You are on page 1of 3

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

LANGKAH- LANGKAH PENTAKSIRAN


Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah
pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian PdP yang berkesan melalui langkah2 pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian
dan penilaian amat penting.
Guru merupakan tonggak utama dalam memastikan seseorang modal insan itu berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Justeru, guru
haruslah mampu untuk menilai pencapaian muridnya dari pelbagai aspek. Hal ini kerana guru memainkan peranan penting dalam mengesan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini berkait rapat dengan pendekatan yang digunakan dalam mengukur
pencapaian muridnya. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, guru akan mengukur tahap pencapaian hasil karya muridnya melalui
kaedah pemberian tanda seperti lambang atau simbol. Kesemua tanda ini merupakan penanda aras bagi guru untuk melihat tahap
pencapaian muridnya di dalam kelas. Secara tidak langsung, dapat membantu guru untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam mendidik anak
muridnya di samping menggunakan kaedah pengajaran yang mampu meningkatkan tahap pencapaian murid.
Sebagai seorang guru yang berkualiti sebelum membuat pentaksiran beberapa krateria perlu diambil kira supaya pentaksiran yang
dibuat tidak terpesong dari landasan. Oleh itu, apabila mendapat tugasan berkaitan pentaksiran dalam PSV ini beberapa langkah perlu diambil
bagi menilai murid di dalam kelas berdasarkan aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dijalankan
semasa menjalani praktikum di SK Bandar Tasik Puteri dan sasaran yang perlu diambil kira ialah murid-murid di aliran perdana. Oleh itu, saya
memilih murid tahun 4 Rajin bagi memenuhi tugasan ini untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran . Sebelum membuat pentaksiran
bagi mata pelajaran PSV sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran PdP mengikut standard pembelajaran KSSR
Tahun 4. Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil kira dalam membuat pentaksiran.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

Langkah pertama ialah sebelum menjalankan sesuatu pengajaran, aspek yang perlu diambil kira ialah memilih mana-mana empat
bidang dalam PSV untuk dibuat petaksiran. Oleh itu saya memilih bidang menggambar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang
mengambil masa 2 jam dan kumpulan sasaran ialah tahun 4 Rajin. Sebelum itu saya merancang aktiviti yang hendak dijalankan bersamasama murid mengikut tahap kebolehan serta masa yang sesuai dalam sesuatu aktiviti. Dalam bidang menggambar tajuk yang dipilih ialah
menghasilkan catan bertemakan Alam Semula jadi yang menggunakan teknik basah atas kering. Seterusnya guru menunjukkan proses dan
langkah menghasilkan catan satu persatu seperti di dalam gambar. Selepas itu murid akan menghasilkan karya mereka.
Langkah kedua ialah sebelum pemerhatiaan dibuat, guru membina instrumen pentaksiran di mana saya memilih instrumen senarai
semak. Instrumen ini dibuat berasaskan pemerhatian ke atas 3 orang murid iaitu Nafisah, Adib dan Farisha berdasarkan borang senarai
semak permerhatian yang dibuat sebelum proses PdP dilaksanakan. Dalam borang senarai semak pemerhatian aspek yang diambil kira ialah
kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Melalui borang tersebut guru menanda Ya atau Tidak setiap item yang dijalankan oleh 3 orang murid.
Kemudian guru mentadbirkan setiap item di dalam jadual 1 seperti di lampirkan bagi memudahkan guru menilai ketiga-tiga murid tersebut dan
membuat analisis terhadap murid tersebut seperti jadual 2. Selepas itu, guru menganalisis berdasarkan graf yang diplot bagi melihat
perbezaan tahap murid 1, murid 2 dan murid 3. Seterusnya guru membuat ulasan setiap murid bagi mengetahui tahap pencapaian murid
dalam menghasilkan karya seperti yang dilampirkan.
Seterusnya bagi mentaksir hasil kerja murid pula, beberapa aspek perlu diambil kira iaitu berbincang dengan guru Penatia PSV di
sekolah bagi mengetahui skor pemarkahan yang digunakan di sekolah tersebut sebelum membuat pentaksiran hasil kerja murid secara
keseluruhan. Dengan ini, guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan bagi mentaksir 6 karya murid dari segi cemerlang, sederhana, dan
lemah. Dalam rubrik pemarkahan saya memilih rubrik pemarkahan holistik dan analitik bagi mentaksir hasil kerja murid. Langkah-langkah
pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah memeriksa setiap kretiria secara keseluruhan, menyusun hasil karya murid
mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah, menentukan berapa peratus murid yang patut diberikan gred
A, B, C, D dan sebagainya dan memberikan gred berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap murid.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL )PSV 3113)

Dalam menyediakan rubrik pemarkahan terdapat empat kriteria yang diambil kira iatu proses dan teknik, keaslian, kreativiti dan
kekemasan. Pemberatan sebanyak 25 markah bagi setiap krateria yang membawa markah 100 %. Untuk mentaksir dari segi cemerlang
berdasarkan

diskriptor dan gred markah sebanyak (80-100%), sederhana pula (60-79 %), lemah (50-59%) dan gagal (0-49%). Untuk

pembahagian markah bagi mengetahui tahap pencapaian murid mengikut kriteria contohnya untuk cemerlang, cara pengiraan markah
mengikut formula yang ditertapkan seperti (80/100 *25 = 20 markah) dan (100/100 *25 = 25) maka rubrik analitik bagi cemerlang ialah 20-25
markah bagi setiap kriteria yang di uji. Manakala bagi sederhana pula (60/100 *25 = 15m) dan (79/100 * 25 = 19.9m) maka rubrik analitik bagi
sederhana ( 15-19.9 m) dan lemah ialah (50/100 *25 = 12.5 m) dan (59/100 *25 = 14.9 m) maka skala rubrik analitik bagi lemah (12.5-14.9 m).
Langkah seterusnya ialah apabila skala rubrik di kira dengan betul, maka pentaksiran pencapaian murid bagi katogeri cemerlang,
sederhana dan lemah dinilai bagi menentukan murid 6 hasil kerja murid tersebut terletak pada katogeri yang mana satu. Setelah di anaisis
murid cemerlang diberikan kepada Muhammad Hadif dengan markah keseluruhan 91% dan Nur Ameera dengan markah 87%. Bagi sederhana
pula markah yang diperoleh ialah Adil Akmal iatu 70% dan Nur Imram dengan markah 69% manakala lemah pula ialah Nur Nafia Marissa
dengan markah 53% dan Fahtul Iskandar dengan markah 51%. Seterusnya langkah terakhir guru akan membuat ulasan bagi setiap orang
murid mengikut katogeri markah yang diperoleh. Maka pentaksiran untuk PSV selesai dibuat dan murid memperoleh markah masing-masing.

You might also like