dikemukakan oleh sekolah
kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun
sebelumnya.

128
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

7.5.4 Memperoleh dan Agihan Sumber-sumber Lain

Wang SUWA sekolah merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah selain
daripada pemberian bantuan pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan
wang asrama. Dengan kata lain, wang SUWA ialah kutipan awam. Kumpulan wang
SUWA bertujan untuk penerimaan dan perbelanjaan bagi jenis-jenis penerimaan dan
perbelanjaan yang tidak dimasukkan ke dalam dana kerajaan. Ia diselenggaraskan
secara berasingan daripada wang peruntukan kerajaan. Lazimnya satu akaun bank
akan dibuka bagi kumpulan wang SUWA.

Wang SUWA adalah berpunca daripada kutipan awam dan perolehan dari sumber-
sumber lain. Antara punca-punca kewangan yag boleh diambil kira sebagai wang
SUWA ialah, yuran pelajar, derma atau sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah
seperti kantin, kedai buku, dewan dan sebagainya.

Pengelolaan dan pengaliran kumpulan wang SUWA yang sistematik dapat menjamin
pengurusan kewangan yang teratur. Pengelolaan merupakan satu proses
penerimaan dan perbelanjaan atau pembayaran. Bagi menentukan pengelolaan dan
pengaliran kumpulan wang SUWA berjalan lancar beberapa amalan dalam
pengurusan kewangan seperti berikut perlu dilaksanakan.

(i) Penyelenggaraan buku tunai, pembukaan akaun bank dan memfail penyata
bank
(ii) Prosedur penerimaan atau pungutan perlu diikuti, iaitu segala yuran yang
dikutip daripada pelajar perlu diperoleh Kebenaran Memungut Wang oleh guru
besar daripada Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
satu salinan surat tersebut dibekalkan kepada guru-guru terlebih dahulu.
(iii) Prosedur pembayaran / perbelanjaan perlulah melalui sistem pembayaran yang
seragam, iaitu, menggunakan baucer bayaran dalaman bagi prosedur
pembayaran. Bayaran dilakukan apabila bekalan atau perkhidmatan yang

129
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dipesan diterima dengan sempurna bersama-sama borang pesanan dan bil


atau invois telah diterima dari pembekal.
(iv) Prosedur pembelian mjestilah berdasarkan Garis Panduan Perakaunan dan
Kewangan Sekolah. Setiap pembelian perlu dilakukan bila ada keperluan,
sekolah mempunyai peruntukan yang mencukupi dan berasaskan tiga ciri iaitu
barang berkualiti, harga yang rendah dan munasabah.
(v) Penyata kewangan tahunan yang menunjukkan kedudukan kewangan untuk
sesuatu tahun berakhir 31 Disember perlu disediakan. Penyata ini akan
memgandungi lembaran imbangan, penyata pendapatan dan perbelanjaan,
penyata penerimaan dan pembayaran dan nota-nota akaun.

7.6 Pengurusan Perubahan

Antara persoalan yang mungkin timbul mengenai organisasi sekolah ialah perbezaan
dalam pencapaian dan prestasi sesebuah sekolah jika dibandingkan dengan sekolah
lain. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan demikian? Adakah perbezaan
itu tidak mempunyai apa-apa kesan keatas sekolah?

Perubahan sentiasa berlaku dalam semua aspek dan bidang. Perubahan-perubahan


yang berlaku ini membawa kesan kepada manusia dan persekitarannya. Diantara
perubahan-perubahan yang berlaku termasuk perubahan dalam sistem pentadbiran
negara, politik, sosial, dalam bidang sains dan tekonologi, perubatan, dan lain-lain
lagi. Kesan perubahan-perubahan ini ada kalanya baik dan ada yang tidak baik.
Sistem organisasi juga mengalami perubahan dan organisasi pendidikan juga tidak
terkecuali daripada hakikat ini.

130
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Perubahan dalam oraganisasi pendidikan termasuklah perubahan-perubahan yang


sentiasa berlaku dalam sekolah. Tahap dan kesan perubahan-perubahan yang
berlaku disekolah adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan
pentadbirnya yang bertangggungjawab ke atas sekolah atau institusi tersebut. Ia juga
berdasarkan lebih kepada inisiatif, kreativiti dan kesungguhan pentadbir tersebut.
Kebijaksanaan pentadbir melakukan perubahan dalam sekolah juga mempengaruhi
penerimaan masyarakat terhadap dasar-dasar baru kerajaan khususnya dalam
bidang pendidikan. Sebagai contoh, penerimaan masyarakat ke atas beberapa
perubahan dalam sistem pendidikan seperti penubuhan sekolah wawasan, sekolah
bestari, sekolah pendidikan khas dan pengajaran teknologi maklumat dalam bilik
darjah dan sebagainya adalah ditanggungjawabkan kepada pihak sekolah untuk
pelaksanaannya, lebih-lebih lagi pengetua atau guru besar selaku pentadbirnya.

Masyarakat kita samada guru, pelajar dan ibu bapa tidak dapat memerima sebarang
perubahan yang berlaku itu dengan mudah. Ini adalah kerana sikap individu itu
sendiri yang tidak mampu menerima perubahan seiring dengan kemajuan yang
berlaku sekeliling mereka. Namun demikian, dalam peredaran masa, setiap
perubahan yang dilakukan itu akan juga diterima oleh setiap lapisan masyarakat dan
perubahan itu akan menjadi satu amalan.

Dalam konteks sekolah, pengetua atau guru besar harus melakukan perancangan
awal dengan mengambil kira faktor-faktor persekitaran dan luaran bagi menghadapi
sebarang perubahan yang akan berlaku. Kita sedia maklum bahawa persekitaran
luaran akan mempengaruhi persekitaran dalam sesuatu organisasi. Maka,
perancangan dalaman yang dilakukan itu adalah lebih kepada persediaan dan tindak
balas kepada perubahan yang berlaku di persekitaran luaran.

131
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pentadbir perlu menetapkan visi, misi dan matlamat sekolah bagi memastikan segala
perancangan itu dilaksanakan dengan baik. Penetapan ini akan membantu usaha
perubahan dalam sekolah tersebut diterima dengan cara mudah. Pentadbir harus
memastikan bahawa penetapan itu difahami oleh seluruh warga sekolah. Maka untuk
itu, sebarang perancangan perubahan itu haruslah melibatkan guru-guru supaya
pelaksanaan dapat dilakukan dengan jayanya.

7.6.1 Asas Membuat Keputusan Pendidikan

Setiap perubahan yang berlaku di mana-mana pun termasuk organisasi pendidikan,


perlu ada penggerak atau faktor atau sesuatu sebab. Untuk menerima dan
membolehkan sebarang perubahan berlaku termasuk perubahan dalam pendidikan,
perubahan dalam diri penerima perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika penerima itu
tidak mempunyai perubahan dalam diri mereka, maka perubahan luaran tidak dapat
diterima oleh mereka. Stephen Covey (1989) menyatakan manusia perlu melalui dua
tahap proses perubahan iaitu proses peribadi dan publik.

Proses perubahan peribadi perlu dibentuk terlebih dahulu. Bagi membentuk proses
perubahan peribadi, seseorang itu perlu proaktif, mula dengan yang akhir di dalam
minda dan buat dahulu perkara pertama. Perubahan dalam pendidikan tidak akan
terjadi begitu sahaja. Perlu ada faktor-faktor yang menggerakkan setiap pentadbir,
guru dan pelajar untuk berusaha mencapai matlamat perubahan dan hasilnya
memperolehi kepuasan kendiri yang tinggi. Untuk itu, sekolah perlu bertindak untuk
mengurangkan faktor-faktor dalaman yang boleh menjadi penyekat kepada kemajuan
dan perubahan diri pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan haruslah
berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Untuk mencapai
hasrat ini, perlu ada perubahan sikap dan kepercayaan pada guru-guru dan pelajar.

Untuk melakukan sebarang perubahan dalam pendidikan, usaha-usaha dalam


perubahan sekolah hendaklah difokuskan kepada

132
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

i. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pencapaian dalam pelajaran dan


pencapaian akademik pelajar;
ii. Menyelesaikan punca-punca masalah yang mengjadi penghalang kepada
perubahan di sekolah;
iii. Membentuk dan mewujudkan suatu budaya baru bagi menggantikan budaya
yang sedia ada atau memperkukuhkan budaya sedia ada yang didapati lebih
produktif; dan
iv. Menggerakkan segala tenaga kerja sekolah, pelajar serta masyarakat dan ibu
bapa untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah yang baru melalui
kepemimpinan pentadbir yang unggul.

Selain daripada mempunyai fokus, perlu ada beberapa asas dalam melakukan
perubahan-perubahan dalam pendidikan, iatu:
i. Perubahan itu perlu ada visi dan perlu dijelaskan kepada semua anggota
organisasi,
ii. Perbincangan dan perancangan perlu dilakukan sebelum melaksanaan
perubahan,
iii. Pentadbir atau pemimpin harus merupakan orang yang akan menggerakkan
perubahan yang hendak dilakukan.
iv. Semua anggota organisasi perlu ada pandangan yang positif terhadap
perubahan serta mesti berusaha untuk mencapai matlamatnya.
v. Perubahan itu tidak boleh diharapkan dalam jangka masa yang pendek.
Skiranya berlaku demikian akan berlaku kekecewaan dalam diri anggota
organisasi dan mereka mungkin akan berubah fikiran dan mula menolak
perubahan yang dihasratkan itu.

Perubahan-perubahan dalam pendidikan masa kini bukan sahaja menuntut guru-


guru menjalankan tugas mereka dalam pengajaran ilmu sahaja, mereka juga perlu
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Maka komitmen
dari pihak guru perlulah bertambah dan perlu ada perubahan dari aspek sikap dan
mempunyai pandangan baru. Untuk mencapai hasrat ini guru-guru perlu mempunyai

133
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

kesedaran diri yang tinggi serta faktor-faktor yang menghalang ke arah perubahan itu
harus diatasi secara profesional.

7.6.2 Pentadbir Sebagai Agen Perubahan

Sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat. Maka ia perlu menyesuaikan


kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat ia wujud. Diantara
tugas utama pemimpin atau pentadbir sekolah ialah menentukan bilakah perubahan
itu perlu berlaku dan ia perlu menjangka tindak balas dan kesan daripada perubahan
yang akan berlaku sebelum melaksanakannya. Harus diakui bahawa pentadbir akan
menghadapi tekanan daripada pelbagai kumpulan iaitu guru, pelajar dan ibu bapa
akibat perubahan yang dilaksanakan itu. Walaubagaimanapun pentadbir tidak dapat
merealisasikan perubahan-perubahan yang ingin dilakukan di sekolahnya tanpa
sokongan dan kerjasama guru-guru, kakitangan am serta pelajar-pelajar sekolah
tersebut. Kejayaan melakukan perubahan di sekolah bukanlah terletak seratus
peratus di bahu pentadbir sahaja tetapi kerjasama kumpulan yang wujud diantara
pentadbir sebagai pemimpin dan guru-guru serta kakitangan sebagai pengikut.

Philip Van Hooser (1998) telah mengemukakan tiga unsur penting dalam menentukan
kejayaan. Ketiga-tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan dikenali
sebagai Triangle of Success. Unsur-unsur tersebut adalah seperti berikut:

(a) Ilmu pengetahuan


Pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah kefahaman (understanding). Seorang
pemimpin perlu ada kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh
orang-orang di bawah kepimpinannya.

(b) Kemahiran
Kemahiran yang dimaksud dalam konteks ini ialah aplikasi (application). Seorang
pemimpin perlu memiliki kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada

134
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

pengikutnya. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah keberanian


profesionalisme, ketegasan, kesabaran serta kemahiran mendengar.

(c) Sikap
Sikap dalam konteks ini dimaksud sebagai kehendak (desire). Seorang pemimpin
perlu ada kehendak untuk memdorong dan menggerakkan tingkahlaku dan
perbuatan sekiranya ia ingin mengatasi sebarang halangan yang ia hadapi dengan
jayanya. Kita sedia maklum bahawa kejayaan dan kecemerlangan sekolah adalah
tanggungjawab semua pihak dalam organisasi tersebut. Ini termasuk nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh pentadbir, guru,
kakitangan dan pelajar sekolah tersebut.

Guru-guru turut memainkan peranan penting dan merupakan penyumbang utama


dalam menjayakan perubahan di sekolah. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru
dalam meralisassikan hasrat tersebut ialah:

Bersikap profesional.
Sentiasa meningkatkan ilmu.
Mempunyai moral yang tinggi.
Prihatin terhadap pelajar dan ibu bapa.
Mematuhi etika dan tatasusila profesion perguruan.
Berupaya membina pelajar yang unggul dan cemerlang.
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
Berkebolehan untuk menilai kekuatan dan kemahiran murid.
Melengkapkan diri dengan perubahan kemahiran yang sentiasa berlaku.
Sentiasa mewujudkan suasana guru mengajar murid semasa berada dalam
kelas.
Mempunyai dan menampilkan watak yang terpuji, berimej, berperibadi mulia
dan mempunyai wawasan sebagai seorang guru yang unggul.

135
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Berupaya membentuk perwatakan pelajar yang mempunyai nilai diri yang


tinggi, bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan
diri dengan sebarang situasi.

Kajian yang dijalankan oleh Blanchard (1983) menunjukkan bahawa manusia sukar
menerima perubahan. Mengikut beliau,
Apabila memikirkan tentang perubahan, manusia akan berfikir mengenai
perkara-perkara yang kena dilepaskan. Mereka tidak memberi kepentingan
kepada perkara-perkara yang mereka akan dapat kelak.
Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza mengenai perubahan.
Malah orang yang mempunyai toleransi yang tinggi juga mempunyai had
toleransinya apabila menghadapi perubahan.
Walaupun perubahan telah berlaku, manusia akan berusaha juga untuk
meletakkan perkara-perkara seperti sedia kala.

7.6.3 Struktur Mentadbir dan Mengurus Perubahan

Perubahan-perubahan dalam pendidikan masa kini bukan sahaja menuntut guru-guru


menjalankan tugas mnereka dalam pengajaran ilmu sahaja, mereka juga perlu
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Maka komitmen
dari pihak guru perlulah bertambah dan perlu ada perubahan dari aspek sikap dan
mempunyai pandangan baru. Untuk mencapai hasrat ini guru-guru perlu mempunyai
kesedaran diri yang tinggi serta faktor-faktor yang menghalang ke arah perubahan itu
harus diatasi secara profesional.

Pendekatan positif terhadap disiplin dalam meningkatkan mutu kerja, mutu


pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam mencapai kejayaan
dalam perubahan-perubahan pendidikan yang dilakukan. Pendekatan dan konsep

136
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

yang boleh diamalkan untuk mencapai tujuan ini ialah Shewart Cycle atau di kenali
sebagai PDCA (Plan Do Check Act ).

(i) Rancang Semua aktiviti perubahan mesti dirancang


dengan rapi sebelum dilaksanakan.
(ii) Buat Semua perancangan perlu dilaksanakan dengan
sepenuhnya. Pelaksanaan yang bersungguh-
sungguh sahaja yang akan menentukan
kejayaan setiap perancangan.
(iii) Semak Setiap pelaksanaan memerlukan penilaian untuk
melihat keberkesanannya. Maka aktiviti yang
dilaksanakan itu perlu disemak dari masa ke
masa.
(iv) Bertindak Setelah disemak dan hasilnya diketahui, tindakan
yang sewajarnya perlu diambil berdasarkan
hasil semakan.

Untuk melakukan perubahan bagi pencapaian pendidikan yang gemilang bukanlah


satu perkara yang mustahil. Keperluan yang utama ialah kesediaan dan
kesanggupan guru-guru sendiri untuk mengubah keadaan yang sedia wujud,
mengubah fikiran dan bertindak secara profesional. Seorang guru yang profesional
perlu sentiasa mempamirkan ciri-ciri yang unggul serta setiasa berkomited dalam
melakukan perubahan. Seorang guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah.
Beliau akan mempunyai sikap yang optimistik dalam semua tindakannya dan
sentiasa bersedia untuk belajar dari kesilapannya.

7.7 Pengurusan Konflik Dan Komunikasi

137
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dalam pentadbiran pendidikan, komunikasi memainkan peranan yang penting.


Kegagalan dalam sistem komunikasi menyebabkan berlakunya salah faham dan
kekeliruan dalam organisasi. Oleh itu proses komunikasi perlu diberi perhatian dalam
setiap organisasi termasuk organisasi pendidikan.

Pada hari ini, perkataan komunikasi digunakan dengan meluas. Maksud perkataan
tersebut boleh digunakan dalam pelbagai aspek dan penekanan. Theodorson (1969),
mengatakan komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi
daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain
dengan menggunakan simbol-simbol. Rogers (1969), mentakrifkan komunikasi
sebagai satu proses, apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan
berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman. Carl
Hovland (1953) menyatakan komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan
secara lisan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Definisi ini amat
bermakna kerana seorang pentadbir perlulah meyakinkan pekerja-pekerja bawahnya
terhadap perancangan dan idea-idea yang hendak disampaikan.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, komunikasi dikaitkan dengan pelbagai aspek


seperti penyebaran maklumat, perkongsian makna, pembujukan dan juga tingkah
laku. Dengan kata-kata lain komunikasi adalah berkaitan dengan pemindahan dan
penyebaran maklumat daripada sumber kepada penerima. Dalam urusan harian,
komunikasi amat penting terutama dalam pengiriman berita, pemindahan dan tindak
balas orang yang menerima. Kalau pengiriman tidak tepat atau jelas maka orang
yang menerima akan mengalami kekeliruan utuk bertindak balas. Sekolah sebagai
sebuah organisasi, peranan komunikasi amat luas terutama kepada guru-guru yang
sentiasa menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar.

138
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

7.7.1 Teknik dan Keberkesanan Komunikasi

Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan mempunyai rangkaian dan proses


komunikasi yang tersendiri. Antaranya ialah komunikasi sehala, komunikasi dua
hala, komunikasi menurun, komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan juga
komunikasi menegak-mendatar. Komunikasi atau perhubungan ini dianggap
berbentuk formal kerana aliran makluman biasanya berlaku secara berstruktur iaitu
mengikut carta organisasi. Manakala komunikasi yang tidak formal adalah tidak
mengikut struktur carta organisasi. Ia boleh berlaku di mana-mana seperti di tempat
makan, bilik guru dan lain-lain situasi. Kebaikan perhubungan ini ialah ia boleh
mengurangkan kerenah birokrasi di sekolah dan sebagai tambahan kepada jenis
komunikasi yang formal. Dengan kata lain, kakitangan yang tidak berpeluang untuk
melahirkan pendapatnya kepada pentadbir secara rasmi boleh melakukannya
secara tidak berformal. Sila rujuk Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Teknik dan Keberkesanan Komunikasi

Teknik komunikasi Keberkesanan


Komunikasi Komunikasi jenis ini berlaku di mana pihak penghantar
sehala dari atas maklumat seperti pentadbir atau pihak atasan menyampaikan
ke bawah mesej dengan harapan pihak penerima akan memahaminya.
Dalam komunikasi sehala ini, pengirim memainkan peranan
penting seperti menyampaikan maklumat tetapi penerima
bertindak menerima maklumat sahaja dan tidak
mengemukakan pandangan atau jawapan. Oleh kerana
komunikasi cara ini berbentuk sehala, maka perubahan
kurang berlaku kepada keseluruhan organisasi.
Komunikasi cara ini bertujuan untuk menjelaskan kepada
kakitangan arahan-arahan dan prosedur kerja. Mereka
mudah memahami peraturan sesuai dengan sikap dan

139
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

keperluan mereka.
Komunikasi Seorang pentadbir yang bersifat demokratik dalam gaya
dua hala kepimpinan akan menggunakan komunikasi dua hala dalam
proses berkomunikasi. Antaranya ialah perbualan secara
tidak rasmi dan membuat keputusan bersama dan
sebagainya. Dengan cara ini, objektif dan matlamat yang
hendak disampaikan mudah tercapai.
Komunikasi menurun Komunikasi menurun berlaku dalam bentuk arahan, surat
pekeliling, notis, sistem pembesar suara, perhimpunan dan
juga peringatan yang disampaikan oleh pihak pentadbir
kepada orang-orang bawahnya. Diantara cara komunikasi
menurun dilakukan ialah membuat surat rasmi, surat arahan,
surat pekeliling, taklimat, perjumpaan, telefon dan
sebagainya.
Komunikasi menegak Komunikasi jenis ini merupakan maklumat dari kakitangan
atau dari bawah ke bawahan kepada pentadbir atau pihak atasan. Cara
atas. komunikasi ini berlaku ialah dengan kakitangan bawahan
membuat cadangan, menyatakan rasa tidak puas hati,
menerangkan masalah, rayuan, bantahan, saranan dan
sebagainya kepada pihak pentadbir. Dengan cara ini
pentadbir dapat memahami masalah yang timbul yang
bersifat individu atau bersifat kumpulan dan seterusnya
membantunya mencari jalan penyelesaian yang baik.
Komunikasi mendatar Komunikasi mendatar berlaku dalam organisasi di mana
atau interaktif pentadbir memberi peluang kepada kakitangan untuk
mengemukakan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dengan segera. Ia juga menjimatkan masa dan
mewujudkan perhubungan yang mesra di antara kakitangan.
Matlamat organisasi juga mudah dicapai dengan cara
interaktif ini. Sekiranya terdapat masalah, kakitangan dapat
berkongsi maklumat dan berpeluang menyelesaikannya

140
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

secara bersama diperingkat unit atau jabatan.


Komunikasi menegak- Komunikasi menegak-mendatar merangkumi kedua-duanya
mendatar sekali. Ia sangat sesuai bagi sekolah yang mempunyai
kakitangan yang ramai dan ruang yang banyak. Dengan cara
ini kakitangan berpeluang melakukan aktiviti yang sesuai
dengan keperluan sekolah dan juga masyarakat. Pengetua
atau pentadbir hanya memberi sokongan sahaja sekiranya
kegiatan tersebut berfaedah.

7.7.2 Konflik dalam Orientasi Sekolah

Dalam proses komunikasi pengwujudan konflik adalah suatu fenomena yang tidak
dapat dielakkan. Konflik komunikasi boleh berlaku dan organisasi pendidikan juga
tidak terkecuali daripada fenomena ini.

Sesebuah sekolah walau sebesar manapun atau sekecil manapun kadangkala


berlaku juga konflik. Sekiranya fenomena ini berlaku, bukan sahaja akan memberi
kesan kepada perhubungan antara pentadbir dengan kakitangan tetapi juga antara
kakitangan dengan pelajar. Hal ini pada akhirnya akan merugikan pelajar kerana
proses pembelajaran akan terganggu akibat daripada konflik dalaman yang berlaku
atau akibat daripada maklumat yang diterima oleh pelajar mungkin tidak tepat dengan

141
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

maksud yang sebenarnya. Antara faktor-faktor yang boleh mewujudkan konflik dalam
sekolah adalah seperti berikut:

(a) Penurunan kuasa

Amalan birokrasi yang masih lagi dipraktikkan di sekolah memberikan kuasa-kuasa


tertentu kepada pemegang-pemegang jawatan tertentu, seperti ketua bidang, ketua
panitia dan lain-lain. Struktur kuasa ini menyebabkan mesej yang hendak
disampaikan oleh mereka tidak dipedulikan oleh penerima.

(b) Perbezaan dalam kefahaman dan objektif

Apabila pelajar tidak dapat mencapai objektif pembelajaran seperti yang diharapkan
oleh guru, maka guru akan merasa tidak puas dalam menjalankan tugas. Dalam
masa yang sama arahan yang dikeluarkan oleh pentadbir sekiranya tidak disenangi
guru, maka akan berlaku konflik kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai
kefahaman.

(c) Salah tafsiran maksud

Konflik dalam organisasi akan berlaku sekiranya maklumat yang ingin disampaikan
oleh pentadbir disalah tafsir oleh penerima.

(d) Pengalaman dan keupayaan

142
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dalam menyampaikan sesuatu mesej penerima juga mempunyai keupayaan untuk


menerima atau membiarkan sahaja mesej itu. Oleh yang demikian penghantar mesej
perlu mengambil kira fakitor pengalaman dan keupayaan penerima.

(e) Kepelbagaian saluran komunikasi

Penyampaian mesej boleh dilakukan melalui pelbagai saluran. Kepelbagaian saluran


ini menyebabkab gangguan fizikal dan kesukaran membuat keputusan pada pihak
penerima. Sebenarnya tidak ada saluran komunikasi yang berkesan untuk semua
situasi. Setiap saluran ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri.

(f) Gangguan semantik

Gangguan semantik adalah berkaitan dengan masalah dan struktur ayat. Ia berlaku
di mana berlakunya kesilapan dan kelemahan dalam mentafsir maksud perkataan.
Gangguan semantik juga berlaku sekiranya sesuatu perkataan yang dikeluarkan oleh
sumber diberi makna yang berbeza-beza oleh beberapa penerima mesej tersebut.

(g) Kredibiliti penghatar mesej

Penghantar mesej perlu mempunyai keboloehan tertentu agar mesej yang dihantar
mempunyai maksud yang jelas dan mudah difaham. Kenyataan atau mesej yang
tidak jelas dan berulang-ulang mugkin akan mengelirukan penerima.

(h) Stail komunikasi

143
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Stail komunikasi memainkan peranan penting dalam penyampaian mesej. Penerima


tidak suka mendengar penerangan yang meleret-leret, berulang-ulang dan berbentuk
paksaan. Mesej yang ringkas, tepat, logik, tegas dan berunsur pemikiran senang
diterima oleh penerima.

(i) Ketiadaan sifat terbuka

Sifat terbuka perlu diamalkan dalam penyampaian mesej kerana, penerima mesti
merasa rela hati untuk menimbang sesuatu isu, menyelesai bersama dan berminat
untuk membuat maklum balas.

(j) Mengabaikan masalah yang timbul

Konflik akan berlaku sekiranya pentadbir tidak melayani masalah yang dihadapi oleh
kakitangannya. Sekirana pentadbir tidak melayani masalah kakitangan secara ikhlas,
maka kakitangan juga mungkin tidak akan melayani mesej yang diterimanya.

(k) Beremosi dalam pertuturan dan arahan

Sesuatu arahan mungkin sukar diterima oleh penerima sekirannya arahan itu
disampaikan secara emosi, menggunakan suara yang kuat, terlampau garang dan
sebagainya. Semasa memberikan arahan, pentadbir perlu bersifat sabar, bebas dari
tekanan emosi dan mengeluarkan nada yang sederhana.

144
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(l) Pengaruh persekitaran

Persekitaran bertugas yang kurang selesa, tiada semangat untuk bekerja, bertugas
disesuatu tempat terlalu lama dan sebagainya akan menyukarkan penerima untuk
menerima dan menyahut cabaran daripada pentadbir.

(m) Perbezaan status

Perhubungan yang bersifat dari bawah ke atas selalunya tidak mencapai matlamat
kerana pihak atasan kurang menerima pandangan orang bawahan. Pengetua selaku
pentadbir sekolah perlu merendahkan tarafnya dan sedia mendengar pandangan
kakitangan dan tidak berego kerana statusnya sebagai pentadbir.

7.7.3 Orientasi Penyelesaian Konflik

Konflik yang berlaku dalam organisasi khususnya organisasi pendidikan seperti


sekolah, perlu diatasi dengan segera dan dengan cara yang bijak. Sekiranya, konflik
yang berlaku ini tidak diatasi dengan kadar segera maka kesannya mungkin akan
membawa akibat yang buruk kepada imej dan juga organisasi pendidikan tersebut.
Pengetua atau Guru Besar selaku pentadbir dalam organisasi sekolah perlu
memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa konflik tidak berlaku dan jika
ia berlaku mengambil tindakan yang bijak untuk mengatasinya.

Antara saranan-saranan penyelesaian konflik ialah:

(i) Penghantar mesej perlu memastikan mesej atau maklumat yang ingin

145
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

disampaikan itu berguna kepada semua orang dalam organisasi dan bukan
untuk individu tertentu sahaja.

(ii) Apabila menyampaikan mesej kepada seseorang, pentadbir perlu memastikan

ia tidak diganggu oleh faktor-faktor lain. Sebagai contoh, mesej yang ingin
disampaikan oleh pentadbir kepada guru secara lisan perlu dilakuan pada
masa tertentu dan bukan semasa perbualan dengan orang lain.

(iii) Menjelaskan sesuatu maklumat dengan gaya atau nada yang baik supaya

penerima selesa menerimanya dan akan membuat tindak balas dengan betul.

(iv) Hubungan antara penerima dan sumber hendaklah mesra dan dalam keadaan

baik.

(v) Pentadbir perlu berhati-hati dengan gaya mereka bercakap kerana gaya mereka

bercakap dan mengarah sesuatu mungkin tidak disukai oleh guru-guru.

(vi) Arahan yang diberikan oleh pentadbir perlulah bersifat munasabah dan bukan

berbentuk paksaan.

(vii) Apabila timbul persoalan tentang sesuatu arahan atau mesej, pentadbir

hendaklah memberikan maklum balas dengan cara yang baik.

(viii) Pentadbir perlu menjadi pendengar yang baik serta aktif dan bersedia menerima

pandangan kakitangan.

(ix) Bahasa badan boleh digunakan bagi menggantikan bahasa lisan dalam situasi

yang perlu.

146
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

(x) Penghormatan dan pandangan secara jujur perlu diberikan kepada semua

orang tanpa mengira kedudukan.

(xi) Pentadbir perlu melatih dirinya supaya menerima gurauan orang lain.

(xii) Sentiasa bersedia menerima pandangan dan kritikan daripada kakitangan

dengan tenang dan dalam keadaan bersabar.

Daripada saranan-saranan di atas, dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi


yang berkesan adalah berdasarkan konsep hubungan dua hala dan bukan satu hala.
Untuk itu pentadbir hendaklah mempunyai sikap yang terbuka dalam semua urusan.
Pentadbir perlu memahami bahawa semua kakitangan dalam organisasinya
mempunyai latar belakang yang berlainan. Mereka juga mempunyai kelebihan
tersendiri dan kobolehan dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu seorang pentadbir
perlu memahami teori-teori dan konsep dalam komunikasi bagi meningkatkan lagi
keberkesanan urusan pentadbirannya. Dengan cara yang demikian hubungan
komunikasi dalam organisasi dapat berjalan dengan baik.

LATIHAN KENDIRI 7

1. Bincangkan peranan pentadbir untuk keberkesanan pelaksanaan RPI dalam

147
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

PPKI

2. Huraikan bagaimanakah peruntukan PCG dapat digunakan semaksimum

mungkin untuk pembangunan PPKI

3. Cadangkan strategi yang sesuai bagi mengatasi konflik yang berlaku antara

pentadbir dan guru pendidikan khas dari aspek agihan tugas.

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan aspek peranan pentadbir program


pendidikan khas. Pengurusan kewangan termasuk memperolehi dan
agihan sumber wang kerajaan dan wang SUWA juga dibincangkan.
Pentadbir memainkan peranan yang penting dalam melakukan
perubahan dalam organisasi pendidikan.
Perubahan dalam organisasi pendidikan perlu dilakukan selaras

148
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

dengan perkembangan yang berlaku sekitar organisasi pendidikan


tersebut.
Komunikasi juga merupakan aspek penting dalam pengurusan
pendidikan.
Komunikasi yang baik diantara pentadbir, guru-guru, pelajar serta ibu
bapa dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan akan
menyumbang kearah kemajuan sekolah dan peningkatan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah (1998). Pengetua perlu kenal ciri-ciri sekolah


berkesan. Berita Harian. Ms 3.
Abdul Shukor Abdullah (1998). Sekolah cemerlang lahir daripada
pengetua cemerlang. Berita Harian (Pendidikan) ms.8.
Abdul Shukor Abdullah (1998). Fokus pengurusan pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Blanford. S (1999). Pengurusan sumber di sekolah, diterjemah oleh
terjemahan Zaharah Mohd Salleh, Institut Terjemahan Negara,
Seri Layang, Institut Aminuddin Baki.

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah.


Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (1993). Buku panduan pengurusan
pofesional sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Buku panduan pengurusan
profesional.
Tatacara Pengurusan Kewangan dan perakaunan pumpulan wang
sekolah (2005). Kuala Lumpur: Bahagian Kewangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

149
PKB3143 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Sharifah Md. Noor (2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif


sosiologi. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

TAHNIAH !!!!!!

ANDA BERJAYA MENAMATKAN TAJUK 7

150

You might also like