You are on page 1of 14

1.

0 KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah


negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala
aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan adalah usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan
kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.
Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila
Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh
dididik, iaitu;
Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan
orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,
pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah
di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber
Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat
fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat.
Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan
mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A
Mohamed, 2006)
Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah
pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan
keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai

1
keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas
mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

2
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan
Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di
sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun
kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai
suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan
khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-
murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang


utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program
Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah
menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk
ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar
masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di
politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.

Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan


khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati
A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak
istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi).

Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru
menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid
yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia,
lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar
cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996
di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan
keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada
penglihatan, pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed,
2006)

3
2.0 PERANAN PENTADBIR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DI
SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar,
pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab
seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap
murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said
(Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi
keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi
menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah
S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk
menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah
lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid
istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Ini padan dengan
tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas yang sering berhadapan dengan
cabaran dan rintangan bagi mendidik murid-murid berkerpeluan khas.
Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar
kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu
pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya
menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai
pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu
mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian
atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran
yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan
diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan
kritis untuk menarik minat murid berkeperluan khas dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4
Peranan Guru Pendidikan Khas (Grafik)

Pengurusan Dokumen

- Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari


- Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini
maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di
dalam kelas pendidikan khas
- Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini
- Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,Menguruskan
surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan
mesyuarat dan lain-lain

Pengurusan Hal Ehwal Murid

- Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehatBertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan
disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya,
- Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,
- Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan
khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,
- Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,
- Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas.

Pengurusan Data

- Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas


Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada
setiap bulan adalah tepat.

5
Pengurusan Kewangan
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

Pengurusan Kelas

- Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,


- Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,
- Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan
mempamerkan carta tersebut,
- Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas
- Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

- Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya


dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
- Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan
yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

6
PERANAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS (GRAFIK)

7
8
Kewangan PKP Jadual waktu PKP Kurikulum Pengurusan dan
Pentadbiran PKP
Menyediakan Merancang jadual Menentukan dan
anggaran peruntukan waktu kelas dan menyemak Menyediakan takwim
kewangan (PCG) di persendirian serta rancangan pelajaran PKP
awal tahun PPM mengikut harian dan tahunan Menyediakan senarai
Menyediakan penyata kesesuaian opsyen Membantu dan tugas guru sepanjang
perbelanjaan setiap 3 dan keperluan membimbing guru tahun
bulan sekali Mengedarkan jadual dalam penyediaan Menghadiri
Dapatkan kelulusan waktu kepada guru alatan dan mesyuarat
Guru Besar dalam Membuat jadual induk pengajaran dalam pengurusan kurikulum
setiap pembelian bersama kela dan kewangan
alatan/bahan/ jawatankuasa jadual Mewujudkan pusat sekolah dan
penyelenggaraan Memastikan jadual sumber dan menghadiri
Berbincang dengan ditampal di papan memantau mesyuarat di
guru mata pelajaran kenyataan perkembangannya Kementerian
akan keperluan Melakukan Pelajaran Malaysia,
barangan/peralatan pencerapan guru dan Jabatan Pelajaran
yang perlu dibeli semakan buku tulis dan NGOs
dalam tahun semasa murid Mewujudkan struktur
Memastikan setiap Membantu dalam organisasi sekolah
perbelanjaan merancang dan bagi menentukan
mengikut prosedur menyelaras hal pembahagian kerja
yang ditetapkan berkaitan dengan guru
ujian dan peperiksaan Membantu dalam
Memastikan dalam Laporan Penilaian
penyediaan laporan Prestasi Guru
kurikulum Pendidikan Khas &
Menyelaras program PPM
kurikulum yang Membantu dalam
dianjurkan oleh Laporan Penilaian
sekolah atau Jabatan Prestasi Guru
Pelajaran Pendidikan Khas &
PPM
9
Kurikulum Hal Ehwal Murid
Memanggil dan mempengerusikan Menetapkan peraturan PKP bersama guru
mesyuarat dengan setiap guru penasihat disiplin
pada setiap awal tahun bagi merangka dan Memantau perkhidmatan berikut dengan
menyediakan jadual rancangan aktiviti kerjasama guru:
tahunan setap gerakerja Bimbingan dan Kaunseling
Meneliti aktiviti yang dirancangkan oleh Kesihatan
setiap gerakerja ko-kurikulum dan Biasiswa/kebajikan
memastikan rancangan tersebut
dilaksanakan Keselamatan
Mengumpul laporan aktiviti tahunan dan Biro Pendidikan Khas
buku aktiviti ko-kurikulum
Memastikan buku rekod kegiatan ko-
kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat
dan disahkan
Menyemak borang kelulusan
rombongan/lawatan yang dianjurkan
Menyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran
Memastikan laporan dibentangkan pada
mesyuarat guru
Memastikan aktiviti luar/dalaman
didokumentasikan
Pembantu Pengurusan Murid (Grafik)

Pengurusan Murid Pendidikan Khas

1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal


pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua


aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-
murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan


makanan, mengurus dan membersih serta menjaga
keselamatan murid kelas prasekolah.

Pengurusan Murid Di Asrama

1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid


peringkat sekolah rendah daripada semua aspek
pengurusan diri di asrama.

2. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau


bermasalah emosi.

3. Mengawasi keselamatan murid.

4. Menjadi pengantara dengan ibu/bapa murid.

10
Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Program Pendidikan Khas (Grafik)

Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid

Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di


sekolah

Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara


sekolah dengan masyarakat setempat

Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang


konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

11
4.0 PELAKSANAA PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Pelan tindakan Pendidkan Khas adalah satu pelan khas yang disusun secara teliti
untuk mencapai objektif jangka masa yang telah ditetapkan. Jangka masa yang dibuat
bergantung kepada keperluan murid PPKIBP di sekolah berkenaan dan jenis masalah murid
hadapi.
Pelan tindakan pendidikan khas berasaskan Pelan Pembanguanan Malaysia yang
merangkumi bidang-bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian
dan Nilai-Nilai Murni serta Sosial, Riadah Dan Kreativiti. Kesemua nilai ini terkandung dalam
11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Satu Jawatankuasa Perancangan Pelan
Tindakan Pendidkan Khas haruslah terdiri daripada guru-guru PPKIBP dan Guru Besar
sekolah. Jawatankuasa Perancangan Pelan Tindakan Pendidikan Khas ini perlulah bijak
memberi idea untuk aktiviti atau program yang boleh dijadikan hala tuju serta boleh
dilaksanakan bagi mencapai matlamat perancangan tersebut. Perancangan Pelan Tindakan
Pendidikan Khas adalah ekspektasi daripada guru, ibu bapa dan murid. Melalui perincian
Pelan Tindakan Pendidikan Khas, aktiviti atau program dan kaedah serta taktikal boleh
ditentukan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan mengikut 11 anjakan.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

Meningkatkan kecekapan guru dalam pengurusan dan pengajaran kelas


ProgramPendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran(PPKIBP)
Meningkatkan kualiti P&P PPKIBP.
Ibu bapa murid akan memperolehi gambaran lebih awal tentang kemahiran-
kemahiran yang akan dikuasai oleh anak mereka dalam tempoh persekolahan.
Menggalakan guru sentiasa membuat kajian dari masa ke semasa tentang P&P bagi
meningkatkan pencapaian murid berkerpeluan khas.
Bagi mencapat matlamat yang ditetapkan oleh Pelan Pembangunan Malaysia.

Murid berkerpeluan khas sememangnya memerlukan tumpuan lebih dari biasa.


KEPENTINGAN PELAKSANAA PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS

12
Masalah bagi mencapai sesuatu objektif program dapat diatasi kerana Pelan
TIndakan telah dirancang.
Guru PPKIBP dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan, cabaran dan peluang
terhadap sesuatu pengurusan, P&P serta kemahiran khusus untuk murid PPKIBP.
Segala perancangan yang bekaitan dapat dilaksanakan secara tersusun dan
sistematik.
Memberi peluang kepada guru untuk mengurus sesuatu program atau aktiviti dengan
matlamat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Pelan TIndakan Pendidikan Khas perlulah dirangka bagi memastikan terdapat
matlamat yang perlu dicapai oleh seorang guru kepada pencapaian murid pendidikan khas
mereka. Ini bagi meningkatkan pencapaian mereka dengan lebih berkesan lagi agar murid-
murid pendidikan khas dapat ditingkatkan kemahiran mereka dengan berkersan.

11 Anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembanguanan Malaysia.

13
3.0 PENUTUP

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini adalah guru dan pentadbiran sekolah
merupakan peranan yang paling utama dalam meningkatkan pencapaian murid
berkeperluan khas. Ini kerana kedua pihak ini harus berganding bahu dalam menjayakan
setiap program yang dijalankan oleh mereka.
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting dalam meningkatkan
pencapaian murid bekerpeluan khas ini kerena merekalah yang mengajar dan mendidik
murid-murid mereka. Guru pendidikan perlu sentiasa meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran mereka agar dapat meningkatkan keberkersanan sekaligus meningkatkan
pencapaian murid pendidikan khas.
Walaupun perana guru pendidikan khas itu penting, pihak pentadbiran juga
merupakan asset yang besar dalam usaha meningkatkan pencapaian murid pendidikan
khas. Ini kerana pihak pentadbiran sekolah lah yang menguruskan peruntukan wang dan
meluluskan segala program yang dirancangkan oleh guru-guru pendidikan khas. Dengan
sokongan penuh pihak pentadbiran, maka pencapaian murid pendidikan khas dapat di
tingkatkan dengan lebih berkesan lagi.
Oleh yang demikian, kedua-dua pihak guru dan pentadbiran sekolah perlulah
berkerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas agar mereka dapat
menjadi insan yang Berjaya seperti insan-insan lain.

Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan prestasi murid Pendidikan
Khas mereka.

14

You might also like