You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020
Program & Ambilan: PISMP JUN 2017
Semester/Tahun SEMESTER 2 TAHUN 3
Nama Pelajar: NUR NADHIRAH BINTI ZAHARI
Angka Giliran: 2017272340091
Nombor Kad Pengenalan: 980725-12-5748
Kumpulan/Unit: MATEMATIK 3
Kod dan Nama Kursus: MTES3132

PENDIDIKAN INKLUSIF
Jenis Tugasan: TUGASAN 3: PENULISAN ILMIAH
Nama Pensyarah: PUAN HALIZA BINTI IBRAHIM
Tarikh Hantar: 6 APRIL 2020
Tanda tangan Pelajar:
Pengakuan penerimaan
Tarikh:
maklumbalas daripada
Tanda tangan Pensyarah:
pensyarah:
Tarikh:

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua” yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan, satu sistem pendidikan yang relevan perlu diberikan kepada
murid-murid berkeperluan khas agar mereka dapat mengembangkan potensi ke tahap
yang optima. (Mohd Rosman, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2009). Bantuan
yang sesuai akan diberikan kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan
mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan
sebaya mereka( Saiful Azam Khoo Abdullah, 2017 )

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN DASAR PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)


UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

2.1 KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) ertinya suatu program Pendidikan bagi murid
berkeperluan Pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kebangsaan atau sekolah bantuan
kerajaan.( Kementerian Pendidikan Malaysia)
2.2 MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program Pendidikan Inklusif adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan memberi
peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid di arus perdana. (Bahagian Pendidikan Khas, 2013)

2.3 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Dasar Pendidikan Inklusif, ia terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu
dasar Kebangsaan (di Malaysia) dan dasar antarabangsa.

Di Malaysia, dasar Pendidikan Inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008. Melalui akta
orang kurang upaya 2008, akses Pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak upaya
termaktub dalam undang-undang Malaysia. Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana
kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas
ketidakupayaan

Di peringkat Antarabangsa pula, Dasar Pendidikan Inklusif dapat dilihat pada pernyataan
Salamanca (1994). Di bawah dasar ini telah disarankan agar peruntukan kewangan
diberikan dalam sistem Pendidikan agar sistem Pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserapkan dalam sistem Pendidikan
tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka

Melalui konsep, matlamat dan dasar program Pendidikan Inklusif dapat kita lihat
bahawa usaha kerajaan bagi menyamaratakan peluang Pendidikan kepada semua murid
tidak kira murid inklusif atau murid arus perdana. Oleh itu, kita perlulah membantu
menjayakan usaha kerajaan dengan menyokong setiap usaha yang dijalankan untuk
membantu semua murid

3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM


MEWUJUDKAN KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
YANG KONDUSIF DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATAPELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH SECARA GLOBALISASI
TANGGUNGJAWAB PIHAK
BERKEPENTINGAN DALAM
MEWUJUDKAN KEMUDAHAN FIZIKAL
DAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Pentadbir Guru Arus


Sekolah Perdana

Pentadbir Sekolah berperanan untuk membentuk visi kejayaan akademik untuk


semua murid (Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2009).
Maka, pihak pentadbir perlu menumpukan lebih perhatian untuk murid MBK agar mereka
lebih selesa untuk belajar dalam bilik darjah. Oleh itu, pihak pentadbiran perlu mewujudkan
iklim yang mesra kepada murid MBK dan memupuk kepimpinan dalam diri individu lain agar
membantu murid MBK dalam proses PdPc Matematik yang berlangsung. Pentadbir Sekolah
boleh merujuk kepada perisian Internet untuk mencari ilmu tambahan secara global
mengenai cara mewujudkan iklim yang mesra kepada pelajar MBK semasa belajar
matapelajaran Matematik dengan melihat contoh negara-negara luar yang maju bersama-
sama guru-guru (Razak, 2006).
Selain itu, Guru Arus Perdana merupakan guru matapelajaran yang akan menerima
dan melaksanakan pdp untuk MBK dalam kelas inklusif (Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che
Umar, 2018). Guru Arus Perdana juga akan bekerjasama dgn guru Pendidikan Khas untuk
menjaga kebajikan MBK. Contohnya, berbincang dengan guru Pendidikan Khas untuk
membantu meningkatkan Pdp matapelajaran Matematik melalui penggunaan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) kepada murid MBK agar berlaku kesamarataan pengajaran antara semua
murid di dalam kelas. Oleh itu, kedua-dua guru ini perlu berkolaborasi menghasilkan BBM
yang sesuai dengan murid MBK secara lebih global agar mampu membantu murid secara
lebih efektif.

4.0 ISU DAN CABARAN MENGATASI CABARAN DALAM PELAKSANAAN


PENDIDIKAN INKLUSIF DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK SECARA
GLOBALISASI SERTA LANGKAH MENGATASI CABARAN DALAM
PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
Guru perlu lebih kreatif
dalam mengatasi isu
yang dihadapi semasa
PdPc berlangsung
Sumber yang terhad
ISU DAN untuk diperolehi
CABARAN
SERTA
LANGKAH Pihak kerajaan
Sikap yang negatif
MENGATASI menjalankan kempen
sesetengah pihak antarabangsa bagi
CABARAN terhadap murid MBK membuka minda
PELAKSANAAN
masyarakat
PENDIDIKAN
INKLUSIF DI
PERINGKAT 1)KPM Memberikan
AWAL KANAK- Guru aliran perdana kursus khas untuk semua
menjauhkan diri guru
KANAK SECARA
GLOBALISASI daripada terlibat 2)Memasukkan sukatan
dengan murid MBK Pendidikan murid MBK di
dalam pelajaran IPG/IPT

Sumber yang terhad untuk diperolehi untuk diberikan kepada murid MBK
(Ysseldyke & Alozzine, 1982). Hal ini kerana kebiasaan kelas murid MBK adalah jauh
terasing dan sempit. Malah kelengkapan asas juga tidak mencukupi. Hal ini kerana
barang-barang keperluan murid MBK sukar didapatkan dan mempunyai harga yang
mahal. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Khas dan guru arus perdana perlu lebih kreatif
dan berfikir diluar kotak untuk membantu murid MBK. Contohnya, dalam matapelajaran
Matematik guru-guru arus Perdana boleh memberikan latihan yang sama seperti murid
arus perdana tetapi dalam cara yang berbeza kepada murid MBK melalui BBM yang
sesuai (Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya, 2006).
Seterusnya, sikap yang negatif sesetengah pihak terhadap murid MBK yang
menyukarkan proses pendidikan murid MBK. Sikap negatif sesetengah pihak ini
menyebabkan ramai masyarakat terpengaruh dengan anasir tersebut. Contohnya, murid
MBK tidak mempunyai masa depan walaupun belajar kerana kehidupan tidak normal.
Hal ini menyebabkan sumbangan untuk murid MBK sukar diperolehi dan mengakibatkan
kekurangan bahan untuk belajar. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menganjurkan seminar
Antarabangsa untuk membuka minda masyarakat mengenai pandangan mereka
terhadap murid MBK yang mempunyai hak yang sama seperti murid lain tetapi mereka
hanya memerlukan lebih perhatian daripada semua pihak.
Akhir sekali, Kurangnya guru-guru terlatih dalam menjaga kebajikan MBK di
sekolah. Hal ini kerana kurangnya guru Pendidikan Khas yang terlatih secara khusus di
Malaysia. Oleh itu, guru arus perdana terpaksa menjadi guru Pendidikan Khas bagi
memenuhi kekurangan Guru Pendidikan Khas di sekolah. Perkara ini menyebabkan
pembelajaran murid MBK menjadi kurang efektif semasa berada di sekolah dan
berkemungkinan masalah lain akan berlaku kerana guru arus perdana kurang
pengalaman dalam mengatasi isu berkaitan murid MBK. Oleh itu, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia perlu memberikan kursus Khas melibatkan semua guru arus
perdana seluruh Malaysia mengenai murid MBK serta memasukkan sukatan murid MBK
di dalam pengajaran pensyarah untuk pelajar Pendidikan tidak kira di Institut Pendidikan
Guru ataupun Institut Pendidikan Tinggi.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing serta


tahu mengapa program Pendidikan inklusif dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Malah
masyarakat perlu menghargai dan menjaga kebajikan murid MBK.

(610 patah perkataan)

RUJUKAN
Bahagian Pendidkan Khas. 2013. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas).
Diakses pada 2 April 2020 daripada https://www.mansa.org.my/wp
content/upload/2014/05/peraturan-pendidikan-Khas-2013.pdf

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sfat dan
peranan kepribadian guru cemerlang Pendidikan islam (GCPI) dan hubungannya
dengan motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi 51(E):57-71. Diakses pada 3 April 2020
daripada http://eprint.utm.my/id/eprint/37796/2/11_.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2019). Program Pendidikan Inklusif. Diakses pada 4 April


2020 daripada https://www.moe.gov.my/en/pendidikan/khas/ppi

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru Dalam Pelajaran Khas
Dan Pelajaran Normal. Paper work Annual Conference on Teacher Education. Kota
Kinabalu, 6-8 September
Mohd Rosman Salubin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin dan Mohd. Mokhtar Tahar. (2009).
Pembinaan Sistem Sokongan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran : Satu Kajian Kes di Sebuah Sekolah Menengah di Negeri
Johor. Prosiding Seminar Serantau Pendidikan Inklusif dan Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. 2009. Bangi. Selangor.

Razak, A. Z. A. (2006). Ciri Iklim sekolah berkesan : Implikasinya terhadap motivasi


pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 31, 3-19.

Salamanca. (1994). Inclusive education: What we mean. Diakses pada 3 April 2020
daripada https://www.open.edu/openlearn/education/educational-technology-and-
practic/education-practice/inclusive-education-knowing-what-we-mean/content-
section-3.4

Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid
Berkeperluan Khas di Malaysia. Di akses pada 3 April 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/332521325_Program_Pendidikan_Inklusif
_Bagi_Murid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Umar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program
Pendidikan inklusif di sekolah. Jurnal Unisza, 243-263. Diakses pada 3 April 2020
daripada http://journal.unisza.edu.my/api/index.php/apj/article/download/88/43/.

Ysseldyke, J. & Alozzine, C. 1982). Critical issue in special and Remedial education. Boston:
Houghton Miflin

You might also like